Sunday 29 November 2015

Tenggelamnya Kapal SI Oren

Bismillah.

Teringin mahu bercerita mengenai Kapal Oren. Warna mereka yang seakan "gah", berjaya menarik rakan-rakan yang komited ketika di kapal lama.

Rakan-rakan oren ini, dulunya adalah orang-orang bijak pandai dalam kapal Hijau. Kebijakan mereka, melicinkan pelbagai urusan dalam bahagian-bahagian kecil kapal. Apa yang mereka tidak tahu, akan mereka kaji sehingga tahu.. Semangat mencari ilmu, menjadikan mereka lebih tahu berbanding "awak-awak" kapal yang lain. Cuma suatu hari, mereka mengintai-ngintai bilik kemudi kapal. Bacaan Peta yang sepatutnya lurus ke Destinasi, Nakhoda Kapal tiba-tiba memutar kemudi kapal ke kiri. Sindrom serba tahu mereka itu memakan diri, hingga akhirnya begitu mudah mereka menyalahkan Nakhoda yang lebih tahu. Bagi mereka, Nakhoda sudah sesat dan sedang menyesatkan. Lalu, terjunlah mereka ke kapal baru.

Kapal oren itu mengemudi lurus mengikut peta ke destinasi. Bacaan peta tanpa ilmu Jack Sparrow, si lanun bertepuk tangan mengalu-alukan kedatangan mereka.

Rakan-rakan oren aku itu, dulunya orang yang sangat-sangat rajin di kapal lama. Siang malam memerah keringat, sedangkan tiada imbuhan untuk mereka dari kapal hijau kami. Kerajinan mereka, menjadi inspirasi kepada "awak-awak" kapal yang lain. Agar bekerja dengan lebih cepat dan bertenaga. Namun rakan oren ini, cepat juga penatnya. Mabuk laut yang menikam badan tatkala kepenatan, hati mereka tiada sabar mahu ke daratan. Saat pulau sudah kelihatan dari jauh, mereka memaksa Nakhoda memecut laju agar cepat sampai. Nakhoda yang selalu istiqamah dengan pergerakan, semakin memperlahankan kapal ketika terlihat bayangan daratan.

Tiada sabar, orang-orang oren itu keluar ke kapal baru beramai-ramai. Keterujaan menuju ke pulau dengan daratan, mereka berseronok memecut laju tanpa ilmu. Ombak yang semakin tinggi ketika air menyukat cetek, melambung pecah kapal kecil mereka. Semangat yang mendahului ilmu. Bukan mereka tiada tahu tentang itu.

Rakan-rakan oren itu, Tuhan berikan kepada mereka kelebihan berkata-kata. Apa yang mereka bahasakan, selalu sahaja terasa benar. Ketika di kapal lama, mereka kuat berhujah, menentang kapal sahabat. Kata mereka, kapal yang punya tujuan sama, tidak boleh ada pendua. Haram katanya. Dalil yang "awak-awak" biasa tidak hafal, semuanya mampu mereka tuturkan dengan fasih.

Entah apa logiknya, banyak hujah kini untuk mereka membina kapal baru. "Haram-haram" dulu sudah menjadi harus sekarang. Dalil yang mereka ratibkan, dipatah mudah oleh diri mereka sendiri. Lawaknya seperti ahli Badan Dakwah yang dulunya anticouple. Namun kemudian bercinta islamik dengan gadis idaman. Semua hujah anti couplenya dulu dipatah mudah oleh dirinya sendiri. Yang dalilnya dulu tiada, tiba-tiba menjadi ada.

Dulunya, oren kata hijau itu tiada baik kerana suka melabel.
Hari ni, mereka pula terasa baik tatkala melabel.
Baru aku perasan, oren-oren ini yang melatih ahli hijau dulu untuk melabel.

Oren kini menjadi rakan kepada musuh-musuh hijau.
Oren lupa, musuh-musuh hijau juga pasti akan menjadi musuhnya kelak.
Melainkan oren suka menjemput murka Tuhan, maka musuh hijau akan kekal menjadi sahabatnya kelak.

Rakan-rakan oren aku itu, baik-baik sahaja orangnya.
Cuma banyak kadangnya, mereka rasa orang lain masih belum cukup baik.
Penyakit hati seperti duri, sudah pernah memusnahkan saidina Uthman yang cukup dengan sifat baik.

Entah bagaimana Oren itu akan belayar, masih tiada siapa yang mampu menilik pasti.
Cuma aku yang biasa-biasa ini, masih setia dengan Nakhoda Kapal Hijau.
Nakhoda Tua itu terlampau taat kepada TuhanKu dan Tuhannya
Dan kerana itu, aku akan terus setia bersama Tuhanku, yang semakin pasti mencintai dirinya.

Sekian dari Syuib0809.




Saturday 21 November 2015

10 hari lalu

Bismillah.

10 hari lalu...
Aku mereput kat rumah. Balik kampung sebab cuti sem. Rasa macam aku plak yang student. Adik perempuan mintak bakar daging lembu (beefsteak). So, aku menjadi chef buat sementara. Menu kedua, buat siakap sweet sour. Tapi tak berapa jadi sebab aku tak berjaya hilangkan bau hanyir dia. So gagal. Menyedapkan hati, buat daging salai masak lemak plak.

10 hari lalu...
Ada student hantar mesej pagi2 buta(2.33 a.m). Aku pun tak tau macam mana dia ada maklumat. Lebih pelik, ada sorang student semangat hantar emel dengan gambar minions. Haha. Paling mengarut si Ani. Mesej semata-mata nak mintak forwardkan emel nota. Pelik budak-budak zaman sekarang.

10 hari lalu...
Aku menamatkan pembacaan buku ni. Ribut taufan politik pada hari ini, jarang benar kita mahu mengenali ulama'. Yang pandai berbicara dibenar-benarkan. Yang membantah ISLAM dijaga-jaga hatinya. Yang memperjuangkan Islam, sangkaan buruk sahaja yang diutamakan.

 Buku ni aku beli waktu mai Kuliah maghrib Ustaz Riduan Md Nor kat Seberang Jaya. Aku rembat dua buah buku. Menceritakan sejarah Tarbiyah Tuan Guru, penglibatan dalam siasah. Juga bagaimana beliau dan rakan seperjuangan menyusun proses tarbiyah dalam jemaah. Di bahagian akhir banyak selitkan ucaptama muktamar. So, aku skip. haha


2 hari selepas itu, aku menghadiahkan dua buah buku untuk diri sendiri... Kedai buku tepi masjid daerah teluk intan boleh menyebabkan aku muflis. Buku yang diorang pilih untuk dijual banyak yang best-best. So, terpaksa menahan nafsu. Siot

Buku ni aku belek-belek dulu sebelum beli. Sebab selalunya buku-buku macam ni tak menjawap apa yang aku mahukan. Tapi kali ni, memang mantop. Aku dah baca smpai habis. Dalam 260m/s. banyak menjawap mengenai kesenian muzik dan nyanyian dengan bahasa anak muda yang mudah difahami. Bukan setakat Fiqh, buku ni juga banyak menggambarkan suasana zaman-zaman pemerintahan Islam. Yang menarik perhatian aku ialah buku ni cerita gak kerajaan-kerajaan kecil seperti Fatimiyyah, Mamluk, Safawiyah dan Timurid.

Buku kedua. Sempat membelek-belek waktu menunggu nak ambik adik aku jawap SPM. Kata pengantar dia memang MasyaAllah. Banyak sungguh input tentang Mesir.

Dalam 10 hari yang berlalu...
Dunia dikejutkan dengan letupan bom di Perancis pada 13 November. Yang menyakitkan hati aku ialah bila ramai orang Islam tiba-tiba promote "Islam bukan Agama Keganasan". Yang secara lansungnya mengakui orang Islam adalah pengebomnya. Apakah?

Yang bom itu belum pasti orang Islam.
Yang untung pun sudah tentu bukan orang Islam
Yang kata pengebom itu orang Islam, keluar dari mulut musuh Islam.
Yang promosikan tuduhan musuh Islam pula ialah orang Islam.
Akhirnya yang kembali dibunuh beramai-ramai ialah orang Islam.
Maka, nak percaya orang Islam ke atau yang memusuhi Islam?

Please....
Baru 2 hari tanpa bukti kukuh, mereka terus serang orang Islam di Syria.
Modal 11 september...




10 hari lalu...
Aku 26

Malas aku nak cari songket.

Dah sampai kolej
Misi mencari telur itik...
Sekian dari Syuib0809.

Thursday 12 November 2015

Si Hensem and The Beast... Bhgian Akhir

Bismillah...


"baik kau cakap!".... Parang kontot dihunus ke leher. Namun belum berjaya menembusi daging berlemak, yang aku ternak sejak kecil.

Sopek malam itu waras akalnya. Masih belum ada Jin yang berani menghisteriakannya. Cuma kadangkala, dia perlu menjadi syaitan untuk menghisteriakan dirinya sendiri. Parang kontot itu sebenarnya dipinjam untuk memotong buluh, entah macam mana boleh disalahguna. Kami berdua tidak berbaju. Sopek yang acah-acah ringan itu duduk di atas aku dengan parang sebagai "pengeras". Tiada apa yang aku risaukan. Walau dia gemar bersembunyi disebalik carutan dan kegilaan, tanda di dahinya masih sahih menjadi saksi yang dia punya iman.

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka dari bekas sujud” 
(QS Al Fath [48]:29)

Sopek sekadar mahu tahu apa menu yang kami jual sempena sambutan merdeka. Aku yang menggedik berlakon sebagai James Bond, tidak mahu membongkar "rahsia" kelas. Akibatnya, parang itu menempah peranan ketika sesi soal siasat.

 Gambar paling aku "sayang" kat sekolah.
Sopek je sorang ada tanda kat dahi. Kami semua takdak. Mungkin dia toreh kot.

Sambutan merdeka tahun itu, ada sesuatu yang mahu aku ingat. Seorang gadis yang memberi senyuman, menyebabkan aku tiba-tiba terasa syok sendiri. Istilah "crush" yang menghantui makna pada hari ini, aku juga pernah melalui kebodohannya satu masa dahulu. Benar...

Tidak mengira manusia, sama saja
Di dalam diam ada hati, ingin bercinta
Orang muda menanggung rindu
Orang lama menanggung ragam
Carilah, pilihlah... Yang sepadan

                                       "entah jadi entahkan tidak" by s.m salim

Seraksasa mana pun aku, rasa cinta masih ada untuk memanusiakan. Setiap kali prep malam, aku menanti kelibat seorang gadis. Jika baju kurungnya punya sama warna dengan baju melayu aku, hati terus ceria berbunga. Kadangkala, jika aku lakukan pembentangan, raut wajahnya aku perhati. Senyuman kecil daripadanya, sudah cukup menghiburkan hati. Namun begitu, sebagai lelaki raksasa, meminati rakan satu batch seperti itu pasti benar mengerikan. Maka, suka senyap-senyap itu sekadar mahu menyedapkan hati. Untuk lebih selamat, tidak pernah lansung aku berbicara tentang dirinya dengan rakan-rakan. Namun kejutan di gunung jerai, Bayern entah macam mana boleh meneka tentang "crush" aku itu.

Sembang-sembang di Gunung Jerai, semua kisah cinta lama terbongkar begitu sahaja.

Bayern sudah tentu yang paling banyak kisah crushnya. Tingkatan 2 lain, tingkatan 3 lain, masuk intec lain, terbang ke Perth lain, kerja kat ladang minat orang lain. Sampai di UPM pun masih ada orang berkenan.

Berbeza dengan aku yang bertepuk sebelah tangan, crush-crush dia semua benar-benar suka pada dirinya.

Namun, Pena Allah telah mendahului segala kisah cinta.

Yang Bayern pilih untuk menjadi peneman di Syurga, bukan dari peminat dan calon-calon crushnya.

 
Lagu yang mungkin sesuai bagi menggambarkan kisah Bayern dan Lisa..

"orang Bidor..."

"satu kelas...."

"takkan Lisa kot..."

Jawapan bagi persoalan itu hanya ada satu pilihan, namun aku mengelak untuk membulatkannya. Berita dari emak itu masih menjadi teka-teki, walaupun aku  mampu sahaja meneka dengan pasti. Tidak menunggu lama, aku mencapat Iphone tanpa Whatsapp yang sedang berehat di atas meja...

"weyh Bayern, meh bagitau apa yang aku patut tau. Walaupun aku dapat teka, tapi macam pelik..." mesej itu tersimpan dalam Iphone yang rohnya sudah pun pergi buat selama-lamanya.

"hehe.. Yela2, Lisa..." ringkas sahaja jawapannya.

Lisa itu rakan sekelas kami di tingkatan 4 dan 5. Mahu mengkategorikan dirinya, mungkin dia tergolong dalam gadis-gadis Highclass. Oleh itu, golongan bawahan seperti aku tidak "kisah" dengan dirinya. Walaupun satu kelas sepanjang dua tahun, tiada dialog antara kami berdua yang mampu aku ingat. Alasan utamanya, sebab aku anti-perempuan. Juga kerana, kami dari kasta yang berbeza. Highlass di SEMESTI itu mudah kriterianya. Bijak, cantik, berpangkat, dan punya gosip mahupun pacar. Biarlah "surau" macam mana pun, tanpa empat rukun highclass ini, kalian masih belum cukup HOT. Sekular itu tiada hitam putih. Ia bukan teori, tetapi sebuah realiti.

Lisa ni sebenarnya sangat cantik. Entah siapa ntah mekap dia jadi macam ni. So pesanan untuk gadis-gadis cantik diluar sana, takyah lah eh mekap. Kalo tak cantik, tafaddal.

