Bismillah
Hari ini, berakhirlah sekali lagi hujung minggu aku di Untide Kingdom. Kali ini, hujung minggu aku terasa begitu laju dan menyeronokkan. Tup tap tup tap dah nak masuk bulan 3 dah. Pantas dan sesangat pantas. Ketika menuju pulang ke rumah, seorang rakan mesej dan beritahu result peperiksaan sudahpun keluar. Aku yang menjangkakan ianya akan keluar esok terasa sedikit berdebar. Namun tidak secuak menanti keputusan peperiksaan SPM, PMR dan UPSR apatah lagi keputusan A-Level. Sampai sahaja rumah, terus bukak laptop untuk tengok keputusan. Alhamdulillah, semuanya OK. Aku tak kecewa dan taklah juga begitu gembira. Di peringkat Universiti, memang sukar untuk impikan markah2 seperti di sekolah2 dulu.
Khamis lepas, aku tetibe teringin sungguh nak wat air soya. Dengar kata proses nak buat die senang je, jadi aku pun cubalah nak buat. Waktu pulang summer hari tu, adelah gak try nak wat, sekali tauke cina tu bagi kacang kuda. Haha. Tak pernah beli kcg soya, jadi x dpt nak bezakan tu kuda ke soya. haha. Dan keinginan aku ni juga mungkin disebabkan kegembiraan makan Taufufa kat rumah abg Rosli. Aduih.. Lepas beberapa bulan tak merasa Taufufa, memang rasa nak je bawak balik satu bekas besar Taufufa kt rumah abg Rosli ari tu.
Balik dari kelas Khamis tu, aku terus menuju ke Naughborough Road utk cari kacang soya. Jumpe satu paket 500gram yg harganya tak smpai 80pence pun. Lepas solat mghrib kat masjid ABu Bakar, aku terus pulang dan rendam kacang2 soya tu. Tengok kat Internet, ada yang kata kene rendam 4 jam, 8 jam, semalaman dan yang paling lama 24 jam!!. Tapi purata orang kata 4 jam je. Oleh kerana malam tu agak sibuk, aku try la wat sikit dulu air soya pada pukul 12.30 malam. Wat dalam bekas kecik je pun. Lepas tu minum panas-panas.
Keesokan Harinya, lepas kelas pukul 10pagi, aku terus balik rumah sebab nak smbung buat air soya tu sampai habis. Kalo ikut proses2 die, memang senang sungguh la nak wat air soya ni. Rasa macam rugi gila beli kat pasar malam. Kalau Taufufa memang susah sikit nak wat yang sedap dan perfect. Sebab kebanyakan Taufufa akan masam kalau tak ikut beberapa teknik khas membuat Taufufa. Jadi, aku pun malas nak wat Taufufa tu. Hehe. Maka proses mengkisar kacang soya pun bermula. Lepas kisar, tapis gune kain hasil kisar tu. Walaupun aku hanya wat 500gram, tapi boleh dpt lebih kurang 3 jug jugak la. Lepas kisar, jangan terus minum. Masak dulu air soya tu dan buh gula sikit nak bagi manis. Aku ade la try gak rasa air kisar tu sbelum masak. Pahit dan bau die tah ape2 la.
Lepas siap, aku terus minum je air tu. Memang ok lah rasanya. Nak cakap sedap sangat, takdelah sangat. Yang kat kedai tu mungkin ade secret resepi die kut. Aku ni memang amatur lagi. Jadi hanya rasa air soya asal jelah. Haha. Tapi nak minum banyak2 pun bukannya larat sangat. Nak wat Taufufa plak tak tahu mana nak dpt satu bahan kimia tu. Jadi biar jela air soya tu banyak2 untuk org len minum. Oklah, sekian cerita untuk hari ni. Doakan kesejahteraan saudara SeIslam kita di Libya InshaAllah.
Sekian dari syuib0809.
Salam
ReplyDeleteAda ke orang kat Leicester yang tahu buat taufufa? Nak kena guna bahan kimia? Bahaya tuh. Silap2 boleh kena keracunan makanan nnt. Kalau ada sapa2 org Leicester yg tau buat taufufa, tlg maklumkan kat sini ya abg Izuan.
Ntah ape ntah nama bahan kimia die.
ReplyDeletesemua makanan ade bahan kimia kan?
Ni nak tau sape yg boleh wat taufufa sbb nak cube resepi ke? kat internet kan banyak