Tuesday 31 January 2012

Dilema Pelajar Tahun Akhir

Bismillah..

Alhamdulillah, belum sempat merehatkan badan dengan musim peperiksaan, kami semua pelajar tahun tiga di Leicester kembali menyambung perjuangan semester terakhir kami di sini.. Baru dua hari bermula, tetapi macam-macam perkara yang difikirkan. Sekarang ni, masing2 sibuk memilih subjek yang bakal diambil supaya perjalanan untuk grad terjamin dan menjadi lebih mudah. Oleh kerana proses ni memerlukan pemerhatian, hampir kesemua kelas yang ada akan kami pergi. Terutamanya pelajar perempuan lah.

Aku secara jujurnya masih dalam dilema.. Dua subjek yang sudah pasti ialah:

Ordinary Research : (diajar oleh Ivan Tyukin)
Number Theory: (diajar oleh Frank Neumann)

Tapi untuk subjek yang terakhir, aku smpai perlu consider 3 subjek:

Equations of Mathematical Physics
Group and Symmetry
Curves and Surfaces..

Ketiga-tiga agak menarik, ada susah ada senang. Dan ada juga yang tiada final exam dan 100% daripada project/tests.. Yang penatnya sebab smpai nak tengok tiga-tiga subjek, memang berjam-jamlah kelas. Entahlah tak tau nak pilih mana lagi. Moga-moga dipermudahkan..


Sekian dari syuib0809..

Sunday 29 January 2012

Hujung Minggu tahun 2012

Bismillah..

Alhamdulillah, berlalunya hujung minggu yang sangat memenatkan. Jadi, nak cerita sedikit sebagai ingatan di hari tua.

Aktiviti hujung minggu aku bermula dengan berkunjung ke Highfield untuk mengucapkan selamat tinggal kat Abg din sekeluarga. Minggu lepas sempat angkat barang kat rumah die, tapi pasal tak bawak kamera, aku memang takde gambar waktu tu. Semalam, pagi-pagi lagi abang din dah kene berangkat ke Gatwick Airport. Abang Din dan Kak min ni antara Postgrad pertama yang aku kenal kat Leicester. Dan diorang memang sangat baik dan menjadi sumber rujukan ramai keluarga2 Malaysia di sini. Memang aku yakin kepulangan mereka pasti amat dirasai.

Ni lah van yang dinaiki oleh abang din sekeluarga. yang berbaju hitam tu ialah abang sobri, Penghulu MasLeics.

Selepas abang din sekeluarga berangkat ke london dengan menaiki minibus/van, aku tunggu sebentar nak tolong clear apa yang patut. Kemudian terus ke London dengan menaiki keretapi jam 11.57 tgh hari. Sampai london lebih kurang kul 1.15 petang dan menyambah dengan sistem tube kat situ. Aku memang benci bandar london ni. Kali terakhir aku datang ialah waktu parents aku datang Uk. Lepas tu memang dah takdela. Aku akhirnya sampai di Bayswater jam 2 petang.

Hujung minggu di London dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dari Malaysia. Antara yang sangat mendapat sambutan hangat ialah program "Projek Amanah Negara" sebab ia menampilkan ramai orang2 besar dari Malaysia. Antaranya Khairi jamaluddin, Rafizi Ramli, Rafidah Aziz, Dato Mustapha Mohammad dan Dr Zulkifli.. Cuma aku sendiri tak pasti, betul ke budak2 ni datang sebab minat tentang isu politik tanah air atau sekadar minat tengok orang2 besar dtg.

Jam 6.30 petang, aku kontek junior bernama ansari sebab memang lama sungguh tak jumpe die. Lepas pergi masjid, die belanja makan BBQ Rib kat Chicken Cottage. Lepas tu balik rumah die yang kalo dilihat memang macam kat dalam Hotel. Tak sangka plak malam tu ramai sahabat2 sekolej aku yang ade sekali kat situ. Apa lagi, memang sembang sakanlah.

