Tuesday 30 March 2010

Lintas lansung dari TWYCROSS ZOO.. Muhasabah

Bismillah

InsyaAllah, setiap perkara yg kita lakukan, perlulah ade tujuan dan manfaat yg mesti kita pelajari. Perjalanan kami ke twycross zoo hanya akan jadi sia2 sekiranya sekadar untuk tangkap2 gambar sahaja. Oleh itu, mari kita sama2 ambil sesuatu daripada segala yg kita lakukan.

Sambil tengok gambar, mari kita tengok beberapa hadis dari Insan Agung bernama Muhammad bin Abdullah:


Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang sambil minum berdiri. (HR. Muslim no. 2024, Ahmad no. 11775 dll)

Binatg pn minum duduk.. huhu

Namun begitu tidaklah jatuh hukum haram kerana ade hadis yg mnunjukkan tidak mengapa jika berdiri.

Seterusnya:
Hadith daripada Abu Hurairah berbunyi "Iza sajada ahadukum fala yabruk kama yabrukulba'iir, walyada' yadaihi qabla rukbataihi". Maksudnya: " Jika salah seorang diantara kamu sujud maka janganlah berlutut sebagaimana berlututnya unta,(oleh itu) letakkanlah kedua tangan sebelum kedua lututnya".
Hadith ini sahih dikeluarkan oleh Imam Bukhari

Ni aku tak tahu la spesies ape, tp nmpak cam tgh sujud.
Lihat betul2 posisi kaki

Hadis ketiga:
“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).”
Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.
Sedih sangat muke die ni. Sape la yg suke duk dlm sangkar camni kan.

Antara perkara yg menarik sewaktu kami sampai di sini ialah bile nampak bende ni. Tak sangka ade binatg nama melayu kt sini..


Cuti ni rasa malas sangat nak bukak buku. Tangguh punye tangguh terus jadi malas sangat. Aduih.. Oklah, sekian sahaje dari twycross zoo, lepas ni kite tengok pula hidupan bawah laut kalo ade mase..


SAYANGILAH BINATANG yg ada, anda mampu MENGUBAHNYA..

Monday 29 March 2010

Yang baru sudah tiba. yang lama tidak dilupa

Bismillah..

Laptop acer aku kini sudah berumur 2 tahun lebih. Walaupun ianya masih format window XP, tapi laptop ni sangat la tahan lasak. Walopun laptop ni tak boleh shut down, aku masih boleh tutup dgn cabut wayar je. Tu pun masih tetap tahan lasak. Walopun laptop ni tidak mengeluarkn bunyi yang kuat, tapi aku masih boleh pakai earphone demi mendapatkan suara yg lebih jelas.

Namun begitu, sejak aku ambik maths, kami terikat dgn kerja programming yg sgt x best iaitu matlab. Maka, medium yg sangat diperlukan ialah sebijik laptop yg lancar dan mudah dibawa ke mana2. Bile aku gune laptop acer ni, die asyik jam je sebab tak mampu nak tahan dgn software programming ni. Dengan muatan yg sarat juge dlm laptop ni, maka bertambah jam la jadinye laptop ni. Waktu wat matlab asyik rase nak campak laptop.

Maka pagi tadi sampai la juga teman hidup yg baru:

Anda beli, anda tak perlu g ambik.. Mereka datang sendiri


Hitam itu menawan


Selamat datang sahabat baru

Screen lebih kecil. Semoga korang dapat jadi kawan baik

Akhir ni, memg aku mencari2 laptop yg sesuai, mpunyai hard disk yg besar tetapi kecil. Sebelum ni, aku beli dari ebay sebijik laptop MSI tp refurbished punye. Harge die hanye 180 pound. Try la kali 5.25 cam tu untuk convert dlm ringgit. Memg murah. Tp laptop ni x sampai kt rumah aku sbb xde orang. Akhirnye, tuan punye laptop(argos) pn bagi balik duit aku. Bersyukur sgt sebab x sangke Allah nak bg yg lebih baik.

Bile aku cek kt amazon, ade laptop tgh promosi!!.. Memg murah. Packard Bell yg mempunyai Hard disk 320 GB. Hanya 240 pound.. Nk convert dlm ringgit dipersilakan. Memg murah. Selepas 3 hari bekerja, laptop ni sampai pagi tadi. Lebih kecil dan mempunyai RAM yg lebih besar.

Moga2 engkau bermanfaat wahai laptop baru..
Laptop lama jgn risau, anda lebih sgt diperlukan. Byk kot kerja aku ade dalam ni.

Sekian.. wassalam

Sunday 28 March 2010

Anda boleh berbangga dengan Zoo Malaysia

Bismillah

Semalam aku, izwan dan syahir pergi ke twycross zoo yang terletak di kawasan leicestershire. Sepatutnya kami akan pergi hari ahad, tp tukar hari sabtu sebab izwan ade study group hari ahad. Kami keluar dari rumah sekitar jam 8.10 pagi dan berjalan menuju ke stesyen bus. Dari situ kami mengambil bas bernombor 158 menuju ke nuneaton. perjalanan ke pekan kecil ni saja sudah mengambil masa selama 1 jam.

