Wednesday 28 June 2017

Selamat Hari Raya

Bismillah.

"cikgu, kurta cikgu tu saiz apa?"

"XXXL. await?"

Selang beberapa hari, anak-anak dara itu hadir dengan bungkusan di tangan

"cikgu ni cikgu.. Tapi kami ambik saiz XXL, sebab XXL dia besar. Kesian asyik tengok cikgu pakai baju sama je.."

Hahaha. Kuang ajaq.

Aku sejujurnya bukan peminat baju. Apa yang masih boleh dipakai, semuanya akan aku pakai lagi walaupun sudah lusuh. Kebanyakan kurta aku, adalah daripada zaman aku belajar di UK dan ketika berada di maktab dulu. Ada orang melihat aku sebagai kedekut. Ada orang melihat aku sebagai pemboros. Aku kedekut untuk boros pada perkara yang lain. Cuma hadiah dari anak-anak dara ini, ia hadiah hari raya yang sangat menggembirakan hati. Sebab aku tiada setitik pun waktu punya fikiran akan persiapan raya, sepenuhnya untuk Ramadhan yang masih punyai lompong untuk dipenuhkan.

RAYA berseorangan.

Buat pertama kalinya, aku beraya seorang diri di penang. Quarters staf yang sangat kosong, hanya aku membuat bising dengan bunyi motor di pagi raya. Pagi tu, lepas solat sunat hari raya, aku terus bergegas pulang ke Teluk Intan dengan perut kosong. Nak masak memang idaklah.

Sampai di Kuala kangsar, aku singgah sebentar di restaurant Pizza Hut. Kosong gila kedai dengan cashier pun entah kemana. Selepas beberapa minit, baru la nampak sorang pekerja turun dengan berbaju melayu. Dan buat pertama kalinya, aku makan pizza hut sebagai menu utama di hari raya pertama. Hahaha. Kat Uk dulu pun, takdelah hina macam ni. Adalah gak nasi impit dengan lontong bagai. Sampai rumah, sorang pun takde sebab semua balik Melaka. Aku masuk rumah, rehat and then mencari-cari makanan kat pekan. Nasib baik ada kedai tomyam bukak.

Raya kedua, family aku dah balik. Dan saudara mara belah abah bertandang ke rumah. Rasalah balik suasana raya tu. Raya ketiga pi rumah pak cik aku. Raya keempat Bayern ajak pi beraya rumah Azian dengan Bijan. Dan rumah aku dipenuhi tetamu emak. Menjadi tukang basuh pinggan yang setia. Huhu.

Sebenarnya, fungsi post ni hanya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca-pembaca blog ni. Juga dah janji nak tunjuk gambar aku pakai baju yang anak-anak dara tu bagi. Lama sebenarnya aku tinggalkan dunia permodelan ni. Kihkihkih.


Lama tak buat perangai macam ni. Harap tiada mana2 hati yang tercuri. Ciaciacia

Sekian dari Syuib0809.

Saturday 24 June 2017

Ramadhan: Muhasabah Pelik

Bismillah.



Pesanan di atas, sebenarnya sudah lama dinukilkan. Sebelumnya, orang-orang awam yang dahagakan nasihat menerimanya dengan baik. Kerana ia sebuah nasihat dari orang baik-baik, untuk mereka yang baik-baik. Malah, bakal mendatangkan kesan yang baik. Hingga di akhirnya, persekitaran yang mengelilingi orang-orang baik akan beransur-ansur menjadi lebih baik dengan nasihat ini.

Namun tiba-tiba datang seorang "pakar hadiths" membincangkannya dalam nada yang merendahkan. Hingga dirinya kemudian direndahkan pula. Lalu orang-orang awam yang membacanya, merendahkan pula antara satu sama lain. Ketinggian ilmu orang-orang alim semakin dipandang rendah, sehingga ramadhan yang tinggi rahmatnya dipenuhkan dengan perpecahan manusia satu agama yang galak merendahkan saudara agamanya.

Aku yang sekadar memerhati, menjadi semakin gelisah apabila syeikh nuruddin albanjari juga terkena tempias dari "fitnah" tertidur yang dikejutkan oleh ustaz hadits itu. Maka amat jelas, pentingnya ketinggian ilmu disulami dengan adab yang tinggi juga. Mudah-mudahan ilmu tinggi yang dicari kelak berupaya menundukkan nafsu diri. Jika dengan ketiadaan syaitan pun manusia boleh porak peranda sebegini, jelas benar nafsu itu bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah.

