Friday, 28 May 2010

HIDUP di UK, menjadi MUSLIM lebih menarik.

Bismillah.

Sudah lapan bulan aku berada di bumi UK. Berada di negara orang memang satu peluang yang sangat bernilai. Cuaca yang sememangnya amat berbeza dengan Malaysia menyebabkan banyak perkara yang membezakan UK dengan tanah air tercinta. Namun begitu, perbezaan ini hanya akan menjadi lebih bermakna jika kita adelah seorang muslim. Mana tidaknya, kalau kita bukan orang Islam, kita tidak perlu kisah pasal makanan. Kita juga tidak perlu kisah tentang pergaulan dan pakaian jika kita tidak percaya pada Allah.

Tapi kerana kita beriman kepada Allah dan rasulnya, maka lebih banyak perkara yang kita perlu kisah. Contohnya cukup mudah, di sini kita perlu kisah untuk letak atau tidak perkataan BIN di ruangan nama pada kertas peperiksaan kita. Kerana apa? ada sebahagian non-muslim yang masih fobia terhadap nama "Osama BIN Laden" yang digelar terrorist terutamanya di US. Di sini juga kita perlu kisah macamne la nak sembahyg ketika melancong. Mana tidaknya, tiada surau yang disediakan di tempat2 awam seperti lapangan terbang mahupun pusat membeli-belah.

Maka, menjadi MUSLIM adalah lebih menarik apabila kita berada di luar negara. Di sini, baru kita memahami apa yang dimaksudkan ISLAM itu mudah.

Setelah menemui penghujung musim panas, diikuti pula musim luruh, ditambah dengan musim sejuk yang sangat panjang, kini aku berada berhampiran dengan musim panas. Kalau di musim sejuk, 4.30 petang sudah menunjukkan masuknya waktu maghrib. Manakala perbezaan waktu zuhur dan asar hanyalah selama satu jam. Ketika ini, setiap hari selasa, aku dan rakan-rakan akan menjamakkan waktu zuhur dan asar sebab kuliah kami memenuhi ruang waktu zuhur dan tamat tatkala masuknya waktu asar.

Kini, tibalah musim panas. Maghrib yang dahulunya pukul 4.30petang kini mencecah jam 9.15 malam. Bayangkan pukul 8.30 malam masih terang benderang. Manakala subuh adalah sekitar 2.30 pagi. Menariknya ketika ini, amat sukar untuk mencari waktu isya'. Waktu isya' di sini tidak ditentukan oleh keadaan waktu malam sebab memang tiada waktu isya'. Namun begitu, ia ditentukan oleh pengiraan matematik. Aku pun tak faham sangat, tapi diantara cara-caranya ialah dengan menyelaraskan waktu solat di sini dengan waktu solat di Makkah.

Menariknya dengan kejadian ini ialah, muslim di sini dibolehkan menjama'kan solat maghrib dan isya'. Jama' je ye, tak boleh qasar. Dan jangan ngade2 nak amalkan dekat Malaysia. Mula-mula aku pun tak tahu, nak amalkan pun takut setelah diberitahu oleh senior2. Namun setelah melihat semua fakta dan hujah dalam internet, maka baru aku faham dan amalkan. Berikut merupakan rujukan aku:

Menurut Pengerusi Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, solat jama' boleh dilakukan pada kedua musim, yakni musim sejuk (winter) dan musim panas(summer). Menurut beliau didalam penulisannya di Fatawa Mu'asyirah Jilid 3 dan buku Fiqh al-Aqaliyyaat al-Muslimah ms 79:-

Di Eropah) Manusia dituntut untuk pergi bekerja diwaktu awal pagi, maka bagaimana kita memaksa mereka menunaikan Isya' pada waktunya, dan ini merupakan kesulitan dan menyusahkan mereka, sedangkan kesukaran agama diangkat dengan nas al-Quran, dan dengan berkatanya riwayat hadith membenarkan menjama'kan 2 solat bukan didalam perjalanan, dari Ibn Abbas ra.

Majlis memutuskan bahawa dibenarkan menjama' diantara 2 solat di Eropah pada musim panas (summer) dimana waktu petang lewat sehingga ke tengah malam atau tandanya hilang keseluruhannya, mengangkat kesukaran keatas umatnya dengan nas/dalil al-Quran. Telah datang dalil dari hadith Ibn Abbas didalam Sahih Muslim 'bahawa Nabi saw menjama'kan antara solat Zohor dan Asar, dan diantara solat Maghrib dan Isya' sedang tidak terdapat ketakutan ataupun hujan. Berkata Ibn Abbas : Apa yang diinginkan dari itu?. Baginda menjawab : Diinginkan agar tidak menyukarkan umatnya'.

Menarikkan? Kebanyakan masjid2 di sini pula akan menunaikan solat maghrib dan lebih kurang selepas 1 jam, mereka akan terus menunaikan solat isya' tanpa azan isya'. Macam di masjid E-abu bakar, solat isya' berjemaah adelah pada pukul 10.40 malam, sedangkan menurut pengiraan, pukul 11.15 baru masuk isya'. bayangkan anda pergi masjid di Malaysia kul 11 malam. Ape macam? pukul 9 pun malas nak pegi, inikan pula pukul 11 malam.

Apepun, aku sangat sanjung orang2 di sini dalam solat berjemaah. Komuniti yang kecil dan rumah jauh2 dari masjid, tapi waktu solat mesti ramai jemaah di masjid. Malah, ade sahaja masjid yang terletak di perumahan yg majoritinya orang bukan islam, tetapi ketika solat, ramai sangat org islam datang. Kita? Masjid tengah2 perumahan orang Islam pun, 5 orang je yang datang. Masjid yang memang dalam perkampungan orang Islam pun masih tak mampu nak capai 2 baris saff untuk solat zuhur. Ada jugak masjid yg tiada solat zuhur berjemaah sedangkan betul2 dikelilingi oleh rumah orang Islam. Dan ini memang aku saksikan sendiri di Teluk Intan. Sedih bila aku datang masjid tu, bukannya kecik masjid tu.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Sekian untuk post yg panjang dari aku.
Salam

No comments:

Post a Comment