Thursday, 12 November 2015

Si Hensem and The Beast... Bhgian Akhir

Bismillah...


"baik kau cakap!".... Parang kontot dihunus ke leher. Namun belum berjaya menembusi daging berlemak, yang aku ternak sejak kecil.

Sopek malam itu waras akalnya. Masih belum ada Jin yang berani menghisteriakannya. Cuma kadangkala, dia perlu menjadi syaitan untuk menghisteriakan dirinya sendiri. Parang kontot itu sebenarnya dipinjam untuk memotong buluh, entah macam mana boleh disalahguna. Kami berdua tidak berbaju. Sopek yang acah-acah ringan itu duduk di atas aku dengan parang sebagai "pengeras". Tiada apa yang aku risaukan. Walau dia gemar bersembunyi disebalik carutan dan kegilaan, tanda di dahinya masih sahih menjadi saksi yang dia punya iman.

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka dari bekas sujud” 
(QS Al Fath [48]:29)

Sopek sekadar mahu tahu apa menu yang kami jual sempena sambutan merdeka. Aku yang menggedik berlakon sebagai James Bond, tidak mahu membongkar "rahsia" kelas. Akibatnya, parang itu menempah peranan ketika sesi soal siasat.

 Gambar paling aku "sayang" kat sekolah.
Sopek je sorang ada tanda kat dahi. Kami semua takdak. Mungkin dia toreh kot.

Sambutan merdeka tahun itu, ada sesuatu yang mahu aku ingat. Seorang gadis yang memberi senyuman, menyebabkan aku tiba-tiba terasa syok sendiri. Istilah "crush" yang menghantui makna pada hari ini, aku juga pernah melalui kebodohannya satu masa dahulu. Benar...

Tidak mengira manusia, sama saja
Di dalam diam ada hati, ingin bercinta
Orang muda menanggung rindu
Orang lama menanggung ragam
Carilah, pilihlah... Yang sepadan

                                       "entah jadi entahkan tidak" by s.m salim

Seraksasa mana pun aku, rasa cinta masih ada untuk memanusiakan. Setiap kali prep malam, aku menanti kelibat seorang gadis. Jika baju kurungnya punya sama warna dengan baju melayu aku, hati terus ceria berbunga. Kadangkala, jika aku lakukan pembentangan, raut wajahnya aku perhati. Senyuman kecil daripadanya, sudah cukup menghiburkan hati. Namun begitu, sebagai lelaki raksasa, meminati rakan satu batch seperti itu pasti benar mengerikan. Maka, suka senyap-senyap itu sekadar mahu menyedapkan hati. Untuk lebih selamat, tidak pernah lansung aku berbicara tentang dirinya dengan rakan-rakan. Namun kejutan di gunung jerai, Bayern entah macam mana boleh meneka tentang "crush" aku itu.

Sembang-sembang di Gunung Jerai, semua kisah cinta lama terbongkar begitu sahaja.

Bayern sudah tentu yang paling banyak kisah crushnya. Tingkatan 2 lain, tingkatan 3 lain, masuk intec lain, terbang ke Perth lain, kerja kat ladang minat orang lain. Sampai di UPM pun masih ada orang berkenan.

Berbeza dengan aku yang bertepuk sebelah tangan, crush-crush dia semua benar-benar suka pada dirinya.

Namun, Pena Allah telah mendahului segala kisah cinta.

Yang Bayern pilih untuk menjadi peneman di Syurga, bukan dari peminat dan calon-calon crushnya.

 
Lagu yang mungkin sesuai bagi menggambarkan kisah Bayern dan Lisa..

"orang Bidor..."

"satu kelas...."

"takkan Lisa kot..."

Jawapan bagi persoalan itu hanya ada satu pilihan, namun aku mengelak untuk membulatkannya. Berita dari emak itu masih menjadi teka-teki, walaupun aku  mampu sahaja meneka dengan pasti. Tidak menunggu lama, aku mencapat Iphone tanpa Whatsapp yang sedang berehat di atas meja...

"weyh Bayern, meh bagitau apa yang aku patut tau. Walaupun aku dapat teka, tapi macam pelik..." mesej itu tersimpan dalam Iphone yang rohnya sudah pun pergi buat selama-lamanya.

"hehe.. Yela2, Lisa..." ringkas sahaja jawapannya.