Penutup Projek Iftar.

"Aqlina, kalau kamu dah sihat, tolong totalkan kejap duit masuk semuanya sekali..."

Tahun ini, aku melantik bendahari khas untuk projek iftar jamaie di surau. Tidak larat mahu membuat buku kira-kira kerana kesibukan yang teramat. Gadis bendahari ini, adalah produk maktab mahmud yang dipilih oleh senior-snior  ANC 2016/2017. Melihat raut wajahnya, memang teringat akan gelagat senior-seniornya yang lama. Terutamanya, gadis pemalu itu. Aura mereka sama, cuma bendahari ini, antibodinya cukup lemah, demam pun dapat cuti sampai 3 hari. Siot.

"cikgu ni, pilih yang lawa-lawa je kan? Yang lawa tu tak semestinya boleh buat keje ok..."

Barisan fasi-fasi itu, kerap benar bersangka buruk dengan aku. Tapi sejujurnya aku nampak tahun ni ANCnya lawa-lawa berbanding tahun sebelumnya. Kahkahkah. Jangan marah.

Diorang ni nampak aku macam gatal sebab baca blog ni kot. Berlainan pula pandangan encik suhaimi pada aku:

"izuan ni, kalau letak perempuan lawa, sebelahnya letak tiang kayu, mesti dia nampak sama je.."

Malam terakhir projek iftar, aku mengumpulkan semua ketua-ketua yang terlibat beserta bendaharinya.

"cikgu, jumlah duit yang orang sumbang sepanjang Ramadhan ni RM17,193.70"

Gulp..

Tiga kali ganda berbanding tahun lepas, aku seperti sudah terbiasa dengan keajaiban yang hadir setiap kali menguruskan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Cuma kali ini, rezekinaya melimpah ruah hingga kami terpaksa menyediakan moreh untuk dua malam yang terakhirnya. Dan morehnya bukan biasa-biasa. Malam pertama, jemaah dihidangkan dengan Spaghetti bolognes dan mee goreng. Manakala untuk malam terakhir, moreh mereka dihiasi dengan sate-sate yang ditempah ribuan cucuk. Nak buat macam mana, kalau hidang bubur kacang/pulut hitam memang buang je tak makan. Maka hipsterlah sikit.

Untuk Iftar terakhir, kami sekali lagi terpaksa menghabiskan semua duit dan bahan mentah yang disumbangkan. Lalu AJK membuat keputusan untuk menempah nasi daging. Tiba-tiba Hafiz meng"hadiah"kan seekor kambing untuk aqiqah anaknya. Cafe-cafe menambah lauk ayam masak merah secara percuma. Aku pula sudah dari awal menempah 50 ekor ayam percik sebelum semua ini berlaku. Cafe A Sponsor nasi, cafe B duk bagi duit tetiba. Cafe C plak menambah-nambah bahan untuk BbQ yang sudah sedia ada banyak. Dan malam itu, kami menerima kehadiran 500-600 orang pelajar. Pelik kali ini, lauknya berlebih, nasi pulak yang tak cukup. ANC muslimat pulak terjumpa 3 papan telur kat dalam stor. Maka, menambah lah lagi lauk dengan telur dadar yang digoreng on the spot.

Daging kurma(Hafiz), daging rebus(nasi daging) dn ayam percik. Nasi daging terpaksa digantikan dengan nasi Putih sebab dh habis.

Meriah sungguh. Buat pertama Kali aku join sekali berbuka sebab x sempat nak p beli makanan. Baju pun baju kemeja pejabat lagi.


Seperti tahun lepas, penutup iftar itu juga diserikan dengan Asap BBq. Saja mahu menghidupkan suasana. Proses membakar yahg bermula jam 6.30 petang, dan berakhir jam 11 malam, banyak sungguh makanan yang terhidang malam itu. Dan bagi membayangkan "mewahnya" rezeki ramadhan kali ini, aku tiba-tiba terjumpa sebuah kotak jam 11.30 malam.

"ni kotak apa ni? Apehal penuh dengan sosej ni.."

Kotak itu aku jumpa saat gotong royong terakhir tengah malam itu. Arang yang sudah mula dipadamkan, kotak besar itu menarik perhatian aku. Buka-bukak je, ada dekat 20 bungkus sosej yang masih belum berusik. 20x10 batang, bayang jelah sendiri.

