Friday 27 May 2011

Rumaisa.. Kisah si hebat

Bismillah..

Dari dibiarkan sahaja blog ni sunyi, mari kita dengar kisah popular yang selalu tak dikongsi penuh. Terimalah:

Namanya Rumaisa, kuniyyahnya Ummu Sulaim binti Salman An-Najjari. Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasululllah. Abang beliau adalah Haram bin Salman, salah seorang daripada 70 qurra’, yang ditipu oleh orang Quraish di Telaga Ma’unah. Kakaknya Ummu Haram binti Salman, isteri kepada Ubadah bin Samit.

Perkahwinan

Pada zaman Jahiliah, beliau mengahwini Malik Bin Nadhr An-Najjari dan melahirkan Anas. Apabila datangnya Islam, beliau lalu memeluk Islam dan tergolong di antara kalangan Ansar yang terawal memeluk Islam, dan memulakan tugasnya sebagai seorang mukminah dalam menyampaikan Islam. Malangnya, suaminya tidak menerima seruan Islam dan kekal di dalam Jahiliah, malah memarahinya lalu meninggalkannya dan melarikan diri ke Syam.

Ummu Sulaim berkata: Saya tidak akan berkahwin lagi sehinggalah Anas besar. Tentang ini Anas pernah berkata: Semoga Allah memberi balasan yang baik kepada ibuku, kerana telah menjagaku dengan baik.

Abu Thalhah telah melamar beliau, dan pada ketika itu dia masih dalam keadaan mushrik. Dia lalu berkata kepada Ummu Sulaim: Aku telah berbincang dengan Anas. Beliau berkata kepada Abu Thalhah: Wahai Abu Thalhah, aku mempunyai keinginan sebagaimana keinginanmu… tetapi engkau adalah seorang lelaki yang kafir, dan aku seorang wanita muslimah, maka aku tidak boleh mengahwinimu. Abu Thalhah lalu bertanya dengan kehairanan: Apakah kau tidak mahukan emas dan perak? (kekayaan).

Beliau lalu menjawab dangan yakin dan thiqah: Aku tidak menginginkan emas ataupun perak, engkau adalah seorang lelaki yang menyembah sesuatu yang tidak boleh mendengar, tidak boleh melihat, dan tidak boleh memberikan apa-apa manfaat atau mudharat… tidakkah engkau merasa malu wahai Abu Thalhah –menyembah kayu yang asalnya dari bumi dan diukir oleh tukang kayu dari bani fulan? Sekiranya engkau memeluk Islam, maka itu adalah mahar bagiku, aku tidak menginginkan mahar lain.

Maka Abu Thalhah terus bertemu dengan Rasulullah yang ketika itu sedang duduk dengan sahabat-sahabat baginda lalu mengislamkan beliau.

Begitulah mulianya seorang wanita Islam yang menetapkan mahar dirinya dengan Islamnya bakal suaminya. Thabit Al-Bannani berkata ketika meriwayatkan hadith mengenai pernikahannya: Kami tidak pernah mendengar mahar semulia itu, beliau redha menjadikan Islam sebagai mahar beliau!

Ummu Sulaim dan Abu Thalhah hidup dengan kerukunan dan aman, dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Abu Umair.Allah ingin menguji pasangan tersebut dengan anak tersebut,dan menjadikan Ummu Sulaim sebagai seorang wanita yang mengukir sejarah yang sangat hebat dan mengagumkan. Allah menguji Ummu Sulaim dengan sakitnya anaknya itu dengan sakit yang amat sangat dan membuatkan Abu Thalhah merasa sangat sedih. Suatu ketika, ketika Abu Thalhah tiada di rumah, Allah telah mengambil nyawa Abu Umair. Ummu Sulaim lalu memandikannya, mengkafankannya dan menguruskan urusan-urusannya, kemudian beliau lalu mengutuskan Anas untuk memanggil Abu Thalhah, dan berpesan pada Anas agar tidak memberitahu hal kematian anaknya, sehingga beliau sendiri yang memberitahu Abu Thalhah. Abu Thalhah lalu datang dan bertanya: Bagaimana keadaan anak kita? Ummu Sulaim menjawab: Beliau dalam keadaan tenang, dan aku berharap dia dapat berehat.