Keesokan paginya, ramai yang pergi ke program amanah negara tu kembali manakala aku xde tujuan. Sebenarnya aku tumpang seorang Postgrad untuk pulang ke Leicester. Jadi, kene ke rumah orang lain sebab nak kena naik kereta dengan die. Jadi, dari Bayswater aku menuju ke rumah abang Tazli berdekatan dengan Ealing broadway. Tak taulah memang rezeki gamaknya, aku dihidangkan dengan Laksa Sarawak yang memang kaw habis. hehe.. Dalam masa yang sama, seronok sangat sembang dengan abang tazli yg aku pernah jumpa di program Fuiyo baru2 ni. dan beliau sgt hebat orangnya..

Lepas kenyang, teruih ikut abang Fakhizan sekeluarga untuk pulang ke Leicester. Sekali lagi dalam kereta memang rancak bersembang. Dan aku akhirnya sampai ke Leicester sekitar jam 4 petang.. Sangat penat maka nak tidoq..


Sekian dari syuib0809

Wednesday 25 January 2012

Berakhirnya semester lima

Bismillah..

Alhamdulillah, tamat juga akhirnya musim peperiksaan untuk kali ke lima ni. Peperiksaan yang memang terasa lain dari yang lain.

Peperiksaan pertama, GLM..
Alhamdulillah boleh buat InshaAllah..

Peperiksaan Kedua.. Complex Analysis
Sedikit yakin yang aku takkan fail paper ni. Cuma mungkin markah rendah.

Hari ni yang terakhir... Actuarial Maths...
Aku tak jangkakan kertas ni akan begitu sukar. Malah, bila tengok soalan die aku jadi sangat pelik dan terkejut. Lain dari yang lain. Dan aku sangat risau kot2 kene resit paper ni.

Sepanjang hidup aku, memang Allah tak pernah uji aku dgn gagal dalam mana2 mata pelajaran sepanjang peperiksaan besar2. Mungkin masanya dah tiba.. Ceewah..
Dah usaha, masa untuk tawakkal sahaja kepada Allah..

Peliknya, aku memang tak rasa down sekarang. Haha
Banyak kerja lain tertunggak, jadi kena settlekan sebelum minggu depan.

Sekian dari syuib0809.

Wednesday 18 January 2012

5 hari lagi..

Bismillah..

Hari yang sungguh malas..
Hari ni aku cuba untuk meluangkan waktu belajar di rumah berbanding ke library. Oleh sebab nak luangkan masa untuk ulangkaji, aku pun masaklah awal hari ni sebelum kul 1 tgh hari. After masak dan makan, melepaklah kat dalam bilik dengan nota Complex analysis kat tangan. Tak taulah penat ke apa, dari 3 jam yg sepatutnya terluang untuk study, tak smpai satu jam pun rasanya aku betul2 ulangkaji. Asyik tertido..

Lepas maghrib, kul 4.45petang, aku pun bergerak ke library untuk menebus kegagalan hari ni.
4.45-7 malam.. balik makan kejap
Sambung 7.45-9.45 malam kat library.
Balik sambung 10-11.30 malam dlm bilik..
Total dapat 8 jam je hari ni dari target yg sepatutnya 10 jam... Sabar.

Tetibe waktu layan UAI, ade link lagu ni. Dua hari lepas dengar kat bilik ferd. Best gak untuk buat tido dan menenangkan hari yg sangat serabut.



Cukuplah untuk hari ni. Bakal berperang lagi 5 hari
Sabtu ni nak tenangkan hati tolong postgrad angkat barang. Haha

Sekian dari syuib0809.

Sunday 15 January 2012

Catatan musim peperiksaan

Bismillah..

Catatan musim exam..

Dua minggu sebelum peperiksaan:
8 jam - ulangkaji
8 jam - urus diri, makan sembahyang, baca surat khabar, main internet, urusan lain
8 jam - tidor dan rehat.

minggu terakhir sebelum exam:
10 jam - ulangkaji
6 jam - urus diri, kurangkan main internet
8 jam - tidur dan rehat yg mantain.. Hehe

Study sorang-sorang je tahun ni.. Memang aku tak berapa gemar study ramai2 melainkan perlu. Aku memang dilahirkan suka sembang, nak wat macam mana. Ingat waktu sekolah dulu, kalau duk ramai2 belajar waktu prep, memang ade je benda nak sembang. Tapi waktu tu best, sebab sentiasa ade orang untuk ditanya..

