Sunday 31 October 2010

BOOM Leicester 2010..

Bismillah..

Semalam, BOOM(Blooming Out Of Mediocrity) utk sesi 2010 berjaya dilaksanakan akhirnya. pagi tu, aq kluar rumah 7.50 pagi dgn menaiki basikal. Tetibe tertinggal barang kat rumah dan terpaksa patah balik. Jadi, aku hanya berjaya smpai di di dewan tu pada pukul 8.05 pagi. Tapi nak wat camne orang melayu ni, kat mana2 pun suka datang lewat. Aku laki pertama smpai situ pagi tu. Tempat BOOM kali ni berlansung di Fraser Nobel Hall.

Fraser Noble Hall

Utk program kali ni, aku sekali lagi diberi tugas utk menjadi pengacara majlis. Majlis yg sepatutnya bermula jam 9 pagi hanya dpt dimulakan pd pukul 9.30 pagi. Lepas bacaan doa, aku jemput syahir(LUMS), Izwan(MSM) dan kak Azhreen(director BOOM) utk memberikan sedikit ucapan. Majlis yang sepatutnya skema digagalkan oleh aku yang bercakap dengan nada pengacara bebas. haha.. Ntahla, mana2 majlis yg aku pengerusikan, mesti aku suka buat sempoi2, sbb aku tau manusia sgt bosan dgn majlis formal lg2 org 2 muda.

Pengacara majlis tengah melatak waktu org tengah bg ceramah. Tiga roti sosej aku balun. haha

Pemenang kategori jejaka paling bersemangat. Semangat gile bagi ucapan smpai ferd kate: "Macam penceramah BTN".

Pengisian pertama pagi tu adelah drpd abang Roesli yg sekarang menetap sebentar di Sheffield. Aku pernah jumpe beliau tahun lepas. Manakala penceramah kedua adelah Mak cik Zayton yang pernah mendapat anugerah daripada Queen Elizabeth. Walaupun kelihatan sudah berumur, beliau tetap meneruskan pengajian Phd beliau kat Leeds sekarang. Aku rasa die nilah yg menyebabkan ramai postgrad dtg BOOM kali ni.

Aku plak walaupun pengerusi majlis, suke sangat lari ke belakang dewan. Aku memang daripada kecik(sekolah) sangat tak suka dengar ceramah2 motivasi yg sekadar menghuraikan theori ni. Ingat waktu zaman2 sekolah dulu, memang aku sangat suka tido kalo ade ceramah2 macam ni. Kalau ceramah pasal agama aku ok la gak sbb byk bende yg pastinya boleh dihadam. Tapi ceramah2 yg berkaitan teori ni memg sgt aku tak minat sbb kepelbagaian manusia utk berjaya tak mgkin dpt disamakan dgn hanya Teori buatan manusia.

Abang Roesli.

makcik Zayton. Aku menyorok kat tepi.

Lepas habis semua ceramah, kami semua berehat utk makan dan juga menunaikan solat Zuhur. Aku ambik kesempatan ni utk menunaikan solat Zuhur di masjid Darussalam. Malas nak sembhyg kat dewan tu sbb takde tempt yg khas utk ambik air smbhyg. Dgn kasut aku yg teramat besar tu, mengambil wuduk di sinki memg bukan satu idea yg bijak. Aku kemudian kembali semula ke dewan utk makan tengah hari kat situ.

Nasi goreng + ayam madu

Orang kuat BOOM dibelakang tabir.

Sesi workshop selepas itu bermula jam 2 petang. Ikutkan hati nak je aku stay, tapi nampaknye kehadiran aku memang tidak lagi diperlukan. Mungkin aku senior yg haprak a.k.a hampeh kot, hehe.. Nama aku tak berjaya dicalonkan dalam senarai fasilitator. Memang ramai rakan2 di situ yg lebih layak utk jadi Fasi, maka aku pun balik ke rumah dgn riangnya. Mana taknya, perut penuh dgn makanan.

Gambar kenangan BOOM 2010

Apepun, terima kasih utk semua AJK BOOM 2010..
Sekian.

Saturday 30 October 2010

Minggu yang sibuk lagi menyibukkan

Bismillah

Minggu ni memang minggu yg agak sibuk. Kali terakhir aku menulis di blog ni ialah pada hari selasa lepas. Hari rabu, memang aku rasekan hari paling penat kot minggu ni. Pukul 4 petang keluar main bola dan balik pukul 5.50 petang. Balik2 terus masak ayam masak merah dan terkejar2 utk meetig BOOM yg akan bermula jam 7 malam. Meeting yang berlansung selama 2 jam tamat dan aku kene tahan jap dgn director sebab nak briefing mengenai MC utk BOOM nanti. Aduih..

