Sunday, 10 October 2010

Tarbiyah bukan segalanya, Hah?

Bismillah..

Baru2 ni time belek2 tafsir Quran, terjumpa pulak ayat Quran ni:

Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebagian dari mereka berpaling ingkar. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada rasul dengan patuh. Apakah (ketidak datangan mereka itu karena) dalam hati mereka ada penyakit, atau (karena) mereka ragu-ragu ataukah (karena) takut kalau-kalau Allah dan rasul-Nya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan." "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Surah An-Nur: ayat 48-51

Aq jumpe ayat ni time smbhyg jumaat. Bile di check2 balik, memang banyak diantara kita yang sememangnya menolak hukum Allah S.W.T. Ada yang kurang percaya, dan ragu-ragu dengan beranggapan bahawa Hukum Allah S.W.T sesuatu yg sangat Zalim. Lebih teruk lagi, beranggapan mustahil utk dilaksanakan.

Bile datang UK, aq bertambah pelik bile ade sesetengah orang yg "kuat agama" beranggapan seolah-olah Undang-undang Allah ini sesuatu yg tidak berapa penting utk dilaksanakan. Yang penting ialah tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah. Sehinggalah umat Islam bersedia, barulah undang-undang Allah ini perlu dilaksanakan.

Aku selalu terfikir, adekah Undang2 Allah ini diturunkan hanya untuk kite tunggu dan lihat sahaja bile tibe masanya. Apekah agaknya jawapan yg mampu kite berikan kepada Allah bile Allah tanya "Kenapa kamu tidak lansung berusaha menegakkan Undang2 yang telah Aku wahyukan?" Adekah cukup dengan kite berkata.. "Aku rasa undang2 yang engkau cipta masih kurang penting untuk dilaksanakan, kerana manusia masih belum cukup ditarbiyah"..

Percaya atau tidak, terlampau ramai orang di Malaysia yang memerlukan Hukum Allah sebelum sempat tarbiyah sampai kepada mereka. Hari2 aku dengar orang curi kabel telepon. Setiap minggu aku dengar kes orang buang anak. Dah berapa banyak masyarakat Islam yang semakin biasa dengan arak. Dah berapa banyak kes orang bunuh orang kat Malaysia tu. Kes rogol, kes liwat, kes murtad, tetapi kite hanya sibuk dengan agenda tarbiyah tanpa sikit pun berusaha memahamkan bahawa hukum Allah lah yang paling tepat utk dilaksanakan.

Cukuplah berada dalam dunia fantasi,
Marilah kembali hidup dalam dunia realiti
Hukum Allah bukan sekadar sebuah penantian untuk dilaksanakan.
Ia perlu diusahakan walau sesibuk manapun kite dengan tarbiyah manusia.
Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah..

Sekian.

No comments:

Post a Comment