Wednesday 12 May 2010

Apa penjodoh bilangan bagi kunci? Leicester..

Bismillah
Malam tadi, aku pergi ke library dekat hospital. Cadangnye nak pegi lepas isyak, tapi pukul 10 malam aku dah pergi situ. Lepas study lebih kurang satu jam, maka azan isyak pun berkumandang kat laptop aku. Mula rase nak sembhyg balik nanti, tapi tak elok2 tangguh2 sembahyg. Bayangkan kalo mati dalam keadaan tak sempat sembahyg isyak macamne? Akhirnya, aku menjenguk surau kecik hospital tu.

Di negara bukan Islam seperti UK, masih boleh jumpe surau di hospital. Kecil, tapi hidup.

Lepas solat, aku kembali study di library. Yang kejutan budayanya ialah bila sorang pempuan ni wat gaya macam datang library bukan sebab nak study. Nak tahu die pakai ape? Die pakai macam baju renang, tutup sikit dengan jacket die n then seluar die saje je londehkan sampai bawah gile. Fakta menarik ialah die duduk depan aku dan aku berkopiah waktu tu.

Seperti hari sebelumnya, aku balik ke rumah pukul 2.00 pagi dari library sebab subuh sekarang pukul 2.40 pagi. Tapi yang tak syoknye, ditakdirkan Allah kunci aku hilang. Call semua orang, ketuk pintu macam nak pecah, tekan loceng berpuluh kali, sorang pun tak jawap. 3 budak rumah aku takde kat rumah manakala syahir tidur mati. Selepas 1 jam maka aku berputus asa dgn kesejukan tu. Pergi rumah senior aku dan tumpg tidur kat sane malam tadi. Tengah hari tadi, lepas kelas, terus pinjam kunci Azizan untuk diduplicatekan.

Gigih sungguh pak cik ni buatkan aku punye kunci.
Harga sebiji kunci ni lebih mahal drpd harge pizza semalam.

Oleh kerana lama tak g jalan2, maka aku pusing-pusing dekat area rumah aku ni. Sebenarnya kedudukan rumah aku ni sangat strategik. Depan rumah aku ade stadium rugby, belakang sikit ade stadium bola dan ade gak leicester college. Dekat sikit gak dengan rumah aku ade kedai barangan asia. Selalunye beli sos dan rempah2 kat sini la. Oleh kerana aku jarang jalan2 kat sini, maka aku bercadang nak tangkap sikit gambar2 kat sini.

Mula-mula pergi Asiana
Nama kedai ni Asiana, ade lagi satu namanye Oriental Market.
Biasanya banyak barangan dari cina dan india. Malaysia sikit je

Antara barang yang ade ialah rempah kari ni.
Barang paling hangat daripada Malaysia ialah kicap manis cap kipas udang. Kejap je letak, biasenya mesti habis cepat. Lagi satu sos Lingam. Sos ni aku tak pernah kenal di Malaysia tetapi kesedapannye memang sehingga menjilat jari

Lepas tu jalan2 lagi, ade stadium Walkers untuk pasukan Leicester city..

Bahagian utama stadium ni


Dah lama takde gambar aku dalam blog ni. Rase tak meriah palak. Walaupun aku tak hensem, tapi blog ni perlu ade gambar tuannya.

Leicester College yang memang beberapa langkah je daripada rumah aku

Oleh kerana hari ni aku jalan-jalan sorang2. Memang selalu pun jalan sorang2. Kawan-kawan aku yang len masih ade atas katil lagi waktu ni. Haha. Aku ambik semua gambar ni sendiri. Gambar yang ade aku pun aku terpaskse set timing die. Sebenarnya aku agak penat sekarang ni. Pagi tadi, balik je drpd rumah senior, terus bergegas ke kelas. Lepas gosok gigi, tukar baju dan terus berangkat ke kelas yang bermula kul 9 pagi. Sampai2 je kelas, aku sorang je laki. Kelas tu tak wajip tapi banyak yang aku dapat tadi. Alhamdulillah.

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahagian yang paling banyak."

Sekarang aku nak tido dulu.. Lepas ni nak masak plak.
Sekian.

No comments:

Post a Comment