Lisa itu rakan sekelas kami di tingkatan 4 dan 5. Mahu mengkategorikan dirinya, mungkin dia tergolong dalam gadis-gadis Highclass. Oleh itu, golongan bawahan seperti aku tidak "kisah" dengan dirinya. Walaupun satu kelas sepanjang dua tahun, tiada dialog antara kami berdua yang mampu aku ingat. Alasan utamanya, sebab aku anti-perempuan. Juga kerana, kami dari kasta yang berbeza. Highlass di SEMESTI itu mudah kriterianya. Bijak, cantik, berpangkat, dan punya gosip mahupun pacar. Biarlah "surau" macam mana pun, tanpa empat rukun highclass ini, kalian masih belum cukup HOT. Sekular itu tiada hitam putih. Ia bukan teori, tetapi sebuah realiti.

Lisa ni sebenarnya sangat cantik. Entah siapa ntah mekap dia jadi macam ni. So pesanan untuk gadis-gadis cantik diluar sana, takyah lah eh mekap. Kalo tak cantik, tafaddal.

Bayern itu juga ada Highclassnya. Cuma si hensem ini, bijak tunduk sesama manusia. Kerana itu, rakan-rakan satu batch begitu menyenanginya. Tambahan pula, Bayern tidak punya sukan utama(rugbi, hoki, bola sepak), maka dirinya belum mencapat tahap HOT yang sepatutnya. Hahaha.

Mereka berdua tiada sejarah bersama. Umur senja Bayern di SEMESTI, banyak khayalannya dengan Junior. Tiada lansung gosip dengan rakan sekelas. Si Lisa pula, ada sedikit gosipnya yang aku terlewat menerjah.


Percaya atau tidak, dua insan ini tidak pernah dijodohkan oleh mana-mana wartawan sekolah. Tapi entah bagaimana selepas 9 tahun, mereka tiba-tiba bertemu di majlis walimah. Rakan-rakan yang turut bersama, pantas bertindak menjadi orang tengah.

Jodoh Si Hensem dan akak Highclass ini ringkas sebelum nikah. Kerana itu, aku berharap cinta mereka menjadi hebat sesudah mendirikan rumah tangga bersama. 



Majlis akad nikah Bayern dan Lisa, aku berpeluang menyaksikannya. Menjadi jurugambar tanpa lesen, jasad dan lensa begitu rapat dengan mereka berdua. Saat Tok Kadi membacakan ayat ke 6 dari surah At-Tahrim, aku tiba-tiba sahaja menjadi gerun. Ayat itu bukan mainan, ia adalah amaran peperangan. Dimana rumah tangga adalah medannya. Seruan jihad yang manusia sering pandang enteng. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Aku antara manusia yang percaya, sebuah rumah tangga itu hanya akan selamat dengan hati dan agama. Hati yang "ehsan", bukan semua manusia yang rasa beragama mempunyainya. Berlaku jujur, Bayern punya hati suci yang sangat sukar ditemui. Cuma besar doa aku pada dirinya, agar dia menjadi Imam, dan Quran menjadi cahaya dalam rumah tangganya. Menyambung sanad agama yang sudah hilang secara rasmi. Kali terakhir ketika kami diwajipkan mengambilnya di SEMESTI dulu.

Persahabatan kami mungkin tidak lagi serupa. Namun, berita tentang dia tidak mungkin akan putus. Orang tua kami disilaturrahimkan di sekolah yang sama. Ibu-ibu itu, kuat benar bergosip tentang anak-anak mereka. Kadang-kadang, ceritanya lebih drama dari yang sebenar.

Oleh kerana itu, Bayern juga sudah tahu kisah orang Terengganu dan Studentku Si Pemalu.

Studentku Si pemalu itu sudah ternukil kisahnya di sini.

Orang terengganu pula, tiada sanggup mahu aku nukilkan.

Sekian.

TAMAT.

Rasa macam nak cantum kisah-kisah ni jadi macam buku. Mula dengan kisah ni. Pensyarah gatal. Student si pemalu, dan akhir dengan aku kawen kot. Tuuihh.

Dan macam nak bekerjasama dengan Sopek menulis pasal Sekolah. Gaya bahasa dan teknik penceritaan dia sangat mantop.
Sekian dari Syuib0809



2 comments:

  1. saye menanti buku tu ye cikgu *kening double jerk*

    ReplyDelete
  2. Buku tu saya print sendiri, letak cover depan belakang, binding. Xde makana nya kamu nak tunggu.

    ReplyDelete