Bismillah..
Sambutan hari raya AidilFitri menandakan tamatnya pesta Ibadah bagi umat Islam seluruh dunia. Walaupun ianya satu kesedihan, namun itu tidak bermakna kita perlu membenci hari yang telah dijadikan bagi umat Islam sebagai hari perayaan, berbeza dengan agama-agama lain yang ada di muka bumi ini. Ramadhan tahun ini memberi makna yang besar dalam hidup aku kerana buat pertama kalinya aku mengisi Festival Ramadhan ini di Luar Negara. Buat pertama kalinya, tiada juadah yang disediakan oleh emak mahupun makcik-makcik Dewan Makan. Segala makanan yang ada di rumah tiada lansung datangnya dari Bazaar Ramadhan dan makanan yang ada juga sangat simple, tidak "semewah" seperti sambutan di Malaysia.
Ramadhan tahun ini aku kire pesta ibadah paling berjaya sepanjang hidup aku. Bukan menu berbuka yang menjadi tumpuan sepanjang berpuasa di sini. Buat pertama kalinya aku mengkhatamkan Quran seorang diri, walaupun tidak mengikuti mana-mana kumpulan Tadarus. Target aku untuk habiskan baca terjemahan Al-Quran juga berakhir dengan jayanya pada hari sabtu yang lalu. Setelah habis membaca tafsir tu, baru aku sedar betapa "wajipnya" setiap umat Islam membaca apa yang telah dituliskan dalam surat Allah itu kepada kita. Khatam Quran beratus-ratus kali seolah-olah tidak berguna kalau tak faham lansung maknanya.
Berbeza dengan Ramadhan tahun-tahun sebelum ni, solat berjemaah aku di Masjid sebelum ni sangat kurang tersusun. Kadang-kadang terpaksa ditinggalkan kerana kesibukan berprogram dan juga kemalasan yang amat sangat. Kalau yang betul-betul terjaga pun sebelum ni ialah solat isyak sebab akan buat dengan terawikh sekali. Maghrib kadang2 tak buat kat masjid sebab nak berbuka di rumah. Waktu siang juga liat mahu ke Masjid. Tahun ni Allah bagi nikmat yang sangat besar bilamana aku berjaya menunaikan semua solat Fardhu di Masjid kecuali solat Zohor yang terkorban tiga kali. Dua sebab hujan dan satu sebab tertidur. Heeee... Target untuk memenuhi solat subuh di Masjid sepanjang bulan ni akhirnya tercapai, Alhamdulillah. Seronok gak sebab hampir setiap hari dapat jumpa musang.
Namun begitu, solat-solat sunat aku boleh dikategorikan sangat gagal. Perubahan waktu tidur menyebabkan aku gagal menunaikan solat Dhuha. Aku rasa macam tak sampai 1/3 je dalam bulan ni aku buat solat Dhuha. Maksiat juga masih tak dapat nak ditinggalkan sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan ni. Mengumpat berjaya dikurangkan kerana tak ada orang yang nak dijadikan bahan umpatan. Haha. Lili Tai jela kot yang selalu jadi bahan mengumpat. Kah3x.
Daripada Abu Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata "Rasulullah Saw telah bersabda yang bermaksud "setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, puasa maka ia dalah untukku dan aku akan membalasnya. Dan puasa adala perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka ia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggalkan puasa. sekiranya dia dihina atau diserang, maka dia berkata "sesungguhnya aku berpuasa demi tuhan yang mana diri nabi muhammad ditanganNYA maka perubahan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat dari bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraannya yang mana dia gembira sewaktu berbuka dan gmbira dengan waktu berbukanya serta bergembira ketika berjumpa Allah Swt dengan puasanya"
Hadith Riwayat : Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.
Aku tidak pasti adakah ramadhan ini berjaya menjadikan aku tergolong dalam golongan bertakwa seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. AKu tak pasti adakah amalan-amalan ini diterima oleh Allah untuk melayakkan aku ke syurga. Yang pastinya, Allah sangat Penyayang kepada hamba-hambanya, sangat Pemaaf kepada segala dosa yang dilakukan oleh Hambanya dan sangat Adil kepada hamba-hambanya. Manusia yang sombong terhadap segala nikmat Allah, tidak layak lansung duduk di muka bumi ini. Maafkan kami Ya Allah.
Selamat Tinggal Ramadhan. Kami pasti merindui Mu..
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment