Tuesday, 11 May 2010

Dari dapur Leicester.. Pizza Mahal ke murah?

Bismillah.
Antara perkara yang paling aku suka buat di dunia ni adalah makan. Huhu. Antara tempat paling aku kurang makan ialah kat sekolah menengah dulu. Manakala rumah aku kat Malaysia adelah tempat paling tak mujarab untuk aku berdiet. Di UK, aku akan jadi kuat makan gile2 bila banyak duit. Bile takde duit, maka aku juga banyak makan tetapi tak sesedap waktu banyak duit. Jadi bersempena musim belanjawan merosot, mari kita menjenguk dapur Hazel Street.

Ok tuan puan, hari ni kita akan belajar memasak Pizza segera yg sedap. Bahan2 nye ckup mudah iaitu pizza sejuk beku, tuna, nenas dalam tin dan daging Mortadella. Syarat utama memasak ialah pastikan semua bahan2 tadi halal dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan..

Jadi mula2, alihkan semua cheese yang ade atas pizza tu. Selepas itu, taburkan tuna yg telah dicincang serta mortadella yang telah dipotong kecik2 kat atas pizza tu. Sebenarnya, aku selalu makan dengan cheese die je. Dah cukup sedap dan mengenyangkan.

Merah tu mortadella dan bawah die ialah tuna

Selepas itu, taburkan nenas yang telah dipotong dan renjiskan sikit air nanas tu supaya adelah sikit rase pizza tu. Nak susun macam mane terpulanglah. Kalo orang pempuan, mungkin suka susun ikut bentuk hati, Kalau lelaki biasanya balun je bentuk apa2. Setelah itu, taburkan kembali cheese2 yang dialihkan tadi kat atas pizza tadi. Panaskan ketuhar.

Nenas ni asalnya bentuk bulat. Potong kecik-kecik jadilah macam ni. Harga satu tin 59pence. Boleh cukup untuk 2 pizza.

Cheese die ada 4 jenis.. Semua vege

Selepas beberapa minit, masukkan pizza tadi kedalam ketuhar dan biarkan kira-kira 20 minit. Anda bolehlah main internet dulu ke, buat keje sekolah ke atau apa2 yang sewaktu dengannya. Setelah 20 minit, inilah hasilnya..

Dek kerana keterlekaan bermain internet, aku terlupe nak angkat selepas 20 minit. Tak hangit, tapi tak betul2 berkualiti la. Tidak, warna die lawa sikit.

Persoalannya, kenapa waktu ekonomi merosot baru aku makan pizza? Bukanke pizza mahal dan selalunya hanya menjadi makanan orang kaya? Untuk pengetahuan penonton sekalian, Harga sebiji pizza ni hanya 1 pound je. Macam dua ringgit kalo nak bandingkankan dengan kos sara hidup. Oleh kerana kami masak setiap malam(kecuali hujung minggu), maka aku hanya makan pizza ni untuk tengah hari atau kalau lapar malam2.

Dan satu fakta menarik, aku sorang saja sudah cukup untuk menghabiskan pizza ni dalam 15 minit. Tak tahula, sampai sekarang masih tak mampu nak jaga makan.

Nabi SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).

Entah bila lah baru dapat ikut sunnah Nabi
Biasanya aku takdelah kisah makanan sedap. Yang penting kenyang. Dan bila aku sudah semakin takde duit, maka setiap hari aku akan masak dan makan nasi goreng. Dengan kata lain, menghabiskan beras rumah ni. Huhu

Cukuplah untuk hari ini.
Salam

No comments:

Post a Comment