Dari Nuneaton, kami perlu tukar bas untuk ke zoo tersebut. Ingatkan bas biasa, rupenye van kecik je. Kalau sape2 nak pergi zoo tu, boleh bile tiket dekat van tu skali campur tmbang bus. Kire semua sekali lebih kurg 6.50 pound. Kire murah la ni. Perjalanan ke zoo dgn menaiki van ni agak x best sikit. Mgkin sebab jalan yg bengkang bengkok dan tak rata kut. Rase nak muntah gak naik van tu. Akhirnye lepas 45 minit sampai lah kat zoo tu.

X sangka ramai jugak org dtg zoo ni. kami berjalan2 melihat binatang yg ade kt situ. hari tu juga boleh tengok penguin, angin laut dan gajah punye persembahan. Dari pukul 11 sampai kul 1.30ptg kami jalan2 kat kawasan zoo tu...

Ni die gambar sekitar berada di kawasan zoo..

What's ur name? binatg x paham bahase melayu.
Comel tak?


Di hadapan sebuah cafe milik gorilla di sini.

Kita mulakan tazkirah kita pagi ni dgn ummul kitab, Al Fatihah


Ni Unta zaman bile la ni. Purba gile, jalan pun tak larat.

Dalam pukul 2 petg kami bercadang untuk sembhyg. Sini bukan cam Malaysia ade surau semua, jadi kami carila tempt yg sesuai untuk sembhyg. Macam biasa, bilik tukar lampin jadi pilihan. Aku sembhyg dulu manakala syahir dan Izwan pegi pusing2 kawasan zoo yg len. Rupe2nye masih ade kawasan yang kami tak pergi lagi. Adela beberapa kangaroo dan unta + kambing. Yang best nye jalan2 kat sini ialah anda x cepat penat sebab sejuk. Ingat time pergi zoo taiping dulu, baru 1 jam dah pening, pancit dan macam2 hal lagi jadi. Tapi sini,walopun kami jalan hampir 3 jam tetap cool je. Huhu..

Di hadapan tempt yg bakal kami nak sembhyg

Secara keseluruhannya, zoo ni takdelah besar sangat nak bandingkan dgn zoo Malaysia yg besar gile2 tu. Binatang pun tak banyak. Yang paling banyak pun monyet. Mgkin sebab cuaca kot. Perubahan cuaca biasanye menyebabkan binatang berhibernasi dan berimegrasi. Tapi dalam persekitaran yg tidak semulajadi sebegitu amat susah untuk mereka hidup di kawasan bermusim. Semut pun susah nak jumpe kt sini.

Kesian orang utan ni. Diorg selimutkan diri.
Woi, orang utan mana tahan sejuk, kitorg dari Malaysia kot


Zoo Malaysia lg banyak bende. Zoo ni, buaya pun takde. Malaysia siap ade Taman Buaya.
Malaysia Boleh!!

Sekian

Thursday 25 March 2010

Peace of Palestine(POP)

Bismillah

Ahad lepas aq pergi Nottingham untuk program Peace of Palestine. Sikit je lelaki yang dtg time tu. Pempuan memg la berbondong-bondong. Nama pun perempuan. memg diorg suke datang program-program camtu.

Acara dimulakan dgn slot by firdaus rahim mengenai turki Uthmaniyyah.. Selepas itu beberapa sesi soal jawap mengenai zaman pemerintahan kerajaan ini. Seterusnya acara makan2 waktu tengah hari. Kami diberi nasi bungkus berlaukkan ayam masak lemak dan sayur campur. Ya Allah, sedap sungguh masak lemak tu. Teringin nak ambik dua bungkus. haha.

Seterusnya slot abang joe dari warwick mengenai Palestin. Walaupun agak lama tetapi cukup menyentuh perasaan. Palestin milik umat Islam dan sememangnye kita perlu mempertahankannya. Namun begitu bagaimana. Tugas pemuda Islam hari ni bukanlah pergi ke palestin dan berperang seperti pemuda palestin. Tetapi tugas kita adalah belajar kerana umat islam memerlukan golongan profesional utk islam bangkit.

Marilah lihat nasib umat Islam sekarang:



Sudah cukup banyak salah faham terhadap Islam. Ilmu adelah segala-galanya untuk kita hari ini. Hanya dengan ilmu dan iman sahaja baru Islam mampu ditegakkan. Carilah ilmu hingga saat terakhir kita bernafas. Ingatlah, umat Islam memerlukan kita.

Belajar adalah yang utama.
Allah adalah yang pertama.
Belajarlah kerana Allah wahai Izuan, InsyaAllah baru boleh berjaya.

Sunday 21 March 2010

Peluang memasuki Gaza ibarat pergi ke Bulan.

Bismillah.

