Thursday 28 April 2016

Sibukk akhir 15/16

Bismillah.

Dua minggu yang sangat-sangat menyibukkan.

Aku dilantik menjadi Ketua Pengawas utk pusat 13F. Walaupun "pangkat"nya kelihatan besar, hakikatnya ketua inilah yang paling dikulikan berbanding pengawas-pengawas lain. Dulu, ramai orang berebut nak jawatan ni sebab dapat duit. Sekarang, siapa yang mengambilnya barangkali kerana terpaksa atau ikhlas mahu memudahkan urusan orang lain.

Cuma menarik duduk di "pusat", aku dipaksa mendengar sembang-sembang orang yang lebih bergaram. Ada yang sembang pollitik, ada yang keje pekena orang, ada yang tak habis-habis cerita pasal duit, ada keje dengki je dengan orang, dan paling tak boleh belah, ramai duk cerita benda-benda 18SX. Aku dah macam, "hangpa ni bukan pensyarah ke?". Cuma, terubat sedikit telinga bila encik suhaimi duduk kongsi kisah-kisah Sahabat. Dapat la gak dengar ceramah percuma.

Dan sebagai satu-satunya orang bujang di dalam bilik tersebut, aku diberi seribu satu nasihat tentang mencari calon isteri oleh-oleh mereka yang cukup berpengalaman.

Aktiviti weekend, aku memaksa ahli-ahli ANC mengumpul buku-buku rujukan yang bakal dibuang. Mencari dana untuk surau yang miskin, buku-buku tu perlukan orang yang benar-benar komited untuk mengutipnya. Pusingan pertama yang agak kurang memberangsangkan aku meminta muslimat bergerak dari pintu ke pintu. Mereka yang berkeras mahu mengutipnya ketika hari terakhir exam, aku sahaja yang mampu berimaginasi yang mereka pasti gagal.

Dan akibatnya, aku berseorang memusing blok perempuan untuk mengangkat buku, dalam kedinginan hujan renyai-renyai di malam terakhir tersebut. Jam 10.30 malam, barulah lokman, abu, azrul dan Nafis membantu di bilik felo. Projek yang menarik, bilamana segala keringat yang aku dan mereka curahkan bukanlah untuk kegunaan kami, tetapi untuk manfaat generasi akan datang yang mungkin tak kenal pun siapa "kami". Ia menguji ikhlas orang-orang yang terdahulu. Mudah-mudahan yan terkemudian mengikutinya.

Alhamdulillah congak-congak kasar lebih 600 buah buku rujukan berjaya dikutip.
Mudah-mudahan kutipan dana dari jualan tersebut berjaya... Doakan.

Habis sahaja budak-budak ni keluar. Aku disibukkan pula dengan menyemak kertas. Aku dapat kertas 1. Mengarutnya kertas 1 ni ialah dia pun skema punyalah banyak. Sebab student-student punya idea sangatlah kreatif dan berinovasi. Akibatnya, skema terpaksa diselaraskan dengan idea-idea tersebut. Aku dapat 120 skrip. Dan aku dah rasa macam nak muntah tengok kertas-kertas ni. Tapi untuk pengalaman, best gak marking ni..

Hari selasa tu jugak, keputusan untuk permohonan pertukaran tempat untuk pensyarah keluaq. Menyaksikan rombakan yang sangat "ganas" di bahagian matrikulasi. Unit Matematik je 4 orang(x silap aku) yang berjaya dipindahkan. Dan antara yang berjaya ialah Wawa. Nampak gayanya memang mencabarlah hidup aku sesi depan. Dah takde orang nak ingatkan aku macam-macam bende. Selamatlah tinggal semua.

Akhir-akhir ni aku terperasan blog ni seolah-olah menerima pengunjung baru. Dan aku rasa mereka adalah student-student aku dari kelas H2. Kalo betul komenlah sikit. Kalo hangpa boring tak tau nak baca apa, boleh search "studentku si pemalu" kat ruangan atas. Cuma panjang sikitlah na. 

Itu sahaja nak merepek...

Sekian.

Wednesday 20 April 2016

Komedi sedih

Bismillah.