Sekarang dah takde ramai kawan untuk study bersama. Memang berat rasanya peperiksaan penggal ni. Tapi sangat seronok bila dapat paham subjek yg berbulan2 aku tak faham. Rasa rugi sebab tak fahamkan awal2. Setiap tahun aku nak study dan fahamkan awal2, tapi tak pernah jadi. Kelas dan assignment menyebabkan aku malas untuk study awal2. Bile dah hujung2 ni, memang kena sabar sikitlah.

Mari melawan nafsu..

Sekian dari syuib0809

Wednesday 11 January 2012

Sahabat dari Edinburgh

Bismillah..

Sekadar mengupdate sedikit blog. Cadangnya nak update minggu lepas, tapi takde gambar lagi, jadi malas nak update. Minggu lepas, seorang rakan aku dari Edinburgh datang menziarahi leicester. Orang-orang Heriot watt habis exam awal, jadi cuti lepas exam diorang gunakan untuk berjalan-jalan melepaskan tension. Aku yang memang tak tau apa2 pun terkejut sebenarnya kedatangan shafie ni. Mungkin die kontek syahir kat Facebook kot.

Esoknya bawak die jalan2 kejap sambil makan tengah hari kat kedai baru. Walaupun tak berapa puas hati dengan kedai tu, sabaq jela na.

Ni lah kedai barunya dekat sgt dgn Uni. Cadang nak makan Buffet, datang2 tengok orang kedai tgh keluar. Gi solat jumaat kot.

Jangan salah faham plak. Kami yg sampai awal ni solat jumaat kat tempat lain yg lebih awal. Biasanya kalau masjid2 besar diorg akan solat jam 1 tgh ari walaupun zuhur skrg masuk kul 12. Sementara menunggu, jalan2 kat Victoria Park. Aku pun dah lama tak jalan kat sini.

Harapan kami utk makan buffet tak kesampaian. Die kata ade buffet, tetibe dia datang bawak 3 lauk, roti dgn nasi. Aku macam blur gile. Rupe2nya hari tu die tak wat buffet(cuti sekolah katanya). Tapi die charge harga buffet. Aku rasa tertipu habis..

Lepas makan, kami pergi solat Asar kat masjid Darussalam. Dan kemudian aku ke town bersama Pie, manakala syahir pulang untuk ambik sesuatu. Bawaklah die ke pasar pujaan lester, kemudian masuk Highcross. Die pun jenis yang tak minat shopping sangat..

Tempat wajip bergambar kalau sampai Leicester. Keluar dari Highcross, masuk poundworld, sportdirect dan macam2 lagi. Keluar-keluar tengok dah gelap. Nak buat macam mana, memang maghrib masuk kul 4.10 petang.

sebelum pulang, sempat posing jap depan market ni..

Malam tu plak, cadang nak keluar makan milkshake. Tapi entah macam mana lepas balik dari masjid semua macam malas nak keluar. Tetibe main plak game wii. Suasana rumah bertambah meriah dengan kehadiran seorang rakan aku yang beristerikan orang Leicester, Dolah. Malam tu, aku keluarkan projektor dari bilik untuk tengok movie bertajuk Real Steel. Walaupun dah tengok, seronok plak bile tengok ramai2. Satu hari tu aku tak study sebab diorang datang.

Keesokan harinya, pagi2 pie dah kene keluar rumah untuk menuju ke Birmingham. Aku pun tak sempat nak sediakan sarapan apa2, cuma hidang, roti, daging burger, baked bean dan telur hancur. Kul 8.30 pagi teruih bergerak ke Train station.

Jzkk kerana sudi ziarah Leicester. Jumpe lagi.


Sekian dari syuib0809

Tuesday 10 January 2012

Post sekejap: Pentingnya Syura

Bismillah..