Abu Thalhah menyangka bahawa anaknya telah sihat, Maka beliau makan malam. Apabila malam tiba, Ummu Sulaim berhias untuk suaminya dengan sesempurna mungkin, lalu bermalam bersama suaminya. Pada paginya setelah Abu Thalhah mandi dan ingin keluar dari rumah, Ummu Sulaim berkata: Wahai Abu Thalhah..apa pandanganmu sekiranya sesuatu kaum meminjamkan kepada jirannya sesuatu, dan kemudiannya memintanya semula, apakah jirannya itu mempunyai hak untuk tidak memulangkannya?Abu Thalhah menjawab: Tidak, kerana barang itu adalah hak tuannya.Ummu Sulaim lalu berkata: Sesungguhnya Allah telah meminjamkan kepada kita anak kita, kemudian mengambilnya semula, maka dia adalah milik Allah. Abu Thalhah berkata: Inna Lillah wa inna ilaihi Raajiun,kamu membiarkan aku sehingga selesai malam tadi kemudian kamu memberitahuku tentang anakku?

Beliau lalu pergi bertemu dengan Rasulullah, bersembahyang dengan Baginda dan menceritakan kepada baginda. Rasulullah lalu bersabda: Semoga Allah memberkati malam kamu berdua tadi. Allah memperkenankan doa Rasulullah dan hasil dari malam tersebut lahirlah Abdullah bin Abu Thalhah, ayah kepada Ishak bin Abdullah (seorang yang fakih)dan 9 adik beradiknya yang lain, yang kesemuanya adalah orang yang berilmu dan memelihara Al-Quran.

Keibuan

Kisah ini menggambarkan seorang ibu contoh ketika kehilangan anaknya. Sekarang mari kita lihat kisah beliau ketika kehilangan suaminya. Ketika beliau berpisah dengan Malik bin Nadhr, dan Anas ditinggalkan ketika masih kanak-kanak, Ummu Sulaim tidak mahu mengahwini lelaki lain. Ketika beliau menerima Abu Talhah sebagai suaminya, beliau berkata kepada Anas: Bangun wahai Anas dan kahwinkan aku dengan Abu Thalhah . dan Anas adalah wali beliau.

Anas telah hidup bersama-sama dengan Rasulullah dan menjadi khadam baginda selama sepuluh tahun, dan telah merakamkan hidup baginda, kata-kata baginda, perbuatan-perbuatan dan akhlak baginda. Anas berkata mengenai kisah ini: Rasulullah tiba di Madinah dan ketika itu aku berumur 10 tahun, ibuku lalu memegang tanganku, dan membawaku kepada Rasulullah lalu berkata: Wahai Rasulullah… setiap lelaki dan perempuan daripada Ansar telah memberi kepadamu pemberian-pemberian mereka, namun aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa padamu kecuali anakku ini, maka ambillah dia sebagai khadam. Maka aku telah berkhidmat kepada Baginda selama 10 tahun, dan baginda tidak pernah memukulku, dan tidak pernah menyakitiku.

Muslimah

Beliau adalah seorang yang sangat cintakan Rasulullah. Anas berkata: Kami bertemu dengan Rasulullah yang ketika itu sedang berqailulah dan berpeluh. Maka Ummu Sulaim mengesat peluh baginda, lalu baginda terjaga dari tidurnya dan berkata: Wahai Ummu Sulaim,.. apa yang kau buat? Ummu Sulaim menjawab: Ini peluhmu, kami akan menjadikannya wangian kerana ia adalah wangian yang terwangi baunya.

Beliau terlibat bersama-sama Rasulullah dalam peperangan dengan menjalankan tugas berkhidmat kepada para mujahidin, memberi minum, merawat yang sakit, memindahkan yang terbunuh. Dan sekiranya perlu bertukar kepada posisi memegang senjata, beliau akan bertukar menjadi seorang pejuang yang berani dalam menghadapi musuh-musuh Allah.

