Tuesday 31 March 2020

Cerita Lupa

Bismillah

Banyak peristiwa sudah berlalu
Antara kisah duka dan gembira
Yang mana kau suka cerita?
Yang mana kau sukar lupa?
Yang mana masih berbaki dalam ingatan?

Aku tiada jawapan
sekadar soalan

Yang sedang berlaku pada aku
Banyak cerita mahu aku ingat
Entah kenapa mudah benar lupa
Bukan kerana aku pemaaf
Tetapi mungkin sudah terlalu tua
Untuk ingat segala

Kisah duka
Sentiasa mahu kau lupakan
Semakin kau cuba
Semakin kekal ia dalam ingatan
Aku fikir
Ia karma untuk seksaan
Bila teringat
tiba-tiba sahaja indah
Benar kepala engkau gerakkan
Tanpa sedar
Senyum engkau ukirkan

Kisah gembira
Sentiasa kau mahu cerita
Semakin kau cerita
Semakin berubah cerita
Atau mungkin, semakin sedikit kisahnya
Mungkin kau mudah ingat
Tetapi mungkin juga, tak pernah lama

Yang paling sedih
Cerita yang tiada cerita
Tiada suka, tiada juga gembira
Biarpun semalam ia berlaku
Malam ni kau tak cerita,
Pagi esok kau dah lupa.

Menulis
Itu sahaja caranya..




Sekian dari Syuib0809

Saturday 21 March 2020

Sepatutnya Wida'

Bismillah..

Hari ini, kalau ikut perancangannya, akan berlansungnya majlis wida' anc, penutup bagi setiap sesi mereka. Pada awalnya memang byk dugaan kerana COVID-19, namun situasi yg bertambah buruk menyebabkan kawalan pergerakan dan semua student terpaksa pulang ke rumah masing2. Melihat jadual exam mereka yang tertangguh, aku percaya tiada lansung masa sesuai utk meneruskan majlis wida' mereka. Pertama kali dlm sejarah, namun ia kenangan yang menarik.

Kebiasaan seperti sesi sebelum ini, aku akan upload gambar lajnah sebagai rujukan bila dah tua nanti.

Majlis Tertinggi. Lelakinya yg aku rapat hanya ikhwan dan irfan. Yg lain jarang bawak bincang. Didominasi oleh org pantai timur kerana waktu pemilihan byk org penang balik rumah hujung minggu. Haha. Bagus, cuma aku berpendapat kepimpinan di utagha perlu sesuai dgn waqi' di utara.

Tapi, MT diseimbangkan dengan para naqib/naqibah yg macam semuanya orang utara. Lelakinya semua orang pulau pinang. Penubuhan naqib/ah terlalu byk pro n con. Perlu bincang dgn mendalam untuk teruskan atau tidak.

Hal ehwal Surau. Lajnah pertama yang dapat portfolio. Sangat ramai. Cuma kegemaran mereka ialah menguruskan makanan. Bab membersihkan surau sgtlah kureng.

Muslimat diorang comel2. Tapi tulah bab mengemas ni penuh tanda tanya. Ke memang perempuan cantik lebih suka mengemas muka berbanding persekitaran?

Lajnah dakwah dan tarbiyah. Mencabar sungguh untuk hidupkan portfolio diorang. Dan komitmen, agak sukar nak dapat.

Lajnah Tugasan Khas. Fokus utama menjual. Masalah utama ialah masul masulahnya. Dua2 aku ajar. Si Ecah memang tak minat maths sebijik macam sufi n izzah. Tapi kerja TK jalan. Si Haq plak, bijak sungguh maths, tapi bab turun dan memimpin memang out. Ingatkan bolehlah melengkapi satu sama lain, last2 pelik jadinya. Ke memang susah nak jumpa org islam seimbang dunia akhirat.

Lajnah pub. Buat pertama kalinya menjadi lajnah paling banyak konflik sekali sesi ni. More kepada krisis kepimpinan. Diorg ada afiq utk jaga, tapi nak tak nak muslimat memang kena ada yg perlu jadi "mak" kepada mereka. Izzati dulu xyah cerita la. Si Qasdina walaupun merapu, dia masih berjaya kumpulkan ahli. Lajnah ni paling aku nak elak ada pdt muslimat next year. Kecuali yg memang betul2 positif.


Itulah gambar dan cerita ringkasnya. Nak tak nak pada gambar perlu ada cicipan ringkasnya.