Semalam aku bermalam di rumah firdaus rahim sebab esoknya aku ade progrem POP(Peace of Palestine). Malam tu juga rumah firdaus dikunjungi tetamu dari Bristol dan Leeds. Tapi ade sesuatu yg sangat menarik malam tu.

Pernah tak dengar pasal seorang pelajar perubatan Malaysia di Bristol, UK yang ditangkap oleh kerajaan Mesir tahun lepas? Lepas tu, Rosmah Mansor mintak bantuan isteri president Mesir untuk bebaskan pelajar Malaysia tersebut. Isu ni agak terkenal gak tahun lepas dimana pelajar ni mengikuti konvoi VIVA palestine dan ditangkap oleh kerajaan mesir selama 15 jam.

Malam tadi, aku berpeluang jumpe beliau. Rupe2nye die senior KYUEM tua dua tahun dari aku. Tak sangka dapat jumpa die dekat nottingham. Oleh kerana budk2 lain pun banyak tak tahu cerita sebenar, jadi kami mintak die cerita kisah benar yang suci dari sebarang tokok tambah surat khabar. Bukan senang nak dengar dari sumber yg asli macam ni.

Kisah die ni memang sangat-sangat menarik. Satu demi satu die ceritakan tanpa meninggalkan point-point yg kecik. Sebenarnya ni kali kedua die pergi, di mana sebelum ni die punye konvoi tidak berjaya menembusi palestin untuk sampai ke Gaza. Dan die bercerita hampir 4 jam. Yang hebatnya cerita die ni ialah dimana waktu tu baru die sedar betapa hebatnya perancangan Allah terhadap manusia.

Bayangkan dia sebenarnya ditangkap sebanyak dua kali di Mesir. Yang masuk surat khabar Malaysia hanya penangkapan beliau buat kali pertama. Kali kedua lebih menggerunkan dan mendebarkan. Dan cerita beliau memang sangat hebat. Semua point yang kami rase kecik dan tak penting pada awal-awal cerita, rupa-rupenye menjadi point penting untuk beliau melepaskan diri sewaktu penangkapan kali kedua.

Ni die ibrahim.. Nama panggilan Mamat


Semua ni budk batch die waktu kt KYUEM.. Waktu ni kul 2 pagi, baru habis cerita

Melihat kepada die ni, die ni bukanlah ekstremis agama malah hanya student biasa. Namun,Allah beri peluang kpd dirinya utk bertemu sendiri penduduk Palestin

Dan kuasa Allah sangat menakjubkan.
Selepas dibebaskan kali pertama, beliau sepatutnya dihantar pulang ke UK dan memg tiada harapan utk memasuki Gaza. Waktu tu dia rasa memg x akan masuk gaza, jadi tak perlulah dia berdoa. Tetibe terdetik dalam hati die "doa jela, bukan rugi apa-apa pun, dah lama aku tunggu nak masuk Gaza ni." Ditakdirkan Allah, wakil yg sepatutnya membawa beliau pulang ada masalah dalam perjalanan ke tempat beliau ditahan. Beliau akhirnya berjaya memaski Gaza, Dan perasaan memasuki Gaza.. MasyaAllah, berapa org la sgt yg boleh masuk dalam tu.

Banyak lagi cerita yang sgt menakjubkan. Nak menunjukkan betapa hebatnya Allah S.W.T. merancg segala-galanya. Betapa kuatnya persaudaraan umat Islam tanpa mengira warna kulit dan keturunan. Memg mampu membuat kami menangis. Sewaktu dalam program POP.. die cerita sekali lagi dan ade perempuan yg menitiskan air mata.

Hebat. Itu sahaja yg aku dapat katakan..
Walaupun beliau hanya seorang pelajar perubatan yg minat dgn DSLR. Allah beri die peluang. Kite bile lagi? berdoalah..

Friday 19 March 2010

Yang pergi tidak akan kembali lagi



Bismillah.
Hari ni kita cerita pasal binatang la ye.
Sebulan yang lalu, Setiap malam, kalau aq pergi dapur mesti akan ade bende macam lalu kt bawah dapur tu. Time mula2 datang rumah ni takde plak bende-bende macam ni terjadi. Aku tersedar bile ade kawan aku datang dari warwick n then tengok roti kat bilik aku berlubang kt tepi.

Lama-kelamaan barulah jelas rupe-rupenye binatang tu tikus. Oleh kerana setiap malam makhluk ni bertindak, maka kami pun bercadang beli perangkap tikus. Yang bagusnya perangkap ni ialah ia tidak memerlukan apa2 umpan.

Aku pernah baca blog kawan aku yang cuba umpan macam2 jenis di Malaysia. Sampai la sekali tu die letak rokok sebagai umpan. Tp umpan tu tak berjaya, jd die try plak letak duit. Yang tak syoknya, duit tu lenyap keesokan harinya. Tikus mata duitan?

Setelah kematian seekor tikus, maka kami terus menjalankan operasi kami. Dan sabtu lepas. seekor lagi tikus kembali ke rahmatullah.

Budak bawah umur xleh tengok gambar ni!!

