Monday, 15 August 2011

Buka-buka Ramadhan 2

Bismillah

Hari ni sudah smpai 15 hari umat Islam berpuasa. Boleh dikatakan separuh bulanlah. Semalam, berakhirlah minggu kedua aku berpuasa di Leicester, UK ni. Seperti biasa, mahu kongsikan menu-menu tatkala aku berbuka puasa di Masjid e-abu bakar ni. Seperti yang aku maklumkan dalam post sebelum ni, masjid lain di Highfield hanya berbuka dengan tamar dan air kosong manakala masjid ni yg berbuka puasa dengan makanan berat sedikit. Dan banyak lagi lainnya masjid e-abu bakar ni. Antaranya, kat masjid ni jemaahnya memang berbilang-bilang bangsa. Berlainan dengan masjid lain yang biasanya dimonopoli oleh orang Pakistan, Bangladesh ataupun somalia. Macam masjid di Highfield, lepas waladdhooliiin, janganlah sebut Aamiin kuat2 sbb diorg tak sebut pun kuat-kuat. Tapi kat masjid e-abu bakar, silakan....

Oklah, berbalik kepada menu tadi ye..

Hari Isnin:

Pelik sikit menu hari ni. Ada cekodok, ayam bakar pedas, pisang dan kuih sikit. Aku dapat bilik yg menempatkan kanak-kanak. Dan diorang memang sangat minat ayam goreng. Dah tua2 ni, kenelah beralah. Yang satu dulang dengan aku ade 3 org kanak-kanak. Air bandung dan Coca-Cola.

Hari Selasa dan rabu:
Menu seperti biasa. Kuih-muih orang pakistan. Hari selasa, aku dapat team dgn pasangan adik-beradik pakistan. Memang baik sungguh diorang ni. Nanti aku tunjuk gambar dekat bawah.

Hari Khamis:
Yang ni memang mantap habis lah. Aku dapat sedulang dgn adik-beradik tadi lagi. Dan menunya ialah roti yang dalamnya ada Shish kebab, ditambah dengan kepak ayam goreng, kentang goreng yg sangat banyak. Ditakdirkan Allah, kumpulan kami hanya ada 4 orang dgn makanan sebanyak tu. Aku ajak sorg kumpulan sebelah yg ade 6 org, tp pasal nak dengan geng die, die xnak masuk geng kami. Haha. Kumpulan belakang kami plak org tua2, jenis yang tak makan chicken wing, jadi memg banyak lebih. Aku balun satu. Haha

Oleh kerana hari jumaat aku berbuka di Highfield, kita lompat ke menu hari sabtu:

Menu biasa juga, kuih-muih. Cuma kelihatan ramai yang kurang berminat dengan kuih bulat tu. Mungkin sebab inti dalamnya masam kot. Bukan sebab basi, memg rasa die macam tu.

Sebelah kanan tulah budaknya. Adik die takde dalam gambar, adik die kurus je. Diorg ni jadi penuang air yang sangat setia. Dalam 4 kali dalam minggu ni aku sedulang dgn diorang. Cume pelik, macam mana perut diorang boleh tahan minum air gas waktu berbuka. Aku memang tak minum.

Semalam, hari ahad:
Penuhkan dulang ni? Tu belum masuk kentang goreng yg dalam aluminium foil kat sebelah kiri tu. Roti inti ayam hancur. Ade gak cekodok sayur.. Yang kuning tu, die macam apam, tapi tak manis dan die tabur cili hijau aku rasa. Aku rasa kuih tu sebab pelik kenapa tak laku. Memang kureng sikit rasa die sbb tak manis. Habis makan, penuh lagi kuih kuning tu dalam dulang. Aduih..

Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah je sepanjang Ramadhan ni. Aku tak pernah lagi beli makanan kat luar sepanjang bulan ni, cume beli bahan mentah je. Post ni sekadar perkongsian untuk ceritakan pengalaman berbuka puasa di Uk ni, bukan nak menunjuk2 berbuka dengan apa. Dan kepada mereka yang datang berbuka puasa, sangatlah molek untuk niatkan untuk menunaikan solat maghrib berjemaah sekali. Terima kasih kepada semua penyumbang makanan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadhan ni. Mudah-mudahan berganda pahala yang diterima di bulan Mulia ni.

Nilah jadual berbuka puasa yang diisi penyumbang-penyumbang. Tinggal satu tempat kosong tu pun dah dipenuhi beberapa hari ni. Memang hari-hari ada. Alhamdulillah.

Sekarang Maghrib dah mula memasuki jam 8.30 malam dan subuh kul 3.20 pagi.

Sekian dari syuib0809..

6 comments:

  1. Ni ape jadah blog ni? dah macam jalan-jalan cari makan je aku tengok. kah3.

    ReplyDelete
  2. Daripada blog hang yang tak berupdate lansung.. Dah hilang dah pun dari blogspot punye senarai.

    ReplyDelete
  3. Eh, dah ade baru. Bagus2. Tapi takleh komen. Ape barang

    ReplyDelete
  4. nak komen kat fesbuk la. tu la orang suruh buat fesbuk tak nak. degil. lempang jugak kang.

    ReplyDelete
  5. Tak habis-habis dengan Facebook korang.. Update la blog hang selalu. Ni dah 4 bulan baru nak update. Aku bohsan asyik baca budak perempuan batch kite je punye blog. Nanti raya kat rumah cikgu2 updatela kat blog. Aku 5hb baru smpai Malaysia.

    ReplyDelete
  6. haha. ok pew bacew blog gurlzzz.
    i sukeww sangat. kah3.

    ReplyDelete