Drama Anak Derhaka

Mahu mengikut jejak Syukri Yahya, aku rasa sudah terlalu lama aku berlakon watak baik. Dah tiba masanya untuk memegang watak jahat plak. Hahaha. Raya tahun ni aku buat hal. Tak nak balik kampung!!!. Raya penang sorang2!!.

Sebenarnya tahun ni teringin nak rasa "kelainan" sikit. Oleh kerana gagal merasa kelainan apabila berpasangan, aku memilih kelainan untuk beraya seorang diri. Acah2 perantauan gitu. Last aku tak beraya dengan keluarga ialah pada tahun 2011, sebab nak rasa beraya kat UK. Sebenarnya saja nak rasa suasana beraya negeri lain, dan seronok nak melihat respon mak yang tersangatlah drama. Mohon jangan tiru aksi ini.

Respon 1:
"kamu nak pi beraya rumah mak mertua ye?"

Hahaha. Ni memang win. Penangan cerita studentku si Pemalu gamaknya. Mak sendiri pun tereffect gamaknya. Teringin gak nak pi alor setar tu, tapi kena berjemputlah kot. Idaklah nak gi gitu je.

Respon 2:
"kamu ni lagi pentingkan kawan dari keluarga sendiri.."

Antara sebab minor kenapa aku tak ikut family balik kampung ialah sebab nak hadir kenduri kawin lili tai dan faiz abdul rahman di Melaka. Kedua2 nya kawan baik ketika di UK. Tak larat nak pi melaka sampai dua kali. Last aku jumpa si Faiz ni pun tahun 2013, kat kenduri si Norehan. Dah mak cakap macam tu, memang idaklah aku nak pergi gamaknya. Dan aku sendiri sangat tak suka ayat tersebut.  Dalam orang lain semua kata aku takde kawan, mak plak kata aku pentingkan kawan. Aduihh.

Sorilah ye lili, tak dapatlah nak hadir. Harap memahami.

Apepun, Selamat Hari Raya semua..

Sebenarnya nak cerita lagi. Tiba-tiba tak larat.

Nanti sambung lagi..
Sekian dari Syuib0809.

Friday 16 June 2017

Ramadhan 2017: Raja dan Kuli

Bismillah.

Lama sungguh tidak menulis. Harap benar dimaafkan.

Ramadhan kali ni, satu minggu aku melaluinya di kampung halaman. Hidup tanpa halatuju dan kerja, aku hidup bak raja pemalas. Terperap dalam bilik dengan mata menghadap Ipad dan Phone semata-mata. Keluar sahaja dari bilik, terus meraba-raba mencari makanan di dapur yang sentiasa ada. Bangun sahur sahaja, sudah ada orang sediakan makanan. Baju ada orang basuh. Rumah ada orang kemaskan. Barang ada sahaja orang belikan. Juadah berbuka semuanya ada orang menaja. Hidup bak raja sebegitu, aku tidak pasti adakah aku suka dan biasa.

Setelah satu minggu itu berlalu, aku kembali ke kolej dengan tanggungjawap dan projek yang pelbagai.

1) MPPB.
2) Majlis APC
3) projek Buka Puasa
4) Nuzul Quran
5) Audit Dalaman( Kimia dan UDM)
6) KIK(projek dengan pusat zakat)

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Tahun ini, semua AJK APC terdiri daripada pensyarah-pensyarah muda DG41. Kata pengarah, nak tengok macam mana orang-orang baru punya kerja. Aku selaku orang yang sangat suka buat-buat program dan majlis memang tersangatlah suka wal teruja. Sampai memaksa afiq untuk kumpulkan AJK di sebalik tabir agar boleh berbincang dengan lebih teliti. Secara jujurnya, majlis ni agak simple sebab tidak melibatkan protokol yang tinggi dan kurang aturcaranya. Cuma yang menjadikan aku teruja ialah aku akhirnya boleh menggunakan barang-barang aku dikhalayak ramai tanpa perlu menyorok-nyorok.

Belakang tu pop up backdrop yg aku baru beli. Sangat menarik bendanya. Nak tau APA yg menarik, boleh tengok kat YouTube.

