Tuesday 16 May 2017

Sufi

Bismillah.

Baru pulang dari menanda kertas matematik PSPM. Masa untuk berehat dan menulis.

Minggu sebelum itu, aku mengambil cuti satu hari untuk menyertai pertandingan futsal anjuran Alumni Sekolah. Futsal itu bukanlah tujuan yang pertama, bertemu sahabat-sahabat "setumbesaran" itu yang menjadi impian utamanya. Sahabat-sahabat aku itu ketika di sekolah bersama, bukanlah orang-orang yang soleh dengan hati yang lembut. Majoriti kami termasuk aku, melalui fasa-fasa menjadi remaja muda yang pemarah dan panas baran. Bergaduh perkara-perkara kecil. Pasal team bola diminati, pasal perempuan, pasal kelas dan juga ketika di padang permainan.

Antara yang paling ditakuti ketika bermain bola dulu ialah si Dhiyau yang terkenal dengan kaki gaduhnya. Dia sepak kaki orang pun, dia jugak yang nak memang. Sorang lagi ialah "sungkai", aku pun dah lupa nama betul dia. Aduih. Pernah patahkan tangan sebab menumbuk dinding, akibat putuh cinta. Hehe. Gaduh pasal Main bola itu juga sudah menjadi perkara biasa bagi dia. Kami sekelas 3 tahun dan panas barannnya memang cukup aku kenal. Dan Alhamdulillah, kedua-dua sahabat lama ini kembali aku ketemu setelah buat kali terakhirnya pada tahun 2006.

Rumah Tarbiyah.

"dahsyat aku tengok hang sekarang ni, sabo je. Takde nak mengamuk-mengamuk macam kat sekolah dulu.." 

"biasalah bain, orang dah kawen.. Hari-hari menghadap tiga perempuan kat rumah..."

"anak hang semua perempuan ke?"

" dua perempuan bain, ni lagi sorang akan datang inshaAllah..."

Untuk pertandingan Futsal tersebut, aku dan bayern sekumpulan dengan Dhiyau a.k.a bulhalk. Antara kerisauan terbesar kami ialah kalau dia mengamuk dalam gelanggang mcm kat sekolah dulu. Tapi entah kenapa, aku tengok dia sangat tenang waktu main. Sebagai orang yang pertama kahwin dalam batch kami, mungkin dirinya jauh lebih sabar dan matang berbanding kami. Sungkai dan Bad jugak aku tengok sangat-sangat banyak berubah. Sayang mereka kepada isteri dan anak-anak melenyapkan imej sang pemberontak yang pernah muncul satu ketika dahulu. Ia tarbiyah yang hadir secara natural. Rumah tangga yang menundukkan amarah dan menghormonkan semula semua kasih sayang yang tersimpan dalam diri.

Batch 19th. Dhiyau yang paling tinggi belakang skali. Aku takdak baju sebab takdak wassap.
 

Sifat-sifat remaja aku pula masih kekal dalam diri. Kuat benar merajuknya. Dengan mak ayah nak merajuk, dengan kawan nak merajuk, dengan pentadbiran nak merajuk, dan lebih menjengkelkan dengan student pun aku nak merajuk. Dan merajuk aku bukan calang-calang. Tidak bertegur sapa selama beratus-ratis hari, berpuluh-puluh bulan itu sudah menjadi kebiasaan. Lebih lama terasa lebih bangga. Ego bodoh yang membawa ke neraka. Harap-harap kalau berumah tangga, dapatlah ubah perangai ni.

“Tidak halal bagi seseorang apabila ia memutuskan hubungan dengan saudaranya sesama muslim melebihi tiga hari, keduanya saling bertemu namun saling mengacuhkan satu sama lain dan yang terbaik dari keduanya adalah yang memulai menegur dengan mengucapkan Salam.” (Hadits Riwayat AI  Bukhari, no. 5727  dan Muslim, no. 2560) 

Di akhir-akhir ini, aku semakin menjadi introvert. Sedangkan aku hakikatnya orang yang sangat hyperactive dan gemar bermain kata. Entah kenapa sejak mula bekerja, aku berhenti berkawan, berhenti bersembang, gemar duduk di rumah seorang diri. Mengorat perempuan memang sudah tiada dalam kamus diri. Maka berumah tangga itu jauh sekali.

Sufi.

Ketika berkampung di Crystal Crown, Petaling Jaya untuk semakan kertas PSPM, perangai "Sufi" aku itu semakin menjadi-menjadi. Walaupun ramai sungguh rakan-rakan perempuan satu batch yang turut hadir sekali, satu pun aku tidak berani untuk tegur. Malah, dengan wawa pun aku segan gila. Lalu, si Lili yang gila-gila pun menerjah.

"Amboi Izuan, sombong ye hang. Tak tegur aku lansung!!.."