Dah seminggu tak update blog. Memaang takde benda nak tulis pun sebab sibuk sangat2 dgn exam. Bayangkan macam takde benda yg aku faham waktu lecture, banyak sgt yg tak faham lagi. InshaAllah lepas habis exam nanti akan tulis apa yg patut. Banyak isu semasa yg sedang berputar di Malaysia, dan antara yg aku minat ialah isu pemecatan Dr Hassan Ali.. Banyak mulut-mulut yang tidak bersetuju, namun itulah keputusan Majlis syura. Apekah itu majlis syura? dan pentingkah syura? maka, mari mendengar kisah syura dari perang uhud..


Kisah musyawarah di perang Uhud


Pada saat-saat hampir bermulanya peperangan pula RasuluLlah SAW telah membuat musyawarah bersama para sahabatnya. Nabi yang mulia telah memberikan pandangannya dan menyatakan keberatannya untuk mempertahankan Madinah dari dalam. Lagi-lagi baginda sendiri telah bermimpi tentang berita buruk yang bakal berlaku. Namun akhirnya, keputusan telah dibuat agar tentera Muslimin menghadapi tentera Musyrikin di luar Madinah.

Ar-Rasul telah mendapat gambaran awal tentang kesudahan perang Uhud, dan atas sebab itu baginda telah memberikan cadangannya ketika bermesyuarat bersama sahabat-sahabat. Walaupun baginda seorang Rasul yang mulia, yang mana pandangan serta pendapatnya adalah ma'sum dari dosa, namun baginda tetap memilih keputusan yang telah disyurakan secara bersama. Boleh sahaja autoriti yang ada pada baginda, digunakan untuk membatalkan keputusan-keputusan hasil dari pandangan manusia biasa (sahabat). Tetapi baginda tidak melakukannya.

Setelah berlangsungnya peperangan Uhud, Allah telah menurunkan ayat ini:

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya"
(Aali 'Imran, 3:159)

"Kejadian-kejadian yang berlaku di Uhud kemudiannya menunjukkan bahawa pendapat RasuluLlah SAW adalah lebih tepat dan benar. Walaupun demikian, selepas Uhud, Allah memerintah RasuluLah SAW memohon ampun bagi sahabat-sahabatnya, dan bermesyuwarah dengan mereka dalam urusan mereka." (Fi dzilalil Qur'an)

Ketika menghuraikan bahagian: "...Kerana itu maafkanlah mereka, mintalah keampunan buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam segala urusan...",

as-Syahid Sayyid Qutub mengatakan di dalam tafsir Fi Dzilalnya:
"RasuluLLah SAW memang berhak membatlkan keputusan syura itu, tetapi baginda teruskan juga keputusan itu walaupun beliau mengetahui wujudnya penderitaan-penderitaan, kerugian-kerugian dan pengorbanan-pengorbanan di sebaliknya, kerana menegakkan dasar syura dan mengajar jama'ah Muslimin dan mendidik umat Muslimin adalah lebih penting dari kerugian-kerugian yang bersifat sementara."

Beliau telah menyambung huraian ayat tersebut:
"Dengan ungkapan yang tegas 'Bermesyuaratlah dengan mereka dalam segala urusan' ini, Islam menetapkan dasar ini di dalam sistem pemerintahan walaupun Nabi Muhammad SAW sendiri yang mengendalikan teraju pemerintahan itu. Ini adalah satu nas yang tegas yang tidak memberi sebarang keraguan kepada umat Muslimin bahawa syura itu merupakan dasar asasi (pemerintahan Islam). Ia tidak boleh ditegakkan di atas dasar yang lain darinya."