Ingatkan lepas tu bolehla rilek2 kejap. Last2 terpaksa ke rumah senior sebab nak print bahan2 utk BOOM nanti. Nak print 80 helai, depan dan belakang bukanlah sesuatu yg mudah sebenarnya. Kalau printer tu harga ribu2 okla jugak. Ini memang kelajuan tahap siput. Aduih.. Aku akhirnya pulang ke rumah kul 11.45 dan sambung balik kerja mencetak. Habis bilik penuh dgn kertas dan bagai2 lagi bende. Paling x syok bile inknya dah habis..

Bilik yaang bersepah-sepah

Bersama jarum suntikan dan dakwat. 2 3 kali gak aku cucuk malam tu.

Ditambah dengan Assignment yg berlambak2 menyebabkan aku agak pening sikit. Tapi entah mcmne ketentuan Allah, Assignment yg sepatutnya kene hantar awal ditangguhkan smpai minggu depan sebab university ade masalah komputer. Maka, memang bersyukur teramat-amat sangat. Alhamdulillah. Jadi, semalam kalau diikutkan aku hanya ade satu kelas. Ntah macamne gak, semalam tersalah masuk problem class rumah lain. Mungkin sebab pening kot.

Pagi tadi, BOOM yg dirancang selama beberapa bulan ni akhirnya berjaya dilaksanakan. Aku selaku pengerusi majlis memanglah terlampau banyak menayangkan muka kat depan tu. Oleh kerana aku ni jenis nakal2 sikit dan tak suke bende skema, jadi aku memang pakai simple dan berceloteh tanpa skrip di tangan. Setelah sampai separuh perjalanan majlis, tetibe syahir datang kat aku mintak aku pakai "formal". Dengan kate len, pakai seluar slack, kemeja dan mungkin juga dimaksudkan dengan kot skali.

Gambar hiasan. Tiada kene mengena dengan yg hidup atau yg telah mati.

Kalau diikutkan xdela aku kisah sangat. Cuma aku agak pelik sebab tiada lansung dalam perbincangan LUMS mahupun AJK BOOM mengenai pemakaian FORMAL utk program tersebut. Tetibe syahir cakap "Hari ni majlis kita kene pakai formal, kau tak tahu ke?". Aku tengok, yang pakai formal cumalah ahli2 MSM yg dtg sekali ke program tersebut. Ajk takde lansung pakai formal. Malah, meeting terakhir BOOM yg tidak dihadiri syahir gak, tiada lnsung menyentuh mengenai pemakaian yg formal. Menyebabkan aku tertanya2, adekah ada tangan lain yg merancang, membelakangkan committee BOOM 2010 kali ini.

Akhir2 ni, 2 3 kali gak aq dengar ayat, "LUMS sekadar boneka MSM"
Bagi aku, selagi mana ianya kerana Allah, itu sudah cukup. X kisahla under sesiapapun, selagi mana ade manfaat utk Islam, aku akan cuba sedaya upaya utk bantu. Lantakla ape org nak buat, nak cakap, janji ade sesuatu yg boleh aq tunjukkan dihadapan Allah kelak. InshaAllah.
Sekian



p/s: sangat sedih tak dapat pergi MKP sbb pendaftaran dah tutup..

Tuesday 26 October 2010

Jelajah Leicester Hujung Minggu bhgian 2

Bismillah

Dalam perjalanan dari De Montfort ke Jewry Wall, kami singgah sebentar di Castle Garden yg pemandangannya takdela segempaq namanya. Castle Garden ni paling lawa pun bila tiba musim bunga. Itupun masih belum mampu menandingi Abbey Park. Aku pernah bubuh gmbar2 bunga kat situ dalam post yg ke 100 aku. Haha. Okla, Oleh kerana kami semua nak cepat, cadangnya nak singgah kejap je kat situ.

Tapi junior2 aku ni tetibe ade idea bergambar pelik2 plak. Ajak tangkap gambar sambil baling2 daun, nak bg nampak macam daun berguguran la konon. Haha. Aku yg dah tua ni pun layan jela. Ni gambonye:

Ade nmpak macam daun2 berguguran ke?

