Bismillah
Semalam aku jumpe satu video yang sangat mengejutkan.. Bayangkan, jarang-jarang aku tengok video yg sama lebih kurang 10 kali. Video ni memberi aku seribu pengertian untuk aku faham erti percaya dan tidak memperlekehkan sape2 sesuka hati.
Bayangkan.. Anda seorang yang ingin sangat berjaya.. Tetapi semua orang memperlekehkan anda tanpa melihat apa-ape pun daripada anda lagi.. Pasti anda akan rasa lemah sangat
Di teluk intan, aku masih ingat sebuah gerai yang hanya jual pisang goreng... Pisang goreng?
Memang menjadi kebiasaan, kedai-kedai kecik mcm ni hanya layak untuk peniaga2 kecil yang miskin. Tiba-tiba penjualnya cakap aku bercita-cita nak bukak restoran yang besar dan jadi kaya-raya.. nak ade kereta yang besar.
Ketika itu, si peniaga hanya ade sbuah gerai goreng pisang..
Keadaan si peniaga sangat dhaif dan anak-anaknye sangatlah ramai..
Si peniaga tidak mampu pun memiliki sebuah kereta yang hebat.
Adakah anda akan percaya? Atau terus memperlekehkannya?
Hari ni, sudah terbukti, penjual goreng pisang menjadi pemilik sebuah restoran..
Kini restoran tersebut bukan sekadar bukak dari pagi, malah sudah berlanjutan sampai malam. Kini, pemilik gerai sudah mempunyai sangat ramai pelanggan tetap.. Dan kini barulah kami semua percaya.
Orang dibawah ini hanya diperlekehkan sewaktu beliau mengatakan impian beliau.
Dengan perwatakan dan usianya, tiada siapa yang percaya beliau ini boleh berjaya..
Tetapi beliau mencuba, tidak endah dengan sangkaan melorot orang sekelilingnye..
Saksikanlah..
Aku tak berjaya copy video die..
Ni link die kalo sape2 nak tengok
http://www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY
Aku masih tak dapat cara untuk mentafsir video ni.. huhu
Sangat banyak pengajaran
Hari ini, ada rakan-rakan kita yang mahu berubah.. Barangkali menjadi orang yang berguna, mahu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.. Tapi kita tidak percaya.. hanya mempertawakan rakan-rakan kita, tidak lansung menyokong.. Maka adekah itu sesuatu yang positif untuk rakan-rakan kita.
Kebolehan percaya adelah sesuatu yang sangat unik.
Percaya sebelum berlakunye sesuatu adelah sesuatu kekuatan yang luar biasa apetah lagi sekiranya kita bekerja untuknya..
Tiada sesiapa percaya Islam mampu menawan constantinople.. Tetapi sahabat percaya dengan kata2 nabi dan berusaha ke arahnya..
Tiada sesiapa pun di antara kita semua yang pernah melihat syurga dan neraka. Adekah kita percaya kepada dua balasan ini.. Jika benar, adekah kita berusaha untuk ke syurga idaman kita?
Percaya bukan setakat percaya, tetapi percaya adelah apabila kita berusaha untuk apa yang kita percaya!
Sekian..
No comments:
Post a Comment