Bayern itu juga ada Highclassnya. Cuma si hensem ini, bijak tunduk sesama manusia. Kerana itu, rakan-rakan satu batch begitu menyenanginya. Tambahan pula, Bayern tidak punya sukan utama(rugbi, hoki, bola sepak), maka dirinya belum mencapat tahap HOT yang sepatutnya. Hahaha.

Mereka berdua tiada sejarah bersama. Umur senja Bayern di SEMESTI, banyak khayalannya dengan Junior. Tiada lansung gosip dengan rakan sekelas. Si Lisa pula, ada sedikit gosipnya yang aku terlewat menerjah.


Percaya atau tidak, dua insan ini tidak pernah dijodohkan oleh mana-mana wartawan sekolah. Tapi entah bagaimana selepas 9 tahun, mereka tiba-tiba bertemu di majlis walimah. Rakan-rakan yang turut bersama, pantas bertindak menjadi orang tengah.

Jodoh Si Hensem dan akak Highclass ini ringkas sebelum nikah. Kerana itu, aku berharap cinta mereka menjadi hebat sesudah mendirikan rumah tangga bersama. 



Majlis akad nikah Bayern dan Lisa, aku berpeluang menyaksikannya. Menjadi jurugambar tanpa lesen, jasad dan lensa begitu rapat dengan mereka berdua. Saat Tok Kadi membacakan ayat ke 6 dari surah At-Tahrim, aku tiba-tiba sahaja menjadi gerun. Ayat itu bukan mainan, ia adalah amaran peperangan. Dimana rumah tangga adalah medannya. Seruan jihad yang manusia sering pandang enteng. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Aku antara manusia yang percaya, sebuah rumah tangga itu hanya akan selamat dengan hati dan agama. Hati yang "ehsan", bukan semua manusia yang rasa beragama mempunyainya. Berlaku jujur, Bayern punya hati suci yang sangat sukar ditemui. Cuma besar doa aku pada dirinya, agar dia menjadi Imam, dan Quran menjadi cahaya dalam rumah tangganya. Menyambung sanad agama yang sudah hilang secara rasmi. Kali terakhir ketika kami diwajipkan mengambilnya di SEMESTI dulu.

Persahabatan kami mungkin tidak lagi serupa. Namun, berita tentang dia tidak mungkin akan putus. Orang tua kami disilaturrahimkan di sekolah yang sama. Ibu-ibu itu, kuat benar bergosip tentang anak-anak mereka. Kadang-kadang, ceritanya lebih drama dari yang sebenar.

Oleh kerana itu, Bayern juga sudah tahu kisah orang Terengganu dan Studentku Si Pemalu.

Studentku Si pemalu itu sudah ternukil kisahnya di sini.

Orang terengganu pula, tiada sanggup mahu aku nukilkan.

Sekian.

TAMAT.

Rasa macam nak cantum kisah-kisah ni jadi macam buku. Mula dengan kisah ni. Pensyarah gatal. Student si pemalu, dan akhir dengan aku kawen kot. Tuuihh.

Dan macam nak bekerjasama dengan Sopek menulis pasal Sekolah. Gaya bahasa dan teknik penceritaan dia sangat mantop.
Sekian dari Syuib0809



Monday 9 November 2015

Si Hensem and The Beast... Bhgian 4



Bismillah..

Keluar sahaja dari ruang Imegresen, aku dan Neo terus berlari mengejar angin. Punggung yang seakan berbisul, kami fobia mahu menyambung duduk. Cukuplah 12 jam yang berlalu di atas kerusi. Dengan blazer yang mengikat, entah bau apa yang tinggal untuk aku terjemahkan.

Itu kali pertama aku keluar dari Malaysia. Kali kedua menaiki pesawat sepanjang hidup. Lagat orang kampung yang selalu bermimpi, bataknya bukan calang-calang. Bayern ketika itu sudahpun 7 bulan berada di Perth, Australia. Saat keluar sahaja dari pintu lapangan terbang Heathrow, aku dan Neo terus bermain "asap". CO2 dalam peparu dihembus-hembus keluar dengan sengaja. Lagak si perokok, anginnya keluar dari mulut.

 Bersama Neo waktu ambik beg. Berjaya masuk PPC, walaupun ambilan kedua.

Angin kota Inggeris itu, sejuknya lain benar terasa. Suhu musim luruh itu menzahirkan "asap" dari pernafasan. Sangkaan aku dan Bayern ketika di perpustakaan suatu masa dahulu jauh sekali terpesong akidahnya. Sejuk aircond itu hanya sekadar bayangan tanpa rasa. Yang pernah merasa hanya Razmi sahaja. Dia punya "tuah". Rezeki dari Tuhan, badan kecil itu berpeluang terbang ke Jerman dalam usia belasan tahun(16 tahun). Sebaik sahaja pulang, razmi kongsikan video musafirnya dengan kami yang ditinggalkan di kebun sawit.

