Tuesday, 7 March 2017

Simpulan Satu Bulan.

Bismillah.

Mencatat sedikit apa yang berlaku sebagai ingatan.

Cuti Pertengahan Semester.

Secara jujurnya, takde apapun aku buat. Selepas pulang dari Himpunan Ungu, aku berhibernasi di atas Katil dalam bilik yang separuh gelap kat Teluk Intan.. Bajet yang sudah tiada, maka tiada ke mana untuk dilancongkan. Ayah aku dah kata takkan pi jalan mana-mana sampai hari Raya, so aku pun takdelah berharap nak pi mana-mana.

Akhir-akhir ni, aku suka betul suhun masak lemak. Aku rasa, ia membawa rasa "masakan rumah" walaupun hakikatnya aku hanya membeli nasi campur di luar. Balik kampung, hanya itu yang mampu aku request sebab senang. Tapi oleh kerana hanya aku yang bercuti, maka tiada orang yang boleh masak lebih-lebih pun. Banyaknya, beli lauk dari luar sahaja. Kegagalan merasa masakan rumah, maka aku pulang ke penang lebih awal sebab kat penang pun aku makan luar gak. Nak tunggu weekend pun banyak beno kenduri kahwinnya. Pengalaman aku balik weekend pun, tengah hari makan lauk kenduri, malam lauk pasar malam dan esoknya dah balik. Mengidam macam-macam, tapi satu pun tak merasa. Haha. Dan cara terbaik untuk mengubati penyakit mengidam ni ialah, kurangkan dan singkatkan balik kampung. Bernas.

Aset PA.

Cuti seminggu itu juga, aku bertemu dengan kedai menjual alatan PA system yang baru. Selalunya, aku akan beli online kat BG Sound & Lighting. Tak pun selalu pi Jalan Kampung Benggali, Butterworth sebab kat situ je dah ada dekat 8 buah kedai jual barang Audio. Tapi kali ini, lubuk baru yang aku jumpa ni betul-betul di bandar Ipoh. Maka, sebaik sahaja beroleh gaji bulan dua, teruih pi Jalan Pasir Puteh Ipoh. Dan MashaAllah, sangat mantap. Lebih banyak kedai, lebih murah dan sangat banyak pilihan terutamanya Lighting system dia. Rambang mata.

Antara benda utama yang aku cari ialah Active Speaker. Survey punya survey majoritinya sekitar RM1500 satu bijik. Pergh... Sekali balik penang balik jumpa yang bawah RM1000. Maka aset-aset baru 2017 ni:

1) Mixer Behringer Xenyx Q1202USB
2) Microphone Phonic DM690.3
3) Active Speaker Baretone 3R153OS 15inch.
4) Projector/mixer stand.

Muzakkir Ozil

Semester lepas, aku beroleh seorang student kuliah yang bernama Muzakkir. Oleh kerana wajahnya mirip Ozil, maka aku suka memanggilnya dengan panggilan Ozil. Semester ini, dia menangguhkan pengajian kerana darah, jantung dan paru-parunya terkena jangkitan. Lama terbaring. Aku beroleh khabar yang dirinya koma setelah nadinya berhenti buat seketika. Sebaik hidup kembali, rakan-rakannya yang menziarah menceritakan satu-persatu. Harapan yang terlalu tipis. Khamis lepas, dia akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada umur 19 tahun di Hospital Seberang Jaya.

Aku membawa pelajar lelaki kelasnya untuk menunaikan kewajipan mereka buat kali terakhir. Bagi aku, mereka sekurang-kurangnya perlu membantu menguruskan jenazah, bukan seperti orang-orang kebanyakan yang bersembang-sembang di luar rumah si mati. Lalu, aku mewajipkan mereka menukar pakaian kuliah yang dipakai dengan tshirt dan selipar. Entah apa perancangan Allah, kami tersampai lewat sedikit. Dan sangat-sangat menarik, sebaik sahaja aku dan mereka2 ini masuk, kami terus diminta bantu mengangkat jenazah untuk dimandikan. Ia tidak berhenti di situ. Kami-kami berlima ini juga yang tolong memandikan, mengkafankan, Mensolatkan, mengebumikan hingga selesai segala-galanya bersama ahli keluarga arwah. Aku sekadar tersenyum, melihat banyaknya pengalaman baru yang anak-anak remaja ini perolehi. Dan tertunainya tanggungjawap mereka keatas rakan mereka. subhanallah.

Ketika angkat jenazah masuk dalam van, terserempak dengan cikgu Hasni, cikgu matematik aku ketika di sekolah menengah(SEMESTI). Rupa-rupanya, cikgu Hasni juga guru matematik kepada Allahyarham yang dulunya bersekolah di Sekolah Sains Kepala Batas. Keciknya dunia.

STREETdakwah ANC.

Azam tahun 2017 yang pernah diceritakan, aku mahu berjinak pula dengan Lighting system. Tidak menunggu lama, aku memborong alatan-alatan asas(amateur) sebagai bahan belajar ketika Perayaan Tahun Baru Cina menjelang, sebab ada promosi murah. Tapi selepas sebulan, masih takde satu event pun untuk aku test dan gunakan. Hinggalah ANC, di bawah lajnah publisiti tampil dengan idea baru iaitu StreetDakwah(ala-ala sketsa, musikal, tazkirah) yang berlansung di kawasan lapang depan koperasi/bilik JPP. Cuma sungguh aku tak sangka, dalam keadaan tiada apa-apa promosi(sebab last minit), sambutan tersangatlah menggalakkan. Dengan non-muslim pun tengok sekali. Dan untuk event ni, buat pertama kalinya Lighting system aku digunakan sebagai special effect kepada persembahan mereka. Mantop. Boleh tengok kat instagram #AnnurCommitte.

Dan aku sangat suka barang-barang aku ini digunakan untuk medan dakwah. Semakin rancak, semakin ketagih untuk aku upgrade sistem yang sedia ada. Saat ANC diperli dalam khutbah jumaat kolej, pusat Islam yang mandul dari sebarang majlis ilmu, kemudian mengunci segala akses ANC ke stor surau, menyekat aktiviti di surau, sudah tiba masanya kader-kader dakwah ini meluaskan dakwahnya ke luar dari kawasan surau. Tidak lagi seperti kebiasaan menunggu-nunggu si mad'u di surau, ia langkah pertama untuk membiasakan diri berkeliaran mendekati mad'u yang tertahan jauh dari surau.

Kejayaan program ini, aku melihat ketagihan anak-anak dakwah ini untuk menyambungnya dengan siri-siri yang akan datang. Sudah kedengaran mahu membuat sitcomdakwah, pentomin, buskersdakwah dan sebagainya. Tahniah...

Dan aku pula perlu mencari lampu yang lebih terang(profesional) untuk mereka. Tunggulah gaji masuk. Hehe.

Sekian dari Syuib0809


Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.