Sunday 24 February 2013

Senyum dan Tawa Rasulullah

Bismillah

Hujung minggu yang terpaksa aku kosongkan dengan sebarang aktiviti. Memikirkan 3 presentation sahaja dah cukup merisaukan, apatah lagi dengan tugasan-tugasan lain yang masih banyak tertangguh. Kerjanya tidaklah sesukar mana, tetapi apabila mengambil masa yang panjang, seolah-olah banyak masa yang terbuang di situ sahaja. Akhir-akhir ni gak aku banyak keluar malam. Bila fikir balik, ini adalah sebab utama aku selalu tak dapat buat solat isyak secara berjemaah. Jadi, berada di maktab untuk hujung minggu ni adalah pilihan terbaik yang aku perlu buat. Kesannya, aku sempat habiskan buku Senyum dan tawa Rasulullah lepas maghrib semalam.

Buku ni aku jumpa kat tesco melaka. Sebenarnya datang saja2 je kat situ dengan family, lepas tu tengok popular sebab mencari buku senyum karya Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Tapi memang takde. Jalan punye jalan, sekali ada satu kedai buku ni yang sangat best. Kedai ni jual buku islamik, cd2 ceramah dan buku-buku dia memang menarik. Yang menjaganya adalah dua orang wanita. Kembali mencari buku ustaz tuan ibrahim, tapi x jumpa. last-last, ambik terus buku ni sebab terasa bertanggungjawab nak tolong kedai macam tu bangun. Banyak buku yang bertajuk hampir sama, tapi aku pilih ustaz misbah ni sebab pernah beli buku dia bertajuk "Isteriku, I love U"


Buku yang setebal 240 muka surat ni secara keseluruhan memang menepati citarasa aku. Banyak sirah yang dimasukkan kerana tujuan utama buku ini ialah memberitahu pembaca kisah-kisah yang mengandungi senyuman dan tawa rasulullah ketika bersama sahabat. Malahan, rujukan yang sahih disertakan dalam setiap kisah yang dicetak dalam buku ini. Ada kisah yang biasa kita dengar, namun banyak sungguh kisah menarik yang jarang kita dengar dan inilah masanya untuk tahu.

Secara ringkasnya, siapa yang baca buku ni mesti akan rasa teruja nak kongsi dengan kawan-kawan yang lain. Murah je buku ni. Jom beli. Antara kisah dalam buku ini:

Engkau tidak akan sakit perut selamanya!
Wanita menghindari umar al khattab
Maduku belum dibayar!
Abu Dzar tertinggal di belakang
Aku hanya akan menaikkan engkau di atas anak unta
Ali makan kurma dengan biji-bijinya sekali.

Dan banyak lagi

Sekian dari Syuib0809

Saturday 16 February 2013

Kembali

Bismillah.

Sudah sampai kembali ke maktab hari ini. Saja aku balik awal sebab takut esok kereta penuh dan sebenarnya mahukan sedikit suasana kondusif untuk buat assignment yang masih tertangguh. Selama tiga minggu berada di rumah, asyik menghadap laptop untuk siapkan kerja maktab. Terlampau banyak mencari, membaca, menaip, menulis dan juga menyusun. Tidak dilupakan juga proses copy n paste. Akibatnya, aku memang jarang bukak buku-buku yang dibeli. Adela minggu pertama ROS kat sekolah baca buku Chicken Soup for the soul edisi bahasa melayu. Tapi lepas tu dah stop.

Jadi, azam beberapa minggu yang dijangka akan sibuk gak ni aku nak habiskan 3 buku ni.

Senyum & Tawa Rasulullah karya Misbah Em Majidy.
Taktik & Strategy Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin karangan Abdul Hadi Awang
Chicken Soup for the Soul. (ni kene semangat sikit nak baca)

Tu jelah kot nak update dengan internet tak seberapa ni

Sekian dari Syuib0809

Friday 8 February 2013

ROS untuk KHAN

Bismillah.

Baru pulang dari tanah perkuburan kul 10 malam tadi....

ROS aku akhirnya tamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik hari ni. Sekolah yang mak aku ajar lebih 20 tahun sebelum bertukar ke Seri Perak tahun ni. Malah, adik beradik aku je dah tiga orang belajar kat sini hinggalah yang kecik sekali terpaksa berpindah ke Seri Perak juga ikut mak aku. Kalau dia stay, dia akan berada di kelas tingkatan 3 Amanah.

