Sunday 25 August 2019

Kisah bulan Ogos

Bismillah

Sedikit catatan apa yang berlaku sepanjang bulan ini. Banyak gambar yang perlu disimpan supaya dapat dibelek kemudian hari. Penting. Hanya untuk orang yang tahu kepentingannya.

Nuqaba' training Camp.

Minggu pertama, aku disibukkan dengan nuqaba' training camp. Cuma tidak sesibuk seperti MYC, kerana ada junior yang mengelolakan penyediaan modulnya. Minggu itu juga aku di"paksa" oleh JK felo untuk mengiringi pelajar ke kursus kepimpinan ajk blok kediaman. Marah yang teramat sangat, kerana aku sudah beritahu ketidakkosongan pada tarikh tersebut. Dan bertambah baran, apabila surat lantikan diletakkan atas meja tanpa adab. Sehari sebelum kursus tersebut berlansung. Maka aku melarikan diri dari manusia. Pulang ke kampung halaman sepantas kilat sebaik sahaja habis kelas jumaat tersebut.

Menghadiri NTC di kolej lama sebagai fasilitator sedikit sebanyak mengurangkan stress hujung minggu tersebut. Tempat program tersebut kali ini hanya di kolej kerana kekurangan bajet. Tapi seronok, dapat mengimbau kembali kenangan awal-awal mengenali dakwah. Maka, membalas kembali budi tersebut pada generasi berikutnya. Antara yang hadir ialah beberapa junior dan senior alumni yang majoritinya aku kenal. Diberi amanah untuk memimpin ldk mengenai masalah usrah, dan idea2 baru yang lebih dekat dengan mad'u hari ini.

Daus(naqib aku kat uk). Muizz n amir(junior batch 11). Aku. Jepah(senior batch 9)

Susah sungguh nak dapat fasi perempuan. Arghh

Kami dulu geng2 nasyid. Suara dua orang ni memang sedap habis. Aku main percussion.

Yang aku tengah sembang tu adalah pengarah modul. Masih belajar di uk. Batch 18th tak silap.

Peluang yang ada petang itu di kyuem, aku join budak2 ni main volleyball. Sebaik sahaja habis main, terus berangkat kembali ke rumah teluk intan. Dan keesokan paginya, bergerak semula ke penang untuk ziarah satu lagi program. Dah sampai tempat yang dijangka, rupa-rupanya program tersebut di tempat lain. Oleh kerana jauh nak patah balik, maka aku membatalkan sahaja niat tersebut. Namun, kehadiran beberapa orang anak buah yang di"rindui", maka aku meluangkan masa dengan mereka di sebelah malamnya.

Tak semua orang menghargai nilai sekeping gambar. Akan datang satu hari nanti, gadis cantik ini mendukung anak kecil bertemu gurunya yang kekal sendiri, dengan janggut memutih bawah dagu.



Ribut Raya AidilAdha.

Sebagai bukan penggemar hari raya, aku tidak berhajat untuk beraya di kampung. Malas nak hadap jem. Apatah lagi baru je minggu sebelumnya balik kampung. Ditakdirkan Allah, jumaat malam sebaik sahaja student pulang ke kampung halaman, kolej dilanda ribut lekima. Dahsyat. Pertama kali dalam sejarah yang menhancurkan bumbung bangunan tutorial dengan begitu rakus sekali. Pagi sabtu, aku ziarah kolej dan menyaksikan segala kerosakan yang berlaku.

Bangunan tutorial yang paling teruk terjejas. Terpaksa ditutup sementara waktu.


Pagi raya, aku solat subuh di masjid seperti biasa. Pagi itu cadangnya mahu solat raya di surau taman rupawan sahaja. En zamri kata ada solat hari raya kat situ. Tunggu punya tunggu, satu takbir pun tak berkumandang. Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 8.20 pagi, aku terus memecut ke masjid sri serdang. Alhamdulillah sempat. Dalam pukul 12 tengah hari, terus bertolak pulang ke kampung halaman dengan kfc sebagai alas perutnya. Haha.

Gubah rumah.

Empat hari di kampung halaman goyang kaki, aku akhirnya pulang kembali ke kepala batas dengan tujuan renovation kali keempat. Sampai-sampai terus mencari jubin. Antara yang mahu aku design kali ini ialah bilik belakang sekali. Bilik yang kurang selesa itu, aku gubah menjadi bilik solat yang tersangat selesa dan agak cantik. Kot.

Keadaan asal. Carpet getah tu cepat berhabuk. Penuh taik cicak dan air akan masuk dr tingkap kuning kalau hujan lebat.