Sudah beberapa hari menulis benda ni. Cuma ragu-ragu mahu mempertontonkannya. Catatan yang hanya berkisah duka, sebahagian kecil orang yang bermasalah hati mungkin melihatnya dengan sinis. Namun melihat kembali blog ini yang sedikit demi sedikit kehilangan pembacanya, aku kira kurang malu untuk aku meletakkannya di sini hanya sebagai diari yang mengingatkan...

...................

Besar-besar badan aku, jarang benar orang-orang melihat air yang memenuhinya keluar dari kelopak mata. Tiap kali aku berjenaka dalam segala urusan, orang-orang melihat aku tidak pernah serius dalam kematangan yang ditunjukkan mereka. Mereka merumus aku kebudak-budakan. Tiada hormat, aku sendiri tidak mengharapkannya.

Duduk seorang diri, aku selalu benar menangis.

Menjadi "pekak", hampir semua orang pernah mengherdik. Mereka yang merasa teguran mereka itu seperti jenaka, aku tidak pernah terlepas menghadiahkan senyuman kembali kepada mereka. Kerana mereka tidak perlu tahu, yang aku terluka dan sedih dengan kata-kata mereka. "pekak" itu menyebabkan aku antisosial. Kurang pendengaran itu menyebabkan aku selalu mengelak untuk bersembang dengan orang-orang. Banyak kadangnya, earphone yang dibeli sengaja disumbatkan ke telinga. Sedang hakikatnya, tiada satu pun lagu yang dipasangkan sebagai halwa telinga.

Maka, apabila panggilan orang-orang itu tidak berjaya aku dengari, earphone itu lebih seronok untuk dipersalahkan, kerana kepekakan itu amat sedih untuk cuba ditontonkan.

Ketika di Leicester, aku tidak lansung mampu berbahasa Inggeris.
Masuk ke dewan kuliah, tiada satu pun tutur kata pensyarah yang mampu untuk aku fahami. Apabila ada jenaka yang pensyarah-pensyarah persembahkan, aku berlakon ketawa tatkala melihat student-student lain gelak dengan bahasa jenaka yang lansung aku tidak fahami. Sedih dengan diri, usaha aku menjadi gila hingga kerap aku menitiskan air mata. Duduk dalam bilik di hujung dapur, tidak pernah aku luahkan keperitan itu kepada sesiapa.

sedih itu cukup untuk aku yang tahu... Biar orang lain merungut untuk apa yang lansung mereka tidak tahu.

Setiap kali habis program, tamrin dan rehlah, aku selalu melarikan diri dari "upacara" perpisahan. Rakan-rakan melihat aku seperti tidak punya emosi. Setiap kali mahu berpisah, aku suka berkongsi komedi. Bergelak ketawa ketika berpisah, menyembunyikan kesedihan yang akhirnya terhembus keluar tatkala smpai di pintu rumah.

Di leicester, aku berkeseorangan memikirkan segalanya seorang diri. Mereka yang beramai-ramai di Notts kerap benar menberi cadangan, sedang aku berkeseorangan mahu melaksanakannya. Ukhwah yang mereka kecapi beramai-ramai, aku sekadar menumpang sekali sekala. Sedih didikriminasikan adik tiri, aku tidak pernah merungut kepada mereka. Duit yang selalu tidak cukup untuk aku berusrah ke sana, aku menjimatkan kos dengan menaiki basikal selama 20 minit ke tempat usrah(dunkirk). Melalui jalan-jalan kecil tepi sungai, mengangkat basikal mengharungi puluhan anak-anak tangga, semua itu aku bisukan dari mereka. Sampai sahaja di rumah mereka, jenaka dan komedi aku tetap hadiahkan walaupun dalam kepenatan.

Mahu menjimatkan tambang keretapi lagi, aku membiasakan diri pulang dari usrah pada hari yang sama. Tiket pergi dan balik satu hari biasanya lebih murah, menyebabkan aku mengayuh basikal selaju-lajunya meredah kesejukan malam untuk mengejar keretapi terakhir ke leicester jam 11.30 malam. Biasanya 12.10 tengah malam itu waktu yang tepat untuk smpai. Dan semuanya aku buat seorang diri...