Razmi yang  duduk depan sekali bersila. Waktu tingkatan 1. Lantai dorm A2 macam bekas tanah lombong.

Gambaran darinya mengajak kami bermimpi. Mainan tidur untuk seketika, pasti lenyap keesokan harinya. Tingkatan 4 di Semesti, bukan masa untuk study. Motivasi ringkas dari Razmi itu hilang seperti angin. Si muda yang baru bebas, masing-masing antara kami memecut sedaya upaya untuk ke neraka. Tidak menjadi jahat itu sesuatu yang memalukan. Dorm aku sendiri pernah menyaksikan "tragedi" buli. Kaki yang diterbangkan ke tulang belakang. Tapak tangan yang dilayangkan pada muka. Belum kira lagi aksi Rambo yang dilakukan. Malam itu, aku hanya berpura-pura tidur.. Sekali-sekala aku teringin juga melihat. Aku, Sopek dan Baceh tidak banyak aksi. Entah kenapa dorm B2 itu tiba-tiba menjadi tuan rumah.

Kami bertiga budak biasa yang kekal tanpa apa-apa jawatan. Kenakalan dan keberanian Sopek, menyebabkan dia tidak mungkin dilantik menjadi pengawas. Berbeza dengan aku, kebodohan aku sudah jelas menjadi penyebabnya. Baceh pula? Sebab tak hensem kot... Hehe

Rakan-rakan rapat yang lain banyaknya dilantik menjadi pengawas. Antaranya ialah Suhail, Papa dan juga Bayern. Pakej bijak dan hensem yang ada pada mereka, agak mustahil untuk mereka dibiar tanpa sebarang amanah. Gelaran "prefect" itu juga sedikit sebanyak menaikkan saham Bayern di separuh masa kedua. Junior-junior yang sudah mula bernafsu, beriya benar mahu ber"laki"kannya. Kesempatan Bayern yang dipaksa rela menjaga kelas-kelas junior ketika prep malam, diguna sebaik mungkin mencari mangsa.


Hensem dak? Nikah juga akhirnya mamat ni. Menutup segala pintu fitnahnya sebagai seorang "playboy".

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"(riwayat Bukhari dan Muslim)

Berbeza  "pangkat" dan "rupa", hati Bayern itu bersih dari segala bentuk dikriminasi. Malah aku yakin, rakan-rakan prefect lain juga begitu. Namun lemah jejaka-jejaka kacak itu, sudah tentu pada wanita. Pernah suatu hari, prefect-prefect itu di"serang" gadis pemberontak. Gadis yang kadang-kala aku sendiri kasihan melihatnya. Gadis itu sudah termatri pengharaman kakinya ke kelas kami. Jenayah yang pernah dia amalkan, menyebabkan aku menghemburkan kata-kata makian yang entah berapa juta dosanya. Sejak peristiwa itu, sukar benar melihat dirinya dalam kelas ST lagi. Walhal, kami hanya berjiran kelas.

Petang itu, gadis tersebut menghembur kata-kata kesat pada prefect sebaya. Aku yang pada awalnya tidak berminat masuk campur, tiba-tiba dihampiri si KU.

"Bain, ko tolonglah kami... Ko je yang berani marah-marah perempuan ini..."

"okeh..."

Aku yang sudah panas telinga sejak tadi, terus meluru keluar dari kelas.

"ko ni dah pehal!!. perangai macam perempuan %#€$¥?. Bahasa macam orang takde %#€$¥#.  Aku tau lah bapak ko dah %#^€$%?$, tapi tak yah lah tunjuk €%#€$. dasar perempuan €$#?%..." raksasa yang entah muncul dari mana. Gadis pemberontak itu senyap dan terus menjauhkan diri.

Nama aku kembali kotor. Kempen "anti-perempuan" yang sudah lama ditinggalkan, tiba-tiba meriah kembali. Pernah satu petang, aku ke kelas seorang diri meninggalkan riadah. Rakan-rakan wanita yang sedang khusyuk mengulangkaji, bingkas bangun lalu terus meninggalkan kelas. Kebencian yang melebihi ketakutan, sifat sebenar aku tidak ramai yang tahu.

...

"yenna, ko pegi la ambik kismis tu...."

kami berdua sudah berada di depan koop. Entah kenapa dengan aku, malu benar mahu berjumpa cikgu Rohaya.