Cameraman dengki, jadi terpaksa wat balik sekali sbb die pun nak masuk dalam gambo. Haha

Kami akhirnye meneruskan perjalanan dan tak smpai 5 minit dah smpai Jewry Wall tu. Sebenarnya, Jewry Wall ni bukan ade ape2 sgt, tp pasal batu die tu cantik, aku pun ajaklah diorg ni pergi. Jewry Wall ni merupakan tempat mandi awam org ROM dahulu kala. Walaupun dikatakan bende alah ni sudahpun berusia 2000 tahun, beberapa serpihan bangunan yg tinggal ni hanye dijumpai lebih kurg tahun 1930.

Kali ni budak2 tu xdela rajin plak nak masuk muzium die. Sekadar berjalan2 di kawasan luar sambil menangkap gambar. Memg tu pun tujuan utama. Tapi diorg ni memg suke tengok kamera pun.

Sanggup diorg meniarap kat rumput yg x brape nak kering tu sbb nak tgkap gambar. hebat2.


Ade nmpak macam kt luar negara x gambar ni?

Poket aku tu penuh dgn barang. Macam2 aku sumbat. Aduih...

Kami akhirnye pulang kembali ke rumah masing2. Junior2 aku ni baru je masuk rumah diorg 2 hari sebelum tu. Oh ye, oleh kerana semua gambar di atas ni menggunakan camera junior2 aku, jadi aku pun kembali ke rumah diorg selepas solat zuhur utk ambik gambar. Yang syoknye, diorg ni tengah masak sambal ikan dgn sayur campur. Tanpa segan dan silunya aku pun tumpang sekaki. Hehe. Asyik makan ayam je, dpt makan ikan pon syok jugak.

Nasi putih+sayur cmpur+sambal ikan

Esok ade test. Tapi masih sempat update blog ni. Tapi aku dah nk muntah menghadap nota fundamental ni dekat 3 jam.

Sekian..

Sunday 24 October 2010

Jelajah Leicester Hujung Minggu bhgian 1

Bismillah..

Semalam, aku bercdg utk bawak 3 org junior aku pergi menziarahi Jewry Wall yang terletak di Leicester. Tapi, oleh kerana smalam hujan, jadi hasrat utk pergi ke sana terbantut sama sekali. Utk menebus janji semalam, maka aku bercdg utk bawak diorg hari ni. Bukan ape, senang sikit kalo kwn diorg dtg, tau nak bawak kemana. Jadi pagi tu, aku pun pergi ke rumah diorg dgn menaiki basikal. Rupe2nye, salah sorg drpd diorg x sabo2 dan dah pergi awal2 pagi lagi.

Syammil yg pergi pagi tu kata yg Jewry wall ni tutup waktu die pergi dan hanye bukak jam 2 petang. jam waktu tu baru kul 11.45 pagi dan aku dgn hampanya mengbatalkan kembali hasrat aku pagi tu. Dalam kehampaan tersebut, aku pun mengayuh basikal menuju ke area2 berdekatan De' Montfort. Tetibe nampak Newarke Museum yang sekian lama aku tertanye2 kat mana sebenarnye lokasi bende alah ni.

Di depan Newarke Houses Museum.

Tanpa banyak buang masa, aku kembali ke rumah junior dan terus ajak diorg g muzium tersebut. Maka, terhasillah sebegitu banyak gmbar seperti di bawah...

Diorg ni mule2 malas gak nak pegi. Tapi bile dh sampai, diorg yg lagi semangat dr aku.

Seronoknye bawak diorg ni ialah diorg ni agak minat utk tahu fakta2 yg ade kt situ. Bukan senang nak jumpe org melayu yg suke masuk muzium ni.

Muzium ni banyak berkisar mengenai kehidupan di Leicester. Menariknya, diorg juga cerita bgaimana kemasukan pelbagai kaum dr luar ke Leicester.

Antara hiasan rumah yg terdapat dalam muzium ni

Gambar ketiga2 junior yg aku bawak.

Ikut perancangan, aku cadang nak bawak diorg sampai kul 1 tgh ari je. Bukan ape, diorg ni waktu kat rumah, seolah2 nak balik awal je. Tapi bile sampai muzium tu semua excited smpaikan kluar dr muzium tu kul 1.15 tgh ari. Oleh kerana diorg masih bersemangat, aku pun bercadang utk bawak diorang ke Jewry Wall Leicester. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di De Montfort utk tangkap gambar.

Di hadapan mercu tanda De Montfort University.

