Sunday 30 May 2010

Bahasa Urdu masjid e-Abu Bakar

Bismillah..

Sudah dua hari aku tak dapat update blog.

Dilanda demam dan selesema menyebabkan kurang mood untuk study dan update blog. Yang tak syoknya, selera makan bertambah plak tengah demam-demam ni. Macam-macam aku mengidam. Sampai sanggup pergi makan tengah hari kat ton-ton chicken yang punyelah jauh tu. Tapi menariknya, balik drpd tonton chicken je, terserempak pulak dgn abang mahyudin punya adik iaitu ustaz nisar. Pelik sungguh aku. Mula-mula jumpe abg mahyuddin, n then isteri die, sekrang ni jumpe plak adik die.

Akhir-akhir ni, aku menunaikan solat maghrib di masjid e-abu bakar. Sejak ade basikal ni, lebih mudah untuk aku ke sana. Kalau sebelum ni, kalau nak pergi kene jalan kaki dalam 20minit, tapi dengan menaiki basikal dalam 10 minit dah sampai. Banyak gak orang yang aku jumpa dan aku sudah mula perasan tentg satu tabiat orang-orang di sini. Memang tak dapat dinafikan, kebanyakan muslim di sini datang dari india dan juga pakistan. Memang mereka adelah majoriti muslim terutamanya di Highfield, Leicester.

Sewaktu bersembg dengan ustaz nisar, aku tanyela kalau kuliah2 di sini biasanya bahasa apa? Ustaz nisar kate biasanya akan menggunakan bahasa diorang iaitu bahasa URDU ala-ala hindustan. Sewaktu aku ke masjid alFalah sendiri, memang banyak tulisan yang kelihatan seperti tulisan tamil. Malah, kebanyakan golongan yang sudah berumur agak kurang fasih berbahasa inggeris.

Kembali ke masjid e-abu bakar, memang golongan yg berumur akan bersembang dalam bahasa urdu. Hinggalah hari jumaat lalu, masjid itu yg tidak pernah menggunakan microfon, tetibe mengeluarkan microfon milik masjid yang mudah alih. Seusai solat maghrib, tetibe ade seorang budak lelaki pergi ke depan dan baca beberapa ayat Quran. Walaupun tajwidnye lari sikit, tapi suara budak ni agak comel. haha.


Kat depan tulah budak yang dimaksudkan

Selepas tu, ade seorang lelaki yang berjanggut sungguh panjang duduk di atas mimbar dan menyanyi2 dalam bahasa urdu. Dari beberapa kalimah dan perkataan, maka aku dapat jangkakan bahawa beliau sedang berzikir. Tapi aku pelik, kenapa ade 5 orang je pendengar die. Aku yang memang tak paham apa2 duduk lah kat belakang dengan muka blur. Layan gak lah die punye zikir sebab bahasa die memang ala2 bollywood sebab ade perkataan mohabbat.

Lepas habis berzikir, lelaki tu pandang aku yg duk kat belakang dan ckp dalam bahasa urdu. Aku yang memang tak paham ape2 pun tanya adekah die akan bagi ceramah dlm bahasa Inggeris? N then die jemput aku ke depan dan cakap akan bagi ceramah half2. Iaitu sikit bahasa urdu dan bahasa inggeris. Maka, aku pun duduklah kat depan, dekat dengan mimbar.



Yang aku agak terkilan, die ni cakap lagi banyak bahasa urdu daripada bahasa Inggeris. Oleh kerana aku jenis yang suka pandang muka penceramah, maka aku pun pandanglah muka die. N then die yang bercakap dalam bahasa urdu pun pandang aku seolah-olah aku paham je ape yang die cakapkan. Tak leh wat ape, aku pun angguk jelah. Nasib baiklah ceramah die kejap je, aku rasa dalam 15 minit camtu.
Lepas habis, die turun dari mimbar dan duduk di bawah. Manakala ade sorang lelaki pergi ke belakang dan tutup lampu semua. Aku pula bangun dan keluar dari masjid tu. Namun begitu, sempat jugak aku tengok apa yg cuba dilakukan. Rupenye, diorang sambung berzikir dalam bahasa urdu. Ape pengajaran yang boleh diambil?
Sepatutnya di bumi UK ni, diorang perlu lebih universal sebab semua orang nak dengar dan nak diperingatkan tentang Allah. Tapi, kalau wat macam ni memang sikitlah orang datang. Malah mungkin ahli jemaah akan rasa kurang senang seolah2 menjadikan masjid tersebut sesuai untuk satu kaum sahaja. Apepun, tahniah atas usaha menyuburkan majlis ilmu. Hari isnin esok, UK ade bank holiday. maka kami cuti.
Sekian, untuk hari ni.

Friday 28 May 2010

HIDUP di UK, menjadi MUSLIM lebih menarik.

Bismillah.

Sudah lapan bulan aku berada di bumi UK. Berada di negara orang memang satu peluang yang sangat bernilai. Cuaca yang sememangnya amat berbeza dengan Malaysia menyebabkan banyak perkara yang membezakan UK dengan tanah air tercinta. Namun begitu, perbezaan ini hanya akan menjadi lebih bermakna jika kita adelah seorang muslim. Mana tidaknya, kalau kita bukan orang Islam, kita tidak perlu kisah pasal makanan. Kita juga tidak perlu kisah tentang pergaulan dan pakaian jika kita tidak percaya pada Allah.

Tapi kerana kita beriman kepada Allah dan rasulnya, maka lebih banyak perkara yang kita perlu kisah. Contohnya cukup mudah, di sini kita perlu kisah untuk letak atau tidak perkataan BIN di ruangan nama pada kertas peperiksaan kita. Kerana apa? ada sebahagian non-muslim yang masih fobia terhadap nama "Osama BIN Laden" yang digelar terrorist terutamanya di US. Di sini juga kita perlu kisah macamne la nak sembahyg ketika melancong. Mana tidaknya, tiada surau yang disediakan di tempat2 awam seperti lapangan terbang mahupun pusat membeli-belah.

Maka, menjadi MUSLIM adalah lebih menarik apabila kita berada di luar negara. Di sini, baru kita memahami apa yang dimaksudkan ISLAM itu mudah.

Setelah menemui penghujung musim panas, diikuti pula musim luruh, ditambah dengan musim sejuk yang sangat panjang, kini aku berada berhampiran dengan musim panas. Kalau di musim sejuk, 4.30 petang sudah menunjukkan masuknya waktu maghrib. Manakala perbezaan waktu zuhur dan asar hanyalah selama satu jam. Ketika ini, setiap hari selasa, aku dan rakan-rakan akan menjamakkan waktu zuhur dan asar sebab kuliah kami memenuhi ruang waktu zuhur dan tamat tatkala masuknya waktu asar.

Kini, tibalah musim panas. Maghrib yang dahulunya pukul 4.30petang kini mencecah jam 9.15 malam. Bayangkan pukul 8.30 malam masih terang benderang. Manakala subuh adalah sekitar 2.30 pagi. Menariknya ketika ini, amat sukar untuk mencari waktu isya'. Waktu isya' di sini tidak ditentukan oleh keadaan waktu malam sebab memang tiada waktu isya'. Namun begitu, ia ditentukan oleh pengiraan matematik. Aku pun tak faham sangat, tapi diantara cara-caranya ialah dengan menyelaraskan waktu solat di sini dengan waktu solat di Makkah.

Menariknya dengan kejadian ini ialah, muslim di sini dibolehkan menjama'kan solat maghrib dan isya'. Jama' je ye, tak boleh qasar. Dan jangan ngade2 nak amalkan dekat Malaysia. Mula-mula aku pun tak tahu, nak amalkan pun takut setelah diberitahu oleh senior2. Namun setelah melihat semua fakta dan hujah dalam internet, maka baru aku faham dan amalkan. Berikut merupakan rujukan aku:

Menurut Pengerusi Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, solat jama' boleh dilakukan pada kedua musim, yakni musim sejuk (winter) dan musim panas(summer). Menurut beliau didalam penulisannya di Fatawa Mu'asyirah Jilid 3 dan buku Fiqh al-Aqaliyyaat al-Muslimah ms 79:-

Di Eropah) Manusia dituntut untuk pergi bekerja diwaktu awal pagi, maka bagaimana kita memaksa mereka menunaikan Isya' pada waktunya, dan ini merupakan kesulitan dan menyusahkan mereka, sedangkan kesukaran agama diangkat dengan nas al-Quran, dan dengan berkatanya riwayat hadith membenarkan menjama'kan 2 solat bukan didalam perjalanan, dari Ibn Abbas ra.

Majlis memutuskan bahawa dibenarkan menjama' diantara 2 solat di Eropah pada musim panas (summer) dimana waktu petang lewat sehingga ke tengah malam atau tandanya hilang keseluruhannya, mengangkat kesukaran keatas umatnya dengan nas/dalil al-Quran. Telah datang dalil dari hadith Ibn Abbas didalam Sahih Muslim 'bahawa Nabi saw menjama'kan antara solat Zohor dan Asar, dan diantara solat Maghrib dan Isya' sedang tidak terdapat ketakutan ataupun hujan. Berkata Ibn Abbas : Apa yang diinginkan dari itu?. Baginda menjawab : Diinginkan agar tidak menyukarkan umatnya'.

Menarikkan? Kebanyakan masjid2 di sini pula akan menunaikan solat maghrib dan lebih kurang selepas 1 jam, mereka akan terus menunaikan solat isya' tanpa azan isya'. Macam di masjid E-abu bakar, solat isya' berjemaah adelah pada pukul 10.40 malam, sedangkan menurut pengiraan, pukul 11.15 baru masuk isya'. bayangkan anda pergi masjid di Malaysia kul 11 malam. Ape macam? pukul 9 pun malas nak pegi, inikan pula pukul 11 malam.

Apepun, aku sangat sanjung orang2 di sini dalam solat berjemaah. Komuniti yang kecil dan rumah jauh2 dari masjid, tapi waktu solat mesti ramai jemaah di masjid. Malah, ade sahaja masjid yang terletak di perumahan yg majoritinya orang bukan islam, tetapi ketika solat, ramai sangat org islam datang. Kita? Masjid tengah2 perumahan orang Islam pun, 5 orang je yang datang. Masjid yang memang dalam perkampungan orang Islam pun masih tak mampu nak capai 2 baris saff untuk solat zuhur. Ada jugak masjid yg tiada solat zuhur berjemaah sedangkan betul2 dikelilingi oleh rumah orang Islam. Dan ini memang aku saksikan sendiri di Teluk Intan. Sedih bila aku datang masjid tu, bukannya kecik masjid tu.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Sekian untuk post yg panjang dari aku.
Salam

Wednesday 26 May 2010

Menjejaki masjid AlFalah.. BBQ

Bismillah

Hari ni, aku kembali ke highfield. Tak tahulah kenapa, tapi memang rasa nak tahu sangat macam mana la agaknya bentuk masjid Al-Falah ni. Hari tu aku dah jumpa 3 buah, sekarang tinggal alfalah je. Maka, kedatangan aku ke HighField memang semata-mata untuk mencari masjid tu dan juga menjejaki makanan2 yang ada kat situ. Perjalanan dari rumah yang mengambil masa hampir 20 minit akhirnya membawa aku ke Highfield, sebuah "pekan" Islam di Leicester. Tetibe, dalam perjalanan tu, ternampak isteri abang mahyuddin kat simpang yang sama. Pelik betul. Apekah ini suratan atau kebetulan?

Aku meneruskan perjalanan menjejaki Masjid Alfalah. Memang tak jumpa kubah apa-apa. Last-last aku pun tanye orang. Orang pertama aku tanya, aku tak jumpe masjid tu. Orang kedua aku tanya baru aku jumpa. Rupe-rupenye masjid tu dekat sangat dengan akademi dakwah. 2 minit jalan kaki je alFalah ni dari akademi dakwah. Tidak lansung aku menyangka jarak masjid2 ni sedekat itu. Maka, aku pun terus masuk ke masjid tu:

bahagian depan pintu masuk. Takut gak nak tgkap gambar

Aku tangkap semua gambar ni curi2. Awal2 sebelum aku masuk dah ade orang macam tak gemar aku tgkap gambar.

Tempat wuduk

Dewan solat

Melihat kepada persekitaran, maka aku menyangka masjid itu adelah masjid orang-orang pakistan. Tapi yang bagusnya, ade tempat sembahyg untuk muslimat di tingkat atas masjid ni. Jarang masjid2 di UK ni ade tempat sembahyang untuk muslimat. Kesempatan berada di masjid itu aku gunakan untuk menunaikan solat zuhur secara berjemaah. Setelah habis menunaikan solat zuhur, maka aku mencari2 kedai makan yg special di situ. Setelang pusing-pusing, banyak yang fast food dan kedai makan biasa saja. Maka aku menuju bahagian yg hampir dgn masjid An-Nur dan masjid Umar. Terjumpalah satu kedai kek org Islam.

kek coklat kek vanilla, aku ambik yang vanilla.

Oleh kerana aku agak lama tak makan kek buatan kedai, maka aku beli satu kek yg kecik tu. Sambil jalan-jalan, maka aku ternampak taman yang sangat luas. Melihatkan pagarnya, aku rasa macam ade sesuatu yang aku tahu tentang taman ni. Masuk je taman tu, kelihatan sebuah padang yang sangat luas. Berhampiran dgn taman tu, ade playground yang cantik. Maka, aku pun tangkap la gambar sikit2.

Aku dah tak botak

Di playground. Tangkap sendiri-sendiri

Untuk pengetahuan korang, aku pergi tempat ni sorang-sorang. maka aku jugaklah yg tangkap gambar sorang2.

Aku suka playground ni, cantik

Perjalanan di teruskan dan kali ini motifnya adelah untuk mencari makanan halal yg special. Lepas beberapa ketika, akhirnya aku jumpa satu kedai yang agak lain daripada yang lain. Kenapa Lain? Kedai ni menjual makanan yang hanya dipanggang atau dengan kata lain makanan berasaskan Barbeque. Memang die letak tempat barbeque tu di ruang depan kedai die, maka aku boleh nampak ayam yg dipanggang.

Ni die kedainya. Bukak dari pukul 3 sampai kul 10 malam.

Yang tak syoknye, kedai tu terpaksa bukak lambat sikit sebab ade kerja2 pembersihan di kedai tu. Tiada ayam yang dipanggang lagi ketika tu. Maka die cakap kalau aku nak makan, kene tunggu dalam 30 minit lagi. Agak pasrah, tapi dengan keinginan yang tinggi, lautan api pun sanggup ku renangi untuk benda2 macam ni. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk jalan-jalan di kawasan berhampiran tetapi di sudut yang berlainan. Kayuh punya kayuh, akhirnya Allah nak tunjukkan aku sesuatu. Memang ketentuan Allah agaknya. Aku berjumpa dengan satu lagi masjid yang sedang dibina. Sangat cantik..

Apelah agaknye nama masjid ni ye

Mintak sorang orang putih tangkapkan. Tapi tak nampak plak bahagian atas kubah.

Jam 3.30 petang, aku kembali lagi ke kedai tu. Nampak ayam dah mula dipanggang. Tapi masalhnya, ayam tu hanya kan masak 30 minit lagi. Aduih.. Maka aku jalan2 lagi. Naluri aku berkaitan dengan taman tadi cuba aku selidiki. Akhirnya, persoalan aku terjawap. Kelihatan sebuah kedai yang amat aku dan Izwan senior sukai, itulah dia TOn TON Chicken. Rupenye, taman tu adelah taman yang selalu kami lalui untuk pergi ke Ton Ton dengan menaiki kereta. Dekat benor la nampaknye, boleh la pergi selalu.

Ni die ton ton chicken. maklumat lanjut, search la kat ruangan search blog ni.

Tapi aku tak makan kat situ sebab sudah ade perjanjian dalam hati aku untuk makan di kedai barbeque tadi. Haha.. Dan akhirnya:

Separuh ayam aku balun. hehe. Tapi takde nasi, takdelah kenyang sangat

Sekian untuk hari ni.
Salam

Tuesday 25 May 2010

Tetamu daripada Edinburgh

Bismillah.

Semalam, dalam sibuk mengulangkaji subjek probability, aku dikhabarkan akan menerima kunjungan dari sahabat lama daripada edinburgh. Oleh kerana aku ada exam keesokan paginya, maka aku cuba study lebih petang tu dan habiskan secepat mungkin. Cadangnya nak balik rumah pukul 11 malam, tapi diorang dah sampai lebih kurang pukul 10 malam. Diorang bukannya datang sampai train station, tapi dah masuk terus rumah aku sebelum aku sempat balik daripada library.

Balik je ke rumah, terus aku masuk bilik aku. Aku ingatkan yang dtg Hizbul(Edinburgh) dengan herman(birmingham) je. Diorang memang dah habis exam pun. Rupe-rupenye york yang duk kat warwick pun datang gak. Die ni memang tak start exam lagi. Lepas sembang2 jap, kami pun makan malam sama-sama. Hari ni syahir masak, maka die masak ayam berempah yang dibakar. Aku pun tak tahu nak panggil apa nama ayam die ni. Tapi sedap la.

Baju biru herman, baju merah yorke(arif)

Malam tadi, tak ade ape pun kami wat. Aku pasang projektor aku jap dan kami tengok beberapa video. Lepas tu, diorang suruh aku tidur sebab exam aku akan bermula jam 9.30 pagi keesokan harinya. Waktu tu jam menunjukkan pukul 1.30pagi. Bila aku start tidur, diorang semua pun tidur sama. Penat sangat kut. Malam tu aku bangun jap pukul 2.45 pagi untuk solat subuh dan tidur balik sampai pukul 7.15 pagi. Sambil bersiap-siap untuk ke dewan peperiksaan, aku ambik gambar diorang yang sedang tidur. Huhu

Bangun2, tengok york ni tengah peluk badan. Rupe2nye tengah sejuk. Aku terus bukak sleeping bag dan bagi kat dia. Aku ade 2 tilam angin. Cukup untuk diorang semua.

Kertas probability yang hanya mengambil masa 1 jam 30 minit tu akhirnya tamat jam 11 pagi. Dari university, aku terus menuju ke City centre untuk jumpa diorang di sana. Selepas berjalan hampir 20minit, akhirnya sampai juga aku di tempat yg dijanjikan. Tengok-tengok si lili tai dengan anis dah ada dengan diorang kat situ. Tanpa banyak berlengah, maka aku terus bawak diorang pergi makan. Mulanya nak g BigJohns, tapi oleh kerana jauh, maka aku bawak diorang g McIndians.

Di city... Depan Royal Bank of Scotland.
Semua makan nasi beriyani dengan separuh ayam panggang. Lili dengan anis kongsi.

Yang aku geramnya, diorang ni nak balik punyelah awal. Tak jalan-jalan pun kat sini. Tapi leicester memang takde tempat sangat nak jalan2. Mungkin sebab tak banyak yang kami explore di sini, maka bila orang datang tak tau nak bawak mana. Tapi sapa2 yang suka makan memang dialu-alukan lah untuk datang leicester... Train hizbul yang dikatakan pukul 1.30 petang kami utamakan sebab dia dah nak balik Malaysia dah esok. Dengkinya aku..

Sesampainya di train station, Hizbul cek balik dia punya tiket. Rupe-rupenye, tiket dia bukan pukul 1.30 petang, tapi pukul 1.04 petang!! Ape macam? Di tengok2 tiket baru kat mesin tu punyelah mahal. Setelah kajian demi kajian dibuat, Hizbul akhirnya akur dengan ketentuan Allah. Dia terpaksa juga balik ke Edinburgh hari ini kerana penerbangannya ke Malaysia akan berlepas pada keesokan harinya. Maka tiket lama bernilai 11 pound yang sudah terlepas ditambah lagi dengan tiket baru bernilai 60pound!!

Adekah ini termasuk dalam kategori orang bermuka frust?


Bincang-bincang

Akhirnya, diorang semua menuju ke destinasi masing2. York dan herman akan menuju ke Coventry manakala hizbul akan ke Edinburgh. Maaflah kawan-kawan tak dapat nak layan korang sangat. Herman dengan York dah pernah datang, kesian kat hizbul la. Oklah, sekian untuk hari ni.

Sikit hadis untuk hari ini:

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)



Salam

Monday 24 May 2010

Perkongsian video. Post 5 minit

Bismillah.

Hari ini aku tak berdaya nak tulis panjang2. Ade bahan yang perlu dihadam untuk exam pagi esok. Jadi, nak kongsi 3 video yg aku tengok hari ni. Satu video, aku dengar sambil2 tengah study ni. Video yg kedua, aku tengok bila aku stress untuk study. Yang ketiga, aku tengok bile aku memang dah malas nak study dek teringatkan nak balik Malaysia. Dah tak sabo benor rasenya. Maka, terimalah:

Video yg aku dengar waktu study, ade 6 part, aku ambik yg aku suke ni.



Video yang aku tengok untuk menghilangkan stress:



Video yang menyebabkan aku teringat zaman sekolah2 dulu. Aku main bende yg tiup2 tu waktu sekolah rendah. Masuk pasukan caklempong dan kompang waktu sekolah menengah. Memang hiburan sungguh bende2 ni. Aku agak suke bende tradisional2 ni.



Sekian untuk post yg tak sampai 5 minit.
Salam

Sunday 23 May 2010

Highfield.. Pekan Islam di Bandar Leicester

Bismillah

Laptop lama masih tak berjaya dipulihkan, maka aku pinjam komputer universiti utk update blog. 2 minggu lepas, aku bersembang-sembang dengan Izwan senior tentang evington. Tengah-tengah sembang tiba2 die ni sebut perkataan ISLAMABAD. Aku cukup pantang kalau ade tempat terkenal yang aku masih tak pernah pergi kat leicester ni. Izwan kata, Islamabad ni antara kedai jual bende halal yang besar kat leicester ni. Maka, aku dapat rasakan ini adelah tempat org Islam.

Cadangnya minggu lepas nak pergi, tapi minggu lepas aku dah pegi carboot. Maka hari ni aku pasangkan niat, mesti pergi. Oleh kerana aku x tau ape yg ade kat situ selain Islamabad, maka aku jangkakan ziarah aku ke sana akan mengambil masa yang singkat. Pada mulanya nak makan almashriq, tapi sekali kedai dia tutup, maka aku terus menuju ke ISLAMABAD. Dengan basikal yang ade, maka perjalanan ke sana tidak mengambil masa yg lama dan dekat je pun sebenarnye tempat tu.

Takdelah best sgt tempat ni. Tapi kalau ade depan rumah aku, memang best la. Tak banyak pun masa aku dihabiskan kt sini.


Nampak tu, orang2 berjubah tengah beli barang. Aku pakai T-shirt je, jd susah org nak kenal Islam.

Memang banyak barang halal kat sini, tapi kalau duit takde, sama je jadinya. Tak lama selepas tu, maka aku mengambil masa untuk berjalan2 di situ. Pantang kalau ade masjid kat UK tapi kite tak pegi. Bukan senang nak jumpe. Sedang aku mengayuh basikal, tetibe ade kereta hon. Rupe2nye abang Mahyuddin yg hon. Tak sempt nak tegur, maka aku angkat tangan je. Tapi menariknya drpd bunyi HON tu ialah baru aku tahu inilah HIGHFIELD. Ape menariknya highfield? nanti kite tengok..

Dari jauh, sudah kelihatan kubah hijau yg menyebabkan hati ni terus menuju ke sana.

Masjid U'sman

Gambar dari jauh. Sesampainya aku di Masjid ni, aku disambut oleh seorang pakcik.
lalu, aku pun mintak kebenaran untuk ambil gambar.

Tempat utama sembhyg. Baik sungguh pakcik tu. Sambil tu, lama gak bersembg dengan die. Banyak yg die tanye dan die bagitahu. Antaranya, setiap khamis, akan ade orang berkumpul di Masjid ni selepas asar.

Tempat wuduk. Rupa-rupanya inilah adalah masjid yang juga merangkap markas bagi tabligh cawangan eastmidland.

Kebanyakan masjid yang aku pergi, memang tak dibenarkan utk tgkap gambar. Tapi aku tangkap curi2. Orang-orang di Masjid Usman sungguh peramah. Dan bila aku datang, memang diorang dah tahu aku dr Malaysia. Hasil perbualan aku dengan pakcik tu juga menyebabkan aku dimaklumkan kat sini bukan ade satu masjid. Bukan juga dua masjid. Bahkan tidak juga tiga. Tetapi EMPAT masjid yg sangat berdekatan. Masjid seterusnya:

Academy da'wah

Sewaktu aku tangkap gmbar di Masjid Usman, ade sorang remaja dtg kepada aku dan suruh aku tangkap masjid gambar kt masjid ni. Dia kata masjid ni baru dan cantik.

Memang cantik. Tapi kurang mesra alam. Aku mintak kebenaran untuk tangkap gambar. tApi die kate against rule. Jadi aku ambik senyap-senyap.

Dewan solat utama. Aku tak sembahyag zohor kat sini sebab die smbhyg lambat sikit. Maka aku mencari lagi masjid2 dekat situ.

Keluar sahaja daripada masjid tu, maka aku mencari2 arah seperti yang dikatakan pakcik di masjid Usman tadi. Die kata, dari academy da'wah tu sudah boleh nmpak lagi satu masjid. Memang benar, sangat dekat. Tatkala aku menuju ke masjid tu, kedengaran azan dilaungkan. Dan bunyi itu bukan aku dengar di dalam masjid, tetapi di luar masjid. MasyaAllah, tak sangka disini azan boleh didengarkan sampai ke luar masjid. Sayup sungguh laungan itu, cukup menyebabkan aku teringatkan bumi Malaysia.

Sebuah lagi rumah Allah didirikan

Dalam masjid ni ade kipas. Jarang aku jumpe masjid di UK ni yg ade kipas

Waktu aku smpai memang dah nak sembahyg zohor. Maka tak sempat nak sembang dengan sapa-sapa kat sini. Cuma kelihatan ada beberapa orang yg senyum memandang aku. Tak pernah nampak aku kot.

Sewaktu aku keluar daripada masjid ni, aku tegur seorang pemuda untuk bertanyakan tentang nama masjid ni. Sangkaan aku ini masjid AlFAlah, tetapi rupenye masjid AN-NUR.

Jam sudah menunjukkan pukul 2petang dan kamera aku sudah kehabisan bateri. Hendak mencari Masjid AlFalah juga sudah tidak berupaya. Aku perlu berehat untuk aku sambung belajar selepas asar. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan aku sesampainya di situ. Sangat seronok. Dapat sembhyg berjemaah di rumah Allah memang satu kepuasan. Dan jarak masjid2 ni sangat dekat. Macam dari surau taman manik ke masjid sungai tungku dan surau simpang tiga. Dekat kan?

InshaAllah, aku akan kembali ke HighField. 25 minit je kayuh basikal daripada rumah aku. Macamne lah aku boleh tak pernah pergi situ.

Oklah, Sekian untuk hari ni.
Bye2

Saturday 22 May 2010

Kisah binatang berfacebook sebagai teladan

Bismillah

Hari aku agak kurang senang dengan exam aku. Soalan die tak susah, tapi pelik. Entahlah, tawakkal jelah pada Allah. Untuk menghiburkan hati yang sedang duka ni, meh dengar cerita yg memang menghiburkan hati ni. Aku tergelak sakan, tak tahulah korang camne..

Kalau binatang ada facebook, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Kadang-kadang kita juga sama dengan gambaran binatang di atas. Suka lakukan perkara sia-sia dengan berfacebuk. Lebih teruk lagi, jika facebuk menjadi tempat untuk menggalakkan maksiat. Tiada masalah berfacebook, tapi gunakanlah ianya sebaik mungkin.

Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud)

Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS Al A’raf 179)

Sekian untuk hari ni.
Salam

Friday 21 May 2010

Hebatnya Umar al khattab.. Bacalah

Bismillah
Terimalah kisah Umar yang jarang kita dengar ini. Sangat sedih bila baca cerita ini. Umar yg terkenal dengan garangnya, tapi masyaAllah. Diambil dari blog UZAR. Aku pendekkan. SELAMAT EXAM utk aku.

KISAH 1 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA

Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. Selain itu, Umar r.a turut melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-

a- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama 'Amr bin Al-'As.Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah, lalu menghantar surat kepada 'Amru yang menyebut "Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu".

b- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.

c- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai,lalu dengan segera beliau mengarahkan isterinya keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya. Sebenarnya, Umar r.a tahu hiasan dindimg itu dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.

d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datangke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata "barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas".

e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun, Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan

"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"

Umar r.a menjawab "Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya"

Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja,dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.

Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.

KISAH 2 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a

Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai 'pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut :-

a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu 'attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.

c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah. Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, beliau berkata :-

"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku"

Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Kahlid membalas : "selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku"
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya: "Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikirkan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menerima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin dibawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.

Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada dibawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a..

Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merindui pemerintahanmu..

Thursday 20 May 2010

Tahu tak kenapa kat UK pun orang ISLAM boleh jadi gemuk?

Bismillah.

Sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman, bila sebut luar negara mesti kite terbayang orang putih dan pakaian yg seksi2. Dan sudah menjadi satu fakta dalam kebanyakan akal fikiran kita bahawa di negara bukan Islam sangat susah untuk mencari makanan Halal. Mana tidaknya, sikit-sikit orang makan daging babi, sikit2 tuang alcohol dalam makanan. Jadi, susah sungguh nak makan kat UK ni kan? Memang itu pun yg selalu aku jangkakan sebelum datang ke UK. Tapi, bila sampai di sini, ternyata semua pemikiran itu salah sama sekali.

Boleh dikatakan, di UK ni, kehalalan makanan lebih meyakinkan. Sebab syarat2 penyembelihan di sini sahaja memang sudah cukup ketat. Dan yang lebih penting, penyediaan makanan dan kedai mereka cukup bersih. Namun begitu, tak dinafikan, ade sebahagian pihak yg tidak faham apa maksud Halal tu. Bukan nak racist, tapi ramai org cina di UK ini yg tak faham maksud Halal dan senang2 je kata makanan diorang halal. Jadi walaupun nmpak logo halal, tetap kena hati-hati sebab kdg2 dalam kedai ade jual lauk babi sekali.

Di leicester, percaya atau tidak, orang2 islam yg bernafsu tinggi tak mungkin dapat hidup dengan tubuh badan yg IDEAL. Bersempena meraikan kegemilangan leicester sebagai tempat yg best untuk makan, maka mari kita melihat koleksi kedai makanan halal di Leicester.
JOM!!

Nama kedai: Gogo chicken
Makanan die banyak kepada lauk india dan juga ayam. Pemilik kedai ni adalah orang pakistan. Pernah sekali aku pergi kedai ni beli ayam. Bila dia tahu nama aku Ahmad, masyaAllah layanan die memang sangat bagus. Tapi sayang, ayam die tak sedap, maka itulah kali terakhir aku pegi


Nama: Maryland Chicken
Kedai paling popular di Leicester dan kedai pertama aku pegi sesampainya aku di bumi leicester. Keunikan rasa chicken wing die menyebabkan ia sebegitu diminati ramai. Jual bende2 yang berkaitan dengan ayam. Ade sorang pekerja die pandai cakap melayu, maka habis je kami beli, mesti diorang ni cakap TERIMA KASIH.


Nama: CHOPSTIX
Kedai ni menjual nasi bungkus. Lauk2 die adelah lauk asia macam ayam masak merah, ayam masak lemon, masam2 manis dan Malaysian chicken pun ade. Tapi mahal sikit. Dalam kedai ni takde lansung jual lauk berasaskan babi dan diorang memang pamerkan sijil halal diorang.



Nama: McIndianS
Antara kedai yang sangat aku suka. Aku tak pasti penjual dia dari negara mana, tapi memang orang Islam. Makanan yg best kat sini ialah separuh ekor ayam bersama nasi beriyani. Pergh, mengancam jiwa raga.


Nama: Munch:munch
Aku tak pernah masuk kedai ni sebab takde bende pun special kat sini
Jual fastfood je, baik makan maryland


nama: BENNY's Chicken
Waktu aku kaya dulu, aku selalu la gak makan kat sini. Die punya set makanan sangat menguntungkan. Aku selalu ambik set yg dalam die ade satu ekor ayam, 6 wings, 2 fries dan satu air tin. Sekali lagi, penjual die ala2 pakistan gitu.


Nama: Bombay Bites
Sistem kat kedai ni sangat mantap. takde tempat duduk. Kita tempah, selepas beberapa minit die akan panggil balik dan bagi makanan kita. Makanan die ala2 india tapi sedap. Cume mahal sikit, maka jangan harap aku nak pergi selalu. Aku pernah makan daging kari bersama ayam tikka yg bewarna merah

Banyakkan? dan ini hanyalah kedai2 di City Centre. Belum lagi pergi kat Noughborough road, London Road dan Evington yg sememangnya penuh dengan makanan. Alhamdulillah, memang leicester kaya dengan makanan halal. Jadi, bila kami melancong mana2, kami mesti rindu kat Leicester sebab tempat len city centre susah nak cari makanan Halal. Cuma leicester masih tak mampu nak menandingi Manchester, Birmingham dan LOndon lagi la.

Cuma kadang2 ade orang yg ambik ringan tentang makanan ni. Kalau boleh, cuba elakkan makan di kedai yg ade jual daging babi dan juga arak. Memang ade tulis halal, tapi ade bende haram.

Dari Abu Abdillah Numan bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahualaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takuut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal dagiing, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati .

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Sekian untuk hari ni.
Salam

Wednesday 19 May 2010

Bila Hilang Malu, kita lebih teruk drpd orang bukan Islam


Bismillah.
Hari ni, exam aku pukul 2.30 petang. Yang tak syoknya, pagi ni tetibe laptop yg besar rosak. Tekan on, keluar la lambang ACER, lepas tu die ulang bende sama. Tak keluar-keluar gambar desktop aku. Aku nak tengok sikit nota real analysis, tp laptop rosak, maka terpaksa gune yg kecik punye. Hari ni, nak tulis kat blog pun susah sebab kecik sgt screen ni. Okla, malam tadi aku nampak bende yg sangat teruk dalam hidup aku betul2 depan mata aku. Benda yang Allah memg marah kalau kita buat. Tapi nak wat camne, dah hilang perasaan malu, maka dengan Allah pun kita tak tahu malu.

Bila ditegur, kata tak berhemah la, itu la, inila x betul. Kan bagus kalau dipandg kepada nasihat itu sendiri. Kenapa Allah suruh jaga pergaulan laki dan perempuan? Sebab Allah tahu segala2 nya pasal kita. Kalo tak, jadilah mcm ni:

Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.

Yang mengejutkan, dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.

Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.

Difahamkan, sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia sebelum ditanam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu.

“Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi.

“Terperanjat dengan kata-kata doktor itu, ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang hari yang sama,” katanya.

Susulan daripada itu, Mohd. Adnan memberitahu, polis menahan teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi di Terengganu.

Tambahnya, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu, polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan harinya.

“Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.8 meter di tebing sebatang sungai sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.


Semua ni terjadi bila kita sudah tidak percaya dengan Allah.

