Tuesday 18 April 2017

Satu dan Utama.

Bismillah.

Sudah dua malam berturut-turut, hujan turun dengan lebat membasahi medan ilmu ini. Hebatnya malam ni, tiada satu pun titisan yang turun. Entah doa siapa, tetapi aku dan mereka amat punya harapan agar nikmat besar itu ditahan sebentar penurunannya.

Malam ini, majlis wida' ANC. Penutup kepada semua titik peluh yang telah dicurahkan dalam tempoh menghampiri satu tahun di sini. Setelah berjanji untuk tidak bersama, maka aku mengotakannya. Sempena malam yang ada makna ini, aku nukilkan simpulan tentang mereka yang besar barangkalinya sedang bergembira.


Pentas wida tahun ni. Diserikan dengan lampu-lampu aku. Wida' tahun ni diuruskan oleh LACi sepenuhnya dan diketuai oleh si Wahyu. LACI? Nanti aku cerita.

ANC tahun ini, adalah batch yang tersangat awal aku "kacau" berbanding batch2 sebelum ini. Bermula dengan Ihya Ramadhan sebaik sahaja medilantik dan mendaftarkan diri, legasi program-program ini bersambung, menjadikan mereka tanzim yang paling banyak berprogram dalam 3 tahun ini. Antaranya:

1) Ihya ramadahan(buka puasa)
2) Lawatan ke rumah anak yatim.
3) Projek buku/sambutan "mini" Aidilfitri.
4) dua kem kepimpinan (dari senior dan pusat Islam)
5) program Aiman Banna
6) WeCare4u ( 3 siri)
7) Forum Ambang Memori
8) Sambutan Maal Hijrah
9) Sambutan Maulidur Rasul
10) Kursus Jenazah
11) Kem Solat
12) StreetDakwah
13) LailatunNisa'
14) Ada 3-4 lagi tapi malas nak taip.

Batch yang sangat-sangat bersemangat walaupun bilangan muslimin mereka tersangat sedikit. Malah diantara kehebatan mereka, ialah mampu mencari dana besar, disebabkan Pusat Islam yang suka menyekat dana untuk aktiviti-aktiviti keagamaan di Kolej. Hingga di akhirnya, jamuan mereka pada malam ini  sepenuhnya adalah daripada sponsor dan juga hasil jualan mereka dalam tempoh 10 bulan ini. Malah, masih ada baki ribuan ringgit yang mereka wariskan untuk junior sesi yang akan datang. MashaAllah.

Satu dan Utama.

Namun, disebalik semangat mereka yang berkobar-kobar untuk berprogram, aku melihat mereka menjadi sebaliknya dalam urusan akademik. Assignment yang acapkali ditiru, markah kuiz yang sangat-sangat membimbangkan, ponteng kelas tambahan, amat "manis" untuk aku katakan yang mereka menjadi "sekular" dalam urusan seharian mereka di Kolej. Akibatnya, keputusan peperiksaan mereka sangat-sangat merosot dan jelas kelihatan fokus mereka untuk akademik terhakis dan longlai di penghujungnya. Barangkali ia kesilapan besar aku, yang sudahpun menyibukkan mereka dengan pelbagai program sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke sini. Fokus utama yang sudah lari, maka akademik tidak menjadi nombor satu, dan dakwah pula tidak kelihatan seperti nombor dua. Sayangnya, program yang lebih menjadi utama.

Keunikan tanzim ini, mereka berhadapan tekanan dari pelbagai pihak. Dari HEP, dari Pusat Islam, malah dari pelajar sendiri yang seperti sudah hilang percaya dengan kepimpinan mereka. Pelbagai isu, namun sangat jelas batch ini adalah batch yang terserlah "kegatalannya". Ia menjadi duri dalam daging, yang menghilangkan kepercayaan, merosakkan silaturrahim, dan menjadi racun dalam setiap program yang sepatutnya menjadi ubat kepada manusia. Malah ANC tahun ini juga menyaksikan begitu banyak perbalahan/pergaduhan dalaman yang sangat menyampah untuk aku layan dan selesaikan. Cetek akal dan pemikiran, jelas menjadi punca kepada semua perkara negatif yang melanda mereka tahun ini.

Namun menarik, masalah-masalah ini juga Allah sediakan sebagai ubat buat mereka, titipan tarbiyan yang akhirnya menguntum senyuman kembali buat mereka yang Ikhlas. Adapun yang tidak ikhlas, sudahpun tercicir lama, biarpun memegang jawatan majlis tertinggi.

