Monday 17 February 2020

Street Dakwah: Kisah Cinta Aku dan Dia

Bismillah

Sabtu lepas, telah berlansung program tahunan ANC iaitu street dakwah. Program ini sepatutnya berlansung pada januari, tetapi ditangguhkan. Aku yang sepatutnya tidak lagi terlibat dgn ANC terpaksa masuk campur kerana beberapa kerenah birokrasi. Ditambah lagi pengarah programnya agak "pelik". Haha.

Rasanya pengarah dia ni lantik diri sendiri ni. Haha

Poster diorg buruk, so aku buat sendiri



Setiap tahun, program street dakwah mengambil peluang untuk mengetengahkan isu dunia, solidariti dan penindasan kepada umat Islam. Namun kali ini, pengarah programnya menukar tema untuk ajak orang solat. Selagi baik tujuannya, layankan sahaja. Asal lain tajuknya, aku mencadangkan ayat "Kisah Cinta Aku dan Dia" dan mereka pun gunakan.

Dari sudut flow, aku tak banyak masuk campur. Sekadar meluruskan niat dan tujuan, agar program ini tidak dibuat sekadar untuk suka2. Ditambah pula keadaan kolej yang semakin sarat dengan hiburan, maka sangat penting mesej yang mahu dibuat.  Aku berpendapat sketsa mereka agak bagus dan penuh mesej. Malah aku minta mereka selitkan tentang solat jenazah, agar yang hadir bertambah tahu dan dan punya keazaman utk solatkan jenazah kenalan yang pasti pergi.

Majoritinya aku tak kenal pun. Mudah-mudahan sketsa menambah amal pelakonnya.

Rehearsal. Surau tengah semak, baru tukar karpet.

Team nasyid

Hmmm. Layan jelah. Haha


Aset Terkini.

Sebaik sahaja habis memori, aku memulakan proses "upgrade" aset2 ANC. Barang2 mereka jauh lebih berkualiti. Dan kerana kualiti itu juga, proses teknikal untuk street dakwah kali ini agak "senang". Dua pasang speaker milik ANC, dan dua pasang speaker milik sendiri digunakan sepanjang program. Jujur kualiti sound SD sangat baik.

Antara barang2 yang digunakan. Speaker atas ialah milik anc.

Power mixer baru mereka. Bunyi padu. Disebalik tabir, memang semak sebab wayar2 semua.


Lampu-lampu milik aku dan yang telah pun dirosakkan oleh ANC, semuanya aku sudah pindah milik pada mereka. Lepas ni biar mereka sendiri yang jaga. Tak larat dah nak habis duit. Yang tinggal pada aku hanyalah 2 biji movinghead 230watts dan 4 biji LED par light 54x3watts. Semuanya baru. Dan aku beli pun utk ANC pakai. So bolehlah disimpulkan makin bertambah sebenarnya kemeriahannya. Huhu..

Yang kecik dah lepaskan pada ANC. Yang besar tu adalah yang baru. Harga dua bijik RM2.8K. gila. Haha

Lighting kali ni simple sahaja, tapi effect sangat kemas, canggih dan cantik.


Contoh betapa dahsyatnya effect lighting. Waktu ni rabithah buat persembahan

Kali ini juga, aku mula belajar menggunakan plug socket 16amp yang sangat nice. Selain kalis air, ia juga senang utk disetup. Menariknya, aku sendiri yang "buat" extension2 menggunakan socket 16amp ni.

Hobi hujung minggu


Doa dan Hujan.

Sepanjang minggu lepas, hampir setiap hari hujan turun. Bermula dari minggu usahawan sehinggalah majlis perasmian 2 dekad kolej. Kerisauan untuk SD ini ialah kerana makna "street" itu boleh diterjemahkan sebagai "outdoor". Maka sudah tentu cuaca memainkan peranan sangat penting. Kerana itu, hampir setiap hari aku melihat ramalan cuaca.


Tiada apa yang mengejutkan, hari sabtu itu juga diramalkan hujan. Waktu paling lebat ialah jam 4 petang, jam 7, dan sekitar 9-10 malam. Semakin hampir SD, semakin banyak aku merujuk, dengan harapan berubah ramalannya. Kecewa, yang hanya berubah adalah waktu bermula hujan dari pagi tertangguh ke tengah hari. Lalu, banyaklah idea yang keluar.

Antaranya, ialah menukar tempat ke grandstand, memasang khemah kahwin dan idea paling gila sekali dari aku, iaitu memasang canopy yg dibuat dari banner terpakai serta truss. Sebelum habis syura', aku minta mereka doa. Doa yang sangat bersungguh-sungguh, jika mereka mahu melihat keajaiban seperti abang2 dan kakak2 mereka.

Tengah hari program, masing2 mula menghantar mesej whatsapp untuk menunjukkan ramalan cuaca yang semakin meruncing. Malah awan mendung juga sudah pula mendekati. Jam 4 petang lebih, hujan yang terlampau gerimis memberi amaran. Dari jauh, kelihatan awan hitam yang menakutkan. Maka, semua ajk menutup speaker dan lighting dgn plastik.

Ain asri(co-director) mendekati "cikgu tak nak pasang ke banner tu cikgu?".

Jelas kerisauannya. Aku membalas..

"Kamu doa je, inshaAllah.."

Pi masjid utk solat maghrib, sudah banyak kereta yang basah menandakan kawasan sekelililing sudah ada yang hujan lebat. Aku berbisik

"Ya Allah, tolonglah... Biarlah mereka lihat keajaiban..."

Alhamdulillah, sepanjang program, cuaca sangat baik, tanpa hujan. Malah sambutan malam itu juga sangat baik, walaupun tidak semeriah event hiburan kolej yang lain. Habis lambat sikit, namun segalanya berjalan dengan baik. Tahniah.

Gambar dari drone

Untuk rujukan sesi depan

Suasana


Berdoalah dengan kepercayaan yang yang tiada siapa percaya melainkan engkau sahaja.

Ubahlah cara kau berdoa. Doa mustajab tidak memerlukan bahasa arab, ia hanya memerlukan bahasa hati.



Sekian dari Syuib0809

Sunday 9 February 2020

Design.Tiru.Poster

Bismillah.

Memulakan 2020 dengan me"mulau"kan blog ini. Sudah 10 tahun, tidak banyak dah perkara "teruja" mahu aku cerita. Maka, sikit demi sedikit kita sepikan.

Akhir-akhir ni keterujaan aku ialah pada menghasilkan poster ala-ala movie. Antara perbezaan aku dengan designer lain ialah aku hanya menggunakan publisher, bukan photoshop. Memerlukan kreativiti yang lebih tinggi sebab tak banyak yang publisher boleh buat.

Berikut merupakan contoh poster yang ditiru.


Rasanya salah izna. Bukan salah designer. Haha


Cubaan seterusnya..


Tiru Dora, tetiba nampak macam jumanji. Haha.

Second editing. Tambah makeup sikit2


Okeh. Next.


Banyak habis masa nak "condongkan" benda tu. Agak susah seba cara crop publisher agak terhad.

Lawa akak dua org ni.


Minggu depan kita try movie lain plak.
Antara kegilaan lain ialah tengah disibukkan dengan kerja2 teknikal street dakwah. Belajar mcm mana guna socker 16amp. Dan juga bina extension sendiri. Hobi yang agak best..



Sekian dari Syuib0809