Monday, 9 November 2015

Si Hensem and The Beast... Bhgian 4



Bismillah..

Keluar sahaja dari ruang Imegresen, aku dan Neo terus berlari mengejar angin. Punggung yang seakan berbisul, kami fobia mahu menyambung duduk. Cukuplah 12 jam yang berlalu di atas kerusi. Dengan blazer yang mengikat, entah bau apa yang tinggal untuk aku terjemahkan.

Itu kali pertama aku keluar dari Malaysia. Kali kedua menaiki pesawat sepanjang hidup. Lagat orang kampung yang selalu bermimpi, bataknya bukan calang-calang. Bayern ketika itu sudahpun 7 bulan berada di Perth, Australia. Saat keluar sahaja dari pintu lapangan terbang Heathrow, aku dan Neo terus bermain "asap". CO2 dalam peparu dihembus-hembus keluar dengan sengaja. Lagak si perokok, anginnya keluar dari mulut.

 Bersama Neo waktu ambik beg. Berjaya masuk PPC, walaupun ambilan kedua.

Angin kota Inggeris itu, sejuknya lain benar terasa. Suhu musim luruh itu menzahirkan "asap" dari pernafasan. Sangkaan aku dan Bayern ketika di perpustakaan suatu masa dahulu jauh sekali terpesong akidahnya. Sejuk aircond itu hanya sekadar bayangan tanpa rasa. Yang pernah merasa hanya Razmi sahaja. Dia punya "tuah". Rezeki dari Tuhan, badan kecil itu berpeluang terbang ke Jerman dalam usia belasan tahun(16 tahun). Sebaik sahaja pulang, razmi kongsikan video musafirnya dengan kami yang ditinggalkan di kebun sawit.

Razmi yang  duduk depan sekali bersila. Waktu tingkatan 1. Lantai dorm A2 macam bekas tanah lombong.

Gambaran darinya mengajak kami bermimpi. Mainan tidur untuk seketika, pasti lenyap keesokan harinya. Tingkatan 4 di Semesti, bukan masa untuk study. Motivasi ringkas dari Razmi itu hilang seperti angin. Si muda yang baru bebas, masing-masing antara kami memecut sedaya upaya untuk ke neraka. Tidak menjadi jahat itu sesuatu yang memalukan. Dorm aku sendiri pernah menyaksikan "tragedi" buli. Kaki yang diterbangkan ke tulang belakang. Tapak tangan yang dilayangkan pada muka. Belum kira lagi aksi Rambo yang dilakukan. Malam itu, aku hanya berpura-pura tidur.. Sekali-sekala aku teringin juga melihat. Aku, Sopek dan Baceh tidak banyak aksi. Entah kenapa dorm B2 itu tiba-tiba menjadi tuan rumah.

Kami bertiga budak biasa yang kekal tanpa apa-apa jawatan. Kenakalan dan keberanian Sopek, menyebabkan dia tidak mungkin dilantik menjadi pengawas. Berbeza dengan aku, kebodohan aku sudah jelas menjadi penyebabnya. Baceh pula? Sebab tak hensem kot... Hehe

Rakan-rakan rapat yang lain banyaknya dilantik menjadi pengawas. Antaranya ialah Suhail, Papa dan juga Bayern. Pakej bijak dan hensem yang ada pada mereka, agak mustahil untuk mereka dibiar tanpa sebarang amanah. Gelaran "prefect" itu juga sedikit sebanyak menaikkan saham Bayern di separuh masa kedua. Junior-junior yang sudah mula bernafsu, beriya benar mahu ber"laki"kannya. Kesempatan Bayern yang dipaksa rela menjaga kelas-kelas junior ketika prep malam, diguna sebaik mungkin mencari mangsa.


Hensem dak? Nikah juga akhirnya mamat ni. Menutup segala pintu fitnahnya sebagai seorang "playboy".

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"(riwayat Bukhari dan Muslim)

Berbeza  "pangkat" dan "rupa", hati Bayern itu bersih dari segala bentuk dikriminasi. Malah aku yakin, rakan-rakan prefect lain juga begitu. Namun lemah jejaka-jejaka kacak itu, sudah tentu pada wanita. Pernah suatu hari, prefect-prefect itu di"serang" gadis pemberontak. Gadis yang kadang-kala aku sendiri kasihan melihatnya. Gadis itu sudah termatri pengharaman kakinya ke kelas kami. Jenayah yang pernah dia amalkan, menyebabkan aku menghemburkan kata-kata makian yang entah berapa juta dosanya. Sejak peristiwa itu, sukar benar melihat dirinya dalam kelas ST lagi. Walhal, kami hanya berjiran kelas.

Petang itu, gadis tersebut menghembur kata-kata kesat pada prefect sebaya. Aku yang pada awalnya tidak berminat masuk campur, tiba-tiba dihampiri si KU.

"Bain, ko tolonglah kami... Ko je yang berani marah-marah perempuan ini..."

"okeh..."

Aku yang sudah panas telinga sejak tadi, terus meluru keluar dari kelas.

"ko ni dah pehal!!. perangai macam perempuan %#€$¥?. Bahasa macam orang takde %#€$¥#.  Aku tau lah bapak ko dah %#^€$%?$, tapi tak yah lah tunjuk €%#€$. dasar perempuan €$#?%..." raksasa yang entah muncul dari mana. Gadis pemberontak itu senyap dan terus menjauhkan diri.

Nama aku kembali kotor. Kempen "anti-perempuan" yang sudah lama ditinggalkan, tiba-tiba meriah kembali. Pernah satu petang, aku ke kelas seorang diri meninggalkan riadah. Rakan-rakan wanita yang sedang khusyuk mengulangkaji, bingkas bangun lalu terus meninggalkan kelas. Kebencian yang melebihi ketakutan, sifat sebenar aku tidak ramai yang tahu.

...

"yenna, ko pegi la ambik kismis tu...."

kami berdua sudah berada di depan koop. Entah kenapa dengan aku, malu benar mahu berjumpa cikgu Rohaya.

Program add Maths hari tu, aku menjadi mentor kepada Yenna, Rashidah dan Aliff Rohim. Alhamdulillah, tiada apa yang "awkward" antara aku dengan mereka. Rashidah itu rakan di sekolah rendah. Manakala Yenna, banyak bekerja bersama aku untuk kelab muzik, koir dan kebudayaan. Kesannya, mereka berdua tidak terkena tempias anti-perempuan aku itu.

Untuk program akademik tersebut, kami diberikan kismis dan air kotak sebagai pembekal tenaga. Rakan-rakan lain semua sudah mengambilnya terlebih dahulu. Maka, terpaksalah aku pergi seorang diri. Bertemu dengan cikgu bersendirian seperti itu sangat-sangat menakutkan. Takut itu bukan kerana mereka garang. Tetapi kerana aku tersangat-sangat pemalu. Malu benar dengan orang lebih tua dan guru-guru. Hasilnya, guru yang cam aku mungkin boleh dibilang guna sebelah tangan sahaja.

"kamu ni izuan, macam mana la nak kahwin nanti... Malu sangat..." cikgu Rohaya yang melihat gelagat aku dan Yenna di depan koop terus menegur.

Aku hanya tunduk tersenyum.
Kata-kata itu aku ingat sehingga ke hari ini...

Bersambung (bahagian akhir)

Sorilah belut. Uncensored.

No comments:

Post a Comment