Sunday 27 February 2011

Air Soya Syuib0809

Bismillah

Hari ini, berakhirlah sekali lagi hujung minggu aku di Untide Kingdom. Kali ini, hujung minggu aku terasa begitu laju dan menyeronokkan. Tup tap tup tap dah nak masuk bulan 3 dah. Pantas dan sesangat pantas. Ketika menuju pulang ke rumah, seorang rakan mesej dan beritahu result peperiksaan sudahpun keluar. Aku yang menjangkakan ianya akan keluar esok terasa sedikit berdebar. Namun tidak secuak menanti keputusan peperiksaan SPM, PMR dan UPSR apatah lagi keputusan A-Level. Sampai sahaja rumah, terus bukak laptop untuk tengok keputusan. Alhamdulillah, semuanya OK. Aku tak kecewa dan taklah juga begitu gembira. Di peringkat Universiti, memang sukar untuk impikan markah2 seperti di sekolah2 dulu.

Khamis lepas, aku tetibe teringin sungguh nak wat air soya. Dengar kata proses nak buat die senang je, jadi aku pun cubalah nak buat. Waktu pulang summer hari tu, adelah gak try nak wat, sekali tauke cina tu bagi kacang kuda. Haha. Tak pernah beli kcg soya, jadi x dpt nak bezakan tu kuda ke soya. haha. Dan keinginan aku ni juga mungkin disebabkan kegembiraan makan Taufufa kat rumah abg Rosli. Aduih.. Lepas beberapa bulan tak merasa Taufufa, memang rasa nak je bawak balik satu bekas besar Taufufa kt rumah abg Rosli ari tu.

Balik dari kelas Khamis tu, aku terus menuju ke Naughborough Road utk cari kacang soya. Jumpe satu paket 500gram yg harganya tak smpai 80pence pun. Lepas solat mghrib kat masjid ABu Bakar, aku terus pulang dan rendam kacang2 soya tu. Tengok kat Internet, ada yang kata kene rendam 4 jam, 8 jam, semalaman dan yang paling lama 24 jam!!. Tapi purata orang kata 4 jam je. Oleh kerana malam tu agak sibuk, aku try la wat sikit dulu air soya pada pukul 12.30 malam. Wat dalam bekas kecik je pun. Lepas tu minum panas-panas.

Kacang soya yang sudah membesar

Keesokan Harinya, lepas kelas pukul 10pagi, aku terus balik rumah sebab nak smbung buat air soya tu sampai habis. Kalo ikut proses2 die, memang senang sungguh la nak wat air soya ni. Rasa macam rugi gila beli kat pasar malam. Kalau Taufufa memang susah sikit nak wat yang sedap dan perfect. Sebab kebanyakan Taufufa akan masam kalau tak ikut beberapa teknik khas membuat Taufufa. Jadi, aku pun malas nak wat Taufufa tu. Hehe. Maka proses mengkisar kacang soya pun bermula. Lepas kisar, tapis gune kain hasil kisar tu. Walaupun aku hanya wat 500gram, tapi boleh dpt lebih kurang 3 jug jugak la. Lepas kisar, jangan terus minum. Masak dulu air soya tu dan buh gula sikit nak bagi manis. Aku ade la try gak rasa air kisar tu sbelum masak. Pahit dan bau die tah ape2 la.

Satu cawan kacang, dua cawan air n then kisar je.

Tapis gune kain, jangan gune stokin plak.

Masak air soya tadi.

Lepas siap, aku terus minum je air tu. Memang ok lah rasanya. Nak cakap sedap sangat, takdelah sangat. Yang kat kedai tu mungkin ade secret resepi die kut. Aku ni memang amatur lagi. Jadi hanya rasa air soya asal jelah. Haha. Tapi nak minum banyak2 pun bukannya larat sangat. Nak wat Taufufa plak tak tahu mana nak dpt satu bahan kimia tu. Jadi biar jela air soya tu banyak2 untuk org len minum. Oklah, sekian cerita untuk hari ni. Doakan kesejahteraan saudara SeIslam kita di Libya InshaAllah.

Sekian dari syuib0809.