Monday 23 May 2011

Peperiksaan semester keempat

Bismillah

Minggu ni boleh dikatakan hanya ada satu post je aku kat blog ni.. Sabo jela. Jadi, sedikit update supaya blog ni tak terus sunyi je sepanjang musim peperiksaan ni. Sebenarnya bukan sibuk yang menjadikan alasan untuk aku tak update blog. Tapi memang tiada apa-apa peristiwa yang menarik sejak kebelakangan ni. Benda paling best pun sebab Izwan masak nasi lemak dah dua minggu berturut-turut. Tu yang seronok tu. Haha

Rabu ni peperiksaan aku bakal bermula. Ni jadual peperiksaannya:

25/5/2011- Linear statistical Models
02/6/2011- Vector calculus
07/6/2011- Fundamental Maths II

Fakta yang menarik tentang exam aku ni ialah paper statistics aku akan dijalankan di Covenant Life Church. Yang dua lagi kat Sport Hall je. Memang pelik gak bunyinya buat kat Church ni. Mungkin orang kristian nak ambik berkat kot. Entahlah. Tapi kalau benda ni berlaku kat Malaysia, memang pening kepala gak jadinya. Mesti riuh abih satu Malaysia mogok. Aku sendiri masih x pasti ape hukumnya ambik exam di Church, jadi takut plak nak komen.

Baru-baru ni, aku terkejut dengar satu fakta ni kat youtube. memang terkejut. Dahla Malaysia asyik naik je harga barangnya. Bila difikir balik mana pergi duit bnyak2, mungkin macam ni gak kot nasibnya:



Tak takut ke makan duit orang.. Allah tanya kot nanti.
Sekian dari syuib0809

Wednesday 18 May 2011

Hello hantu.. Mengajar erti menghargai..







Bismillah..

Lama sungguh tak menulis sesuatu yang tidak berkisar mengenai pengalaman. Sejak akhir-akhir ini juga tak banyak perkara yang berlaku sebab aku hanya duduk rumah sahaja. Mengharapkan 3 paper ni habisla cepat ye.. Isnin yang lalu juga aku tiada pergi mana-mana sambutan hari guru. Ntah ade ke takde sambutan hari guru kat Uk ni.. Tapi memang senyap jela hidup aku pada a6/5 yang lalu. Try gak download gambar cikgu yang mengajar aku tapi tak banyak kat internet. Yang aku jumpa hanya ini sahaja:


Seperti biasa, setiap kali aku makan dalam bilik, aku akan cari satu video untuk ditengok sambil makan. ntah tetibe teringin pulak nak bukak cerita korea. Memang lama gile aku tak tengok cerita-cerita korea ni. Maka semalam mencarila kejap aku satu cerita korea. Cari-cari, jumpelah satu movie yang bernama Hello ghost. Jangan salah faham, ini memang bukan cerita seram. Aku mula-mula tengok kejap je sampai habis makan macam tu. Kemudian, lepas balik dari library, aku tengokla sikit lagi sementara nak menunggu waktu subuh yg masuk jam 1.30pagi. Tak sangka menarik sungguh cerita ni..


Cerita ni menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang hidup bersendirian tanpa keluarga dan dibandingkan pula dengan kehidupan seorang wanita yang mempunyai keluarga namun keluarganya boleh dikatakan ber"masalah". Lelaki yang tertekan kerana hidup berseorangan ni mengambil kesempatan untuk membunuh diri, namun cubaan demi cubaan menyebabkan beliau asyik gagal membunuh diri. Sehinggalah cubaan terakhir, beliau tetibe boleh nampak dan bercakap dgn hantu atau dilihat oleh org ramai sebagai GILA..

Ada 4 hantu yang lelaki ni boleh nampak dan yang tak syoknya bila keempat-empat hantu ni berkongsi badan dengan lelaki ni tadi. Jadi, kalau hantu-hantu ni nak buat apa-apa seperti merokok, memasak, atau makan gula-gula, maka hantu-hantu ni akan gunekan badan lelaki ni. Kehidupan lelaki ni yang pada mulanya sunyi akhirnya menjadi sangat meriah namun menyebabkan beliau tertekan dengan kerenah keempat-empat hantu ni. Maka untuk menghalau hantu-hantu ni, beliau pun cuba menunaikan permintaan hantu-hantu ni.


Dalam setiap permintaan tersebut, rupa-rupanya ada sesuatu yang berkait rapat dengan kehidupan lelaki tersebut. Sehingggalah semua permintaan ditunaikan, maka lelaki tu pun halau hantu-hantu tu. Sewaktu bersembang dengan wanita(girlfriend die) dalam cerita ni, tetibe lelaki ni teringat pesanan mak die sewaktu die kecil. Dan ingatan ni akhirnya membawa lelaki ni mengimbas kembali memori dia sewaktu kecil. Rupe-rupenya, keempat-empat hantu tersebut ialah datuk, ayah, emak dan abangnya yang meninggal dunia ketika accident berpuluh-puluh tahun yg lalu. Oleh kerana die masih kecil, semua wajah2 mereka tidak dapat diingati lagi.