Sekarang, rumah ni sudah lama tidak menerima kelibat tikus-tikus liar. Walaupun tikus tu comel, tp kami terpaksa juga bertindak. Tikus tu memg kecik pun. Sebelum ni yg mati pun kecik gak.

Tikus ni tak pernah pikir die akan mati waktu tu.
Kita juga seperti mereka. Tidak pernah tahu bile kita akan mati. Paling sukar ialah apabila kita cuba meyakini bahawa esok kita berkemungkinan untuk mati. Adakah kita bersedia untuk mati?

Tingkatkanlah amalan kita semua.
Memasuki syurga bukan satu pilihan tetapi satu kemestian..

Wednesday 17 March 2010

Hari kebudayaan LEICESTER 2010

Bismillah

Sepanjang minggu lepas, kami pelajar first year agak sibuk untuk hari kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak University of Leicester. Antara persembahan yang dipersembahkan adelah dikir barat, kuda kepang dan silat. Selain itu, Malaysian Society turut menghantar wakil untuk menjual makanan2 Malaysia di University pada hari khamis.

Hari Khamis tersebut, selepas habis kelas kul 11 pagi, maka aku pun pegila Queen's Hall untuk tengok ape yang diorang ni jual. Budak2 pempuan yang uruskan bab2 makanan ni. Antara makanan yang dijual ialah mee kari, roti jala, nasi lemak, karipap dan kuih keria. Karipap tu ade la 3 jenis iaitu vegetarian, x vegetarian tp pedas dan x vegetaran ditambah dgn pedas. Lili tai tokey karipap berjaya menarik ramai pelanggan dan memg laku kuih karipap die.

Tapi kuih keria die agak gagal..

Ni gerai Malaysia, pelajar laki sume pakai baju melayu


Boleh dikatakan banyak student Malaysia yg berkumpul kat gerai tu.. Ade gerai2 lain dari Perancis, Afrika, Turkey, pakistan dan lain2. Aku yg kuat makan ni hanya beli nasi pilau punjabi dr gerai pakistan. Nak beli malaysia punye makanan tp dah slalu sgt rase. Bagila org putih yg rase.

Keesokan harinya, cultural nite pula berlansung di tempat yg sama iaitu Queen's Hall. Aku hanya masuk utk persembahan dikir barat. Itupun main alat muzik. Tu je pun bakat yg aq ade. Sebelum persembahan kami diberi tempat persediaan di bawah tanah. Aku malas nak naik atas tengok persembahan2 lain sebab tengok gaya macam maksiat sangat je.

Di bilik persediaan.. baju hitam tu president malaysian society


Memg betul pn maksiat je banyak. Ade persembahan di mana pempuan tu menari sorang-sorang dengan ala2 baju renang je. Ni lili tai yg bgtau aq. Die siap kata"ko janganlah tengok persembahan tu izuan, aku pun tak tau apa yang diorang tutup". Sewaktu kami naik atas untuk wat persembahan, ade laluan tu, sebuah pasukan sedang berlatih. Nak tahu diorang pakai ape?
6-8 orang gadis pakai baju renang je sambil menari2.. Ni bukan baju renang muslimah mahupun yg sampai lutut tu. Ni lebih dahsyat lagi. Aduih..

Bile dilihat balik, sebenarnya kebanyakan persembahan tak melambangkan sangat pun budaya masing2. Ade negara yang hanya wat fashion show je. Malaysia paling semangat pun.

Lepas habis kami punye persembahan, aku terus balik naik kete firdaus rahim menuju ke kedai makan. Banyak je orang Malaysia(Islam) yg stay. Aku secara jujurnya berpendapat, Malaysia(muslim) tidak lagi perlu menghantar wakil untuk majlis2 sebegitu.. Tiada lansung sebab utk majlis2 sebegitu? Mempromosikan budaya Malaysia?

Bergaya tak diorang ni?

Ni manusia2 yg bakal wat persembahan

Jika kita melakukan segala2nya semata-mata utk mencari keredhaan Allah, maka lakukanlah dgn bersungguh-sungguh. Banyak perkara yang tidak lansung membawa kita ke syurga, malah terlampau mudah merapatkan kita dengan neraka.

Syurga bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian...

Monday 15 March 2010

Ketidaksampaian InTeam di Sheffield

Bismillah.

Hari ni, jomlah kite tengok video In team yang tak dapat datang next ari tu..
Kesian


Sunday 14 March 2010

Tamrin Rijal 2010...

Bismillah

Semalam, Izwan ajak aku n syahir pergi satu program di nottingham. Aku yang tak tahu program apa, ikut jela sebab bunyi macam ala2 islamik gak. Maka, kami bercadang nak bertolak dari leicester pukul 8 pagi sepatutnya. Namun begitu, Brother Firdaus rahim(IluvIslam) dan hazwan menziarahi kami di leicester malam sebelum kami bertolak. Oleh kerana diorang tak jumpe Izwan lagi malam tu, maka aku pun bawak diorang pergi rumah Izwan pagi tu.