Wednesday 23 February 2011

Selamat Pulang Abang Rosli Sekeluarga

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni ade plak cerite nak tulis kat blog ni. Sebelum ni, aku dijemput untuk membantu Abang Rosli yang akan pulang ke Malaysia setelah tiga tahun lebih berada di Leicester. Oleh kerana Lili Tai kata kena datang kul 9, maka semangatlah aku datang pagi2 tu. Memang lori akan sampai kul 10pagi, tapi mestila nak kemas2 semua kan sebelum angkat naik atas lori? Jadi aku pun mengiakan sahaja jemputan awal pagi tersebut. Oleh kerana aku ni jenis sensitif pasal masa, jam 8.40 pagi aku dah bertolak meninggalkan syahir. Sebab janji 8.30, tp x muncul2, jadi kenalah tinggal. haha. Jahat kan aku?

Pagi tu, Leicester agak basah sebab baru lepas hujan. Oleh kerana perjalanan kali ni agak jauh, maka aku pun mangambil keputusan untuk naik basikal aku yg lebih ringan. Pakai topi semua dan terus bertolak menuju ke rumah Abg Rosli. Lili plak bg post code x berapa betui, jd aku cari postcode lain yang berhampiran. Alhamdulillah, sekitar 9.10 pagi aku dh smpai depan rumah abg rosli. Tapi x berani nak ketuk sebab nmpak sunyi je. Lepas syahir smpai, barulah kami masuk sama2. Ingatkan boleh la tolong kemas apa2 sebelum naik atas lori. Sekali semua benda dah siap dan penuh rumah abg rosli tu dengan kotak2. Maka, termenung jela kami kejap.

Kotak2 kat ruang tamu abang rosli

Lepas beberapa ketika, kelihatan beberapa orang postgrad sampai kat kawasan berhampiran rumah abg rosli. Oleh kerana abang rosli keluar pergi jumpe org lori, kami pun ambik keputusan untuk keluar gak tapi berjalan2 kat sekitar taman berdekatan je. Selepas beberapa minit, kelihatan lori yang besar dengan kontena berukuran 2o kaki bewarna hijau cuba untuk melepasi simpang ke rumah abg rosli. Memang lori ni agak sukar nak masuk sebab lorong2 yang agak sempit. Tapi yg menyampahnya, die punye pemandu punyela banyak songeh. Nasib baik abg rosli jenis tak kisah, layan je ape yg pemandu tu mintak. Lebih menarik, rupenye seluruh postgrad dah berkomplot untuk letak kereta masing2 di sekitar rumah abg rosli utk memudahkan lori tu masuk. Jadi kalau lori tak lepas, terus je alih kereta postgrad melayu.

Kontena yang berukuran 20 kaki. Harga die lebih kurg 900pound macam tu. Ni waktu awal2 sebelum bwk masuk barang abg rosli.

Budak2 tengah cuti sekolah. Memg meriahla rumah abg rosli.

Kontena yang abang rosli tempah ni dikongsi sekali dengan kak syikin. Aku pun tak kenal sangat kak syikin ni, tapi barang die takdela banyak sangat. Sekitar 60 kotak dan 3 sofa je. Mungkin sebab x bekeluarga kat UK kot. Tapi barang abang rosli memang banyak sungguh. Kotak je dah ade sekurang-kurangnya 210 kotak. Almari kayu ade dekat 4, siap angkut peti sejuk dengan mesin basuh lagi. TV ade 3, basikal 4 dan macam2 lagila barang abg rosli bawak balik. Aku macam sangat terkejut, adakah rumah abg rosli kat Malaysia xde barang, muat ke nk letak bende ni semua? rupe2nya hampir separuh brg org len je.

Tanpa banyak bicara, kerja mengangkat2 barang pun bermula:

Orang2 kat dalam kontena. Abang rosli yang pakai topi tu.

Antara postgrad yang ada. Terhibur la gak dengan lawak2 diorg. Mgkin sebab jurang beza umur kami tak jauh sgt kot. Antara pelawak yg mantap ialah abg farid dgn abg sobri.

Abg Faiz sedang beraksi. Minuman juga disediakan.