Solutionnya, tutup habis tingkap tersebut. Biar satu je.

Dan ini hasilnya. Tile bawah tu aku beli sekeping rm15(2x2 kaki). Yang di dinding rm5(1x2 kaki). Untuk barang sahaja aku habiskan RM800. Manakala upah untuk cabut tingkap/simen RM200. Upah pasang jubin RM600. So total untuk bilik ni RM1600. Anda rasa mahal? Pi lah tanya kontraktor lain. Aku boleh jamin mesti diorang minta RM3000 ke atas.

Survey pula almari baju sebab dah mula pindah hampir 90%. Tak tahu nak gantung mana baju banyak-banyak. Duit seterusnya tertumpu pada atap depan kawasan luar rumah, sebab cadang nak letak motor. Terpaksa buat apa yang penting dahulu sahaja. Alang-alang dah panggil orang rohingya tu untuk pasang jubin, aku akhirnya memutuskan untuk pasang sekali jubin di bahagian ruang tamu yang sudah lama tergendala. Jubinnya masih aku yang beli dan pilih. Kos untuk pemasangan jubin kali ini hanya RM700, iaitu rm350 untuk barang, dan RM350 untuk upah. Seronok urus dan kenal orang yang dipercayai dan beri harga murah sebegini.

Hasil terkini. Punyalah banyak sofa. Haha. 

Tak jumpa gambar sebelum renovate. Ni gambar lama. Aku tutup lantai dengan carpet sebab mozek lama sgt teruk. Tapi masalah carpet ni ialah dia punya habuk memang tak boleh bawak bincang.

Ziarah batch pertama.

Luahan rawak yang aku tulis bulan lepas, berjaya memanggil semula batch pertama untuk kembali. Setelah 5 tahun, akhirnya datang juga. Cuma tak syoknya, perangai lambat tak berubah-rubah. Target ahad tu nak mandi-manda kat sedim. Last-last semua mai lambat sampailah hujan lebat. Akibatnya tak dapat mandi dan terus menuju ke bandar kulim. Ingatkan nak main bowling, tapi last2 makan je. Haha.

Ikhwan, aiman, hazli, haris, nabil n mat kerom. Majoriti dah grad. Banyak cerita. Nak tengok hidup tak projek aku bagi.


Terima kasih sudi datang.
Yang anak dara bila nak ziarah plak..

Sekian dari Syuib0809


Sunday 11 August 2019

ALC2019: Hujan Daun

Bismillah.

Sempurna juga. Muzik latar pilihan



Hujan Daun

Banyak sudah aku tulis
Tiada satu yang aku suka
Aku buang
Lalu aku kutip semula
Banyak nak aku cerita
Belum jumpa bahasa

Lebat hujan petang ini
Entah apa ditangiskan
Jelas semalam dia menahan
Akhirnya jatuh juga
Sikitpun tiada malu
Ceritalah
Aku sudi mendengar

Kata daun
Awan melihat semua
Perihal dusun si teruna
Yang isinya sedang berduka
Namun mengukir ceria di muka
Seronok berjumpa
Sedang esok berpisah semua

Hujan daun membuka cerita
Rahsia gerimis yang baru tiba
Katanya ada teruna bersendiri
Rintik dia sebagai peneman
Murni hajat melihat senyuman
Walhal asbab lebatnya tangisan

Bisik hujan, aku mengerti
Semua yang sama, sudah tak sama
Hanya aku yang kekal sama
Bertahanlah delapan purnama
Menghilang hanya menambah rindu
Khuatir sesat lupa kembali

Kasih teruna itu
Tidak nampak pada wajahnya
Walau punya wajah dewasa
Hatinya halus seperti bayi
Jendela tersingkap disebalik amarah
Menambah rencah fitnah puaka
Hanya daun mengerti cerita
Sayang diri tak punya suara

Hujan daun menutup cerita
Akan tetamu yang mula pergi
Kuning wajahnya penanda tua
Jatuh ke bumi dipijak manusia
Memang resam rakyat berpisah
Tiada raja yang ambil kisah
Hanya hamba menanti hari
Camar pulang mencuri hati

Cukuplah daun
Tidak ku sangka kau sanggup tua
Sedangkan engkau mencipta rama
Hairan kau pilih menunggu lama
Jangan kau risau
Kini aku pengikutmu
Dari kau hijau
Hinggalah kau luruh

Kirim salam pada teruna itu
Katakan padanya
Aku juga sama

Hujan daun

Gambar takde kena mengena. Bubuh sini supaya senang nak cari.

Sekian dari Syuib0809