Kelas ni adalah kelas yang paling banyak aku masuk. Kelas yang aku dengar perkembangannya dari mulut mak aku sendiri sebab setiap tahun mak aku ajar budak-budak kelas ni. Jadi, diorang memang dekat di hati aku, dan aku boleh jumpa 20 pelajar lelaki yang perangai diorang sebiji dengan perangai adik bongsu aku ni. Uniknya kelas pertama tingkatan tiga ni ialah pelajar perempuan diorang sangat pandai, tetapi pelajar lelaki dia plak sangatlah malas dan kuat main-main. Tapi seronok kelas ni, sebab pelajar dia banyak mulut dan suka buat lawak. Jadi, nak marah kemalasan diorang pun selalu tak jadi.

Pertama kali aku masuk kelas ni adalah untuk tengok cikgu Halimatun(ganti mak aku) untuk mengajar matematik. Duduk sebelah budak bernama Syafiq Khan yang memang peramah. Tapi duk main-main dengan jangka lukis dan jangka sudut dia. Waktu tu aku tak kenal nama dia tapi rajinlah menyakat dia. Ada beberapa orang lagi yang aku rapat selepas masuk kali kedua macam Amirul Firdaus, Izzudin, Nadzmi Aiman, capang dan beberapa orang lagi. Diorang memang tak segan dengan aku sebab diorang kawan adik-adik aku je. memang kadang-kadang pun diorang panggil abang.

Beberapa hari ni aku kena uruskan ujian Matematik kelas ni sebagai assignment matematik aku sepanjang ROS ni. Kali pertama aku bagi hari rabu tetapi kebanyakan diorang memang tak dapat buat sebab susah katanya. Memang teruk pun waktu aku tanda kertas budak-budak lelaki tu. Kali kedua, aku uruskan lagi satu ujian tapi bawah cikgu Halimatun dan pesan diorang tulis nama penuh sebab ujian sebelum ni banyak yang tak tulis nama ayah. Dan aku tuliskan juga beberapa rumus penting kat papan putih untuk bantu diorang. Tapi still gak diorang tak dapat buat. Yang paling aku geram ialah si Syafiq Khan ni yang asyik duk termenung je sebab tak dapat buat soalan. Beberapa kali gak aku tegur dan pergi kat dia untuk bantu terangkan pasal jejari dan segitiga dalam bulatan. Waktu ni aku masih tak tahu nama penuh dia. Dia hanya bagitau nama dia Syafiq.

Lepas habis ujian, aku minta tangkap gambar diorang satu kelas untuk masuk dalam file ROS aku.

Malam tu, aku terpaksa tanda kertas diorang sebab memang dah takde masa dan aku kena buat sedikit analisis. Waktu nak tulis nama, ada sorang ni tulisan memang susah nak baca sampaikan aku terpaksa tulis Muhd Shoki Khoiz. Lepas tanya adik aku, dia kata takde plak nama tu dalam kelas dia dan teka mungkin Muhd Syafiq Khan kot. Sambil tu dia pun tunjuk gambar si Khan ni dan aku pun cam lah yang mana satu. Bila masuk kelas dia tengah hari tadi terus aku cakap "Ha, syafiq khan, pehal tulisan kamu hodoh beno, susah cikgu nak bace". Dia gelak je lepas salam dan cium tangan aku, sebab aku dah habis ROS diikuti rakan-rakan dia yang len.

Aku sempat tunjuk gambar kelas diorang yang aku edit semalam dalam Ipad aku. Aku cakap kat diorang, "cikgu tak akan masukkan  gambar korang ni dalam FB sekarang, tunggu 5 tahun lagi, baru best sikit tengok". tetiba Amirul Firdaus menyampuk "Kalo ada yang tak sempat 5 tahun dah meninggal cikgu, macamne?" Aku dengan selambanya mereply "Kalo dah meninggal lagilah tak payah nengok, nak tengok wat apa". Itulah gurauan yang menamatkan urusan ROS aku kat sekolah tu.

Kul 5 petang tadi, tetiba adik aku bagitahu "Angah, kan syafiq khan yang fahmi cakap tu, dia dan meninggal. Accident kena langgar kereta"... Aku memang terkejut separuh percaya. Baru je jumpa tengah hari tadi. Tiba-tiba dah jadi jenazah pada umur tak sampai 15 tahun genap. Oleh kerana jenazah banyak diuruskan di hospital, aku cadang nak ziarah bila jenazah dah dibawa ke rumah. Tetiba malam tadi, jenazah rupa-rupanya terus dibawa ke tanah perkuburan selepas disolatkan di hospital. Aku, mak dan adik aku terus bergegas ke sana dan terlambat tak sempat nak tengok jenazah. Sedih memang sedih, lebih sedih ibu yang melahirkan anak pertama ini.