Lepas habis bersembang, (biasala kawan baik yg lama x jumpe), maka firdaus rahim hantar kami ke train station kul 9.30 macam tu. Sampai di Nottingham, kami menuju ke tempat untuk berkumpul. Tengok2 sekali diorang tgh main bola. Aku yang datang dgn seluar bukan sukan dan kasut yang boleh mematahkan kaki orang, dengan serta merta merasa pasrah. Alhamdulillah, ade seorang brother bagi pinjam kasut sukan die. Bleh la aku main.

Tamrin Rijal bermaksud "latihan pemuda" bertujuan merapatkan ukhwah sesama muslim. Alhamdulillah, memang banyak orang baru yg aku kenal dan jadi rapat dalam masa x sampai satu hari. Lepas habis bersukan, kami menunaikan solat zuhur dan aktiviti diteruskan dgn pertandingan kuiz yg diketuai saudara atiq.


Kenal x atiq ni. Pelajar yg berlakon iklan stabilo 2003.
Antara pelajar cemerlang zaman tu.


Selepas itu, kami berehat sebentar untuk memberi peluang kpd para jemaah yg ingin menunaikan solat asar.

Lepas itu, acara yg paling aku minati iaitu acara berBBQ. Perghh.. memang banyak betul makanannya. Sementara tunggu nak hidupkan api, kami bersiar-siar disekitar kolam di University of Nottingham.

Abang amir bersama anak2nye

Izwan yang sedang melayan kerenah anak abg amir
Tula yop, teman suruh kawin awal-awal, kan dah ridu nak dapat anak.


Lawa x swan ni? tengok depan mata lagi cantik


Setelah beberapa seketika, tetibe datang seorang penguatkuasa ke arah tempat bbq kami. N then die bagitahu yg dekat sini tak boleh wat bbq. Abang amir macam argue balik sebab dah beberapa kali wat kt situ, tak pernah pun ade masalah. Dan mempersoalkan tentang kewujudan peraturan yg melarang kami berBBQ kt situ. Lepas beberapa seketika, kami pun beredar ke rumah abang amir utk berBBQ kt situ pulak. Abg Amir malas nak lawan dgn org tu.

Di rumah abang amir, memg sangat kenyang perut aku ni. Makanan nye sangat banyak.. Nasi goreng, kambing panggang, peha ayam panggang, daging burger, sosej, dan akhir sekali diorg panggang kepak ayam. Tapi takde orang nak layan dah kepak ayam tu pasal dah kenyang.
Betul tak tipu, memang sangat kenyang.

Lepas makan, kami solat maghrib bersama-sama dan diikuti beberapa sesi tazkirah dan penyampaian hadiah.. Apepun, memang best. Jemputlah lagi ye...


Dalam bekas tu, makanan lebih yg org x makan2.
Tengok apai tu, siap main2 je makanan tu.



Aku yang dah tak lalu nak jalan kaki, mintk tolong khairul hantarkan kami ke trainstation. Dalam kul 9.30malam dah sampai leicester. Hari yang sangat memenatkan.

Sekian

Friday 12 March 2010

Kita tidak perlukan HARI IBU

Bismillah.

Hari ini, terlampau banyak anak-anak yang kurang menghormati ibu-bapa mereka..
Lebih teruk sekiranya mereka tidak lansung mengingati ibu-bapa mereka. Aku sendiri pernah dengar ade pelajar yang ugut ibu-bapa untuk belikan sebuah motor untuk dia. Kalo tak, die merajuk tak nak belajar. Ade gak yang lari daripada rumah. Macam-macam lagi..

Bagi kanak-kanak, selalu saja tidak mahu mendengar nasihat ibu-bapa. Dan manusia tidak akan pernah menghargai sesuatu yang mereka ada, hinggalah mereka kehilangannya.

Bagi adik-adik yang selalu marah kepada ibu-bapa
Kepada abang-abang yang selalu derhaka kepada mereka
Kepada sesiapa yang tidak pernah mencium tangan ibu-bapa mereka sewaktu mereka masih hidup..

Terimalah gambar yang cukup bermakna ini..
Aku sendiri menggagahkan diri untuk melihat gambar ini..




Hari ibu, bukannya satu-satu masa untuk mengingati ibu kita..
Hari itu juga bukannya untuk hadiah yang tidak pernah dipinta oleh ibu-bapa kita.
Malah islam sendiri tidak menetapkan hari yg khusus untuk itu..
Kerana apa?

Hanya ini hadiah paling bermakna untuk ibu bapa kita setiap hari...


Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

SEMOGA bermanfaat..

Tuesday 9 March 2010

Sambil-sambil main mata, meh baca hadis

Bismillah

Sebelum baca hadis kat bawah, jom tengok video ni dulu.. Mainan mata



Baru2 ni aku bukak hadis 40, tertarik dengan hadis ni, jarang sangat aku dengar.
Paling aku suka, part warna hijau.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat;

Iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.

Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Sunday 7 March 2010

KFC halal, biskut HARAM

Bismillah

Hari ni, aku dan ferd pergi ke town untuk beli beberapa barang dan juga untuk makan tengah hari. Sebelum kami pergi maryland, maka kami bercadang untuk menjenguk sebentar kedai KFC yang ade di Leicester ni. Baru-baru ni, di atas permintaan ramai, KFC membuat tempoh percubaan untuk menjadikan produk makanannya halal seperti KFC di Malaysia. Lebih meyakinkan, percubaan syarikat ini dipantau oleh Halal Food Association bagi mengelakkan sebarang salah faham dalam produk Halal.

Nampak cahaya matahari cam panas, tapi sejuk sungguh

Nampak gambar logo halal dan kami berdua?

Memang benar, ade cop halal dari HFA kat kedai tu. Dan aku sendiri melihat laman webnya. Memang boleh diyakini. Apepun aku agak pelik kenapa die tak terus je wat halal? Kalo halal, semua orang boleh makan tak kisahlah muslim or not yet muslim. Kenapa perlu ada tempoh percubaan?

N then senior aku(Izwan) pun bagi la tau aku, rupenye orang yg masih belum islam agak sensitif dan takut kerana sesembelihan orang Islam dibaca dengan kalimat Allah.. Barangkali mereka menganggap ia macam jampi kut2 nnt orang masuk Islam. Ala, macam kite gak la takut bende2 tu..

Lepas makan maryland, kami pun menziarahi Iceland(supermarket) sebab aku teringin nak makan aiskrim donat dan aiskrim murah kat situ. Tengah pusing2, si ferd ni jumpa la biskut coklat murah. Tanpa berfikir panjang, die pn ambik sebab die ni memang minat biskut2 coklat ni.

Ni biskutnye..

Manakala aku mencari aiskrim untuk dimakan. Alhamdulillah, jumpe dan aku cek bahan2 dalam die. Semalam aku jumpe asikrim di morrison tapi ade pork gelatine. HARAM. Kena cari yg sesuai untuk vegetarian dan tiada alcohol, maka boleh la makan. Tu untungnya ade org vegetarian ni, orang islam pn senang.

Balik je rumah, si ferd ni dengan excitednya terus makan biskut cokelat die. N then die pun jemput aku makan sekali. Aku pun acah-acah la die sikit, "hang ni main makan je, entah-entah Haram, ade tak tanda vegetarien kt situ?" Aku saja main2 sebab setakat biskut, takkan haram kut. Tapi aku tetap cek kotak die sebab takde tande vegetarian kat situ.

Tetibe nampak marshmallows, aku dah khuatir sikit. Cek-cek lagi tetibe terjumpe BEEF gelatine, memang aku suruh si ferd ni berhenti makan. Terus aku suruh die buang biskut die tu. Aduih, walopun die tidak menunjukkan muka terkejut, tapi biskut tu tetap sudah berada dalam badan die. Pelik, biskut macam tu pun boleh jadi haram kan?

Nampak tak mana satu beef gelatine?

Kenapa haram? Gelatin tu takde masalah jikalau ia diambil dari binatang yang disembelih. Tetapi sekiranya diambil dari binatang yg x disembelih, maka seluruh yang ade pada binatang tu di kira bangkai dan haram dimakan. Maka gelatin itu juga dikira haram. Jelas?

Jagalah makanan kita, InsyaAllah, kite mampu mengubahnya..
Salam

Susahnya.. Matematik

Bismillah

Sejak aku ambik matematik di UK, aku jarang wat differentiation..
Integration pun menerima nasib yang sama.. Perkara pertama yang aku belajar ialah jenis-jenis nombor.. Dan paling penting kami pelajari ialah BUKTIKAN!!

Walaupun aku bakal menjadi guru, kami di sini dilatih untuk menjadi ahli Matematik..
Akibatnya, memang lah sangat susah.. terlampau banyak perkara yang tak masuk dalam akal ni..
Belajar kenapa 0+0 sama dengan kosong? 'a' divide by 'a' ialah 1?
Buktikan!!

Hari ni, aku agak stress.. Nak buat kerje rumah(assignment), tapi terlampau subjektif..
Tak tau nak jawap apa, padahal soalan 3 bijik je.. Ya Allah.. susahnya.

Perlu berusaha untuk belajar sesuatu!! Manusia Allah kurniakan akal
Jangan jadi macam beruk..

Betul ke beruk tu belajar camne nak gune laptop?

Sebelum aku sampai di UK, senior aku cakap orang UK sangat memandang tinggi orang yang ambik math ni.. Kononnye, math sangat susah.. diletakkan setaraf dengan medic..
Memang tidak boleh dinafikan fakta ni, kerana ahli matematik boleh meraih keuntungan berjuta-juta kalau kerja di sebuah syarikat..

Tak Percaya?
Tak tau la kenapa kt Malaysia bidang matematik ni kurang popular.
Kalau ada, mesti dikaitkan dengan pendidikan.. Apepun, memang susah..


