Bismillah
Rabu lepas, aq sempat menunaikan solat zuhur di masjid Uthman, Highfield sebaik sahaja pulang dari kelas. Memang seronok rasenye dapat pergi ke highfield semula. Dalam perjalanan pulang, aku tersalah masuk lorong dan akhirnya tembus di evington road. Dalam usaha mencari jalan pintas, aku cuba memasuki lorong2 baru dan tetibe terjumpa sebuah masjid yg x pernah aq tahu lnsung. Oleh krane aku terikat dgn hal lain, aku terpaksa pulang tanpa sempat menunaikan solat dalam masjid tu.
Petang tadi, kelas aku berakhir jam 3 petang. Oleh kerana hari ni aku agak stress, maka aku berniat untuk menunaikan solat asar di masjid tersebut. Masjid tersebut merupakan masjid paling dekat dengan university of leicester. kedudukannya yg tersorok menyebabkan tak ramai orang yg tahu akan kewujudan masjid tersebut yg diberi nama masjid Darus Salaam. ikut pengiraan aku, 10 minit jalan kaki dah bleh smpai masjid tu dari Uni.
Jam 4 petang baru aku bertolak ke masjid tu dengan menaiki basikal dari Uni. Tapi masjid tu masih terkunci waktu aku smpai. Jadi aku jalan2 di sekitar kawasan tersebut sebelum kembali semula ke masjid darussalaam. Ternyata, memang banyak kedai halal di situ. Cuma menariknya, selepas beberapa minit, kedengaran azan berkumandang di kawasan tersebut seolah-olah aku berada di Malaysia. Dan ia juga menandakan aku perlu kembali ke masjid tersebut.
Masjid ni juga menyediakan ruang khas utk wanita di bahagian atas. Kelihatan beberapa kasut wanita kat situ. Dan mengikut pemerhatian aku, masjid ni diuruskan oleh org bangladesh. Cume jemaahnya tak seramai masjid2 di Highfield. X tahula kenapa. Lepas solat, ade orang sedekah macam samosa kat jemaah2 yang hadir.
Apepun, aku rasa memang patut undergrade utk datang ziarah sebentar ke masjid ni sekiranya ade masa lapang. Memang sangat dekat dgn Uni. Untuk sesiapa yg tahu kedai Zaytoon, memang dekat je dgn kedai tu.
Sekian untuk hari ni..
No comments:
Post a Comment