Semalam, aku bercdg utk bawak 3 org junior aku pergi menziarahi Jewry Wall yang terletak di Leicester. Tapi, oleh kerana smalam hujan, jadi hasrat utk pergi ke sana terbantut sama sekali. Utk menebus janji semalam, maka aku bercdg utk bawak diorg hari ni. Bukan ape, senang sikit kalo kwn diorg dtg, tau nak bawak kemana. Jadi pagi tu, aku pun pergi ke rumah diorg dgn menaiki basikal. Rupe2nye, salah sorg drpd diorg x sabo2 dan dah pergi awal2 pagi lagi.
Syammil yg pergi pagi tu kata yg Jewry wall ni tutup waktu die pergi dan hanye bukak jam 2 petang. jam waktu tu baru kul 11.45 pagi dan aku dgn hampanya mengbatalkan kembali hasrat aku pagi tu. Dalam kehampaan tersebut, aku pun mengayuh basikal menuju ke area2 berdekatan De' Montfort. Tetibe nampak Newarke Museum yang sekian lama aku tertanye2 kat mana sebenarnye lokasi bende alah ni.
Tanpa banyak buang masa, aku kembali ke rumah junior dan terus ajak diorg g muzium tersebut. Maka, terhasillah sebegitu banyak gmbar seperti di bawah...
Seronoknye bawak diorg ni ialah diorg ni agak minat utk tahu fakta2 yg ade kt situ. Bukan senang nak jumpe org melayu yg suke masuk muzium ni.
Muzium ni banyak berkisar mengenai kehidupan di Leicester. Menariknya, diorg juga cerita bgaimana kemasukan pelbagai kaum dr luar ke Leicester.
Gambar ketiga2 junior yg aku bawak.
Ikut perancangan, aku cadang nak bawak diorg sampai kul 1 tgh ari je. Bukan ape, diorg ni waktu kat rumah, seolah2 nak balik awal je. Tapi bile sampai muzium tu semua excited smpaikan kluar dr muzium tu kul 1.15 tgh ari. Oleh kerana diorg masih bersemangat, aku pun bercadang utk bawak diorang ke Jewry Wall Leicester. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di De Montfort utk tangkap gambar.
Baru2 ni sewaktu kami bersembang2 pasal De Monfort, baru aku tahu yg Universiti De Monfort ni bukanlah Universiti yg bagus, malah ade orang tempatan yg menggelarkannya sbagai "sampah". Mungkin kerana kedudukannya yg agak corot dalam senarai Universiti di UK. Apepun, dari sudut kecantikan, aku rasa uni ni lebih mantap sedikit berbanding University of Leicester. Malah, ISOC mereka juga adalah antara ISOC terbaik di UK.
Bersambung...

No comments:
Post a Comment