Pagi tadi, kat leicester ade Malaysian Gathering yang menggantikan Sambutan Raya untuk tahun ni. Tahun ni raya awal, jadi memang susah sikit nak sambut di Leicester sebab masing2 baru pulang dan sibuk dengan pelbagai urusan. Jam 8 pagi, aku sudah keluar dari rumah aku dan terus menuju ke Fraser Noble Hall yang terletak berdekatan dgn Universiti. Dalam pukul 8.10 aku sampai. Ingatkan aq dah lambat sbb janji kul 8 pagi, rupe2nye aq org pertama yg smpai. Sejuk woo..
Dalam pukul 8.30 pagi, kami semua susun kerusi dan meja untuk letak makanan dan juga untuk para tetamu yang akan hadir nanti. Majlis hanya bermula lebih kurang jam 9.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Bad. Naufal yg jadi MC kemudian menjemput syahir selaku presiden LUMS utk mencapaikan ucapan. Selepas beberapa lagi agenda lain, aku dijemput untuk mengendalikan beberapa permainan yg disediakan utk para junior first year.
Habis sahaja game, terus kami dijemput untuk menjamu semua juadah yang ada. Makanan semua disediakan oleh undergrade leicester dengan diketuai oleh kak aqilah. Konsep yang digunakan oleh ajk makanan utk Malaysian Gathering ni ialah kaedah potluck terancang. Ade nasi minyak, ayam masak merah, bihun goreng, soto, nasi lemak, agar2 dan macam2 lagila.
Majlis makan-makan tersebut berlansung dari jam 10.30 pagi sampailah 12.30 tgh ari. Sambil-sambil makan, ade beberapa ucapan dedication yang dibacakan oleh "DJ" diiringi dgn lagu pilihan masing-masing. Aq rase inilah aktiviti yang paling mampu untuk mengumpulkan semua orang2 Malaysia, terutamanya undergrade utk berkumpul sekali. Kalau buat aktiviti2 berunsur keagamaan, memang agak sukar rasanya.
Selepas beberapa jam sesi makan2, kami baru sedar yg tiada mangkuk yg disediakan utk soto. Maka, dengan basikal baru aq, berkayuh la aku menuju ke town beli mangkuk polisterin tu. Alhamdulillah, habis gak aq tengok soto tu. Yang banyak tinggal bihun dgn nasi la rasanya. Jam 12.30 tgh hari, kami sudah mula mengemas kembali dewan tersebut. Makanan yang tak habis dibungkus dan diagihkan macam yg berlaku waktu kenduri kahwin di Malaysia.
Sebelum tamat, kami sempat bergambar bersama-sama. Walaupun kualiti gambar ni agak kabur, tapi inilah gambar terbaik yg ade.
Apepun, secara keseluruhannya aku lihat aktiviti hari ni berjalan dengan lancar sekali. Walaupun pada mulenye kami agak lambat dapat masuk dewan tu, tapi aturcara majlis tetap terus tersusun. Tiada ape2 bencana mahupun malapetaka. Cuma adela sorang junior aq yg x dtg sebab accident semalam. Alhamdulillah, sempat ziarah tadi dan keadaan die xde teruk mana sebab hanya jahit kat mulut je.
Apepun, tahniah LUMS, Naufal dan AJKnya..
Sekian..
No comments:
Post a Comment