Landskap di area2 De Montfort

Baru2 ni sewaktu kami bersembang2 pasal De Monfort, baru aku tahu yg Universiti De Monfort ni bukanlah Universiti yg bagus, malah ade orang tempatan yg menggelarkannya sbagai "sampah". Mungkin kerana kedudukannya yg agak corot dalam senarai Universiti di UK. Apepun, dari sudut kecantikan, aku rasa uni ni lebih mantap sedikit berbanding University of Leicester. Malah, ISOC mereka juga adalah antara ISOC terbaik di UK.

Bersambung...



Saturday 23 October 2010

Video menarik hari ini.

Bismillah.

Hari ni boleh dikatakan hari yg sgt penuh dgn masa lapang. Oleh krane nak mengelakkan aku buang 24 jam ni dgn bende yg x berpekdah, maka aku pun g library buat fundamental math. Lama gak duk situ sambil2 nengok video kat youtube. aku rasa dlm 2 jam tu, satu jam je yg aku betul2 fokus kt fundamental math aku tu. Yg lain memg aku layan youtube je.

Dari isu yg sgt hangat dibincgkan di Malaysia sampaila video yg lama2 aku tengok. Dari video IFF(Islamic Fashion Festival), tragedi memali dan macam2 lagi. Aku mungkin agak kurg ambik berat pasal isu politik di Malaysia, tapi kalo salahfaham terhadap islam, memg aku agak suka utk siasat. Dalam banyak2 video, video ni yg paling menyayat hati.

Video ni berkisar tentang sebuah masjid yg dirobohkan di kedah. Pasal siapa robohkan, aku sendiri tak tahu. Walaupun tajuk video ni sebegitu, aku sendiri xde bukti utk mengaitkan segalanya dgn pihak terbabit. Malah, aku sendiri x mahu ckp pasal politik kat sini. Yang aku sangat terkesan dalam video ni ialah bila start minit ke 4:40. Ape yg menariknya? silelah tonton:



Macamne? Ntah macamne memang hati aku terusik bila tengok pakcik yg kene robohkan masjid tu menangis teresak2. Apela agaknya perasaan yg bermain dalam hati beliau ye. Allah masukkan perasaan "bersalah" dan "x sampai hati" nak robohkan rumah milik Pencipta die sendiri. Hebatkan?

Soal roboh2 dan adab2 merobohkan masjid bolehlah tanye ustaz2 yg ade di sekitar anda.
Sekian

Jelajah masjid Leicester 2010

Bismillah..

Semalam, aku hanya ade 2 kelas. Satu kelas komputer dan satu lagi problem class yg aku ponteng sbb nak g smbhyg Jumaat. Minggu ni aku smbhyg kat De Monfort University. Khutbah die memg best walopun khatibnye bukan lagi brother yg bg khutbah semester lepas. Pasal isi khutbah, malas plak nak tulis kt sini. Apepun, aku akhirnya menuju ke library dan lepak sane dr kul 2-4 petg.

Rancangannya petg tu aku bercadang untuk bersembhyg asar di masjid abdul Ar-Rahman yg aku tahu melalui internet. Oleh kerana masjid tu x jauh, perjalanan ke sana tidaklah memakan masa yg lama. Selepas melepasi train station, aku mula mencari2 di mana agaknya letaknya masjid ni. Setelah beberapa minit, baru jumpa. Masjid yg sangat simple:

Pak cik ni tgh azan asar. Die je yg ade dlm masjid ni waktu aq datang

Selepas solat asar di situ, aku mula memikirkan plan yg seterusnya. Mencari2 masjid di sekitar chesterfield road. Dalam perjalanan merentasi melbourne road yg juga dikenali pekan Highfiled, kelihatan begitu ramai kanak2 yg berjubah dan berkopiah berjalan2. Tengok gaya, memang jelas diorg nak pegi ke kelas agama di masjid2 kat situ. Oleh krn aku dah pernah pegi masjid kat situ, jadi memg aku x berniat utk singgah di mana2 masjid besar di situ.

Sepanjang chesterfield road, puas aq memerhatikan bangunan2 yg menyerupai masjid. Tapi ternyata, xde masjid kat situ. Akhirnya aku rasa lebih baik aku tengok kelibat2 manusia yg berkopiah utk tahu mana2 masjid di kawasan tu. Kelihatan 3-4 org berkopiah memasuki Madani High School. Sekolah org Islam paling besar yg pernah aq nmpak.

