Tuesday, 4 May 2010

Post ke-99: Musim Bunga

Bismillah...
Setelah melalui musim luruh, musim sejuk yg panjang, kini tiba pula musim yang sgt diminati oleh manusia terutamanya wanita. Pelik gak kadang2, kenapa lelaki suka bagi pempuan bunga tp jarang lelaki suka diberikan bunga dari makhluk bergelar pempuan.

Setelah beberapa bulan bukak blog ni, akhirnya tibe jua post ke 99. Walaupun aku konfius yang mana nombor lebih menarik(99 atau 100), tapi apa aku kisah? Blog aku kot. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku berada di UK, melihat sendiri kehebatan ciptaannya yg memg x dapat kat Malaysia. mana tidaknya, pokok yg dulunye bogel, kini berseri2 dgn bunga berbanding daun. Demi perkongsian ini, semua gambar dimuat turun dalam saiz yang besar. Lagi satu, aku selaku cameraman memg takde lnsung dalam gambar. Aduih..

Jom tengok gambar!!

Kategori: Panorama
Lokasi: Castle Garden di Leicester

Kategori: Panorama
Lokasi: South-entrance University of Nottingham
Huraian: Aku suka tengok bunga2 yg tumbuh liar mcm ni. Waktu aku naik keretapi lagi best, ade satu ladang tu kekuningn mcm cerite hindustan

Kategori: Panorama
Lokasi: Belakang lecture Hall University of Leicester
Huraian: Bunga die terabur sgt, tak lawa..

Kategori: Pokok berbunga lebih drpd daun
Lokasi: De Monfort University
Huraian: Daun-daun yg berguguran menyebabkn suasana cukup romantik. Diambil sewaktu dlm perjalanan nak smbhyg jumaat


Kategori: Pokok berbunga lebih2
Lokasi: Walnut Hall, dekat dgn rumah aku
Huraian: Berterabur daun2 pokok ni

Kategori: Segerombolan bunga yg mengancam jiwa
Lokasi: Simpang tiga menuju ke Bandar Leicester
Huraian: Best kan tengok bunga2 camni?

Kategori: Segerombolan bunga yang menggugat keimanan
Lokasi: Taman air keluar dr mulut singa, pekan Leicester.
Huraian: Pulang drpd Notts, aku nampak bunga2 ni, memang cantik

Kategori: Kengkawan bunga yang tak berapa lawa
Lokasi: Main entrance University of Leicester
Huraian: Waktu ni masih pagi, bunga2 tu malu-malu lagi kut

Kategori: Kengkawan bunga yang mekar di hati
Lokasi: Castle garden, Leicester
Huraian: Sikit je bunga ni

Kategori: Kengkawan bunga yang boleh tahan
Lokasi: Belakang lecture Hall
Huraian: Tak lawa la die susun bunga camni

Kategori: Bunga yang diminati oleh orang lelaki
Lokasi: Atas bas sepanjang berada di Coventry
Huraian: Bukan aku yg ambik gambar ni..

Alhamdulillah, dah banyak gambar yg ditunjukkan. Memg tenang bile tengok bunga2 ni. Kadang-kadang nampak cam plastik, rupenye bunga betul. Hebat sungguh ciptaan Allah.

وانزل من السماء ماء فاخرجنا به ازواجا من نبات شئ

”Dan diturunkan dari langit air hujan, maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam”. surah Thaha ayat 53

Sekian untuk hari ni.. Kerja rumah bertimbun-timbun. Haha
Salam

No comments:

Post a Comment