Petang tadi, rakan sekolah kongsi gambar di group. Banyak gambar, kaya nilainya. Sayang, kami dah terlalu tua dan lupa segalanya. Masing2 seronok tengok gambar, terlupa cerita disebaliknya. Aku sertakan di sini, agar menjadi rujukan kelak bila cari gambar di SEMESTI.




Tak banyak kenangan kau mampu ingat. Sampai masa kelak kau tiada pilihan, selain melupakan. Semuanya hilang dari ingatan. Simpan apa yang kau mampu hari ni. Mungkin sekeping gambar tidak bercerita, tapi besar kemungkinan ia menjadi permulaan akan seribu satu cerita.

Sekian dari Syuib0809

Tuesday 3 March 2020

Cerita 29 Feb

Bismillah.

Empat tahun sekali je tarikh ni hadir. Dan jatuhnya pula pada hari sabtu. Dan menariknya sabtu tu, macam-macam plak event/program yang berjalan.

Sabtu lepas, sebenarnya aku juga dijemput untuk program MLC anjuran kolej lama. Selalunya memang aku akan hadir, tapi oleh kerana ada program Mathshopping, maka terpaksalah korbankan prog tersebut. Ditambah plak, aku adalah penyeleras untuk prog maths kali ni, maka nak tak nak kenalah stay. Huhu.

Aku paling muda. Dan aku gak kena jadi penyelaras. 


Program ni sepatutnya dilaksanakan pada 15hb feb, sama tarikh dengan street dakwah. Oleh kerana banyak perkara yang lambat diconfirmkan oleh pihak atasan, maka nak elakkan kelam kabut, aku pun pilih untuk tangguh. Apepun, program ni agak simple dan senang. Cuma sebab aku perlu berkursus di matrik perak, maka banyak urusan yang tergendala.

Bergambar dengan pengarah bahagian.


HIMMAH.

Sebaik sahaja habis mathshopping, terus bergegas ke kota sarang semut kedah untuk program HIMMAH. Bawak sekali dua org anak dara, si kudou dan aina. So, rasa kejap je sebab banyak membebel dengan diorang. Kali terakhir aku datang sini ialah pada april 2017.

Masuk2, orang pertama yang terserempak ialah si amani dan syuhada. Tapi malas nak kejar diorg sebab laju sgt jalan. Lepas beli kopiah, terus berjalan sorang2 ke dewan utama.

Dalam perjalanan ke khemah utama, terserempak dengan bujang2 G14. Bukan senang nak bergambar dengan diorang. Diorg agak terputus. Lepas tu, sikit demi sikit bujang2 lain dr generasi lain mai dekat. Ramai lagi sebenarnya.


Meneruskan perjalanan, terserempak dengan anak-anak dara G17. Melepak je keje. Haha. So, lepaklah plak dengan diorang. Masing-masing dah janji nak tangkap gambar ramai2 dr kmpp kat depan bangunan kompleks utama. Maka, berkumpullah semuanya.

Lepas kira, rasanya lebih dr 60 orang yang mai. Cuma oleh kerana berpecah, dan masing2 banyak urusan susah gila nak tangkap gambar ramai2.


Mana ntah sharidhwan hilang. Anak dara bertopeng, tapi tengok dah kenal sapa. Diorg cakap jelah yg aku x dengar.

G16. Nad dengan asma' mai lambat. Aku masih tak faham kenapa nik pakai putih macam tu. Mungkin dia ingat umrah kot.


Dahsyat sebenarnya diorang ni. Masing-masing sudah punya jawatan dan amanah di usia muda. Ada yang disibukkan dengan siasah, diberi amanah untuk menguruskan program dakwah. Dan ada yang disembunyikan untuk mentarbiyah generasi.

Jujur, walaupun berbeza, mereka punya nilai yang sama di sisi Allah inshaAllah.

Cuma kerisauan aku ialah sejauh mana mereka menjaga amal islami masing2. Takut solat jemaahnya banyak lopong. Bilik mesyuarat lebih byk dikunjung berbanding masjid dan surau. Risau apabila mereka sudah bosan, mudah mereka tinggal seperti cabutnya si kemuncup.


Antara benda lain yang aku seronok tengok ialah orang2 muda yang datang dengan pasangan dan anak mereka. Teringin plak nak tengok anak-anak buah sebegitu. Teringin nak tengok dengan sapa mereka berumahtangga, nak cubit pipi anak2 diorang kat program. Haha. Besar impian.

Aku?

Aku akan terus datang bersendirian ke sana nanti. Dan apabila aku datang, engkau adalah orang yang aku nanti.


Sekian dari Syuib0809.