Pulang ke Malaysia, aku me"mutus"kan hubungan dengan rakan-rakan. Tiada facebook, tiada wassap, tiada twitter, tiada khabar yang boleh diberitakan kepada mereka. Cuma mahu berlaku jujur, aku masih setia mengikuti perkembangan mereka yang kini sudah pun menjadi "asing". Rindu itu menyebabkan aku selalu menitiskan air mata. Sebab itu tatkala aku meminta pertolongan shak untuk menjemput Firdaus Rahim ke sini, aku terdiam dengan pertanyaannya..

"kenapa izuan tak jemput dia sendiri?"

Aku terlampau malu dengan Naqib sendiri.... Dan takut-takut, aku akan menangis apabila bertemu dengannya.


Apabila ditempatkan di kolej ni, aku terkejut dengan badan dakwah yang sangat huru-hara dan terbiar. Dalam satu tahun, tenaga mereka hanya terfokus kepada satu event besar yang bernama MEMORi. Selebihnya, sangat-sangat mendukacitakan. Mindset "dakwah" yang tersekat, program yang mengalahkan kaum tua, aku akhirnya mengambil keputusan untuk masuk campur, walaupun orang lain memandangnya enteng. Lelah dan kepeningan, bukan mudah mahu memimpin mereka yang bermula dengan sifar. Kepenatan, marah, kecil hati, kecewa dengan akal pramatang, semuanya aku sorokkan dari mereka. Masuk dalam meeting dan usrah, aku hiburkan mereka kembali dengan gelak dan ketawa.

Beberapa hari lalu, Hazli mengutip kembali kata-kata aku ketika di dalam Tamrin:

" Cikgu Izuan kata, kalau dia pikir pasal kawen, dia akan jadi kedekut/berkira nak habiskan duit untuk dakwah/jemaah..."

Aku ketawa mendengar kata-katanya... Malah ketika aku menyampaikannya dulu, aku juga berbhasa dalam bentuk jenaka. Ia jawapan yang keluar tatkala mereka bertanya perihal jodoh.

Projek-projek baru yang aku perkenalkan kepada badan dakwah itu, banyaknya memerlukan dana yang berterusan. Disebalik kejayaan-kejayaan program baru mereka, terlampau banyak duka yang disembunyikan. Untuk mengumpul duit membeli aset-aset yang bernilai ribuan ringgit, aku menghadkan diri dengan makan 8 ringgit sehari. Rm2.50 untuk sarapan, rm5.50 untuk makan petang. Kalau teringin makan KFC, akan dipotongnya lagi perbelanjaan sehari sebelumnya. Tiada baju ataupun kasut baru. Lebih teruk lagi, aku menghadkan diri untuk balik ke kampung sebulan sekali je. Sebab itu sebaik sahaja ANC tahun ni berhenti berprojek, aku melepaskan dendam dengan balik ke kampung 3 minggu berturut-turut. Hehe..



Projek PA system yang sudah hampir selesai, aku kini sedang fokus kepada projek memanah yang sudah pun bermula. 5 busur dan 24 anak panah yang berjaya mereka jadikan aset, hakikatnya masih belum cukup sempurna. Oleh itu, kepada para pembaca yang berniat nak sedekah, wakaf, bolehlah sumbangkan apa yang patut. InshaAllah, mengalir pahala menjadi perintis untuk menghidupkan sunnah Nabi.

Busur satu RM160
Arrow satu batang RM8.00.

Hehe

“Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam surga lantaran satu anak panah; orang yang saat membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan Allah serta orang yang memanahkannya di jalan Allah.” Beliau bersabda: “Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kalian memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda.” (AHMAD – 16699)


.......

Pesanan akhir aku kepada mereka yang akan pergi..

"sedih yang hadir, hadiah tuhan untuk kita. Biar sedih macam mana pun kita, jangan tunjuk pada orang. Sedih yang tuhan beri pada kita, bukan untuk kita kongsikan pada orang. Cukup untuk kita ceritakan pada tuhan. Tanam dalam hati untuk kita sentiasa gembirakan orang. Biar orang yang sedih rasa gembira dengan kita. Membuat orang tersenyum, sudah cukup menghilangkan rasa sedih yang ada dalam diri kita."

Sekian dari Syuib0809...

Catatan 20/4/2016. Kaki tengah bengkak sebab terseliuh jatuh time main volleyball. Alangkah baguihnya time2 macm ni ada orang tolong urut. Aduih.  Malas gi klinik, tengoklan esok apa jadi.

