Friday, 12 March 2010

Kita tidak perlukan HARI IBU

Bismillah.

Hari ini, terlampau banyak anak-anak yang kurang menghormati ibu-bapa mereka..
Lebih teruk sekiranya mereka tidak lansung mengingati ibu-bapa mereka. Aku sendiri pernah dengar ade pelajar yang ugut ibu-bapa untuk belikan sebuah motor untuk dia. Kalo tak, die merajuk tak nak belajar. Ade gak yang lari daripada rumah. Macam-macam lagi..

Bagi kanak-kanak, selalu saja tidak mahu mendengar nasihat ibu-bapa. Dan manusia tidak akan pernah menghargai sesuatu yang mereka ada, hinggalah mereka kehilangannya.

Bagi adik-adik yang selalu marah kepada ibu-bapa
Kepada abang-abang yang selalu derhaka kepada mereka
Kepada sesiapa yang tidak pernah mencium tangan ibu-bapa mereka sewaktu mereka masih hidup..

Terimalah gambar yang cukup bermakna ini..
Aku sendiri menggagahkan diri untuk melihat gambar ini..




Hari ibu, bukannya satu-satu masa untuk mengingati ibu kita..
Hari itu juga bukannya untuk hadiah yang tidak pernah dipinta oleh ibu-bapa kita.
Malah islam sendiri tidak menetapkan hari yg khusus untuk itu..
Kerana apa?

Hanya ini hadiah paling bermakna untuk ibu bapa kita setiap hari...


Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

SEMOGA bermanfaat..

No comments:

Post a Comment