Mungkin huraian ni sedikit membosankan berbanding cerita sebnar dalam movie ni.
Tapi nak cerita memang kita kadang-kadang rasa tertekan dengan keluarga kita. Yelah, kononnya dikongkong. Pantang bangun lambat, mak akan berleter. Nak keluar pergi mana-mana mesti mintak izin mak dan ayah. Kalau diluar negara yang bebas ni, nak pergi mana2 pun ikut suka je kan. Namun hakikatnya.. merekalah yang paling banyak menyokong dan membantu kita dalam susah dan senang. Merekalah segala-galanya untuk kita walau bagaimana pun mereka.

Selamat hari ibu..
Selamat hari guru..
Selamat hari lahir..
Memang banyak sungguh yang berlaku dalam bulan 5.
Dan hari lahir mak dan ayah aku kedua-duanya pada bulan 5..

Sekian dari syuib0809

Saturday 14 May 2011

Secebis kenangan LUMS 2010/2011

Bismillah..

Dah tak tau ape aku nak update kat blog ni. Haha..
Cuma sedikit ingatan supaya aku tak lupa yang aku pernah berada dalam kumpulan AJK LUMS. Mungkin ukhuwahnya tidaklah sehebat sewaktu di dalam MUSCOM, malah aktivitinya dalam setahun juga tidak sebanyak ape yang MUSCOm telah lakukan. Namun banyak sahaja pengalaman yang boleh diambil sepanjang berada dalam pimpinan LUMS yang saban tahun meningkat kualiti dan mutunya. Aku cuba ingat jawatan-jawatan yang ade dalam pimpinan LUMS ni..

Bad, aku, azizan, naufal, syahir, aqilah, nana, hanis, fiza, azhreen, leya

President: syahir jamaluddin
vice-president: Aqilah Hodori
Secretery: Farhana anuar
Treasurer: Hanis miskandar
PR exco: Naufal mohd Nor
PR exco: Azizan Said
Academic(gen) exco: Fadhlyya Arawani
Academic(medic) exco: Azhreen Fuad
Religious Exco: Ahmad Izuan Puad
Religious Exco: Wan Maisarah
Sports Exco: Badrul Hisyam
Sports Exco: Afiza Aziz

Walaupun baru je seminggu meninggalkan LUMS, dah terasa sedikit ringan sebab dah tiada emel menerjah ruang inbox aku. Pimpinan yang baru sudahpun menggantikan kami. Tak banyak nak diceritakan, namun berbaloi untuk secebis kenangan di Leicester.


Sekian dari syuib0809

Tuesday 10 May 2011

AGM LUMS 2011

Bismillah

Sabtu lepas, Malaysian Society kat leicester buat AGM untuk melantik pimpinan yang baru dalam LUMS. Ketua projek untuk program ni ialah hanis miskandar, mantan bendahari LUMS 2010/2011. Aku pulak dilantik menjadi AJK pilihanraya yang akan menguruskan perjalanan undi dn percalonan. Berbeza dengan tahun sebelum ni, AGM ini diadakan di Fraser Noble, sebuah bangunan University of Leicester. Acara bermula jam 10.00 pagi. Cuma AJK dikehendaki smpai jam 9 pagi. Maka, berkayuhlah aku ke sana.

Acara pertama, ialah perbentangan laporan aktiviti LUMS sesi lepas beserta penerangan beberapa portfolio penting AJK2 LUMS. Kemudian penyampaian hadiah untuk pereka-pereka design hoodies LUMS. Program AGM kali ni Leya yang jadi pengerusi majlis. Namun, Leya tidak begitu lama dapat pegang mikrofon tu sehinggalah aku rampas untuk menerangkan perjalanan percalonan dan sistem undian yang akan digunakan untuk sesi pilihanraya tahun ini..

Pembentangan laporan oleh AJK LUMS

Designer baju LUMS yg gagal ke pusingan akhir, abg bob kita. Makin kurus die ni.

