Lama sungguh tidak menulis. Harap benar dimaafkan.
Ramadhan kali ni, satu minggu aku melaluinya di kampung halaman. Hidup tanpa halatuju dan kerja, aku hidup bak raja pemalas. Terperap dalam bilik dengan mata menghadap Ipad dan Phone semata-mata. Keluar sahaja dari bilik, terus meraba-raba mencari makanan di dapur yang sentiasa ada. Bangun sahur sahaja, sudah ada orang sediakan makanan. Baju ada orang basuh. Rumah ada orang kemaskan. Barang ada sahaja orang belikan. Juadah berbuka semuanya ada orang menaja. Hidup bak raja sebegitu, aku tidak pasti adakah aku suka dan biasa.
Setelah satu minggu itu berlalu, aku kembali ke kolej dengan tanggungjawap dan projek yang pelbagai.
1) MPPB.
2) Majlis APC
3) projek Buka Puasa
4) Nuzul Quran
5) Audit Dalaman( Kimia dan UDM)
6) KIK(projek dengan pusat zakat)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Tahun ini, semua AJK APC terdiri daripada pensyarah-pensyarah muda DG41. Kata pengarah, nak tengok macam mana orang-orang baru punya kerja. Aku selaku orang yang sangat suka buat-buat program dan majlis memang tersangatlah suka wal teruja. Sampai memaksa afiq untuk kumpulkan AJK di sebalik tabir agar boleh berbincang dengan lebih teliti. Secara jujurnya, majlis ni agak simple sebab tidak melibatkan protokol yang tinggi dan kurang aturcaranya. Cuma yang menjadikan aku teruja ialah aku akhirnya boleh menggunakan barang-barang aku dikhalayak ramai tanpa perlu menyorok-nyorok.
Belakang tu pop up backdrop yg aku baru beli. Sangat menarik bendanya. Nak tau APA yg menarik, boleh tengok kat YouTube.
Juga mencadangkan untuk diadakan photo booth. Tapi Kali INI menggunakan sistem truss yg aku baru upgrade. Boleh pergi tinggi sampai 4 meter dan panjang sampai 6 meter. ANC pun tak rasa lagi. Banyak benda aku beli utk ANC guna bagi mengurangkan kos. Dan APC Kali ni pun temanya ialah majlis yang gempak dengan bajet ciput
Ni hasilnya. Lawa kan? Pentas bawah tu pun ANC punya. Sebab aku nak buat eksperimen senang nak jar diorg setup photo booth nnt. Lepas ni boleh je pinjam, kecuali utk majlis2 lagho.
Benda-benda ni nak pasang takdelah susah sangat. Nak angkut dari rumah nak ke dewan tu yang mencabar sungguh tu. nasib baik masih ada adam malik and the geng. Kalau tidak memang aku pengsan.
Majlis Berbuka Puasa.
"Izuan, hang jadi SU II pusat Islam eh?
Afiq amin tiba-tiba menyapa dalam perhimpunan staf petang tadi.
"erk,, kenapa plak hang cakap gitu. Aku tak tau apa-apa pun."
"tadi aku check jawatankuasa Pusat Islam yang baru, nama hang tertulis jadi SU II bawah Ustazah Wan"
Aku secara jujurnya terkejut gila. Malah aku masih belum memastikan kesahihan berita tersebut. Harap2 lah tak betul. Cuma yang sangat pasti, aku sudah dimasukkan secara rasmi dalam pusat Islam dengan portfolio khas sepanjang bulan ramadhan ini. Iaitu menguruskan aktiviti berbuka puasa. Dengan mengharapkan sumbangan orang ramai semata-mata, aku sudah memulakannya pada hari keempat sebaik sahaja pelajar baru mendaftar. Entah macam mana boleh berani sebegini, tapi aku sentiasa yakin, rezeki Allah itu pasti ada.
Hari pertama, kami hanya menyediakan juadah berbuka untuk 250 orang sahaja. Lauk yang ditempah di cafe, kami terpaksa memasak nasi sendiri semata-mata untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Setiap hari dalam 20kg beras akan digunakan. Pelajar yang semakin hari semakin ramai hadir berbuka, juadah berbuka itu akhirnya ditambah dengan anggaran melebihi 350 orang. Sambutan yang menggalakkan, kerisauan aku mula timbul tatkala melihat baki sumbangan yang ada di tangan.
Namun keajaiban yang hadir hampir setiap tahun, keesokan harinya sumbangan datang bertubi-tubi dari pelbagai pihak. Ada yang terus sponsor berbuka, ada yang menyelit sampul berisi ratusan ringgit, ada yang memenuhkan bonet dengan berkilo2 gula, beras dan kordial. Dan Alhamdulillah, semua urusan berbuka ini berjalan sangat lancar dengan ahli2 ANC baru yang bagi aku sangat-sangat komited. Cuma penatnya juga semacam. Menjadi kuli untuk membeli itu dan ini, mengagihkan belanjawan yang cukup2 memeningkan kepala, tugas-tugas kuli itu dipermudahkan oleh barisan fasi-fasi yang masih bersisa di kolej.
Cuma tugas menjadi kuli itu tidak terhenti di situ. Kemasukan rasmi aku ke pusat islam itu juga mengundang tetamu-tetamu yang menziarah ke meja dengan soalan-soalan menarik.
"izuan, nanti nuzul Quran tolong...
"izuan, nanti tolong carikan imam dan bilal...
"izuan, nanti tolong tempahkan makanan..
"izuan, tadarus macam mana...
"izuan, tadi ada orang...
Ia pertanyaan2 yang menambahkan beban, namun aku beroleh suka, kerana aku terlalu ketagih dengan kerja-kerja sebegini. Malah, buat pertama kalinya, aku sudah tidak perlu lagi menyorok dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang kerap dilakukan sembunyi-sembunyi tiga tahun sebelum ini. Malah, orang ramai yang mahu menyumbang juga sudah boleh menyumbang secara terang-terangan. Tidak seperti tahun-tuhun sebelum ini, takut2nya ibarat menjualbeli barangan terlarang. Dan Alhamdulillah, kutipannya sudah menghampiri 10 ribu. Alhamdulillah.
Seronok tengok mereka yang hadir berbuka puasa ini.
Ia Ubat hati. Buat mereka yang lelah berbakti.
Sekian dari Syuib0809.
Alhamdulillah...moga dpermudahkn segala urusan ANC pd tahun ni...
ReplyDeleteSudah bermula difasa terang terangan 😊
ReplyDelete