Program add Maths hari tu, aku menjadi mentor kepada Yenna, Rashidah dan Aliff Rohim. Alhamdulillah, tiada apa yang "awkward" antara aku dengan mereka. Rashidah itu rakan di sekolah rendah. Manakala Yenna, banyak bekerja bersama aku untuk kelab muzik, koir dan kebudayaan. Kesannya, mereka berdua tidak terkena tempias anti-perempuan aku itu.

Untuk program akademik tersebut, kami diberikan kismis dan air kotak sebagai pembekal tenaga. Rakan-rakan lain semua sudah mengambilnya terlebih dahulu. Maka, terpaksalah aku pergi seorang diri. Bertemu dengan cikgu bersendirian seperti itu sangat-sangat menakutkan. Takut itu bukan kerana mereka garang. Tetapi kerana aku tersangat-sangat pemalu. Malu benar dengan orang lebih tua dan guru-guru. Hasilnya, guru yang cam aku mungkin boleh dibilang guna sebelah tangan sahaja.

"kamu ni izuan, macam mana la nak kahwin nanti... Malu sangat..." cikgu Rohaya yang melihat gelagat aku dan Yenna di depan koop terus menegur.

Aku hanya tunduk tersenyum.
Kata-kata itu aku ingat sehingga ke hari ini...

Bersambung (bahagian akhir)

Sorilah belut. Uncensored.

Thursday 5 November 2015

Si Hensem and The Beast.. Bhgian 3

Bismillah



Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,
Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya,
sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan dalam Huthamah.
Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
(Yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
Yang (naik) sampai hati
Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

QS. al-Humazah (104) 

Pagi itu aku masuk ke kelas seperti biasa. Banyak masa, aku akan menjadi penekan suis lampu dan kipas. Datang awal itu bukan untuk study. Tetapi untuk tidur kembali. Kelas tepi kolam ikan itu, seperti ada alunan muzik yang menidurkan. Lullaby semulajadi, tidak perlu menyumbat apa-apa ditelinga untuk menenangkan hati.

Sedikit demi sedikit rakan-rakan lain mula memenuhi kelas. Kelas sains tulen itu kerap benar memenangi anugerah kelas bersih dan cantik. Entah kenapa pagi itu, lain benar riak wajah yang terpampang di wajah cantik ahlinya. Ada benda yang aku tidak tahu.

Rupa-rupanya ada beberapa orang dalam kumpulan meja aku itu sedang dicela. Entah untuk dosa apa, aku sendiri tidak mahu mengetahuinya. Ahli-ahli meja aku itu suka berbuat perihal sendiri, tidak bergeng dan mencari geng. Kesiannya mereka, kerana kerap menjadi mangsa umpatan. Kami di blok A-B, tidak begitu ketara bergosip. Imam Muda Saufi yang bertugas, sentiasa memantau natijahnya. Sebagai kaedah alternatif, Imam Muda itu lebih suka mengajar bagaimana membahan "mangsa" depan-depan. Lebih kurang dosa, entahkan benar berpahala.. Menghargai ilmu, aku cuba mengaplikasikannya kepada anak-anak pelajar di kolej ini.

 Penghuni blok Delta Omega yang memenuhi hari pernikahan. Tom je yang blok D(theta)

Malam berikutnya, aku pergi ke Bilik Pengawas C. Barang yang haram melepasi pagar sekolah, menjadi halal bila menembusi pintu bilik itu. "Mufti--mufti" di situ ada kuasa, pengaruh, dan pengikutnya. Suasana kebudak-budakan itu mengingatkan aku kepada sebuah Filem Hindi "Phir Bhi Dil Hai Hindustani", lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.

Cerita Hindustan yang baru dikhatamkan. Cerita wajip tonton. MashaAllah, hebat cerita ni. Banyak "agama" yang dikongsikan. Dan..... aku nangis. haha

Misi yang kurang jelas, aku sekadar tercegat di pintu masuk. Teringin mahu mendengar apa yang mereka borakkan. Gelak sakan di dalam, ada masanya berubah menjadi bisikan. Mufti dan pengikutnya sedang menghukum manusia. Walau manusia itu bukan aku, kata-kata mereka itu mengecewakan hati yang mendengar. Tidak hairanlah keesokan paginya, ada gelak yang tidak aku tahu punca, ada jelingan pahit yang tidak aku tahu mengapa.

Perihal ini pernah sahaja aku tuliskan di sini

Bahana umpatan itu terserlah sejak di dunia, terseksa hingga ke neraka.
Aku yang semakin kecewa tiba-tiba sahaja bersumpah,

"Aku takkan masuk BPC sampai bila-bila..."

Zaman persekolahan yang masih berbaki sekitar 5 bulan, aku yakin tidak akan termakan sumpah.