Ya Allah.. Semoga aku berjaya..

Friday 5 March 2010

Apabila anda diperlekehkan..

Bismillah

Semalam aku jumpe satu video yang sangat mengejutkan.. Bayangkan, jarang-jarang aku tengok video yg sama lebih kurang 10 kali. Video ni memberi aku seribu pengertian untuk aku faham erti percaya dan tidak memperlekehkan sape2 sesuka hati.

Bayangkan.. Anda seorang yang ingin sangat berjaya.. Tetapi semua orang memperlekehkan anda tanpa melihat apa-ape pun daripada anda lagi.. Pasti anda akan rasa lemah sangat

Di teluk intan, aku masih ingat sebuah gerai yang hanya jual pisang goreng... Pisang goreng?
Memang menjadi kebiasaan, kedai-kedai kecik mcm ni hanya layak untuk peniaga2 kecil yang miskin. Tiba-tiba penjualnya cakap aku bercita-cita nak bukak restoran yang besar dan jadi kaya-raya.. nak ade kereta yang besar.
Ketika itu, si peniaga hanya ade sbuah gerai goreng pisang..
Keadaan si peniaga sangat dhaif dan anak-anaknye sangatlah ramai..
Si peniaga tidak mampu pun memiliki sebuah kereta yang hebat.

Adakah anda akan percaya? Atau terus memperlekehkannya?
Hari ni, sudah terbukti, penjual goreng pisang menjadi pemilik sebuah restoran..
Kini restoran tersebut bukan sekadar bukak dari pagi, malah sudah berlanjutan sampai malam. Kini, pemilik gerai sudah mempunyai sangat ramai pelanggan tetap.. Dan kini barulah kami semua percaya.

Orang dibawah ini hanya diperlekehkan sewaktu beliau mengatakan impian beliau.
Dengan perwatakan dan usianya, tiada siapa yang percaya beliau ini boleh berjaya..
Tetapi beliau mencuba, tidak endah dengan sangkaan melorot orang sekelilingnye..
Saksikanlah..

Aku tak berjaya copy video die..
Ni link die kalo sape2 nak tengok

http://www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY

Aku masih tak dapat cara untuk mentafsir video ni.. huhu
Sangat banyak pengajaran

Hari ini, ada rakan-rakan kita yang mahu berubah.. Barangkali menjadi orang yang berguna, mahu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.. Tapi kita tidak percaya.. hanya mempertawakan rakan-rakan kita, tidak lansung menyokong.. Maka adekah itu sesuatu yang positif untuk rakan-rakan kita.

Kebolehan percaya adelah sesuatu yang sangat unik.
Percaya sebelum berlakunye sesuatu adelah sesuatu kekuatan yang luar biasa apetah lagi sekiranya kita bekerja untuknya..

Tiada sesiapa percaya Islam mampu menawan constantinople.. Tetapi sahabat percaya dengan kata2 nabi dan berusaha ke arahnya..

Tiada sesiapa pun di antara kita semua yang pernah melihat syurga dan neraka. Adekah kita percaya kepada dua balasan ini.. Jika benar, adekah kita berusaha untuk ke syurga idaman kita?

Percaya bukan setakat percaya, tetapi percaya adelah apabila kita berusaha untuk apa yang kita percaya!

Sekian..

Thursday 4 March 2010

Generasi MUSCOM..

Bismillah

Minggu lepas, Muscom sudah pun menyusun tanzim yang baru. Pengalaman menjadi sebahagian daripada AJK Muscom aku rasekan satu peluang yang sangat hebat.. Walaupun hanya memegang tapuk pimpinan selama 1 tahun, terlampau banyak perkara yang aku pelajari mengenai pengurusan, hidup berorganisasi, Islam sendiri dan paling aku hargai adalah pengertian sebenar Ukhwah Islamiyah..

Dalam masa yang sangat singkat, pelbagai usaha telah dilakukan demi memastikan Islam tidak tenggelam di kolej kami.. Nama muscom sendiri bagi aku sudah cukup istimewa, tidak diletakkan nama Badan Dakwah yang barang kali "menggerunkan".. Pendekatan muscom aku kira sangat halus dan lembut dalam berdakwah kepada para pelajar.. Setiap aktiviti tidak dirancang hanya untuk "kaki surau" tetapi diusahakan sebaik mungkin agar golongan yang dikatakan "sosial" juga tidak segan untuk bersama-sama menghadiri aktiviti MUSCOM.

Paling aku suka, pendekatan MUSCOM sangat sempoi, tidak ekstrem dan sememangnya dilatih untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Alhamdulillah, memang terlampau banyak yang aku pelajari dalam MUSCOM..

MUSCOM 0506
Ade dua orang founder IluvIslam kat sini.. cube teka yang mana?

MUSCOM 0607
Ade nampak macam badan dakwah ke diorang ni?
Aku dah jumpe diorg, dan diorg memg sgt mantap ilmu agama.. sempoi kan


MUSCOM 0708
Batch yang aku kire sangat mantap..