Setelah briefg mengenai pencalonan, sesi pengenalan calon atau manifesto pun dimulakan. Berbeza dgn tahun sebelum ni, perjalanan memilih pimpinan tidak lagi dibuat seperti memilih ketua kelab remaja sekolah atau undian2 yg biasa dibuat di sekolah. Kami ubah sikit kerana bilangan ahli LUMS yg sudah bertambah, cuma masih mengekalkan sistem yg belum cukup-cukup matang. Apa yang dimaksudkan x matang? Calon-calon ni bukan mencalonkan diri mereka sendiri seperti pilihanraya biasa, tapi org yg calonkan dan jadilah ianya paksa rela. Kekecohan berlaku bilamana ada pihak yg kurang paham dan mahukan manifesto/perancgn jelas calon2 yg bertnding sedangkan calon2 sendiri adalah org yang dipaksa rela.

Namun berjaya dikawal.. Alhamdulillah

Antara tetamu yang hadir. Sikit je laki leicester ni sbnarnye..

Calon-calon president LUMS 2011/2012

Dalam AGM ni, tetibe satu perkara yang mengejutkan berlaku. Seorg perempuan berkata waktu diorang main frisbee dekat sebuah games, ade perempuan tudung labuh yang main sekali campuq laki perempuan. Jadi dibuatnya rumusan, takde masalah la kalau nak mix waktu main frisbee laki perempuan. Maka, diajakla semua yg ada dalam dewan tu utk join sekali. Kelihatan manusia2 yang kuat agama mengerutkan dahi. Memang bahaya sungguh bile ulama'/ustaz2 tidak dijadikan tempat rujukan. Dan manusia mengajak ke arah sesuatu yg salah secara terg-terangan tanpa rasa segan silu.. Dan lebih bahaya lagi bila yang tahu mendiamkan diri sahaja. Oleh kerana mic ade kt aku, aku respon sedikit dlm keadaan yg lembut supaya terurai sedikit salah faham. Harap mereka faham. Aduih, susahnya nk berhadapan dgn manusia mcm ni Ya Allah.. Ingatkan balik peristiwa tahun lalu, yg menegur disalahkan balik, yang ditegur terus berleluasa duduk serumah laki perempuan. Sabo jela.

Majlis diteruskan dengan sesi pengundian. Empat laptop digunakan untuk memudahkan pengundian. Takde nak gune2 kertas, membazir je..

Mr apek yang sedg pening memikirkan siapa la yg nak diundinya

Semuanya berkemeja. hensem-hensem

Pengurus makanan, bad dan rakan-rakan

Sepanjang sesi pengundian, semua tetamu juga dijemput untuk makan tengah hari dgn menu nasi tomato, ayam msk merah dan sayur. Lepas aku, bad dan hanis kira undi, kami terus maklumkan pada azizan untuk uruskan pembentangan slide. Dalam masa yang singkat, aku beri sedikit perkongsian ttg sistem undian di Malaysia sementara menunggu slide untuk disiapkan. Selang beberapa minit, keputusan pun diumumkan. Memang semuanya wajah-wajah baru dalam tampuk pimpinan LUMS. Mudah-mudahan pimpinan yang dilantik dapat berusaha lebih keras berbanding AJK sebelumnya. Dan harap segalanya tidak lari dari panduan yang ditetapkan oleh islam. Aku sgt takut sekiranya diwujudkan Malaysian Night. Penyumbg dosa terbesar untuk Malaysian Society di UK. Tp lihat pimpinan yg baru, InshaAllah perkara ni tidak akan berlaku.. Aamin

Pimpinan LUMS yang baru..

Majlis ditutup dengan sedikit bacaan doa.
Aku pun pulang dgn cukup senang hati lepas upacara handover.


Sekian dari syuib0809..

Friday 6 May 2011

Video nasyid minggu ini

Bismillah..

Sekarang ni waktu solat sangatlah memeningkan kepala.

Subuh 2.40 pagi
Zuhur 1.02 tengah hari
Asar 5.08 petang
Maghrib 8.40 malam
Isyak 11.09 malam

Ni baru sikit. Makin summer nanti lagila pelik..
Baru-baru ada rakan kongsi video ni. Dan aku sangat suka lagu ni. Lagu ni mengingatkan aku pada sesuatu. Sesuatu memori yang hanya akan dapat aku simpan sebagai lagu.



Dan juga ini:



Best kan lagu-lagu ni?

Sekian dari syuib0809

Tuesday 3 May 2011

Minggu terakhir easter bersama bluebell

Bismillah..