Sekitar jam 12.30 tgh hari, kerja memindahkan barang ke dalam kontena akhirnya selesai. Memang sampai situ pun waktu yang ditetapkan. Kalo lebih kena tambah 4opound untuk setiap jam yang ditambah. Proses mengangkat barang tidaklah begitu memenatkan sebab cuaca sejuk kat UK ni. Kalo kat Malaysia memang berpeluh2 la bukak baju semua. Sikit2 nak air. Tapi kat sini, sepanjang angkat barang kami x berpeluh pun. Haha. Kami seterusnya dijemput untuk sedikit makan2 dari tuan rumah. Pergh, dapat nasi ayam tu! Lagi best, ada Taufu fa lagi tu abg rosli dgn isteri die buat. Memang best la. Aku makan smpai kenyang.

Makan2 kat ruang tamu yg dah kosong dari kotak2.

Mula-mula sebelum sampai rumah abang rosli, cadang nak pergi makan kat kawasan sekitar sebab tempat tu memang best. Tapi oleh kerana dah kenyang, aku terus balik dgn syahir. Terime kasih abang Rosli sebab jamu makanan2 yang sedap ni. Rasa bersemangat plak nak tolong lagi. Haha. Yang menjadi kerisauan aku sepanjang angkat2 barang ni ialah takut tangan aku akan lenguh. Memang selalunya waktu angkat2 barang punyela semangat, sekali bila sampai malam memang lenguh habis. Dan kerisauan aku menjadi kenyataan. Tangan aku tengah lenguh gila sekarang. Nak menaip pun hanya jari sahaja yg bergerak. Kan best kalo ade "orang rumah" tolg urut. Keh3x.


Sekian dari syuib0809.

Tuesday 22 February 2011

Percussion dan aku. Apela punye tajuk.

Bismillah.

Sekali lagi membiarkan blog ni kesunyian. Sabar2. Sangat banyak masa free, tapi tak tahu macam mana nak gunekan masa tersebut sebaik-baiknya. Bila terlampau banyak masa terluang, nilah jadinya. Ahad lepas, pertandingan nasyid NISE telah berlansung di Leeds untuk kaum wanita. Jadi orang lelaki memang tak boleh pergi la. NEXT yang akan disertai muslimin plak akan dibuat pada 13 March di Sheffield. Kali ni Nazrey ex-Raihan datang, jadi tringin nak bawak keluarga aku pergi.

Aku ni sejak kecil memang suka bab2 muzik ni. Tapi aku suka muzik biasa2 dan tak suka yg merepek2. Waktu sekolah rendah masuk pancaragam, lepas tu kumpulan caklempong, pasukan kompang, wakil nasyid sekolah dan puisidra sekolah. Dan semua yang aku join ni, semuanya aku main percussion ketuk-ketuk. Adala kejap main melodion waktu darjah lima untuk persembahan. Waktu form 4 nak masuk form 5, jadi plak pengerusi kelab muzik, koir dan kebudayaan kelab. Dahsyat kan? Waktu tu memang jahil gile2. Boleh plak perempuan bernasyid aku plak main percussion kat belakang utk persembahan. Aduih. Bila masuk kolej, jadi Muscom, barulah belajar sikit2 tentang hukum-hakam yang benar-benar jelas. Alhamdulillah.

Tapi minat kat muzik tak pernah terpadam.

Baru-baru ni, aku tetiba gilakan nak main percussion balik. Kat sekolah, aku selalu main conga. Tapi kat sini beratus-ratus pound harga die dan besar gile bendenya. Memang susah nak bawak balik Malaysia. Maka berpikir-pikirlah aku apa yang patut aku beli. Lepas tengok video raihan, maka tertarik la aku untuk beli satu alat ni. Nama dia Djembe. Mula-mula cek kat ebay, amazon semua, punyelah mahal harganya. Lepas tu barulah aku pergi kat kedai2 muzik seluruh lester. Punyelah semangat kan? Lebih menarik, waktu tu musim periksa. Kah3x. Maka, inilah hasilnya........

Djembe. tempat ketuk 12 Inci. Bunyi die kuat gile. Bagus utk org kurg pendengaran macam aku

Biasanya kalau aku dengar lagu raihan, mesti bende ni ade kat tangan aku. Hehe. Lagi-lagi kalau dengar lagu musafir kelana, assolatuwassalam dan Thank You Allah. Dalam meeting LUMS yang terakhir, aku tibe2 teringat pasal pertandingan nasyid NEXT ni. Oleh kerana rumah kami kena masuk perompak summer lepas, bongo nasyid LUMS punye gak turut dikebasnya. Jadi aku pun tanya nak ke beli bongo baru. Oleh kerana ada perancangan untuk masuk NEXT, bendahari pun suruh la beli bongo baru. Kali ni memang aku beli online murah punye sekitar 30pound. Tapi kualiti bagus je. Bukannya nak main hari2. Aku juga menyimpan alatan nasyid lain LUMS iaitu tamborin dan shaker.

