Thursday 25 March 2010

Peace of Palestine(POP)

Bismillah

Ahad lepas aq pergi Nottingham untuk program Peace of Palestine. Sikit je lelaki yang dtg time tu. Pempuan memg la berbondong-bondong. Nama pun perempuan. memg diorg suke datang program-program camtu.

Acara dimulakan dgn slot by firdaus rahim mengenai turki Uthmaniyyah.. Selepas itu beberapa sesi soal jawap mengenai zaman pemerintahan kerajaan ini. Seterusnya acara makan2 waktu tengah hari. Kami diberi nasi bungkus berlaukkan ayam masak lemak dan sayur campur. Ya Allah, sedap sungguh masak lemak tu. Teringin nak ambik dua bungkus. haha.

Seterusnya slot abang joe dari warwick mengenai Palestin. Walaupun agak lama tetapi cukup menyentuh perasaan. Palestin milik umat Islam dan sememangnye kita perlu mempertahankannya. Namun begitu bagaimana. Tugas pemuda Islam hari ni bukanlah pergi ke palestin dan berperang seperti pemuda palestin. Tetapi tugas kita adalah belajar kerana umat islam memerlukan golongan profesional utk islam bangkit.

Marilah lihat nasib umat Islam sekarang:



Sudah cukup banyak salah faham terhadap Islam. Ilmu adelah segala-galanya untuk kita hari ini. Hanya dengan ilmu dan iman sahaja baru Islam mampu ditegakkan. Carilah ilmu hingga saat terakhir kita bernafas. Ingatlah, umat Islam memerlukan kita.

Belajar adalah yang utama.
Allah adalah yang pertama.
Belajarlah kerana Allah wahai Izuan, InsyaAllah baru boleh berjaya.

No comments:

Post a Comment