Thursday 5 October 2023

ALC 2023 : MERBOK

 Bismillah


Melabuhkan tirai...


ALC kali ni diuruskan oleh Alumni sepenuhnya. Kejayaan besar kerana mereka berjaya melaksanakan dengan baik. Hanya tersangkut dibahagian paperwork. Terlampau lambat proses kelulusannya. Nasib baik lulus.


Secara keseluruhan, ALC kali ini diuruskan oleh G18. Manakala G19 byk pada urusan teknikal. Dibantu adik2 G21 untuk urusan dapur. Dan ALC23 menyaksikan kehilangan besar G15-G17. Yang turun boleh dikira dengan jari.


Dan kelak, G18 juga akan menerima nasib yg sama. Bila masing2 sudahpun mula bertatih masuk ke alam pekerjaan.


Dari sudut modul. Banyak kekeliruan slot antara pusat Islam dan alumni. Akibatnya alumni kurang hadir dengan back up modul. Dan aku perhati, agak kurang fasi lelaki yang "kelakar" untuk handle modul. Memang makin pupus musliminnya.






Tapi kekuatan nampak jelas pada kehadiran anisso yang membawa semangat dakwah/tarbiyah dari luar negara. Yang susah nak dpt pada keluaran uni tempatan sebab byk disibukkan dengan siasah. Masih nampak kelemahan masing2 yang tidak berminat bina hubungaan dengan adik2 ANC untuk perkaderan. Sayang.


Tetibe tak larat dah nak menulis. Jom gambo je le





Pertemuan.

Tidak perlu lama

Hanya perlu ada

Jangan khuatir harta

Kerana yang perlu dikorbankan

Hanyalah masa...



Terima kasih

Buat yang sudi datang

Dan yang diuji untuk tiada lagi


Wednesday 31 May 2023

Raya 2023

 Bismillah

Kalau ikutkan, memang x berapa nak update blog ni. Tapi bila memikirkan inilah tempat senang nak cari gambar pun. Maka, kenalah menulis sikit supaya senang nak cari nanti.

Raya baru2 ni, aku pusing lagi satu Malaysia.

Bermula dengan Teluk Intan-Melaka





Kemudian menghala pula ke kota bharu

Pi rumah farhanan. Gambar penting ni bukti kita pernah mari


Open house rumah atuk tasnim



Bersama penyanyi abe dudo adik janda. Haha

Yang dahsyatnya, lepas tu, patah balik gua musang. Bini kita. Gitulah


Rumah family ayah isteri. kuala betis

Aku balik ke penang seorang diri, sebab isteri perlu masuk pejabat semula di kota bharu. Dan balik penang, teruih pi kenduri si Aini.



Ajak lepak, tapi diorg sembang sesama diorg

Kita pun membebel lah kat muaz


Oklah, nampak sebaya semua


Duduk sorang2 kat rumah, punyalah malas gila nak keluar pi open house. Hanya pi open house taman je. Seronok sembang dengan jiran depan rumah yang punyalah susah nak sembang waktu hari2 biasa. Haha


Sekian dari Syuib0809




Wednesday 19 April 2023

RAMADAN 2023

 Bismillah.


4 bulan tidak menulis. 

Cuma ramadan, perlu didakwatkan dalam ruangan kecil ini. Sebagai catatan, kenangan dan panduan generasi akan datang.


Tahun ini, tajaan satu malam adalah rm2k. Anggaran untuk 500 orang. Walaupun tahu ianya kos yang agak mustahil, tapi percaya, pasti akan ada rezeki yang hadir dari insan2 yang hebat. Dan menariknya tahun ni, ANC mintak untuk tidak diadakan berbuka pada hujung minggu. So, agak relaks sedikit di situ.









Ramadan kali ini, prosesnya agak mudah. Tidak seserabut tahun2 sebelum ini. Nasi cafe D masak. Lauk juga sama. Ayam macam biasa tempah rm1. ANC hanya perlu goreng telur dan keropok. Keropoknya bertukar 4 jenis. Keropok ikan, keropok bawang, papadom bulat dan papadom petak.

















Dan yang agak memudahkan, pelajar lelaki makan dalam talam, manakala muslimat dalam pinggan. Masing2 berlapik plastik. Dan aku sendiri, sangatlah jarang turun petang2. Sebab kalau turun, mesti banyak gila marah ajk. Padahal elok je diorang bila aku takde. Untuk air plak, ada pensyarah sponsor sepanjang ramadan. Memang ringan keje sikit.







AJK kali ni yang agak menarik. Diorang komited je, rajin tapi agak keras kepala. Generasi muda yang rasa selalu betul, tapi lepas nampak bermasalah, barulah nak mengalah. Tak pandai masak nasi, so mintak cafe je masakkan nasi lebih. Bab ikhlas yang paling menarik, diorang macam x beriya nak cari dana untuk bagi makan sedap2. Apepun, setiap hari yang hadir lebih 700 orang gak.




















Tahun ni juga, tak banyak kerenah dari pentadbiran. Tidak berbunyi apa2 isu, dan buat pertama kalinya pengurusan kolej tak panggil naik atas. Hanya ada sedikit isu pasal QR code. Tapi itupun ok je takde apa.







Tahun ni juga banyak balik kampung hujung minggu berbuka bersama keluarga.










Itu sahaja. 


Sekian dari Syuib0809