Selamat bertemu Tuhan wahai ahli syurga, senyuman mu penawar hati.
ROS kali ni UNTUK mengenali kamu KHAN.

Arwah belakang sekali, 3 dari kanan. Berbaju sukan putih berjalur merah.

Sekian dari Syuib0809.


Friday 1 February 2013

ROS hari ke-4, PBS

Bismillah.

Untuk hari ni, aku tak dapat nak pakai baju melayu seperti guru lelaki yang lain. Sebaik sahaja sampai sekolah jam 7.20 pagi, terus terserempak dengan  En. Yusof yang segak berbaju melayu hijau dengan sampin. Aku kemudian ke pejabat untuk lapor diri dan alhamdulillah kali ni sudah ada buku rekod kedatangan guru-guru yang buat ROS ataupun praktikum. Selepas ke bilik guru bersalaman dengan cikgu-cikgu lelaki, aku terus ke surau.

Kelaziman di sekolah ni pada hari jumaat ialah akan diadakan bacaan yassin untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Aktiviti yang bermula sekitar 7.30 pagi ni tidak mengambil masa yang lama, tapi sangat bermanfaat sebagai bukti usaha syariatullah, meminta kepada maha Pemberi.Ada 8 orang pelajar yang lewat dan ustaz mintak tunggu di luar untuk soal siasat. Menarik.

Rata-rata yang berada di luar tu baru sahaja aku jumpa semalam di program motivasi dan merekalah yang duduk belakang. Walaupun nakal, mereka sebenarnya sangat baik hati dan menghormati cikgu. Waktu ustaz soal jawap, tiada seorang pun melawan. Alhamdulillah. Aku kemudian ke pusat sumber untuk melangsaikan beberapa kerja fail ROS yang tertangguh lagi.

Jam 8.30 pagi, aku menuju ke kelas 1 Ikhlas mengikuti kelas yang diajar Puan Azizah. Lepas meminta izin puan Azizah yang ber DG 48, aku terus mengambil tempat di bahagian kanan belakang kelas. Sangkaan aku, puan sarimah hantar aku masuk kelas 1 Ikhlas ni untuk subjek Matematik, rupa-rupanya subjek SIVIK. Namun begitu banyak yang aku belajar terutamanya bagaimana menerapkan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelajar yang sebenarnya baru je masuk sekolah tu tidak sampai sebulan. Menarik juga, Pn Azizah yang sebenarnya major Kimia diberi tugas untuk mengajar SIVIK supaya dapat memenuhi jadual pengajaran yang banyak kosong.

Kemudian, aku menemui cikgu syahmi sebab nak mintak izin masuk kelas dia. Dia beritahu yang dia tak mengajar hari ni tapi galakkan aku masuk untuk tengok bagaimana ujian PBS berlansung di kelas tingkatan 1 Cekal tu. Setiap pelajar dibekalkan satu buku matematik PBS bewarna biru dan diminta buat topik pola nombor. Lepas siap, cikgu minta tukar buku dengan kawan dan semak. Sebaik sahaja siap semak, cikgu akan mintak pelajar ceraikan bahagian yang dah dibuat tu daripada buku dan diberikan kepada cikgu untuk simpanan. Memang memudahkan, tapi kelihatan sedikit mudah untuk murid memutar belit markah yang ada. Aku kemudiaanya bersembang dengan cikgu syahmi dan beliau berkongsi pengalaman bagaimana membuat tuisyen dari rumah ke rumah.



Selepas habis bersembang, aku mencari pula cikgu azam, ketua merentas desa peringkat daerah Teluk Intan. kali ni, sekolah ni menjadi tuan rumah dan cikgu-cikgu sekolah diberikan beberap tugas. oleh kerana tidak mahu ketinggalan, aku turut minta sedikit tugas sempena esok. Aku dikehendaki menggantikan cikgu Maimunah yang sudah mula bercuti mulai hari ni. Menjaga check point lima bersama cikgu haspanizar. Lepas mengenal pasti tugas, aku kembali ke pusat sumber untuk menaip Laporan ROS sedikit.

 Sesi persekolah tamat jam 12.15 dan aku pulang ke rumah setelah ambik bahan dari Cikgu Rozainani.