Pejabat Mufti itu masih memiliki orang yang baik hati. KU, Suhail, Bayern dan ramai lagi sudah pasti menjadi penawarnya. Cuma kesan zina telinga itu sentiasa besar. Hingga hati yang suci juga mudah terkesan dengan jangkitan. Sejak pengharaman itu, hubungan aku dengan ahli-ahli bilik itu tidak banyak berubah.

Aku dan Bayern masih kekal sahabat, walapun dia tiba-tiba sahaja mengalihkan mejanya dari kumpulan berenam itu. Tugasan berkumpulan yang perlu diselesaikan bersama, cuba sedaya upaya disempurnakan ketika waktu prep. Ada masanya, ia tidak sesempurna untuk pembentangan keesokan harinya.

"Bain, nanti malam datanglah BPC. Kita sambung buat..." bayern mencadangkan masa tambahan.

"Hmmm, bleh tak kita buat kat bilik study blok B je?..." aku mengelak cadangannya, Sebabnya tidak sanggup aku kemuka. Takut dirinya yang tidak terlibat, terasa dengan "boikot" aku itu.

Setiap hari, hubungan kami tamat di prep malam. Selepas waktu itu, aku lebih suka menyambung study di Blok Delta-Omega yang bersebelahan dengan BPA. Bilik Pengawas A itu juga ada dramanya. Cuma drama itu berlegar sesama mereka sahaja. Dan konflik di situ juga banyak lucu dari benci. Yang menonton pasti tertawa.

Hubungan si Hensem dan sahabatnya yang hodoh ini masih baik hingga tamat persekolahan.

Keputusan SPM yang keluar, Bayern sekali lagi tergolong di kalangan pelajar terbaik. Keputusan itu menyebabkan dia menyambung pelajaran ke Intec, sebelum terbang ke Australia. Impian ke luar negaranya itu sudah menjadi pasti, sedang aku tidak terdetik lansung mahu memikirkannya. Tanpa segan silu, aku meneruskan pengajian di matrikulasi. Sekali sekali, permohonan Biasiswa KPM ke luar negara itu aku semak di komputer perpustakaan KMPk.

"Maaf, permohonan anda untuk program PPC tidak diterima(ditolak)..."

SPM 2006. Menziarah sungai depan sekolah.

bersambung

Monday 2 November 2015

Si Hensem and the Beast... Bhgian 2

Bismillah.

Program 3 hari 2 malam itu, bukan mudah untuk anak muda seperti aku menyukainya. Hampir semua pelajar tingkatan 5 Sekolah Berasrama Penuh di negeri Perak dikumpulkan, menjadi penanda yang ego masing-masing juga bakal ditonjolkan.

Petang itu, aku masuk ke tempat program sebelum masanya. Meja besar yang ada, sudahpun tersusun rapi dalam bilik sebelah perpustakaan itu. Kami dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan kapasiti 6 orang ahli bagi setiap meja(kumpulan). Ketika menghampiri meja kumpulan, sudah ada dua orang pelajar perempuan yang mengisi ruang. Mereka duduk berhadapan antara satu sama lain. Aku yang runsing melihat situasi itu, menghampiri salah seorang daripadanya

"Maaf, boleh tak nak minta pindah duduk kat situ?"... Aku meminta gadis asing itu untuk duduk di sebelah pelajar perempuan di hadapannya. Sudah terbiasa memarahi perempuan, aku tidak punya masalah menegur mahupun mengarah perempuan asing. Tiada "macho" yang mengiringi arahan tersebut.

"rasanya macam lagi bagus kalau perempuan duduk sebelah perempuan..." alasan kepada sebuah arahan aku berikan. Agar dirinya tidak ragu-ragu. Mahu memberi hadiths, terasa belum sampai lagi "seru"nya.

"Ikhtilat" yang belum pernah aku dengar, namun diri berusaha menjaganya. Aku, sopek dan Baceh jarang benar bersembang dengan wanita, bermain dengan mereka, beraktiviti bersama, apatah lagi mahu senyum dan bergedik dengan mereka. Baceh sendiri pernah menyebabkan rakan perempuan satu batch menangis. Lawak memikirkan rakan-rakan satu dorm itu. Mereka soleh yang nakal. Subuh mereka jarang yang gajah. Kerana itu sehingga kini mereka terpelihara.

 First time tengok Baceh ber"couple". Seronok melihat rakan baik gembira dan bahagia seperti ini. Seronok yang tidak mampu aku gambarkan di sini. Ya Allah, bawalah mereka ke Syurga.

