
Namun begitu, kesedaran masyarakat muslim mengenai perkara ini, menyebabkan mereka cuba mengubah paradigma masyarakat bahawa barangan2 apple ini juga boleh menjadi medium utk kite kembali kepada Islam. Juga sebagai medan dakwah. Malah, boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, InshaAllah. Mana tidaknya, himpunan hadis, Alquran beserta maknanya boleh didapati dgn percma utk dimuatkan didalam Ipod mahupun Iphone.


Tambah menarik lagi, Sembahyang kita juga direkodkan dengan beberapa catatan menarik. Contohnya: Adekah kite solat jamaah atau sorang2. Kalau jamaah, adekah kite buat solat sunat rawatib sekali dan macam2 lagi. Malah, kalau nak cek solat Dhuha dan Qiam pun boleh direkodkan kat sini. Utk bacaan Quran, surah dan bilangan mukasurat yg kite dah baca hari ni. Dan akhirnya, kite boleh automatik tengok graf amalan kita selama sebulan atau setahun. Meningkat atau merosot?

kuning+ utk solat sendirian dan solat sunnat
hijau utk solat jamaah dan hijau+ utk solat jamaah beserta solat sunnat.
Jam merah menandakan lambat solat
Mungkin ade org yg mempertikaikan tentang keperluan adanya bende2 sebegini. Tapi dari sudut positifnya, memang bende2 macam ni mampu meningkatkan kesungguhan kite dalam beribadah. Yela, takkan sepanjang bulan amalan kite mendatar je, mesti kite teringin nak naikkan lagi kan. Itu adelah perasaan normal bg manusia utk melihat sesuatu yg lebih baik berlaku dalam diri mereka.
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya..”
Sekian..
No comments:
Post a Comment