Program 3 hari 2 malam itu, bukan mudah untuk anak muda seperti aku menyukainya. Hampir semua pelajar tingkatan 5 Sekolah Berasrama Penuh di negeri Perak dikumpulkan, menjadi penanda yang ego masing-masing juga bakal ditonjolkan.
Petang itu, aku masuk ke tempat program sebelum masanya. Meja besar yang ada, sudahpun tersusun rapi dalam bilik sebelah perpustakaan itu. Kami dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan kapasiti 6 orang ahli bagi setiap meja(kumpulan). Ketika menghampiri meja kumpulan, sudah ada dua orang pelajar perempuan yang mengisi ruang. Mereka duduk berhadapan antara satu sama lain. Aku yang runsing melihat situasi itu, menghampiri salah seorang daripadanya
"Maaf, boleh tak nak minta pindah duduk kat situ?"... Aku meminta gadis asing itu untuk duduk di sebelah pelajar perempuan di hadapannya. Sudah terbiasa memarahi perempuan, aku tidak punya masalah menegur mahupun mengarah perempuan asing. Tiada "macho" yang mengiringi arahan tersebut.
"rasanya macam lagi bagus kalau perempuan duduk sebelah perempuan..." alasan kepada sebuah arahan aku berikan. Agar dirinya tidak ragu-ragu. Mahu memberi hadiths, terasa belum sampai lagi "seru"nya.
"Ikhtilat" yang belum pernah aku dengar, namun diri berusaha menjaganya. Aku, sopek dan Baceh jarang benar bersembang dengan wanita, bermain dengan mereka, beraktiviti bersama, apatah lagi mahu senyum dan bergedik dengan mereka. Baceh sendiri pernah menyebabkan rakan perempuan satu batch menangis. Lawak memikirkan rakan-rakan satu dorm itu. Mereka soleh yang nakal. Subuh mereka jarang yang gajah. Kerana itu sehingga kini mereka terpelihara.
First time tengok Baceh ber"couple". Seronok melihat rakan baik gembira dan bahagia seperti ini. Seronok yang tidak mampu aku gambarkan di sini. Ya Allah, bawalah mereka ke Syurga.
Gadis bertudung labuh itu berpindah tempat tanpa bicara. Tudung seperti itu, seperti asing bagi kami. Aku sendiri tidak tahu apa yang menyihir gadis-gadis SEMESTI daripada bertudung seperti itu. Mereka yang masuk ke sekolah dengan bertudung labuh, tidak perlu menunggu lama untuk berubah. Barangkali, hantu-hantu di asrama pelajar perempuan itu kisah benar. Mungkin.. Hinggalah sampai di tingkatan 5, hanya 2 orang sahaja rakan sebatch 19th yang benar-benar bertudung labuh.
Setelah tamat program, Bayern tiba-tiba menegur..
"Bain, semua orang perasan kot kau dengan minah tu...."
"eh, perasan apa?"
"takdela. Kau dengan budak perempuan batch kita bukan main lagi marah-marah. Tetiba dengan budak tu bukan main lagi ko layan. Sampai orang tengah rehat pun korang rileks je sembang berdua.." kata-kata abang hensem ini tidak dapat aku nafikan.
Entah kenapa aku begitu ralat melayan gadis bertudung labuh itu. Kami berdua masing-masing berkongsi cerita, sedangkan kami masih orang asing. Dan aku yang sudah lama tidak bersembang dengan anak gadis, berasa tenang sahaja berbual dengannya. Cuma tindakan aku terlihat pelik di mata "rakan" perempuan satu batch. Mungkin kerana ramah dan senyum itu tidak pernah aku tunjukkan kepada mereka.
Membelek-belek fail lama. Terjumpa kembali nama ahli-ahli kumpulan. Entah kenapa aku tersimpan benda ni.
Zaman itu, aku tahu segalanya monyet. Oleh yang demikian, gadis itu aku biarkan sahaja menjadi sebahagian daripada sejarah. Malas mahu mengejar. Cuma entah bagaimana, aku mendapat berita dia menyambungkan pelajaran di Jordan. Hmmm.. Hebat.
مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (HR. Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 2740)
Kisah "jatuh cinta" aku itu tidak beribu seperti Bayern. Hampir semua perihal gadis yang diminatinya akan diceritakan kepada aku. Namun sekilas pandang, aku sudah tahu yang mana benar-benar mencuri hati Bayern. Walaupun dirinya kelihatan seperti Casanova, hakikatnya Bayern punya kematangan yang sangat jelas dalam memilih pasangan. Kerana itu bila dia memilih LISA, aku tidak terkejut dengan keputusannya. Bagi aku yang mengenali kedua-duanya, itulah "pasangan" yang sangat sesuai bagi Bayern. Cuma sejarah mereka di sekolah tidak ada. Itu sahaja yang terkejutnya.
Seperti mana aku mengenali citarasanya. Begitu juga bayern mudah "berprasangka" terhadap aku. Sepanjang di sekolah menengah, aku tidak pernah lansung bercerita tentang mana-mana gadis yang aku minat pada rakan-rakan. Kalau ada pun, ianya sekadar gurauan. Selaku penggerak anti-perempuan, bercinta itu bakal menjatuhkan maruah aku. Kah3x. Sebenarnya, aku tahu wajah raksasa ini tidak mampu memikat mana-mana gadis. Dan aku sendiri bersyukur kerana terhindar dari fitnah itu. Namun Bayern begitu mudah meneka. Tekaannya tepat. Namun lambat. Selepas 9 tahun, baru dia memberitahu.
Seperti sahabat-sahabat lain, kami juga pernah bergaduh. Cuma kehebatan Bayern, dia memang pandai memujuk. Hubungan kami tidak punya banyak masalah sehinggalah tingkatan 5. Walaupun dorm kami di blok yang berasingan, hubungan kami masih rapat. Dalam kelas, Aku, Caom dan Bayern duduk sebelah menyebelah. Kami bertiga sekelas dari tingkatan 1, hinggalah tingkatan 5.
Caom, paling kanan. Bayern yang hitam(mukanya). Kami dulu selalu kena seksa tengah panas. Bersama Cikgu Khor swee moi dan cikgu masyitah.
Caom dan Bayern makin tua makin hensem. Aku makin tua, makin besar.
Entah kenapa, Bayern tiba-tiba keluar dari meja kami berenam. Tanpa sebab.
Aku yang tidak tahu apa-apa kemudiaannya bersumpah:
"aku takkan masuk BPC(Bilik Pengawas C) lagi, sampai habis sekolah..."
KONFLIK.
Bersambung...
sambung pat sket cikgu.
ReplyDelete