"malas lah lili, tak tahu nak cakap apa dengan hang. Aku ni pun dah macam menjarakkan diri dengan manusia.."

"await dengan hang ni. Nak jadi tabligh? Nak jadi ahli sufi ke..."

Sepanjang berada di situ, memang tiga tempat sahaja aku berkunjung. Dewan utama tempat menyemak, tempat makan dan paling banyaknya di bilik sahaja. Mengelak-mengelak bertegur sapa dengan manusia. Telinga yang semakin teruk ini, semakin memalukan diri. Hingga kak saadah(KKP) yang bertanya beberapa kali pun menggeleng-geleng kepala tatkala sapaannya tidak bersambut. Penyelesaiannya, sumbat earphone kat lubang telinga. Settle.


Bersama si Ain dan Sufi. Jarang ada budak nama Sufi ni. InshaAllah akan memulakan proses memboikot mereka dan kawan-kawan dalam masa terdekat ni. Tapi bukan boikot sebab merajuk, sekadar latihan. Bukan senang nak jumpa orang2 pelik macam aku ni. Puuihh.

Hari ni hari Guru. Macam biasa juga, memang tidak akan disambut sebab mesti jatuh time cuti. Tapi bagus gak, kalau tidak banyak cawan kat rumah. Haha.

Dapat mesej dari bekas pelajar perempuan je ni. Laki mana weyh.




Selamat hari Guru buat semua yang sedang melahirkan generasi Syurga.

Sekian dari Syuib0809.

Thursday 4 May 2017

Reunion Histeria

Bismillah.

Satu minggu sebelum majlis wida' ANC, aku berkunjung ke surau untuk bermesyuarat mengenainya. Lama tidak melepak di kawasan grand stand itu, sebahagian daripada latihan menjauhi. Saat sedang bersembang-sembang dengan wahyu dan beberapa orang ahli LACI, si Ina menghampiri.

"Cikgu, boleh tolong tak? Ada sorang muslimat kena kacau(gangguan jin)"

"ala, saya bukan reti sangat. Tunggu jelah, lama2 dia keluarlah tu..." 

Saat berbual dengan ina itu, salah sorang ahli mesyuarat aku tiba2 terkumat-kamit membaca ayat kursi dan beberapa doa pelindung..

"dah, kamu kenapa plak ni, kena histeria jugak ke?" aku berseloroh.

Kawan disebelah yang sedang mengurut empunya badan membalas pertanyaan aku dengan nada serius

"jap cikgu, dia tengah lawan ni..."

Aku meneruskan mesyuarat hinggalah Ina kembali beberapa minit kemudiannya

"Alhamdulillah cikgu, benda tu dah keluar. Tapi dia kata dia pi sat je.."

Dan tiba-tiba, gadis yang duduk berhadapan dengan aku menjerit, menjeling dan tersenyum dengan wajah yang bukan manusia. Jarak yang tidak melebihi satu meter, bulu roma aku seperti ditarik magnet, dengan mulut yang terkumat-kamit membacakan sesuatu.

Kisah yang terlampau panjang, aku kemudian membantu Ustaz Hazrin sehinggalah gadis itu kembali pulih. Turut bersama ketika itu ialah ahli-ahli laci, dan beberapa orang muslimat ANC yang pernah rapat dengan aku. Kami berkumpul, duduk dalam bulatan dengan sebahagian anak-anak gadis itu berpelukan sesama mereka sementara menunggu parents pelajar yang Histeria itu sampai ke kolej.

Duduk bersama Ustaz Hazrin dan anak-anak tersebut, aku beroleh rasa seronok seolah-olah kami bereunion kembali. Lama sebenarnya aku tak sembang dengan Ustaz sejak ustaz naik jadi KJPP ni. Malah anak-anak gadis yang pernah menjadi orang2 kepercayaan aku itu, lama sungguh tidak menyakat mereka. Usrah yang sekadar 6 kali aku menjadi Naqibnya, hubungan aku dan mereka terasa sangat renggang. Cuma malam itu, terasa "rapat" kembali setelah beberapa bulan aku menulis mengenai sisi hati Memori. Malah pelukan sesama mereka, seperti ukhwah mereka itu kembali bertaut setelah ribut sebelumnya.

Percaya dan Buah Hati

Mereka yang pernah membaca Coretan-coretan aku pada penghujung sesi lepas, pasti akan tersedar istilah "Buah Hati" dan "orang Kepercayaan" yang aku gunakan untuk batch sesi lepas. Namun sejujurnya bagi sesi ini, aku tidak mampu menggunakannya kembali.