Bongo Drum tanpa stand. Tu yang murah tu.

Tamborin yang aku pun tak tau berapa harganya

Ni namanya penggoncang. hahaha

Aku sejak dari sekolah memang tak reti main bongo ni. Mungkin sebab permukaan die yang kecik kut. Jadi lepas aku beli, aku biarkan je dekat ruang tamu rumah aku. Beli gune duit aku dulu, lepas tu baru claim kat bendahari. Dah claim dah pun. Kui3x. Tapi memang bosan la kalo main sorang-sorang semua benda kat atas ni. Teringat waktu kat kolej dulu, lepas solat Subuh hujung minggu, aku dengan junior2 aku akan lepak kat tepi surau, bawak semua percussion keluar and then nyanyi nasyid sama2. Kadang2 kawan sebaya aku pn ade. Tapi dapat Muiz dengan amir(pres muscom) memg bestla nasyid pagi2. Suara diorg sedap.

Baru-baru ni, aku pergi buat ngade2 lagi. Nak cakap duit banyak, xdela banyak mana. Cume bosan kut sebab sikit2 duit habis untuk makanan, makan dan makan. Kalo lain pun, gune untuk jalan-jalan. Nak shopping baju2, kasut2 dan bende2 perhiasan semua memang bukan kegemaran aku. Oleh kerana nak bagi nmpak sikit duit aku dihabiskan kemana, maka aku pun belilah Darbuka. Sejenis alat muzik ketuk2 yang sinonim dengan masyarakat Turki. Yang ni memang aku beli online kat amazon. Ni die DARBUKA bagi yang tak tahu.

Kecik je bende alah ni. Harga campur delivery 33pound.

Sekarang, bilik aku memang banyak percussion sebab aku penyimpan alat2 muzik untuk LUMS dicampur dengan percussion aku sendiri. Tapi sayangnya takde kawan yang boleh main sama2. Tunggu la kawan2 aku yang berbakat datang lester, InshaAllah baru best. Dan sedikit hampa gak, sebab tahun ni LUMS mungkin tak hantar wakil untuk NEXT. Semua orang ada hal, aku je yang takde hal. Yela tu, padahal keluarga nak datang dua minggu lagi. Oklah, sekian untuk hari ni.

Koleksi percussion dalam bilik.

Sekian dari Syuib0809.

Thursday 17 February 2011

Masak dan Rempah

Bismillah.

Peperiksaan barangkali sesuatu yang amat menakutkan, amat menekan dan juga amat meletihkan. Menariknya, peperiksaan juga mampu menyebabkan kita nak buat macam2 bende. Teringat waktu aku exam bulan satu hari tu, macam-macam benda aku mengidam. Boleh dikatakan ada satu minggu tu, hari-hari aku pergi Pasar Leicester. Antara bende yang "pelik" yg aku beli ialah sotong dan telur itik. Tetibe je nak makan sambal telur itik, n then paksa Izwan masakkan. Beli sotong yang teramat mahal and then masak sotong masak lemak. Masak Chicken Chop dan bla3... Sekarang, dah hmpir 3 minggu exam aku tu tamat.

Tapi sekarang, musim Izwan plak periksa. Ntah ape ke hal nya, Izwan ni plak mule mengalami sindrom yang sama. Malam tadi tetibe die cakap "Ko tau tak, ade orang dah jumpe resepi KFC tu. Kena guna lebih kurang 11 rempah".. Tup2 pagi tadi, punye semangat brother ni pergi Morrison beli rempah-ratus semua. Maka, memang penuhla rumah Burnmoor sekarang ni dengan rempah-rempah. Tanpa banyak buang masa, mari kite tengok rempah-rempah yang digunakan. Rumah aku kat malaysia tak banyak rempah2 mcm ni.

Rempah-rempah yg baru dibeli. Penuh lagi

Marjoram tu ape?