"...Dan apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah kasihkan orang-orang yang bertawakkal."
(Aali 'Imran, 3:159)

"Tugas syura ialah memeriksa pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan, dan memilih salah satu dari pandangan-pandangan yang dikemukan itu. Apabila sampai ke tahap ini, maka berakhirlah peranan syura dan tiba pula peranan pelaksanaan, iaitu melaksanakan keputusan syura dengan tegas dan penuh azam serta bertawakkal kepada Allah. Di sini ia menghubungkan urusan itu dengan takdir Allah dan menyerahkan kepada kehendak Allah mengatur akibat-akibatnya mengikut bagaimana yang dikehendaki olehNya." (Fi Dzilalil Qur'an)

Memperoleh keputusan tidaklah sepenting proses mendapatkan keputusan. Lagi-lagi di dalam konteks amal jama'i. Di dalamnya ada keberkatan, ada rahmah, ada perasaaan tanggunjawab meluas, dan ada petunjuk dari Allah. Hal ini telah ditunjukkan oleh RasuluLlah dengan satu contoh yang sangat baik ketika peperangan Uhud. Bahkan itu hanya satu contoh sahaja di dalam banyak contoh yang boleh diambil dari sirah RasuluLlah SAW, seorang sahabat telah berkata: "Aku tidak pernah melihat orang yang paling sering bermesyuwarah dengan sahabatnya selain RasuluLlah (SAW)" (HR. Ahmad).

Sayyidina 'Umar telah mengeluarkan satu kata-kata yang cukup cantik:
"Tidak ada kebaikan bagi setiap keputusan yang tidak melalui mekanisma syura"


Sekian dari syuib0809

Tuesday 3 January 2012

Jelajah Fuiyo 2011: Yang Terakhir

Bismillah..

Alhamdulillah, sudah 3 hari masuk tahun baru bagi kalendar masihi. Aku takde tanamkan apa-apa azam yang istimewa pun. sibuk habiskan masa dengan belajar jelah kot. Peperiksaan sem ni boleh dikatakan sangat sukar dan terasa bahang kepayahannya. Oleh kerana takde jalan mana-mana, meh kita sambung lagi kisah fuiyo. Mungkin ini adalah post terakhir Fuiyo InshaAllah.

Pagi tadi, akhirnya muncullah semua video Fuiyo untuk tahun 2011. Jadi aku sertakan kat sini video pada hari ketiga dan hari terakhir untuk tontonan semua. Video hari ketiga ni ade aksi ajk dapur menyanyi sambil kupas bawang. haha



Video penutup ni plak ade ajk dapur bagi ucapan.



Memang banyak memori untuk program musim sejuk tahun ni. Tugas sebagai MC, penyibuk di dapur, AJK dewan tetibe dan macam-macam lagi, banyak memberi kenangan manis untuk winter terakhir kali ini. Semakin banyak kenal orang, semakin bertambah juga ilmu pengetahuan InshaAllah..

Semoga kita bertemu kembali..



Sekian dari syuib0809

Sunday 1 January 2012

Jelajah Fuiyo 2011: Berita Dari Dapur

Bismillah..

Selamat tahun baru la ye semua..
Mari kita sambung cerita mengenai Fuiyo dan kali ni aku akan menulis mengenai Dapur Fuiyo. Di hari kedua, aku kembali menyibuk di dapur Fuiyo sebab slot hari tu banyak di sub-MC kan kepada fasilitator. Di dapur pagi tu sibuk dengan kuah karinya manakala aku plak dalam keadaan yang sangat lapar sebab tak breakfast lagi. Ditakdirkan Allah, ade bubur jagung yang dibuat oleh muslimat. Aku dgn Baim pun makan sambil sembang dgn mak Ustaz Zamri.

After makan, kami pun tolong di bahagian nasi yang mengalami masalah kuantiti semalam. Hari ni 20 kilo diorang masak. Kalo tak kenyang memang tak taulah nafsu apa.

Amir haron, fadhli(junior semesti) dan hamizan. Kesemuanya adalah ajk asal Fuiyo yg takde kene mengena dgn dapur Fuiyo. Tapi datang tolong apa yg patut. Memang aku respect diorg ni.

Keadaan di dapur Fuiyo tgh hari jumaat. syakir selaku pengarah Fuiyo pun turut berada di dapur.

Selain uruskan nasi, kami juga potong-potong bawang semua. Sekarang ni tgh goreng telur kat 3 kuali untuk dimakan dgn ayam masak kicap berlada. Yang aizuddin tgh kacau tu.

