Saturday, 15 May 2010

Sempena Hari Guru..

Bismillah
Oleh kerana selasa ni aku ada exam, maka aku rasa seronok gak kalau update blog sekarang ni. Sepanjang musim peperiksaan ni, tak banyak masa aku berada di rumah sebab duk rumah memang tak boleh nak study. Maka aku hanya ade di rumah dari kul 5 petang sampai 9 malam dan selepas pukul 2 pagi sampailah pagi esoknye. Time ni lah nak menulis di blog ni. Bersempena dengan hari guru, maka post hari ini sudah tentulah mengenai insan2 istimewa ini.

Memang tak dapat nak nafikan jasa guru-guru kepada kita semua. Ingat waktu mula-mula sampai SEMESTI, memang bukan main kita mintak tolong cikgu macam-macam. Ada problem sikit jumpe cikgu. Biasalah budak-budak lagi masa tu, bukan main hormat lagi kat cikgu. Tapi bila meningkat dewasa, cakap belakang-belakang siap panggil nama gelaran cikgu je. Ape yang ditegur, itulah yang dilawannya.

Waktu Form 1, bersama cikgu Norsidah. Lama tak jumpa cikgu ni..
Tengok muka-muka hingusan ni.

Gambar bersama guru kelas waktu tingkatan 3.


Waktu aku kat SEMESTI, biasanya aku hanya rapat dengan cikgu2 yang dah berumur. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku bukan kaki mengampu kot. Apepun, cikgu2 veteran ni biasanya memang lain dengan cikgu2 muda. Memang benar pengalaman banyak mengajar manusia. 5 tahun di SEMESTI, memang terlampau banyak pengalaman bersama guru-guru terutamanya warden. Tapi walau macam mane pun marahnya seorang guru, tak mungkin ade perasaan benci kepada muridnya. Kalau ade, maka perlu cek balik hati masing2 sebab aku pun bakal guru.

Bersama cikgu rohana tingkatan 5. Semua dah besar

Lepas habis belajar di SEMESTI, aku sambung belajar kejap kat Matrikulasi Gopeng. Ade sorang cikgu cina pempuan ni yang sangat aku kagumi. Dah berumur tapi memang pandai kawal student die. Marah-marah pun, student yang taiko2 ni tetap sayang die. Hebat.. Setelah dua bulan berada di Matrikulasi Gopeng, maka aku berpindah ke Kolej Yayasan UEM, lembah beringin. Oleh kerana tak banyak subjek yang aku ambik, maka sikit je cikgu yang aku kenal. Di KYUEM, cikgu2 die masih ambik berat tentang student macam di sekolah. Tu yang selalu wat makan2 dengan diorang ni.

Mr Jamal, guru economics aku

Hari terakhir di KYUEM, bersama puan Mazurah. Guru Matematik aku satu tahun.

Miss Riena, cikgu IELTS

Ustaz malikie yang tak pernah mengajar aku di kelas, tapi byk ilmu yang aku dpt dr beliau

Sampai di alam universiti, pensyarah hanya orang yang mengajar, bukan lagi orang yang mendidik. Guru2 yang kita pernah ada, mereka ini bukan manusia biasa. Setiap hari memikirkan masalah kita, setiap hari risaukan tentang kita kerana mereka mahu kita berjaya. Hari ini, jika dibandingkan dengan pekerjaan lain yang hebat2, maka profesion perguruan seolah-olah dipandang rendah. Memang benar, ada guru-guru yang cuba mengelakkan diri untuk mengajar di sekolah. Mereka beranggapan, menjadi pensyarah di kolej-kolej mahupun universiti lebih mudah dan selesa. Gaji pun banyak.

Guru itu insan yang hebat. Jangan kerana habuan yang kurang lumayan, kita membiarkan pekerjaan ini diisi oleh orang yang tidak sepatutnya. Melihatkan bakal2 guru di Maktab dan UPSI yang dilanda pelbagai masalah sosial, aku tertanya-tanya sejauh mana pengertian kita dengan menjadi seorang guru?


Frank Neumann, cikgu proof and number systems

Guru itu insan Istimewa.
Guru itu seperti pendakwah, yang sentiasa mengajak kepada kebaikan dan menghalang anak didiknya dari melakukan kemungkaran. Pahala seorang guru? Tak dapat nak dibandingkan dengan gaji yang mereka dapat. Makin hebat dugaan seorang guru, aku yakin semakin tinggi nilai mereka disisi Allah. Wahai guru, ingatlah janji Allah..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, "Barangsiapa mengajarkan suatu ilmu, maka dia mendapatkan pahala orang yang mengamalkannya, tidak mengurangi dari pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun." (HR. Ibnu Majah).

“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”(HR. al-Tirmizi)

Sekian untuk hari ini..
Selamat Hari Guru!!!

No comments:

Post a Comment