Paprika powder dan bedak lada hitam. Haha

Boleh dikatakan kat UK ni takdelah susah sangat nak cari rempah-ratus semua ni. Cume masalahnya bila kite tak tau nama die apa. Jadi agak malaslah nak cari. Kalau macam kat Leicester ni, kelebihan penduduk india yang sangat banyak di sini menyebabkan amat mudah untuk jumpe rempah ratus. Mari kite belajar bahasa Inggeris sikit.

Star anise-Jintan Manis
cardamom pods-Buah pelaga
Cinnamon Sticks-Kulit kayu manis
Kaffir lime leaves-Daun limau purut(xde dalam gambar)

Koleksi rempah ratus rumah

Oklah, kembali kepada buat ayam KFC tadi. Izwan ni masuk 11 rempah dalam tepung dan gaul-gaulkan. Resepi ni die dapat dari Internet dan punye semangatlah nak buat, sampai tak ingat exam. Haha. Padahal kami baru lepas makan malam. Tapi pasal aku teringin nak rasa ayam KFC die ni, maka buatlah kami sama-sama. Setelah beberapa minit, maka siaplah ayam goreng tersebut. Walaupun takdelah KFC sangat, tapi rasa die agak sedap. Mungkin sukatan2 rempah ni masih tak berapa betul. InshaAllah baiki lagi nanti.

Itu die chef wan

Habis bertepung dapur

Hasil pertama.

Duk luar negara ni, nak tak nak memang kena rajin masak2 ni. Hanya dengan rajin je baru boleh reti masuk. Perlu berani mencuba. Tapi bahaya gak lelaki suke masak ni, nanti tak pasal2 kuat komplen masakan Isteri. Aduih.. Tapi biasanya lelaki ni malas, jadi isteri je yg akan masak. Dan bile isteri je yang masak, bertambah lah meleternya kan?

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.

Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.

Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.

"Aku bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas daku," Umar menjelaskan keadaan.

"Isteriku memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya aku bersabar dengan leterannya."

"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.


Sekian dari SYUIB 0809

Wednesday 16 February 2011

Telinga.

Bismillah.

Akhir-akhir ni tak banyak yang ingin aku kongsikan di blog. Tak tahulah mengapa, mungkin inilah dilema orang berblog aku rasa. Lagi satu, mungkin kerana aku agak ajak jarang keluar kot akhir-akhir ni.

Selepas demam yang agak tak best minggu lepas, telinga aku mendapat kesan yang agak menarik. Tak sangka plak boleh jadi macam ni. Telinga sebelah kiri aku mula kurang berfungsi minggu lepas. Aku tak rasa ianya masalah gegendang, cuma mungkin ada sumthing yang sekat gelombang untuk masuk ke telinga aku. Beberapa ujian yg aku lakukan memang menampakkan ada sesuatu yang tersekat dan mungkin ianya tahi telinga. Tanya budak2 medic, diorg kata aku tak sepatutnya korek telinga. Aduih.

Oleh kerana risau, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor terus. Oleh kerana ini first time aku jumpe doktor kat UK, maka bertanya-tanya gak la kat ferd n the geng. Lepas hantar je assignment Isnin tu, aku terus bergegas ke klinik berhampiran Freemen. Cadangnya hanya nak wat appointment, sekali doktor available la plak time tu. Jadi aku pun buat jelah waktu tu. Sekitar jam 11 pagi, menyebabkan aku terpaksa masuk kelas lewat.

Freemen's Common Health Centre

Lepas nama dipaparkan, aku pun masuk ke bilik no 7 dan kelihatan seorang doktor perempuan. Nampak macam pakistan, tapi nama macam orang putih. Lepas tanya2, die pun masukkan alat yang cek telinga tu. Aku dah selalu nmpak alat tu sebab kat Malaysia dulu pun aku pernah ada masalah taik telinga tersumbat. Lepas cek, die gune plak besi yang mengeluarkan bunyi(kat makmal fizik sekolah banyak) untuk test aku dengar ke tak. Memang susah betul aku nak dengar terutamanya belah kiri telinga aku. Akhirnya, doktor tu mengalah dan bercadang rujuk aku ke pakar. Aku assume doktor ni tak banyak pengalaman sebab nmpak muda sangat. Kalau doktor Razak InshaAllah dah tau.