Menu petang ialah ayam masak kicap berlada buatan Aizuddin. Petang tu memang kaum lelaki je yang banyak berada di dapur. Muslimat memang diberi masa berehat sebab dari pukul 6 berada di dapur tak rehat-rehat. Kerja di dapur berterusan sehinggalah selepas aku menjadi MC semula utk slot ASDA. Kali ni kena kemas dapur plak.

HARI KETIGA.

Hari ketiga, menu utama ialah SUP AYAM dan TOM YAM AYAm. SUP ayam, memang bos dapur(mardhiah) yang jadi chef. Manakala untuk tom yam, hafizah dari plymouth yang jadi masterchef. Kedua-duanya sedap. Setelah menguruskan slot sembang pagi yg sangat ringkas, aku terus ke dapur untuk tugas biasa. Hari ketiga agak perit dan sangat memenatkan sebab kami juga kena sediakan menu untuk keesokan harinya. Di hari terakhir, kami kena bersihkan dapur seawal mungkin. Jadi mungkin tak sempat nak makan.

Kerja pun bermula..

Yang ni utk makan tengah hari. Memang sepanjang Fuiyo ni akan makan dalam talam kecuali hari terakhir. Sekali hidang dalam 30 talam. Setiap talam kena 5 orang makan. Nmpak muka semua yg tg letih?

Hari ketiga memang mencabar sebab kena masak untuk tiga kali waktu makan. Ada 5 periuk nasi. Sekali waktu makan kena 4 round masak. Jadi, satu hari tu seolah-olah kami masak 60 periuk nasi.

Keletihan hari tu diubati dgn kedatangan beberapa org rakan yang hadir ke dapur untuk melawat. Ni adib postmouth yg tgh makan kek. Lepak jap sembang dgn die.

Hari yang sangat memenatkan. Sebaik sahaja selesai tomyam, aku dan Aizuddin sudah mula menggoreng ayam untuk masak merah. Rakan2 muslimat lain mula memasak pes "nasi tomata" dan menyediakan ramuan untuk ayam masak merah. Pembahagian kerja dilakukan sebaik mungkin. Ade yang mengemas, membasuh periuk belanga dan membuat sedikit "snek" untuk ajk dapur. Kepenatan kami menyebabkan banyak diantara kami yang tak lalu makan. Kaki plak sakit2 sebab terlampau lama berdiri.

Kerja hari itu akhirnya tamat sekitar jam 2 pagi.

HARI TERAKHIR

Aku banyak ditugaskan menjadi MC untuk hari terakhir. Mungkin kerana urusan di dapur pun tidak begitu banyak. Sekali lagi, aku tertinggal untuk bersarapan lagi. Sebaik sahja menyerahkan mic kepada Nazrul, aku terus ke dapur membantu apa yang patut. Menu yang sepatutnya ayam masak merah ditukar menjadi ayam masak Fuiyo!! rasanya sangat sedap. Kali ni kami kene tapau untuk para peserta. Lepas tolong tapau, aku makan sedikit untuk alas perut sebelum mempengerusikan majlis penutup.

Antara pembantu dapur tambahan, Izzat berbaju belang. Kerja mentapau dah bermula jam 10 pagi lagi.

Safwan plymouth yang tetibe berada di dapur Fuiyo. Pakaian aku sepanjang di Fuiyo ni ialah baju melayu dan jubah pendek. Mungkin sebab aku memang dah selesa kot.

Kerja di dapur Fuiyo memang kerja yang sangat best walaupun kadang2 berhadapan situasi genting seperti memenuhi deadline waktu makan peserta. Ditambah pula kepenatan yang sgt dahsyat. Tapi, memang banyak pahala orang yang menyediakan makanan untuk orang ramai apatah lagi ianya tiada ubah mahupun bayaran. Aku yang kuat makan pun jadi tak kuat makan bile berada di dapur Fuiyo. Ye ke?

Banyak yang aku belajar sepanjang berada di dapur fuiyo. Cara memasak, resepi baru dan macam-macam lagi. InshaAllah, kalau boleh mahu kembali ke dapur. Hehe


Sekian dari syuib0809.