Sebiru hari ini.

Marah dan rajuk yang paling tinggi buat batch ini, tidak sedikitpun mengurangkan sayang aku kepada mereka seperti batch-batch sebelum ni. Senakal mana anak yang Allah kurnikan, sayangnya Ibu bapa terhadap mereka tidaklah berkurang walaupun marah mereka lebih besar berbanding adik-beradik yang lain. Marah yang tidak mengurangkan sayang, maka wida' ini aku hadiahkan makanan special untuk mereka dengan lagu kenangan yang inshaAllah bakal mengembalikan semula ingatan mereka.




Seperti wida' tahun-tahun sebelum ini, aku mahu mengurangkan memori bersama-sama mereka. Keyakinan besar selepas melihat batch-batch yang telah pergi sebelum mereka, amat pasti yang mereka-mereka ini akan melupakan, dan hanya aku yang menjadi tunggal untuk sukar melupakan. Sesi yang baru, dunia menjadi baru, wataknya menjadi baru. Hanya aku yang masih kuat bercerita, tentang cerita-cerita lama. Mengarang kisah-kisah lama, untuk diceritakan kepada mereka-mereka yang baru

LACI.

Keunikan ANC Kali ini ialah dek kerana tertubuhnya lajnah "haram" yang digelar sebagai LACI. Dan ianya adalah singkatan kepada Lajnah Cikgu Izuan. Hahaha. Bermula dengan projek TeamBulding ANC, Wecare4u, Cyclo Ohana, LailatunNisa', mereka akhirnya menutup apa yang telah mereka mulakan dengan meneraju pengurusan majlis Wida' ANC tahun ni. Tidak terikat dengan mana-mana lajnah dan MT, semua kerja diluar portfolio ANC banyaknya akan diberikan kepada mereka dan terbukti yang mereka-mereka ini sangat-sangat komited.

Anak-anak gadis ini, sepenuhnya dipilih oleh aku sendiri. Selain melihat kecantikan(hahaha), mereka-mereka ini aku pilih setelah membaca borang ANC mereka yang direject. Pelik kenapa tidak diterima, maka aku mengumpulkan mereka dengan "ijtihad" bahawa mereka sangat2 patut di"ANC"kan. Dan yang paling menarik, majoriti ahli LACI ini ialah Alumni Maktab Mahmud, Alor Setar. Teringat akan Ainun dan gadis si pemalu itu, maka ia sebuah penghargaan yang aku berikan untuk mengingati mereka yang "tersingkir" dari pemilihan ANC dulu kala.

Anis, azwa, Sarah, husna, syahirah, khairina, hafizah, izzati, nasuha(bukan laci) dan fadhlina. 5 orang adalah budak maktab Mahmud. Kenal ke? Rasanya tahun depan tak buat lg dah kot. Sekadar menguji, kalau ANC semua mati, mampu tak aku hidupkan jump "baru" yg komited.



"Korang kenal tak F**** M*******, senior sekolah korang dua tahun tua dari korang..."

"tak kenal lah cikgu, kenapa?"

"Aik, beza takat dua tahun, takkan tak kenal kot..."

"budak maktab mahmud ramai cikgu. Kalau duk Asrama kami kenal la kot. Kalau duk luar biasanya susah nak kenal melainkan yang memang famous..."

Cehh.. Niat hati nak korekla rahsia apa-apa. Sekali dengan perempuan pun jenis pemalu gak.

Jangan risau, walaupun awak tak terkenal dikalangan junior awak. Awaklah yang paling saya kenal dalam hati saya. Ciaciacia.

Sewel.

Sekian dari Syuib0809..

InshaAllah akan cerita pasal SGShop n lighting system minggu depan.

Saturday 8 April 2017

Coretan Ex-Felo

Bismillah.

Catatan ex-Felo

Aku dah berhenti jadi Felo. Teringat pertama kali masuk kolej, Aku dan Shah berbincang panjang lebar mengenai ini, hingga akhirnya kami sendiri volunteer diri untuk menjadi Felo tanpa tawaran dan paksaan mana-mana Pihak atasan. Cuma bezanya kami menjadi Felo bersekutu, gelaran bagi felo yang duduk di Quarters, bukan di kawasan asrama/kompel.