Tidak pasti mengapa, tetapi kalau ikutkan yang paling rapat dengan aku pun si Sufi. Itupun masih tidak boleh dibandingkan dengan si Widad dan Si Ani. Untuk muslimin, tidak terjumpa satu pun yang aku mampu percaya seperti percaya aku pada Hazli, Luqman dan Afiq. Paling dekat pun Adam Malik. Sedang ANC lain, banyak menjarakkan diri, ataupun paling tidak pun aku yang memulakan proses memulau itu. Malah buat pertama kalinya, tidak ada apa-apa "wasiat" yang aku tinggalkan kepada mereka sebagai penutup sesi ini. Dan jelas, mereka juga seolah-olah tidak memerlukannya.

Seperti sesi lepas, aku sertakan beberapa gambar lajnah sebagai tatapan sempena penutup ini.

Tempat pertama: Lajnah Publisiti. Secara jujurnya, ini adalah lajnah yang paling konsisten sepanjang sesi ini. Walaupun musliminnya tidak agresif, tetapi lajnah ini diantara lajnah yang paling sunyi daripada sebarang pergaduhan dalaman. Hodvats mereka mendapat pujian yang tinggi daripada aku. Dan sejujurnya, Syahira berjaya memainkan peranannya sebagai ketua. Muslimin kegemaran aku dalam lajnah ini ialah daus.

Tempat kedua bagi aku ialah Lajnah HES. Walaupun kerja mereka konsisten dan berterusan, tetapi lajnah ini sangat-sangat banyak bercakaran dan ugut-mengugut untuk keluar dari ANC terutama muslimatnya. Pujian aku berikan mas'ulnya tetapi tidak pada mas'ulahnya. Dan bagi aku besar jasa Hazrul(PDT) ajar lajnah ni macam-macam.

Tempat ketiga ialah Lajnah Dakwah dan Tarbiyah. Sangat-sangat aktif di separuh masa yang pertama. Terbukti dengan program Aiman Banna dan board mereka yang cantik pada mulanya. Lajnah yang sepatutnya menjadi tulang belakang ANC ini akhirnya mandul dek kerana Ukhwah yang tidak terpelihara. Dan kesilapan terbesar ialah apabila semua perancangan program Tarbiyah&dakwah diambil alih oleh "orang-orang kuat ANC" dengan mengetepikan ahli-ahli lajnah DT yang sebenarnya komited.  Campurtangan yang membinasakan.

Tempat terakhir sudah tentulah Lajnah Tugasan Khas pimpinan Shaikh dan Si Sufi. Lajnah baru. Tapi baru-baru mereka pun awal2 dah ada projek buku dan memanah yang tersangat-sangat aktif. Apabila projek memanah mereka terbengkalai kerana isu Birokrasi, lajnah ini turut berpecah dan tersadai tanpa idea baru. Muslimat mereka yang suka aku klasifikasikan sebagai "kurang ikhlas" akhirnya membiarkan sufi dan fatin sahaja yang sudi memeliharanya. Barangkali kerana si Fatin ni je yang betul-betul kenal Sufi. Yang lain bagi aku sangat banyak salah faham. Sebab sufi ni kalau time moody memang rasa nak lempang je. Tapi time angin dia baik, rasa macam nak kahwin je dengan dia. cia3x. 

MT? No komen. Banyak benar kisah buruk berbanding baiknya.

Reunion Istiqomah.

Keseronokan menjaga budak-budak ni, banyaknya muncul bila mereka sudah pergi meninggalkan matrikulasi. Menjadi kebiasaan bila aku pergi ke mana-mana sahaja program jemaah, mereka adalah yang pertama pasti aku cari. Baru-baru ini, saat aku berkunjung ke Muktamar di Kota Sarang Semut, berjumpa beberapa orang anak buah yang pernah mengukir memori dalam hidup aku. Si Amirin dan Amani yang menjadi orang kepercayaan di zaman mereka, hanya Allah yang tahu betapa seronoknya untuk aku berjumpa mereka di program-program sebegitu. Cuma selaku seorang maskulin, seronok itu tidak boleh tertunjuk penuh, nanti hilang jantannya.

Dan entah kenapa, memang aku suka benar menunjuk-nunjuk dan berbangga yang mereka adalah bekas "anak-anak buah" aku. Ia bukan penyakit riak, ia hanyalah penyakit orang tua yang rindu akan anak-anak Istiqomah yang mereka tinggalkan.

 Barisan Muslimin

 Barisan Muslimat.

"Cikgu tau tak, malam wida' tu muslimat simpan banyak sangat makanan untuk cikgu..."

"Habis mana perginya? saya punyalah tunggu sampai tengah malam nak rasa ayam golek... Haram, satu pun takdak.."

"Tula cikgu, semua lupa nak bagi cikgu. Esok paginya bila kami mai surau balik, habis semua makanan2 tu duk terbiar belakang surau... busuk.."

"Korang memang. Belum habis matrik pun dah lupa saya.. Puihh"

Pelik batch ni.
Sekian dari Syuib0809