Bismillah
Baru-baru ni shoutbox aku dkunjungi seorang yang aku tidak kenali. Mungkin sebab die gunakan nama samaran layakkah aku ke syurga. Tak sangka ada orang lain yang baca blog ni. Apepun, die ni bagi nasihat yang perlu aku hadam untuk aku masuk ke syurga. Demi mengucapkan terima kasih, maka aku jadikan post hari ini sesuai dengan nama dia ni.
Cerita hari ni merupakan emel yang aku dapat hasil daripada perkongsian rakan-rakan seperjuangan aku. Sangat menarik untuk kita fikirkan di hari yang mulia ini. Terimalah:
Aku Tidak Lebih Dulu ke SyurgaNya
Aku tidak tahu dimana aku berada. Namun demikian, ramai manusia berada di sekelilingku. Namun aku tetap berasa bersendirian dan ketakutan. Aku masih bertanya dan terus bertanya-" Tempat apakah ini? Dan buat apa semua manusia dikumpulkan? Mungkinkah.. Ah, aku tidak mahu mengira-ngira. ."
Rasa takutku makin menjadi2 tatkala seseorang yang tidak pernah kukenali sebelumnya mendekati dan menjawab pertanyaan hatiku. "Inilah yang disebut Padang Mahsyar." Suaranya begitu menggetarkan jiwaku.
"Bagaimana ia bisa mengetahui pertanyaan hatiku? " soal batinku.
Aku menggigil, tubuhku terasa lemas, mataku tegang mncari perlindungan daripada seseorang yang aku kenali.
Kusaksikan langit menghitam, sesaat kemudian bersinar kesilauan. Bersamaan dengan itu, terdengar suara bergema. Aku baru sedar, inilah hari perhitungan, hari di mana semua manusia akan menerima keputusan akan balasan dari amalnya selama hidup di dunia. Hari ini juga akan ditentukan nasib manusia selanjutnya, syurgakah yang akan dinikmati, atau azab neraka yang akan menanti.
Aku semakin takut. Namun ada debar dalam dadaku mengingat amal2 baikku sewaktu hidup di dunia. Mungkinkah aku tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat kasihNya atau jangan2…..
Aku dan semua manusia lainnya masih menunggu keputusan daripada Yang Menguasai Hari Pembalasan.Tak lama kemudian, terdengar lagi suara yang bergema tadi mengatakan bahawa sesaat lagi akan dibacakan daftar nama manusia2 yang akan menemani Rasulullah SAW di syurga yang amat indah. Dadaku semakin berdebar, ada keyakinan bahawa namaku termasuk dalam daftar itu, mengingatkan banyaknya infaq yang aku sedekahkan dulu. Lebih2 lagi, dulu sewaktu di dunia, aku dikenali sebagai da'ie atau pendakwah.
" Kalaulah ramai orang yang aku dakwahkan dulu dimasukkan ke dalam syurga, apa lagi aku.." fikirku.
Akhirnya nama2 itu mulai disebutkan. Aku masih beranggapan bahawa namaku ada di dalam deretan nama2 tersebut memandangkan banyak ibadah2 dan perbuatan2 baik yang aku kerjakan sewaktu di dunia dulu. Dalam daftar itu, nama Rasulullah SAW semestinya sudah tercantum pada urutan teratas, sesuai dengan janji Allah SWT melalui malaikatNya Jibril, bahawa tiada satu jiwapun yang akan memasuki syurga Allah SWT sebelum Nabi Muhammad SAW masuk. Setelah itu, terteralah nama Assabiquunal Awwaluun. Kulihat puteri baginda yang amat baginda kasihi, Fatimah Az Zahra, dengan senyum manisnya melangkah bahagia sebagai wanita pertama yang ke syurgaNya, diikuti para isteri dan ahli keluarga rasul yang lainnya.
Para nabi dan rasul yang lainnya pun termasuk ke dalam daftar tersebut. Yasir dan Sumayyah berjalan tenang dengan gelaran syahid dan syahidah pertama dalam Islam. Juga para sahabat lainnya, satu persatu para pengikut terdahulu Rasul itu dengan bangga melangkah ke tempat di mana Allah SWT akan membuka tabirnya. Yang aku tahu, salah satu kenikmatan yang akan diterima para penghuni syurga adalah melihat wajahNya. Kusaksikan para sahabat Muhajirin dan Ansor yang tengah bersyukur mendapat nikmat yang tiada terhingga sebagai balasan kesetian berjuang bersama Nabi Muhammad SAW menegakkan risalah. Setelah itu, tersebutlah para mukminin terdahulu dan para syuhada dalam berbagai perjuangan menegakkan agama Allah SWT di dunia dahulu.