Kekurangan jadi Felo ialah, ada masanya hujung minggu memang tak boleh pergi mana-mana sebab kena standby takut student sakit atau ada emergency apa2. Adapun kerja-kerja lain, aku tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang susah, sebab memang aku suka. Memang menjadi kebiasaan, 2-3 kali dalam seminggu aku akan round jam 11 malam dengan membawa besi/kayu untuk memastikan semua pelajar masuk ke kompel masing-masing. Malah kalau pulang dari masjid seusai solat isyak, memang aku akan pusing macam-macam laluan sebelum sampai rumah. Pelbagai ragam, sekurang-kurangnya perlu ada mata yang mengawasi walaupun sebentar. Dan aku pasti, student2 itu menjadi buktinya.

Antara kerja lain ialah "halau" budak untuk ke perhimpunan pagi, dan solat jumaat. Biasanya untuk solat jumaat, 30 minit sebelum aku dah gerak. Yang syoknya, sebelum khutbah mula dah penuh surau kolej tu kalau aku naik. Kayu atau besi dibawa bersama, dan aku suka buatnya berseorangan. Selaku Felo paling muda, tak berani nak ajak felo yang tua-tua ni. Dan entah kenapa, jarang pun diorang nak join.

Apabila aku memohon jadi Felo, antara azam utama ialah untuk menghidupkan program-progam agama pada waktu malam di kolej. Mengimbau kembali zaman persekolahan, banyak program-program agama memang diatur oleh para warden yang kebanyakannya ustaz-ustaz. Tetapi setelah melihat sendiri betapa busuknya "politik" di sini, ditambah pula pertindihan kuasa dan sikap "lepas tangan" mereka yang bertanggungjawap, aku tersedar menjadi Felo hakikatnya tidak punya kelebihan sebegitu.

Pernah beberpa kali cuba membawa masuk agenda perbincangan, agar felo merancang aktiviti-aktiviti kerohanian untuk penghuni asrama pada waktu malam. Tapi sedihnya, tidak mendapat sambutan lansung. Lebih geram, 80% perkara yang dibincangkan ialah kebajikan felo, bukan kebajikan student. Cerita pasal ampaian felo, parking felo, parcel felo, rumah felo, mintak student jangan buat bising sebab ganggu felo dn yang sewaktu dengannya. Lalu aku terpaksa menerima, itulah Malaysia.

Kesukaan menjadi Felo ini, akhirnya aku lepaskan juga bermula awal bulan ini.

Terkejut apabila jiran hadapan rumah, si Hafiz tiba-tiba menegur

"hah izuan, ko bila nak pindah?"

"eh, mana ada aku nak pindah.. await semua orang duk tanya ni?" aku sebenarnya kurang terkejut sebab sebelum ni abang aziz dan syafiq fizik pun pernah bertanya soalan yang sama.

"semalam aku dapat surat dari office, timbalan arahkan aku dengan hang keluar dari Quarters, kosongkan rumah sebelum hujung bulan ni, n then pi masuk Kompel.."

Aku yang mendengar, menjadi tersangat-sangat marah dengan berita tersebut. Berita yang diperoleh pagi sabtu, dua malam berlalu dengan kesukaran aku melelapkan mata. Macam-macam difikirkan, geram dengan kediktatoran yang tidak dibawa berbincang.

Sampai sahaja hari isnin, aku terus menulis surat memohon meletakkan jawatan. Darah muda yang penuh dengan pemberontakan, semua kebarangkalian soalan yang bakal hadir, sudah ada jawapannya dalam tempurung kepala. Permohonan menjadi lebih senang, sebab ustaz(KJPP) bercuti selama tiga hari ketika itu. Timbalan pula tiada, kerana dalam proses berpindah ke Labuan. Lalu aku Terus berjumpa pengarah, dan ia diluluskan dengan begitu mudah. Memang aku suka pengarah ni. Hehe

Permohan keluar ini, yang tahu hanya aku, pengarah dan kak Jamaliah(kerani). Sebelum kak Jamaliah memberitahu ustaz selepas ustaz kembali ke kolej semula. Entah macam mana, habis satu kolej tahu, hebat benar pengaruh whatsapp dan kedai kopi ini. Dan yang memusuhi aku tanpa sebab bergembira dengan peluru baru mereka. Lantaklah hangpa. Tak berminat dengan politik perebutan pengaruh dan pangkat ni. Jawaplah nanti dengan Tuhan.

Dan sekarang, berehat di hujung minggu tanpa apa-apa kerunsingan lagi. Hehe. Cuma semlam bila tengok student duk main baling-baling tepung/telur kat tepi tasik teringin sungguh nak "maki". Selalunya memang aku akan tegur. Tapi terpaksa menasihati hati...

"izuan, you'r not felo anymore..."

Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda: “Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.”

Sekian dari Syuib0809.