Sunday, 31 October 2010

BOOM Leicester 2010..

Bismillah..

Semalam, BOOM(Blooming Out Of Mediocrity) utk sesi 2010 berjaya dilaksanakan akhirnya. pagi tu, aq kluar rumah 7.50 pagi dgn menaiki basikal. Tetibe tertinggal barang kat rumah dan terpaksa patah balik. Jadi, aku hanya berjaya smpai di di dewan tu pada pukul 8.05 pagi. Tapi nak wat camne orang melayu ni, kat mana2 pun suka datang lewat. Aku laki pertama smpai situ pagi tu. Tempat BOOM kali ni berlansung di Fraser Nobel Hall.

Fraser Noble Hall

Utk program kali ni, aku sekali lagi diberi tugas utk menjadi pengacara majlis. Majlis yg sepatutnya bermula jam 9 pagi hanya dpt dimulakan pd pukul 9.30 pagi. Lepas bacaan doa, aku jemput syahir(LUMS), Izwan(MSM) dan kak Azhreen(director BOOM) utk memberikan sedikit ucapan. Majlis yang sepatutnya skema digagalkan oleh aku yang bercakap dengan nada pengacara bebas. haha.. Ntahla, mana2 majlis yg aku pengerusikan, mesti aku suka buat sempoi2, sbb aku tau manusia sgt bosan dgn majlis formal lg2 org 2 muda.

Pengacara majlis tengah melatak waktu org tengah bg ceramah. Tiga roti sosej aku balun. haha

Pemenang kategori jejaka paling bersemangat. Semangat gile bagi ucapan smpai ferd kate: "Macam penceramah BTN".

Pengisian pertama pagi tu adelah drpd abang Roesli yg sekarang menetap sebentar di Sheffield. Aku pernah jumpe beliau tahun lepas. Manakala penceramah kedua adelah Mak cik Zayton yang pernah mendapat anugerah daripada Queen Elizabeth. Walaupun kelihatan sudah berumur, beliau tetap meneruskan pengajian Phd beliau kat Leeds sekarang. Aku rasa die nilah yg menyebabkan ramai postgrad dtg BOOM kali ni.

Aku plak walaupun pengerusi majlis, suke sangat lari ke belakang dewan. Aku memang daripada kecik(sekolah) sangat tak suka dengar ceramah2 motivasi yg sekadar menghuraikan theori ni. Ingat waktu zaman2 sekolah dulu, memang aku sangat suka tido kalo ade ceramah2 macam ni. Kalau ceramah pasal agama aku ok la gak sbb byk bende yg pastinya boleh dihadam. Tapi ceramah2 yg berkaitan teori ni memg sgt aku tak minat sbb kepelbagaian manusia utk berjaya tak mgkin dpt disamakan dgn hanya Teori buatan manusia.

Abang Roesli.

makcik Zayton. Aku menyorok kat tepi.

Lepas habis semua ceramah, kami semua berehat utk makan dan juga menunaikan solat Zuhur. Aku ambik kesempatan ni utk menunaikan solat Zuhur di masjid Darussalam. Malas nak sembhyg kat dewan tu sbb takde tempt yg khas utk ambik air smbhyg. Dgn kasut aku yg teramat besar tu, mengambil wuduk di sinki memg bukan satu idea yg bijak. Aku kemudian kembali semula ke dewan utk makan tengah hari kat situ.

Nasi goreng + ayam madu

Orang kuat BOOM dibelakang tabir.

Sesi workshop selepas itu bermula jam 2 petang. Ikutkan hati nak je aku stay, tapi nampaknye kehadiran aku memang tidak lagi diperlukan. Mungkin aku senior yg haprak a.k.a hampeh kot, hehe.. Nama aku tak berjaya dicalonkan dalam senarai fasilitator. Memang ramai rakan2 di situ yg lebih layak utk jadi Fasi, maka aku pun balik ke rumah dgn riangnya. Mana taknya, perut penuh dgn makanan.

Gambar kenangan BOOM 2010

Apepun, terima kasih utk semua AJK BOOM 2010..
Sekian.

No comments:

Post a Comment