Besaq gile skola ni

Oleh kerana aku x brape brani masuk sekolah orang, jadi aku teruskan pemerhatian dan tengok rileks gile org kluar masuk dr sekolah tu. Jadi aku pun terus masuk dan barulah aku paham knape org2 berkopiah tu dtg ke situ:

Dewan solat yg terletak di belakang sekolah

Ni memg betul2 beso dewan ni.

Diorg ni tengah solat asar. Waktu ni kul 5.20petang.

Maghrib yg akan masuk jam 5.55 petang menyebabkan aku bertekad utk mencari masjid yg sepatutnya terletak di chesterfield tu. Tapi ternyata, memg xde masjid tu aku rasa. Akhirnya aku singgah sebentar di masjid e-baitul mukarram dlm perjalanan balik. Masuk2, ramai gile budak2 tgh mengaji. Tapi memang nakal2 budak2nye. Memang bising, tapi budk2 nak kisah apela sangat kan. Tapi part paling best, bile tok imam yg ajar ngaji tu lempang budk2 tu slamber gile je. Haha.

Apepun, ni die masjid tersebut:

Masjid yg terletak di deretan rumah

Tempat solat. Sempat solat masjid kat sini, siap belakang imam lagi

Tempat wuduk

Isyak aku pula di masjid e-abu bakar. Teringat dua hari lalu kat masjid ni bile aku disapa oleh seorg pakcik. Die tnye aku dr mana n then aq pun ckp dr malaysia. Tetibe die alih bahasa "apa khabar?". Aku musykil, n tanye mcmne die tahu perkataan tu. spontan je die cakap "Oo, saya tahu." Lawak plak gaya die ckp. Sembang punye sembg, rupe2nye die pernah blajar di UKM sekitar tahun 2000. Die ni org Lybia n tgh smbung phd kat sini. byk gak die tahu psl Malaysia.

Apepun, sekian utk hari ni.
Bye2

Thursday 21 October 2010

Video hari ini: Umar berhati lembut

Bismillah...

Lama x post video kat sini. Mari kita lihat kisah yg dah biasa kite dengar tentang Umar







Siapa yg mengenali Umar, pasti sukar memahami bagaimana orang yg ganas seperti beliau mempunyai hati yg begitu lembut sekali. Bukan setakat bagi makanan je, siap masakkan lagi tu. Hebat2..

Sekian

Monday 18 October 2010

Masjid paling dekat dgn Universiti of Leicester

Bismillah

Rabu lepas, aq sempat menunaikan solat zuhur di masjid Uthman, Highfield sebaik sahaja pulang dari kelas. Memang seronok rasenye dapat pergi ke highfield semula. Dalam perjalanan pulang, aku tersalah masuk lorong dan akhirnya tembus di evington road. Dalam usaha mencari jalan pintas, aku cuba memasuki lorong2 baru dan tetibe terjumpa sebuah masjid yg x pernah aq tahu lnsung. Oleh krane aku terikat dgn hal lain, aku terpaksa pulang tanpa sempat menunaikan solat dalam masjid tu.

Masjid kecil di celah-celah bangunan

Petang tadi, kelas aku berakhir jam 3 petang. Oleh kerana hari ni aku agak stress, maka aku berniat untuk menunaikan solat asar di masjid tersebut. Masjid tersebut merupakan masjid paling dekat dengan university of leicester. kedudukannya yg tersorok menyebabkan tak ramai orang yg tahu akan kewujudan masjid tersebut yg diberi nama masjid Darus Salaam. ikut pengiraan aku, 10 minit jalan kaki dah bleh smpai masjid tu dari Uni.

Jam 4 petang baru aku bertolak ke masjid tu dengan menaiki basikal dari Uni. Tapi masjid tu masih terkunci waktu aku smpai. Jadi aku jalan2 di sekitar kawasan tersebut sebelum kembali semula ke masjid darussalaam. Ternyata, memang banyak kedai halal di situ. Cuma menariknya, selepas beberapa minit, kedengaran azan berkumandang di kawasan tersebut seolah-olah aku berada di Malaysia. Dan ia juga menandakan aku perlu kembali ke masjid tersebut.

Pemandangan pertama yg aku nmpak bile masuk masjid ni. Siap berbunga2 lagi rak kasut die.

Tempat wuduk yg agak cantik..

Dewan solat utama. Kecik je tapi tetap menarik

Gambar tandas pun aku tangkap. Bagi aku masjid ni memg cantik walaupun kecik je

Masjid ni juga menyediakan ruang khas utk wanita di bahagian atas. Kelihatan beberapa kasut wanita kat situ. Dan mengikut pemerhatian aku, masjid ni diuruskan oleh org bangladesh. Cume jemaahnya tak seramai masjid2 di Highfield. X tahula kenapa. Lepas solat, ade orang sedekah macam samosa kat jemaah2 yang hadir.