Gadis bertudung labuh itu berpindah tempat tanpa bicara. Tudung seperti itu, seperti asing bagi kami. Aku sendiri tidak tahu apa yang menyihir gadis-gadis SEMESTI daripada bertudung seperti itu. Mereka yang masuk ke sekolah dengan bertudung labuh, tidak perlu menunggu lama untuk berubah.  Barangkali, hantu-hantu di asrama pelajar perempuan itu kisah benar. Mungkin.. Hinggalah sampai di tingkatan 5, hanya 2 orang sahaja rakan sebatch 19th yang benar-benar bertudung labuh.



Setelah tamat program, Bayern tiba-tiba menegur..

"Bain, semua orang perasan kot kau dengan minah tu...."

"eh, perasan apa?"

"takdela. Kau dengan budak perempuan batch kita bukan main lagi marah-marah. Tetiba dengan budak tu bukan main lagi ko layan. Sampai orang tengah rehat pun korang rileks je sembang berdua.." kata-kata abang hensem ini tidak dapat aku nafikan.



Entah kenapa aku begitu ralat melayan gadis bertudung labuh itu. Kami berdua masing-masing berkongsi cerita, sedangkan kami masih orang asing. Dan aku yang sudah lama tidak bersembang dengan anak gadis, berasa tenang sahaja berbual dengannya. Cuma tindakan aku terlihat pelik di mata "rakan" perempuan satu batch. Mungkin kerana ramah dan senyum itu tidak pernah aku tunjukkan kepada mereka.

Membelek-belek fail lama. Terjumpa kembali nama ahli-ahli kumpulan. Entah kenapa aku tersimpan benda ni.

Program biologi itu, lebih banyak cinta dari ilmunya. Sembang-sembang kami itu bukan seketika, tetapi untuk berjam-jam lamanya. Syukur, bukan syaitan yang menjadi teman ketiga. Tempat sembang kami itu pula jauh dari sebarang curiga si mata-mata.

Zaman itu, aku tahu segalanya monyet. Oleh yang demikian, gadis itu aku biarkan sahaja menjadi sebahagian daripada sejarah. Malas mahu mengejar.  Cuma entah bagaimana, aku mendapat berita dia menyambungkan pelajaran di Jordan. Hmmm.. Hebat.

مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (HR. Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 2740)


Kisah "jatuh cinta" aku itu tidak beribu seperti Bayern. Hampir semua perihal gadis yang diminatinya akan diceritakan kepada aku. Namun sekilas pandang, aku sudah tahu yang mana benar-benar mencuri hati Bayern. Walaupun dirinya kelihatan seperti Casanova, hakikatnya Bayern punya kematangan yang sangat jelas dalam memilih pasangan. Kerana itu bila dia memilih LISA, aku tidak terkejut dengan keputusannya. Bagi aku yang mengenali  kedua-duanya, itulah "pasangan" yang sangat sesuai bagi Bayern. Cuma sejarah mereka di sekolah tidak ada. Itu sahaja yang terkejutnya.

Seperti mana aku mengenali citarasanya. Begitu juga bayern mudah "berprasangka" terhadap aku. Sepanjang di sekolah menengah, aku tidak pernah lansung bercerita tentang mana-mana gadis yang aku minat pada rakan-rakan. Kalau ada pun, ianya sekadar gurauan. Selaku penggerak anti-perempuan, bercinta itu bakal menjatuhkan maruah aku. Kah3x. Sebenarnya, aku tahu wajah raksasa ini tidak mampu memikat mana-mana gadis. Dan aku sendiri bersyukur kerana terhindar dari fitnah itu. Namun Bayern begitu mudah meneka. Tekaannya tepat. Namun lambat. Selepas 9 tahun, baru dia memberitahu.

Seperti sahabat-sahabat lain, kami juga pernah bergaduh. Cuma kehebatan Bayern, dia memang pandai memujuk. Hubungan kami tidak punya banyak masalah sehinggalah tingkatan 5. Walaupun dorm kami di blok yang berasingan, hubungan kami masih rapat. Dalam kelas, Aku, Caom dan Bayern duduk sebelah menyebelah. Kami bertiga sekelas dari tingkatan 1, hinggalah tingkatan 5.

Caom, paling kanan. Bayern yang hitam(mukanya). Kami dulu selalu kena seksa tengah panas. Bersama Cikgu Khor swee moi dan cikgu masyitah.

Caom dan Bayern makin tua makin hensem. Aku makin tua, makin besar. 


Entah kenapa, Bayern tiba-tiba keluar dari meja kami berenam. Tanpa sebab.

Aku yang tidak tahu apa-apa kemudiaannya bersumpah:

"aku takkan masuk BPC(Bilik Pengawas C) lagi, sampai habis sekolah..."

KONFLIK.

Bersambung...