Kadang2 memang kita patut malu. Bagaimana seorang ibu yg ISLAM sanggup buat perkara2 sebegini. Malulah wahai umat ISLAM!! Malulah kepada insan-insan yang masih tidak mengenal Allah. Tak malukah kita bila berhadapan dengan insan2 sebegini:(kalo x nmpak, besarkan)





Sekian untuk hari ni.

Salam

Tuesday 18 May 2010

Menegur sambil memuji.. Menegur sambil berseloka

Bismillah.

Antara perkara yang kita selalu lemah dalam menegur ialah sikit2 cakap ini haram itu haram. Aku pun selalu gak macam tu. Bukan tak boleh, tapi barangkali ada cara yg lebih baik dimana orang yg mendengar itu juga seronok. Tanpa banyak bicara, jom kita tengok mcamne Mohamed Ali(Boxer) berkata-kata kpd anaknya:

The following incident took place when Muhammad Ali's daughters arrived at
his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told
by one of his daughters:

When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila,
and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door
waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could
possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said
something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and
said, "Hana, everything that Allah made valuable in the world is covered and
hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground,
covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the
ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find
gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.
You've got to work hard to get to them."

He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more
precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

MENARIK kan?

Bersempena dengan exam aku esok, jom kita hiburkan hati dengan mendengar pantun drpd IluvIslam.

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.


Sekian, Terima kasih

Keluarga Leicester.. Terasa akan kehilangan mereka

Bismillah..

Sebenarnya hari ni teringin nak tulis bende lain. Tapi Allah gerakkan hati aku untuk tulis pasal keluarga yang aku ada kat leicester. Hidup dalam kelompok yang kecil, menyebabkan kite sangat2 sayang pada orang yang ade di sekeliling kita. Mana tidaknya, memang diorang jelah tempat untuk menghiburkan hati di leicester ni. Ingat, waktu awal-awal datang, memang kami rapat sebab sponsor sama, course pun sama. Syahir plak memang aku dah kenal kat KYUEm.

Waktu awal-awal sampai kat london. Mamat2 KPM leicester.

Baru balik dari Morrison. Waktu ni, kami beli bantal dan duvet. Tu yang penuh tangan tu
Seronok waktu ni, tak yah nak pikir exam ape2.

Boleh dikatakan, memang kami dah ade Hall masing2 waktu tu. Tapi oleh kerana kos yang tinggi bila duduk kat Hall, kami buat keputusan untuk tinggal di rumah sewa yg lebih jimat. Oleh kerana ini adalah keputusan last2 minit, maka perlukan masa sebelum masuk ke rumah baru. Maka, kami menumpang sebentar di rumah Izwan, Naufal, Cat dan Poji yang merupakan senior kami di situ. Kami tumpang bukannya sehari ataupun 3 hari, tapi 2 minggu. Bagi aku satu tempoh yg sangat lama. Layanan mereka? Hanya Allah saje yang dapat balas..

Menyambut hari jadi ferd. Kiri sekali Cat, sebelah die Naufal dan sebelah die lagi Poji.
Senior2 yang kami paling rapat.

Boleh dikatakan, memang kami sangat2 rapat waktu tu. Dan diorang 4 orang adelah orang yang sangat2 ambik berat pasal kami berlima. Makan diorang sediakan, pegi Uni pun diorang bawakkan, hatta waktu cari rumah pun diorang tolong. Hinggalah saat aku keluar daripada rumah tu, aku berjanji pada diri aku, sapa2 yang cari pasal dengan diorang empat orang, maksudnya diorang juga cari pasal dengan aku. Dan aku memang sentiasa akan backup budak2 rumah tu. Memang tak tahu camne nak balas budi diorang.

Tapi akhir-akhir ni aku rasa tak sedap hati. Seolah-olah aku akan kehilangan keluarga aku di Leicester. Memang perasaan tu muncul akhir-akhir ni. Aku tak tahulah apa lagi yang tinggal untuk aku di Leicester ni kalau aku kehilangan diorang. Walau apa pun terjadi, aku tetap akan sayang keluarga aku di Leicester. Semoga kita semua mendapat yang terbaik. Hanya Allah yang mampu menyatukan hati-hati ini. Aku mintak maaf kalau ade apa2 yang melukakan hati korang semua.

Waktu sambutan raya Aidil Fitri. Bukan main lagi bergaya.
Badan aku sgt besar waktu ni.

Selepas solat sunat Aidil Adha. Bersama anak tok imam.

Aku menulis di blog ini sebagai perkhabaran aku untuk orang-orang di Malaysia. Dan memang aku rahsiakan daripada orang2 leicester sebab apa yang aku tulis sudah tentu melibatkan diorang. Ade perkara yang baik dan ade jua perkara yang buruk sebagai ikhtibar kepada semua orang yang baca blog ni. Kadang-kadang ramai yg salah tafsir. Aku takkan privatekan blog ni, dan aku harap siapa yang baca dengan niat jahat, tolonglah jgn baca blog ni. Harap maklum.

Esok aku ada paper real analysis. Selamat Berjaya Semua..
Kepada budak2 rumah aku, aku sayang korang!! terasa jiwang plak. Haha
Semua benda yang aku tegur, adalah sebab aku sayang.

Sekian..