Sementara itu, dadaku berdegup kencang menunggu giliran.
Aku begitu terperanjat melihat rombongan anak2 yatim dengan riang berlari untuk segera menikmati kesegaran telaga Khautsar. Beberapa orang daripada mereka tersenyum sambil melambaikan tangan kepadaku. Ya Allah, mereka adalah anak2 yatim sebelah rumahku yang tidak pernah kuperhatikan. Anak2 yang selalu menangis kelaparan di malam hari sementara kubuang bahagian makanan yang tidak habis kumakan.
"Subhanallah. Itu si Ali, tukang mee di pejabatku dahulu." Aku terperanjat melihatnya melenggang ke syurga. Ali, pemuda yang tidak pernah lulus peperiksaan SPM pernah bercerita bahawa sebahagian besar hasil jualannya akan dikirimkan buat ibunya dan biaya sekolah empat orang adiknya. Ali yang rajin solat itu sanggup berpuasa berhari2 asalkan ibu dan adik2nya di kampung tidak kelaparan. Tiba2 orang yang berada disampingku sejak daripada tadi lagi berkata, " Ali, si tukang mee lebih baik di mata Allah SWT. Ia bekerja untuk kebahagiaan orang lain." Sementara aku, semua hasil keringatku semata2 untuk memenuhi keperluanku.
Lalu berturut2 melewati depan mataku, pakcik Abu penjual pecel yang kehadiannya selau kutolak, pengemis tua yang selalu melewati depan rumahku dan selalu mendapat kata "maaf " dari bibirku dari sebalik pagar tinggi rumahku. Orang disampingku berbicara lagi seolah2 menjawab setiap pertanyaan yang tidak pernah kulontarkan.
" Mereka ikhlas, tidak sakit hati serta tidak memendam kebencian meskipun engkau menolak mereka.."
MasyaAllah, murid2 sekolah pengajian yang aku bina mendahuluiku ke syurga. Setelah itu, berbondong2 jemaah masjid2 tempat biasa aku berceramah bergerak memasuki syurgaNya.
" Mereka belajar daripadamu, lalu mereka amalkan. Sedangkan kau, terlalu banyak berbicara dan sedikit sekali mendengarkan. Padahal, lebih banyak yang dapat dipelajari dengan mendengar daripada berbicara.." jelasnya lagi.
Aku semakin berdebar2 dan menanti giliranku dipanggil. Seiring dengan itu, barisan manusia2 dengan wajah2 yang ceria semakin panjang. Namun sejauh ini, belum juga namaku terpanggil. Aku mulai kesal, aku ingin segera bertemu Allah SWT dan berkata, " Ya Allah, di dunia aku banyak melakukan ibadah, aku bersedekah, banyak membantu orang lain, banyak berdakwah, izinkan aku ke syurgaMu.."
Orang dengan wajah yang bersinar disampingku itu hendak berbicara lagi tetapi aku ingin menolaknya. Tetapi tanganku tak kuasa menahannya untuk berbicara.
" Ibadahmu bukan untuk Allah, tetapi semata2 untuk kepentinganmu mendapatkan syurga Allah, sedekahmu semata2 untuk memperjelas status sosial, disebalik bantuanmu tersimpan keinginan untuk mendapatkan penghargaan, dan dakwah yang kau lakukan hanya berbekas untuk orang lain, tidak untukmu," bergetar tubuhku mendengarnya.
Anak2 yatim, Ali, pakcik Abu, pengemis tua, murid2 pengajian, jemaah masjid dan ramai lagi orang2 yang sering kuanggap kurang baik dariku, mereka lebih dulu ke syurga Allah. Padahal, aku sering beranggapan, syurga adalah balasan yang pantas untukku atas dakwah yang aku lakukan, infaq yang aku keluarkan, ilmu yang aku ajarkan dan perbuatan baik lainnya. Ternyata, aku tidak lebih tunduk daripada mereka, tidak lebih ikhlas dalam beramal daripada mereka, tidak lebih bersih hati daripada mereka, sehingga aku tidak lebih dulu ke syuga daripada mereka.
Jam di dinding berdenting tiga kali. Aku tersentak bangun dan, astagfirullah ternyata Allah telah menasihatiku melalui mimpi malam ini..
Sekian untuk hari ni.
Salam
No comments:
Post a Comment