Sebelum keluar, doktor ni bagi aku satu kertas untuk bawak ke Farmasi. Nama ubat die AMOXICILIN, antibiotik. izwan yang belum jadi doktor pun boleh teka dah apa ubat yg dokter ni akan bagi. Pergi2 farmasi, ingatkan percuma la ubat ni. Rupenya kena bayar 7.20pound. hehe. Sampai sekarang aku masih tak dapat lagi surat appointment dengan doktor pakar. Sabo jela. Sampai sekarang, telinga kiri ni masih susah nak mendengar, menyebabkan aku cukup malas nak keluar rumah. Walaupun tak sakit, terasa macam kehilangan satu nikmat yang besar. Nak jumpe orang malas, nak jalan2 malas. Teringat waktu jumpe doktor tu, memang telinga kanan aku sejengkal je dengan mulut die. Haha

Jadi adik2 sekalian, gunakanlah telinga anda sebaiknya.
Sekian dari syuib0809.

Monday 14 February 2011

Said bin Amer al Jumahi

Said bin Amer al Jumahi

Beliau memeluk Islam kerana tidak tahan melihat Khubaib bin Adi yang dibunuh oleh pembesar Quraisy dengan kejam. Pembesar Quraisy ingin membalas dendam atas kekalahan mereka kepada tentera Islam dalam peperangan Badar. Khubaib antara yang dapat mereka tawan.Beliau dijanjikan akan dibebaskan sekiranya beliau dapat menjadikan Nabi SAW sebagai gantinya.Namun beliau tidak sanggup menjadikan Nabi SAW sebagai ganti. Beliau lebih sanggup mati dari Nabi SAW yang menanggung kesusahan, bahkan beliau tidak sanggup melihat Nabi tertusuk duri sekalipun.

Kasih dan cinta Khubaib bin Adi kepada baginda SAW telah menimbulkan perasaan simpati dihati Said bin Amer al Jumahi. Tidak pernah dia jumpai seorang manusia mencintai seorang yang lain sehingga sanggup mati demi mempertahankan 'kekasihnya'.Simpati ini diterjemahkan beliau dengan memeluk Islam dan menjadi seorang yang sangat komited dengan perjuangan dan dakwah Islam.Tidak sia-sia pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khubaib bin Adi. Pemergian beliau, Allah gantikan dengan seorang sahabat yang lain yang tidak kurang hebat pekerti dan pengorbanannya untuk agama.

Selepas kewafatan Saidina Abu Bakar, Said adalah antara sahabat yang turut membai'ah Saidina Umar sebagai khalifah Islam kedua. Namun apabila Umar ingin melantik beliau sebagai Gabenor di Hims, (wilayah di Syam) beliau menolak dengan alasan tidak layak dan tidak mampu. Umar menempelak sikap dan tindakan beliau dengan katanya 'Celakalah engkau! Sewaktu engkau membaia'h aku sebagai khalifah, aku menerimanya dengan berat hati. Sedang sewaktu aku ingin melantik engkau sebagai gabenor, engkau menolaknya mentah-mentah dan membebankan tugas kepimpinan ini hanya di atas bahuku!'

Akhirnya beliau menerima pelantikan sebagai khalifah dan melaksakan tugas tersebut dengan baik sekali.

Walaupun menjadi gabenor, beliau tidak mengambil kesempatan untuk mengaut harta kekayaan. Bahkan beliau antara yang turut tersenarai sebagai orang yang layak menerima zakat kerana kemiskinan.

Sebagai gabenor , beliau tidak terlepas dari kritikan dan rungutan rakyat bawahan. Antara rungutan masyarakat Hims kepada Umar al Khattab tentang beliau ialah;

i) Selalu lewat masuk kerja

ii)Tidak melayan rakyat pada malam hari

iii) Sehari dalam sebulan beliau tidak masuk kerja (bercuti)

iv) Kadang-kadang tidak mahu bercakap (seolah-olah orang sombong)

Umar al Khattab telah bertemu dengan beliau dan mohon penjelasan tentang aduan yang baginda terima dari rakyat Hims. Jawapan yang Said berikan ialah;

i) Lewat masuk kerja kerana beliau tidak ada pembantu rumah dan terpaksa membuat sendiri roti pada awal pagi untuk ahli keluarga beliau.