MUSCOM0809.. Batch aku


MUSCOM 0910
Korang takde gambar yang lebih sopan ke?


MUSCOM 1011??

Memang terlampau banyak cabaran untuk membawa orang kepada Islam.. Dan diri ini sudah cukup hina sebenarnya, rasa sangat tidak layak untuk mengajak orang. Tapi tanggungjawap yang telah diberikan Rasulullah perlulah diteruskan.. Dan perlulah perbaiki diri dari masa ke semasa. Moga-moga kita beroleh syurga.

Kini MUSCOM telah menambah jumlah ajk nye menjadi seramai 28 orang. Jumlah yang aku rasakan agak ramai. Macam mana la diorang ni nak wat meeting agaknye? huhu..

Apepun, selamat bekerja..
Semoga dipermudahkan urusan..
Sentiasa la tabah dalam menghadapi segala mehnah..

Salam

Wednesday 3 March 2010

Nasyeed ExtraVaganza NEXT 2010

Bismillah..

Mengulas sedikit tentang pertandingan nasyid di Sheffield hari tu, aku dapat simpulkan memang agak best.. Pertama kali datang event ni yang hanya mempertandingkan tujuh kumpulan sahaja. Kami sembilan orang menaiki dua buah kereta yang berwarna hijau dan kelabu. Dalam pukul 10.45pagi kami dah sampai di sana.. Keluar je kereta terus tangkap gambar.

Rombongan dari leicester


Oleh kerana kami datang awal, kami masih tak boleh masuk ke dewan sampailah pkul 12tgh ari.. tak kisah sangat pasal duk luar pun sejuk, bukannye panas.. Sambil2 duduk kat luar tu, jumpelah ramai kawan-kawan yang baru sampai dari cardiff, london, warwick dan orang sheffield sendiri.. Seronok gak sembang dengan diorang. Tetibe, Hazami In-Team datang dan bersalaman dengan kami semua. Kira bagus la die ni. Walopun artis, bukan kami yang pergi dapatkan die untuk salam, tapi die yang datang kat kami.. Ni baru betul artis muslim, hehe.
Pelik gak kenape la budak2 sini tak teruja tengok dia.

Dalam pkul 1 petang event tu start dengan persembahan samba dari local student kat situ.. Seterusnya dirasmikan oleh pengarah MSD yg baru dan beberapa buah video.. Persembahan pertama daripada pelajar sheffield manakala kami mendapat giliran ke 3.

Ni die video persembahan kami






Banyak la jugak kumpulan yang hebat kalau nak bandingkan dengan kami.. Apepun kami seronok je dan tak pikirkan pun menang ke kalah.. Kami memg masuk suka-suka je.. Lepas habis ketujuh-tujuh persembahan, kami berehat sebentar untuk makan tgh ari dan solat. Alhamdulillah, para peserta dibekalkan dengan makanan tengah ari(ayam masak merah tu..) dan makanlah kami dgn sepuas-puasnye.. Sambil tu, jumpe la jugak kawan2 lama, Ya Allah seronoknye jumpe diorg.

Majlis bersambung semula dengan dedikasi untuk Mas Afzal.. Lepas tu, Hazami Inteam wat persembahan dgn menyampaikan 6 buah lagu antaranya assolatuwassalam, kehidupan, nur kasih, Allah ya rabbi dan salamun salam.. Ustaz erfino pun nyanyi sekali.. Lepas persembahan, cabutan bertuah telah berlansung dan Izwan(IluvIslam) menang hadiah besar iaitu voucher 200pound utk melancong ke eropah bersama Kelana konvoi.. Ramai org dengki termasuk aku.. haha

Ingat lagi aku ckp pasal skype? ksian kan diorang..

Lepas habis majlis, kami bercadang pergi ke Noodle Inn.. Diorang ni cerite la makanan die banyak la, itu la, memg puas hati la.. Aku kalo cakap pasal makanan memang aku excited.. Dan diorang kata makanan tu halal, maka aku pn ikutla.. Sampai kedai tu, aku tengok orang cina punye kedai, aku kurang yakin sikit kalau orang cina jual, orang putih aku yakin sikit sebab diorang sensitif. Memang ade logo halal buatan sendiri. Maka aku tengok la ape menu die..

Roast pork? Crispy pork? apekah..

Ape la punye halal, aq memg was-was kalo ade menu babi ni..
Maka aku, Izwan dan syahir buat keputusan untuk pergi ke kedai lain. Diorang yang len makan je kat situ.. Makanan tu memang tiada masalah sebab dah tulis halal. Dari segi tanggungjawap memg kite dah lepas tambah lagi kalo tak ragu-ragu.. Tapi bagi aku, penting menjaga makanan yang akan jadi darah daging kita..

Syurga hanya dimasuki orang-orang yang hebat, maka berusahalah untuk jadi orang yang hebat.
Kami sampai di rumah dalam pkul 10 malam dan aku dikunjungi tetamu dari Mesir..
Nanti cerite ye..
Salam
Leicestary