Juga mencadangkan untuk diadakan photo booth. Tapi Kali INI menggunakan sistem truss yg aku baru upgrade. Boleh pergi tinggi sampai 4 meter dan panjang sampai 6 meter. ANC pun tak rasa lagi. Banyak benda aku beli utk ANC guna bagi mengurangkan kos. Dan APC Kali ni pun temanya ialah majlis yang gempak dengan bajet ciput

Ni hasilnya. Lawa kan? Pentas bawah tu pun ANC punya. Sebab aku nak buat eksperimen senang nak jar diorg setup photo booth nnt. Lepas ni boleh je pinjam, kecuali utk majlis2 lagho.




Benda-benda ni nak pasang takdelah susah sangat. Nak angkut dari rumah nak ke dewan tu yang mencabar sungguh tu. nasib baik masih ada adam malik and the geng. Kalau tidak memang aku pengsan.

Majlis Berbuka Puasa.

"Izuan, hang jadi SU II pusat Islam eh? 
Afiq amin tiba-tiba menyapa dalam perhimpunan staf petang tadi.

"erk,, kenapa plak hang cakap gitu. Aku tak tau apa-apa pun."

"tadi aku check jawatankuasa Pusat Islam yang baru, nama hang tertulis jadi SU II bawah Ustazah Wan"

Aku secara jujurnya terkejut gila. Malah aku masih belum memastikan kesahihan berita tersebut. Harap2 lah tak betul. Cuma yang sangat pasti, aku sudah dimasukkan secara rasmi dalam pusat Islam dengan portfolio khas sepanjang bulan ramadhan ini. Iaitu menguruskan aktiviti berbuka puasa. Dengan mengharapkan sumbangan orang ramai semata-mata, aku sudah memulakannya pada hari keempat sebaik sahaja pelajar baru mendaftar. Entah macam mana boleh berani sebegini, tapi aku sentiasa yakin, rezeki Allah itu pasti ada.

Hari pertama, kami hanya menyediakan juadah berbuka untuk 250 orang sahaja. Lauk yang ditempah di cafe, kami terpaksa memasak nasi sendiri semata-mata untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Setiap hari dalam 20kg beras akan digunakan. Pelajar yang semakin hari semakin ramai hadir berbuka, juadah berbuka itu akhirnya ditambah dengan anggaran melebihi 350 orang. Sambutan yang menggalakkan, kerisauan aku mula timbul tatkala melihat baki sumbangan yang ada di tangan.

Namun keajaiban yang hadir hampir setiap tahun, keesokan harinya sumbangan datang bertubi-tubi dari pelbagai pihak. Ada yang terus sponsor berbuka, ada yang menyelit sampul berisi ratusan ringgit, ada yang memenuhkan bonet dengan berkilo2 gula, beras dan kordial. Dan Alhamdulillah, semua urusan berbuka ini berjalan sangat lancar dengan ahli2 ANC baru yang bagi aku sangat-sangat komited. Cuma penatnya juga semacam. Menjadi kuli untuk membeli itu dan ini, mengagihkan belanjawan yang cukup2 memeningkan kepala, tugas-tugas kuli itu dipermudahkan oleh barisan fasi-fasi yang masih bersisa di kolej.

Cuma tugas menjadi kuli itu tidak terhenti di situ. Kemasukan rasmi aku ke pusat islam itu juga mengundang tetamu-tetamu yang menziarah ke meja dengan soalan-soalan menarik.

"izuan, nanti nuzul Quran tolong...
"izuan, nanti tolong carikan imam dan bilal...
"izuan, nanti tolong tempahkan makanan..
"izuan, tadarus macam mana...
"izuan, tadi ada orang...

Ia pertanyaan2 yang menambahkan beban, namun aku beroleh suka, kerana aku terlalu ketagih dengan kerja-kerja sebegini. Malah, buat pertama kalinya, aku sudah tidak perlu lagi menyorok dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang kerap dilakukan sembunyi-sembunyi tiga tahun sebelum ini. Malah, orang ramai yang mahu menyumbang juga sudah boleh menyumbang secara terang-terangan. Tidak seperti tahun-tuhun sebelum ini, takut2nya ibarat menjualbeli barangan terlarang. Dan Alhamdulillah, kutipannya sudah menghampiri 10 ribu. Alhamdulillah.

Seronok tengok mereka yang hadir berbuka puasa ini.
Ia Ubat hati. Buat mereka yang lelah berbakti.

Sekian dari Syuib0809.