Sekarang, merupakan minggu terakhir cuti easter untuk tahun 2011. Macam-macam berlaku, macam-macam yang telah dilalui, Minggu ni tinggal dua assignment je yang masih aku belum langsaikan. Fundamental maths dn matlab yg sangat aku kurang gemari tu. Aduih... Oklah, mari kita ke cerita sebenar hari ni. Semalam, izwan ajak aku pergi Loughborough, untuk tengok sejenis tumbuhan yang bernama bluebell. Aku sendiri pun tak pasti apa yang bestnya pokok ni, tapi diorg kata pokok ni hanya hidup selama dua minggu sekitar bulan april-mei. Oeh kerana aku pun masih tak banyak bahan nak update blog, maka aku pun ikut.

Kami bertolak sekitar jam 2 petang. Antara yang turut serta ialah Naufal, syazwan, Lutpi dan syammil junior. Adib jr tak dapat ikut sebab tgh mandi diorg kata. Melalui jalan biasa ke Loughborough, kami akhirnya sampai di Burleigh Wood Nature Reserve setelah hampir 30 minit berada di dalam kereta. Tempat ni agak tersorok. Lorong nak masuk die pun terletak kat celah-celah rumah orang. Dan untuk pengetahuan, tempat ni sebenarnya adalah hutan yang perlu di redah untuk melihat bunga bluebell tersebut.

Inilah namanya bluebell. Sejenis bunga kecil bewarna biru/ungu.

Menariknya, bunga ni sangat banyak memenuhi seluruh hutan simpan ni. Memang banyak.

Lawa kan? dan bau bluebell ni agak wangi

Jurukamera-jurukamera dari Malaysia. Ada empat kamera besar sikit aku rasa

Pemenang gambar terbaik. Abang montel. Haha

Kawasan ni sangat lawa. Aku je yang x lawa sikit.

Bersama junior, syammil


Hampir 45 minit pusing, salah jalan kat hutan tu, kami akhirnya keluar semula menuju ke kereta besar Izwan. Dari lorong keluar taman perumahan tu, kelihatan ladang kuning-kekuningan yang sangat hampir di Loughborough tu. Oleh kerana hari tu aku pergi sorang-sorang dan gambaq tak hape-ape, aku teruja nak pergi lagi. Junior-junior ni pun tak pernah pergi. Maka, Izwan pun parking kereta kat ladang kuning tersebut. Nak cerite, ladang ni memang tidak boleh dinafikan lawanya. Cuma nak jalan-jalan dalam bunga kekuningan tu memang agak sukar sikit. Yang dalam cerita hindustan tu, diorang dah siap potongkan rumput untuk si kajol tu lari. Apepun, marilah tengok gambar.

4 orang makhluk Allah dalam ladang kuning tersebut

Kamera paling mahal sepanjang pergambaran ni.

Nilah bunganya. Tapi bau die agak busuk tak macam bluebell tadi.

Nak buat kulit album ke ape ni

Antara gambar terbaik kat sana

Naufal yang tengah bank holiday.

Kamera iphone4 pun ade


Dari Loughborough, kami teruih balik ke rumah. Petang tu kami cadang nak buat BBQ kecil-kecilan. Nak buat besaq2 takde tempat bakaq. N then belakang rumah aku tu punyela kecil teramat-amat. Dari pagi, aku dah keluaq beli barang walaupun semua orang tengah bercuti. Memang banyak sungguh kedai tutup. Nasib baik kedai ayam bukak. Beli lebih kurang 40 kepak ayam. Marinate sebelum pergi tengok bluebell. Balik je rumah, start bakar dn Izwan plak start wat nasi goreng. Hanya rumah aku dan rumah lutpi Jr je. Dan syazwan selaku tetamu jemputan.

lama abang kita ni tak usik dapur. Haha.. Smpai dua kuali nasi goreng dimasaknya.

Bersama adib yang tak ikut pergi ladang tu tgh hari tadi..

Hasil ayam yang dibakar di atas Instant BBQ. Sedikit hitam sebab dekat dgn arang.

Selain tu, Ade gak sandwich sardin dan aiskrim yang memang menyebabkan aku sungguh kenyang teramat. Oleh kerana dah penat dari pagi, tak larat nak update blog malam tadi, jadi hari ni baru sempat menulis. Jom study.

Hidung kembang. Haha

Sekian dari syuib0809..