Sudah beberapa hari menulis benda ni. Cuma ragu-ragu mahu mempertontonkannya. Catatan yang hanya berkisah duka, sebahagian kecil orang yang bermasalah hati mungkin melihatnya dengan sinis. Namun melihat kembali blog ini yang sedikit demi sedikit kehilangan pembacanya, aku kira kurang malu untuk aku meletakkannya di sini hanya sebagai diari yang mengingatkan...
...................
Besar-besar badan aku, jarang benar orang-orang melihat air yang memenuhinya keluar dari kelopak mata. Tiap kali aku berjenaka dalam segala urusan, orang-orang melihat aku tidak pernah serius dalam kematangan yang ditunjukkan mereka. Mereka merumus aku kebudak-budakan. Tiada hormat, aku sendiri tidak mengharapkannya.
Duduk seorang diri, aku selalu benar menangis.
Menjadi "pekak", hampir semua orang pernah mengherdik. Mereka yang merasa teguran mereka itu seperti jenaka, aku tidak pernah terlepas menghadiahkan senyuman kembali kepada mereka. Kerana mereka tidak perlu tahu, yang aku terluka dan sedih dengan kata-kata mereka. "pekak" itu menyebabkan aku antisosial. Kurang pendengaran itu menyebabkan aku selalu mengelak untuk bersembang dengan orang-orang. Banyak kadangnya, earphone yang dibeli sengaja disumbatkan ke telinga. Sedang hakikatnya, tiada satu pun lagu yang dipasangkan sebagai halwa telinga.
Maka, apabila panggilan orang-orang itu tidak berjaya aku dengari, earphone itu lebih seronok untuk dipersalahkan, kerana kepekakan itu amat sedih untuk cuba ditontonkan.
Ketika di Leicester, aku tidak lansung mampu berbahasa Inggeris.
Masuk ke dewan kuliah, tiada satu pun tutur kata pensyarah yang mampu untuk aku fahami. Apabila ada jenaka yang pensyarah-pensyarah persembahkan, aku berlakon ketawa tatkala melihat student-student lain gelak dengan bahasa jenaka yang lansung aku tidak fahami. Sedih dengan diri, usaha aku menjadi gila hingga kerap aku menitiskan air mata. Duduk dalam bilik di hujung dapur, tidak pernah aku luahkan keperitan itu kepada sesiapa.
sedih itu cukup untuk aku yang tahu... Biar orang lain merungut untuk apa yang lansung mereka tidak tahu.
Setiap kali habis program, tamrin dan rehlah, aku selalu melarikan diri dari "upacara" perpisahan. Rakan-rakan melihat aku seperti tidak punya emosi. Setiap kali mahu berpisah, aku suka berkongsi komedi. Bergelak ketawa ketika berpisah, menyembunyikan kesedihan yang akhirnya terhembus keluar tatkala smpai di pintu rumah.
Di leicester, aku berkeseorangan memikirkan segalanya seorang diri. Mereka yang beramai-ramai di Notts kerap benar menberi cadangan, sedang aku berkeseorangan mahu melaksanakannya. Ukhwah yang mereka kecapi beramai-ramai, aku sekadar menumpang sekali sekala. Sedih didikriminasikan adik tiri, aku tidak pernah merungut kepada mereka. Duit yang selalu tidak cukup untuk aku berusrah ke sana, aku menjimatkan kos dengan menaiki basikal selama 20 minit ke tempat usrah(dunkirk). Melalui jalan-jalan kecil tepi sungai, mengangkat basikal mengharungi puluhan anak-anak tangga, semua itu aku bisukan dari mereka. Sampai sahaja di rumah mereka, jenaka dan komedi aku tetap hadiahkan walaupun dalam kepenatan.
Mahu menjimatkan tambang keretapi lagi, aku membiasakan diri pulang dari usrah pada hari yang sama. Tiket pergi dan balik satu hari biasanya lebih murah, menyebabkan aku mengayuh basikal selaju-lajunya meredah kesejukan malam untuk mengejar keretapi terakhir ke leicester jam 11.30 malam. Biasanya 12.10 tengah malam itu waktu yang tepat untuk smpai. Dan semuanya aku buat seorang diri...
Pulang ke Malaysia, aku me"mutus"kan hubungan dengan rakan-rakan. Tiada facebook, tiada wassap, tiada twitter, tiada khabar yang boleh diberitakan kepada mereka. Cuma mahu berlaku jujur, aku masih setia mengikuti perkembangan mereka yang kini sudah pun menjadi "asing". Rindu itu menyebabkan aku selalu menitiskan air mata. Sebab itu tatkala aku meminta pertolongan shak untuk menjemput Firdaus Rahim ke sini, aku terdiam dengan pertanyaannya..
"kenapa izuan tak jemput dia sendiri?"
Aku terlampau malu dengan Naqib sendiri.... Dan takut-takut, aku akan menangis apabila bertemu dengannya.