Sunday 10 April 2016

Penutup Tirai sesi 1516

Bismillah.

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (10:26)


Beberapa minggu yang penuh dengan cinta, menyebabkan 3 minggu berturut-turut aku pulang ke kampung halaman. Tiada gadis halal untuk dikongsi kasih, maka keluarga sudah pasti menjadi tempat terbaik. Malas mahu berfikir lagi. Cuma menarik, encik wey(wan) tiba-tiba menerjah ke meja sebaik sahaja aku selesai membaca terjemahan surah Yunus.



"izuan, izuan la ni umur berapa?"

"tahun ni genap 27 cik wey..."

"bila nak kawen? Takkan takde calon lagi.. Janggut punya tebal... tengok izuan ni baik je orangnya." tetiba aku riak jap orang kata aku baik. Hehe

"takde calon cik wey, tak larat dah nak cari... maleh..."

"jangan macam tu, kita ni suruh student berusaha sungguh-sungguh study, tiba-tiba kita plak yang suka putus asa..."

Ayat cik wey terasa sentap tiba-tiba. Aduih... Dahsyat gak ayat orang tua-tua ni. Aku memang malas nak fikir.. Duk pikiaq pasal budak-budak ni jela. Sempena habis tutor dan kuliah, aku sertakan gambar akhir diorang


 H5P07/08. Kelas feberet aku sem lepas. Akhlak, tutur kata, disiplin, agama semuanya baguih. Non muslim dia pun sangat baik-baik. Kelas ni mendapat kepercayaan aku untuk menguruskan hiasan pentas MEMORI sesi ni. Diorang tiba-tiba terjah meja aku minggu ni sebab sem lepas tak sempat nak tangkap gambar. 

 F3P03. Budak-budak baik, tapi tak berapa rapat dengan aku sebab diorang jarang mai meja.

 Satu-satunya kelas yang aku pegang kuliah dan juga tutor. So, kering idea jugakla nak ajar apa sebab duk ulang apa yang ajaq kat lecture. Setiap hari selasa, jam 10 pagi, akan ada sesi consultansi kat meja aku. Kesian amoi baju pink tu, asyik jadi mangsa pickup line aku dalam kuliah. Aduih...

"Hangpa takyah nak berboypren girpren kat sini. Takde pekdah. Tengok macam amoi2 ni, study je keje..."

"Tak caya tanya diorang.. ha mei mei, kamu ada boyfriend tak?"

Amoi baju pink tu geleng kepala...

"ha,  takde?... Habis saya ni sapa? Hehe" Habis pecah satu dewan kuliah gelak.


Kelas "kampung". K2P09. Masuk kelas ni memang rasa masuk kawasan kampung, aman damai je. Ada budak tg tualang, changkat lada, felda trolak, memang sopan santun, x reti nak bergaya2. Ajak bergambar pun malu2.  Setiap selasa, pukul 4 - 5 akan terjah meja aku.


Kelas feberet sem ni. Budak-budaknya pandai dan cantik-cantik belaka, tapi takde nak cover2. Budak perempuannya selamba je sendawa kuat2 dalam kelas. Ada anak gadis yang suka gigit jari dalam kelas, berkaki ayam pi depan. Pelik tapi sempoi. Dan banyak gak yang kuat agama. H2P13/14.

Semester yang sudah begitu hampir ke penghujungnya. Waktu ini teruna dan dara terlampau sibuk mahu membuktikan cinta yang tidak pernah sampai ke hati. Risau si ibu-bapa yang tidak dipeduli. Hanya keterlanjuran yang mampu membawa mereka kembali ke dunia realiti. Namun keterlanjuran itu bukan ubat yang baik untuk bertaubat. Malah hinanya pasti sudah bersambung ke neraka.

Bangunlah si dara yang masih malu.
Matamu sudah tertutup dengan neraca dunia dan akhirat.
Jangan kelak makhluk bumi mencacimu.
Dan makhluk langit menguncimu.
Bukan di syurga yang engkau nyanyikan
Tetapi di neraka yang pasti benar 
mengerikan...

dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(27) surah yunus

Sekian dari Syuib0809