Thursday, 5 November 2015

Si Hensem and The Beast.. Bhgian 3

Bismillah



Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,
Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya,
sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan dalam Huthamah.
Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
(Yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
Yang (naik) sampai hati
Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

QS. al-Humazah (104) 

Pagi itu aku masuk ke kelas seperti biasa. Banyak masa, aku akan menjadi penekan suis lampu dan kipas. Datang awal itu bukan untuk study. Tetapi untuk tidur kembali. Kelas tepi kolam ikan itu, seperti ada alunan muzik yang menidurkan. Lullaby semulajadi, tidak perlu menyumbat apa-apa ditelinga untuk menenangkan hati.

Sedikit demi sedikit rakan-rakan lain mula memenuhi kelas. Kelas sains tulen itu kerap benar memenangi anugerah kelas bersih dan cantik. Entah kenapa pagi itu, lain benar riak wajah yang terpampang di wajah cantik ahlinya. Ada benda yang aku tidak tahu.

Rupa-rupanya ada beberapa orang dalam kumpulan meja aku itu sedang dicela. Entah untuk dosa apa, aku sendiri tidak mahu mengetahuinya. Ahli-ahli meja aku itu suka berbuat perihal sendiri, tidak bergeng dan mencari geng. Kesiannya mereka, kerana kerap menjadi mangsa umpatan. Kami di blok A-B, tidak begitu ketara bergosip. Imam Muda Saufi yang bertugas, sentiasa memantau natijahnya. Sebagai kaedah alternatif, Imam Muda itu lebih suka mengajar bagaimana membahan "mangsa" depan-depan. Lebih kurang dosa, entahkan benar berpahala.. Menghargai ilmu, aku cuba mengaplikasikannya kepada anak-anak pelajar di kolej ini.

 Penghuni blok Delta Omega yang memenuhi hari pernikahan. Tom je yang blok D(theta)

Malam berikutnya, aku pergi ke Bilik Pengawas C. Barang yang haram melepasi pagar sekolah, menjadi halal bila menembusi pintu bilik itu. "Mufti--mufti" di situ ada kuasa, pengaruh, dan pengikutnya. Suasana kebudak-budakan itu mengingatkan aku kepada sebuah Filem Hindi "Phir Bhi Dil Hai Hindustani", lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.

Cerita Hindustan yang baru dikhatamkan. Cerita wajip tonton. MashaAllah, hebat cerita ni. Banyak "agama" yang dikongsikan. Dan..... aku nangis. haha

Misi yang kurang jelas, aku sekadar tercegat di pintu masuk. Teringin mahu mendengar apa yang mereka borakkan. Gelak sakan di dalam, ada masanya berubah menjadi bisikan. Mufti dan pengikutnya sedang menghukum manusia. Walau manusia itu bukan aku, kata-kata mereka itu mengecewakan hati yang mendengar. Tidak hairanlah keesokan paginya, ada gelak yang tidak aku tahu punca, ada jelingan pahit yang tidak aku tahu mengapa.

Perihal ini pernah sahaja aku tuliskan di sini

Bahana umpatan itu terserlah sejak di dunia, terseksa hingga ke neraka.
Aku yang semakin kecewa tiba-tiba sahaja bersumpah,

"Aku takkan masuk BPC sampai bila-bila..."

Zaman persekolahan yang masih berbaki sekitar 5 bulan, aku yakin tidak akan termakan sumpah.

Pejabat Mufti itu masih memiliki orang yang baik hati. KU, Suhail, Bayern dan ramai lagi sudah pasti menjadi penawarnya. Cuma kesan zina telinga itu sentiasa besar. Hingga hati yang suci juga mudah terkesan dengan jangkitan. Sejak pengharaman itu, hubungan aku dengan ahli-ahli bilik itu tidak banyak berubah.

Aku dan Bayern masih kekal sahabat, walapun dia tiba-tiba sahaja mengalihkan mejanya dari kumpulan berenam itu. Tugasan berkumpulan yang perlu diselesaikan bersama, cuba sedaya upaya disempurnakan ketika waktu prep. Ada masanya, ia tidak sesempurna untuk pembentangan keesokan harinya.

"Bain, nanti malam datanglah BPC. Kita sambung buat..." bayern mencadangkan masa tambahan.

"Hmmm, bleh tak kita buat kat bilik study blok B je?..." aku mengelak cadangannya, Sebabnya tidak sanggup aku kemuka. Takut dirinya yang tidak terlibat, terasa dengan "boikot" aku itu.

Setiap hari, hubungan kami tamat di prep malam. Selepas waktu itu, aku lebih suka menyambung study di Blok Delta-Omega yang bersebelahan dengan BPA. Bilik Pengawas A itu juga ada dramanya. Cuma drama itu berlegar sesama mereka sahaja. Dan konflik di situ juga banyak lucu dari benci. Yang menonton pasti tertawa.

Hubungan si Hensem dan sahabatnya yang hodoh ini masih baik hingga tamat persekolahan.

Keputusan SPM yang keluar, Bayern sekali lagi tergolong di kalangan pelajar terbaik. Keputusan itu menyebabkan dia menyambung pelajaran ke Intec, sebelum terbang ke Australia. Impian ke luar negaranya itu sudah menjadi pasti, sedang aku tidak terdetik lansung mahu memikirkannya. Tanpa segan silu, aku meneruskan pengajian di matrikulasi. Sekali sekali, permohonan Biasiswa KPM ke luar negara itu aku semak di komputer perpustakaan KMPk.

"Maaf, permohonan anda untuk program PPC tidak diterima(ditolak)..."

SPM 2006. Menziarah sungai depan sekolah.

bersambung

No comments:

Post a Comment