ii) Tidak melayan rakyat di malam hari kerana beliau telah memperuntukkan waktu siang untuk rakyat. manakala pada malam hari beliau peruntukkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah.

iii)Sehari dalam sebulan tidak masuk kerja kerana beliau hanya mempunyai sehelai pakaian. Pakaian tersebut dibasuh dan sementara menanti pakaian kering, beliau tidak keluar rumah kerana tidak ada pakaian lain!

iv) Kadang-kadang tidak mahu bercakap. Setiap kali mengigati kisah pembuhan Khubaib bin Adi, beliau berasa bersalah kerana tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkannya.Kekecewaaan ini menyebabkan beliau tidak mahu bercakap dengan orang lain dan menyalahkan dirinya sendiri atas peristiwa tersebut.

Mendengar penjelasan Said, Saidina Umar berasa sangat lega. Gabenor yang beliau lantik adalah orang yang wara, bertaqwa dan telah melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dengan baik.

Ya Allah , jadikanlah kami seperti sahabat-sahabat kekasihMu.

Thursday 10 February 2011

Father and son dari sopek

Bismillah

Teringin nak kongsikan sedikit dialog pendek dari rakan aku sopek. Buatkan aku terpikir, adakah pelajar Malaysia di Mesir harus berlepas tangan kerana memandang ianya sekadar isu negara, Atau terlibat kerana memandangnya ia adalah isu agama. Perjuangan penduduk mesir boleh meruntuhkan tembok pemisah mesir dan Palestin. Jadi, ia juga perjuangan kite. Tapi sekiranya kita ada anak di sana, kita sendiri pasti akan berfikiran sebaliknya.


Father and Son

Cerita ini berkemungkinan berlaku pada tahun 2020 nanti.

Anak : Ayah ooo ayah. Tadi cikgu adik bagitau kat sekolah yang dulu pada tahun 2011 ada revolusi di Mesir. Kalau tak silap adik waktu tu ayah tengah belajar lagi kan kat Mesir?

Ayah: Ya wahai anakku. Ayah memang tengah belajar kat Mesir waktu tu. Ayah kan graduan lulusan Universiti Al-Azhar Mesir. Kalau tak percaya tengok dahi ayah ni. Ada tanda hitam kan? Tu tandanya ayah ni kuat ibadat. Lulusan Al-Azhar memang semuanya kuat ibadat.

Anak: Ooooo. Kiranya waktu revolusi ni jadi, ayah ada kat Mesir la ya. Cerita la sikit ayah camne revolusi tu jadi. Adik nak tau jugak camne perjuangan diorang. Nanti boleh la adik cerita pada kawan-kawan dan cikgu di sekolah. Bangga tau adik ada ayah yang berani mati syahid ni.

Ayah: Sebenarnya time revolusi tu tengah rancak berlaku, ayah tak ada kat Mesir dah. Ayah lari balik Malaysia naik pesawat Hercules C-130 kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia. Penerbangan ayah juga telah ditaja oleh MAS, Air Asia dan juga PM 1Malaysia.

Anak: …………………………………………………………………….

Wednesday 9 February 2011

Demam sebentar

Bismillah.

Lama sungguh tak update blog ni. Dengan sedikit kesibukan, bukanlah alasan utama kenapa aku tak update blog. Tetapi semuanya kerana demam yang tetibe datang tanpa aku duga lansung. Mula2 tekak rasa macam berhabuk2, esoknye, terus demam betul2. Lepas pergi kelas pagi tu, aku terus balik semula ke rumah dan tidur. Memang tak lalu sungguh isnin tu. Lepas zuhur tido smpai pukul 4, baring jap smpai maghrib. Lepas maghrib kul 5.30, trus tido lg smpai kul 10.30. Dahsyat.

Hari ni demam semakin pulih. Tapi kesibukan semakin memuncak.
Sangat sukar nak update blog. Jadi tu saja hari ni



Sekian..