Apabila ditempatkan di kolej ni, aku terkejut dengan badan dakwah yang sangat huru-hara dan terbiar. Dalam satu tahun, tenaga mereka hanya terfokus kepada satu event besar yang bernama MEMORi. Selebihnya, sangat-sangat mendukacitakan. Mindset "dakwah" yang tersekat, program yang mengalahkan kaum tua, aku akhirnya mengambil keputusan untuk masuk campur, walaupun orang lain memandangnya enteng. Lelah dan kepeningan, bukan mudah mahu memimpin mereka yang bermula dengan sifar. Kepenatan, marah, kecil hati, kecewa dengan akal pramatang, semuanya aku sorokkan dari mereka. Masuk dalam meeting dan usrah, aku hiburkan mereka kembali dengan gelak dan ketawa.
Beberapa hari lalu, Hazli mengutip kembali kata-kata aku ketika di dalam Tamrin:
" Cikgu Izuan kata, kalau dia pikir pasal kawen, dia akan jadi kedekut/berkira nak habiskan duit untuk dakwah/jemaah..."
Aku ketawa mendengar kata-katanya... Malah ketika aku menyampaikannya dulu, aku juga berbhasa dalam bentuk jenaka. Ia jawapan yang keluar tatkala mereka bertanya perihal jodoh.
Projek-projek baru yang aku perkenalkan kepada badan dakwah itu, banyaknya memerlukan dana yang berterusan. Disebalik kejayaan-kejayaan program baru mereka, terlampau banyak duka yang disembunyikan. Untuk mengumpul duit membeli aset-aset yang bernilai ribuan ringgit, aku menghadkan diri dengan makan 8 ringgit sehari. Rm2.50 untuk sarapan, rm5.50 untuk makan petang. Kalau teringin makan KFC, akan dipotongnya lagi perbelanjaan sehari sebelumnya. Tiada baju ataupun kasut baru. Lebih teruk lagi, aku menghadkan diri untuk balik ke kampung sebulan sekali je. Sebab itu sebaik sahaja ANC tahun ni berhenti berprojek, aku melepaskan dendam dengan balik ke kampung 3 minggu berturut-turut. Hehe..
Projek PA system yang sudah hampir selesai, aku kini sedang fokus kepada projek memanah yang sudah pun bermula. 5 busur dan 24 anak panah yang berjaya mereka jadikan aset, hakikatnya masih belum cukup sempurna. Oleh itu, kepada para pembaca yang berniat nak sedekah, wakaf, bolehlah sumbangkan apa yang patut. InshaAllah, mengalir pahala menjadi perintis untuk menghidupkan sunnah Nabi.
Busur satu RM160
Arrow satu batang RM8.00.
Hehe
“Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam surga lantaran satu anak panah; orang yang saat membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan Allah serta orang yang memanahkannya di jalan Allah.” Beliau bersabda: “Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kalian memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda.” (AHMAD – 16699)
.......
Pesanan akhir aku kepada mereka yang akan pergi..
"sedih yang hadir, hadiah tuhan untuk kita. Biar sedih macam mana pun kita, jangan tunjuk pada orang. Sedih yang tuhan beri pada kita, bukan untuk kita kongsikan pada orang. Cukup untuk kita ceritakan pada tuhan. Tanam dalam hati untuk kita sentiasa gembirakan orang. Biar orang yang sedih rasa gembira dengan kita. Membuat orang tersenyum, sudah cukup menghilangkan rasa sedih yang ada dalam diri kita."
Sekian dari Syuib0809...
Catatan 20/4/2016. Kaki tengah bengkak sebab terseliuh jatuh time main volleyball. Alangkah baguihnya time2 macm ni ada orang tolong urut. Aduih. Malas gi klinik, tengoklan esok apa jadi.
alahai..sdih nya dgr luahan hti kecil cg sy ni. dlm hti ad tmn bunga rupanya. hehe..x pa lah cg, bersabar lah bnyk2. cpt2 lah cari jodoh, x pyh ssh pyh dh nk gi klinik, ad yg tlong tgok2 kan. moga dipermudahkan. hehe..assalamualaikum
ReplyDeletesalam cg.
ReplyDeleteklau ad org berkenan dgn cg, cg on x??
Kamu ni sewl ke apa. Nama kamu pun sy tak kenal.
ReplyDeletebkn sy. hanya pertanyaan. xpa lah klau cg x mau. of coz lah sy 'match' kn cg dgn org yg cg knal. nk ckp, terlalu open. maaf lah jd penyewel dkt blog cg ni. cume peringatan ssma mnusia, minx lah tlong guna perkataan yg elok2 skt. come on, move on lah cg...
ReplyDelete#bknmarahtapinasihat
Lupa plak kamu ni orang "malaysia". Malas nak argue. Cuma next time perkenalkan diri.
ReplyDelete