Apepun, aku rasa memang patut undergrade utk datang ziarah sebentar ke masjid ni sekiranya ade masa lapang. Memang sangat dekat dgn Uni. Untuk sesiapa yg tahu kedai Zaytoon, memang dekat je dgn kedai tu.

Sekian untuk hari ni..

Saturday 16 October 2010

Leicester: Malaysian Gathering 2010

Bismillah.

Pagi tadi, kat leicester ade Malaysian Gathering yang menggantikan Sambutan Raya untuk tahun ni. Tahun ni raya awal, jadi memang susah sikit nak sambut di Leicester sebab masing2 baru pulang dan sibuk dengan pelbagai urusan. Jam 8 pagi, aku sudah keluar dari rumah aku dan terus menuju ke Fraser Noble Hall yang terletak berdekatan dgn Universiti. Dalam pukul 8.10 aku sampai. Ingatkan aq dah lambat sbb janji kul 8 pagi, rupe2nye aq org pertama yg smpai. Sejuk woo..

Dalam pukul 8.30 pagi, kami semua susun kerusi dan meja untuk letak makanan dan juga untuk para tetamu yang akan hadir nanti. Majlis hanya bermula lebih kurang jam 9.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Bad. Naufal yg jadi MC kemudian menjemput syahir selaku presiden LUMS utk mencapaikan ucapan. Selepas beberapa lagi agenda lain, aku dijemput untuk mengendalikan beberapa permainan yg disediakan utk para junior first year.

Main teka2 nama senior. X sangka plak ramai junior pempuan yang tak kenal Izwan ni. Sabo ye yop..

Habis sahaja game, terus kami dijemput untuk menjamu semua juadah yang ada. Makanan semua disediakan oleh undergrade leicester dengan diketuai oleh kak aqilah. Konsep yang digunakan oleh ajk makanan utk Malaysian Gathering ni ialah kaedah potluck terancang. Ade nasi minyak, ayam masak merah, bihun goreng, soto, nasi lemak, agar2 dan macam2 lagila.

Bihun sampai 4 bekas. Ade ayam kurma, 2 jenis sambal ikan bilis dan 3 jenis nasi.

Bahagian pencuci mulut.

Majlis makan-makan tersebut berlansung dari jam 10.30 pagi sampailah 12.30 tgh ari. Sambil-sambil makan, ade beberapa ucapan dedication yang dibacakan oleh "DJ" diiringi dgn lagu pilihan masing-masing. Aq rase inilah aktiviti yang paling mampu untuk mengumpulkan semua orang2 Malaysia, terutamanya undergrade utk berkumpul sekali. Kalau buat aktiviti2 berunsur keagamaan, memang agak sukar rasanya.

Bersama presiden LUMS sebelum ni dan sekarang. X dilupakan gak kaki bola leicester(baju putih)

Antara rakan-rakan yg hadir

Bersama junior dan syahir

Orang-orang gagah leicester.

Selepas beberapa jam sesi makan2, kami baru sedar yg tiada mangkuk yg disediakan utk soto. Maka, dengan basikal baru aq, berkayuh la aku menuju ke town beli mangkuk polisterin tu. Alhamdulillah, habis gak aq tengok soto tu. Yang banyak tinggal bihun dgn nasi la rasanya. Jam 12.30 tgh hari, kami sudah mula mengemas kembali dewan tersebut. Makanan yang tak habis dibungkus dan diagihkan macam yg berlaku waktu kenduri kahwin di Malaysia.

Sesi bungkus-membungkus

Sebelum tamat, kami sempat bergambar bersama-sama. Walaupun kualiti gambar ni agak kabur, tapi inilah gambar terbaik yg ade.

Apepun, secara keseluruhannya aku lihat aktiviti hari ni berjalan dengan lancar sekali. Walaupun pada mulenye kami agak lambat dapat masuk dewan tu, tapi aturcara majlis tetap terus tersusun. Tiada ape2 bencana mahupun malapetaka. Cuma adela sorang junior aq yg x dtg sebab accident semalam. Alhamdulillah, sempat ziarah tadi dan keadaan die xde teruk mana sebab hanya jahit kat mulut je.

Apepun, tahniah LUMS, Naufal dan AJKnya..

AJK LUMS 2010/2011
Sekian..