Wednesday 2 February 2011

Penantian: Jame Masjid

Bismillah

Hari ni, aku tiada kelas lansung sepanjang satu hari. Memang dah tak tahu nak wat apa dah. Akhirnya malam tadi aku teringat satu masjid di Leicester. Sebelum cuti musim panas hari tu, aku ade terserempak dengan masjid ni, tapi masih dalam proses pembinaan lagi. Yang menyebabkan aq teringin nak pegi masjid ni sudah tentulah sebab ianya kelihatan gah. Pulang sahaja kembali ke UK, aku ke masjid tu sekali lagi. Tapi sekali lagi hampa, kerana masjid tu masih belum juga lagi siap. Melihat rangka luarnye, memang menarik sungguh kelihatan masjid ni.


Hari ni, aku kembali semula ke East Park Road. Selepas meng"cancel"kan meeting dgn parents aq, Aku terus bergegas ke sana. Sekitar jam 12.10tgh hari, aku akhirnya sampai juga di kawasan masjid tu. Tengok dari luar, seolah-olah sudah siap pembinaannya. Tapi bila aku cuba bukak pintu die, ternyata terkunci segala pintu. Dalam hati aku merasakan mungkin awal lagi kut. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk makan2 di kawasan East Park road yang sememangnya kaya dengan makanan halal. Toleh kiri, toleh kanan, aku cuba memilih sama ada mahu makan di TonTon ataupun Yoko.

TonTon chicken yang memang kerapkali aku makan kalo berada di kawasan ni sudahpun naik harga makanannya. Mana tidaknya, tax di UK sudah dinaikkan oleh kerajaan UK untuk tahun 2011. Harga separuh ayam panggang, kentang dan air sudah naik 25pence. Akhirnya, aku memilih untuk makan di Yoko yang lansung aku x pernah rasa. Murah berbanding TonTon, sedap ayamnya, namun sos die memang kalah kat tonton. Jam masih awal lagi sekitar 12.40. Orang di sini selalu solat zuhur jam 1 tgh hari walaupun zuhur masuk kul 12.20 tgh hari. Ntah mcm mana nafsu aku leh naik, aku akhirnya menghabiskan 3pound untuk mkan BBQ Lamb Rib. Haiyo.



Lepas dapat je menu tu, aku terus bergegas ke masjid tu kembali. Kelihatan ramai orang menuju ke masjid tu menandakan masjid tu sudah pun mula digunakan. MasyaAllah, memang cantik masjid ni. Bahagian luar die memanglah dah cantik, bila masuk dalam pun lawa gak. Tapi sayangnya, susah betul nak tangkap gambar. Oleh kerana takut tertangkap, aku cube tangkap gambar sorok2. Tapi sangat sikit yang berjaya di tangkap. Jemaah Zuhur di masjid tu memang ramai. Orang pakistan ni memang suka sembahyang jemaah ni



Aku sampai sekarang pelik dan musykil. Mana la diorang dapat duit banyak2 buat masjid besar gedabak macam ni. Nak cakap peruntukan dari kerajaan Britain, macam tak mungkin je. Nak cakap dari arab saudi, takkan banyak benar masjid yang di sponsor oleh kerajaan sana. Dah la besar masjid ni. Aku akhirnya membuat kesimpulan bahawa masjid ni adalah infaq orang2 Islam di Leicester ni. Walaupun ada dekat 5 buah masjid berhampiran yang besar2, jemaah di setiap masjid tetap ramai. Baguskan? Cuma satu je masalah masjid org pakistan ni, diorang mesti takde kemudahan ataupun ruang solat utk muslimat. Kesian plak aku nengok.

Besar gile ruang wuduk die

Oh ye, nama masjid ni Jame Masjid. Aku pun tak tahu apa maksudnya. Cuma aku ada ternampak signboard yang bertulis "Jame Walk". Mungkin dari nama ni kot. Apepun, aku lebih sukakan masjid umar. Tak tahulah kenapa. Hmmm, ketika musim exam yang turut disertai dengan winter ari tu, aku sudah jarang pergi ke masjid. Cukup malas nak kayuh basikal ke masjid walaupun hanya mengambil masa sekitar 10 minit je. Ditambah nak pakai sarung tangan, topeng mask rider sebab nak berlawan dengan angin sejuk, aku teramat-amat menjadi malas untuk ke masjid.



Bila teringat kembali 7 golongan yang akan mendapat naungan arasyh Allah S.W.T, aku terpaksa memikirkan balik segala-galanya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang terdidik (dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” ”(Riwayat Syaikhan)


Perlu dapatkan semula momentum.
Sekian dari syuib0809.