Bismillah
Hari ni, aku dan ferd pergi ke town untuk beli beberapa barang dan juga untuk makan tengah hari. Sebelum kami pergi maryland, maka kami bercadang untuk menjenguk sebentar kedai KFC yang ade di Leicester ni. Baru-baru ni, di atas permintaan ramai, KFC membuat tempoh percubaan untuk menjadikan produk makanannya halal seperti KFC di Malaysia. Lebih meyakinkan, percubaan syarikat ini dipantau oleh Halal Food Association bagi mengelakkan sebarang salah faham dalam produk Halal.
Memang benar, ade cop halal dari HFA kat kedai tu. Dan aku sendiri melihat laman webnya. Memang boleh diyakini. Apepun aku agak pelik kenapa die tak terus je wat halal? Kalo halal, semua orang boleh makan tak kisahlah muslim or not yet muslim. Kenapa perlu ada tempoh percubaan?
N then senior aku(Izwan) pun bagi la tau aku, rupenye orang yg masih belum islam agak sensitif dan takut kerana sesembelihan orang Islam dibaca dengan kalimat Allah.. Barangkali mereka menganggap ia macam jampi kut2 nnt orang masuk Islam. Ala, macam kite gak la takut bende2 tu..
Lepas makan maryland, kami pun menziarahi Iceland(supermarket) sebab aku teringin nak makan aiskrim donat dan aiskrim murah kat situ. Tengah pusing2, si ferd ni jumpa la biskut coklat murah. Tanpa berfikir panjang, die pn ambik sebab die ni memang minat biskut2 coklat ni.
Manakala aku mencari aiskrim untuk dimakan. Alhamdulillah, jumpe dan aku cek bahan2 dalam die. Semalam aku jumpe asikrim di morrison tapi ade pork gelatine. HARAM. Kena cari yg sesuai untuk vegetarian dan tiada alcohol, maka boleh la makan. Tu untungnya ade org vegetarian ni, orang islam pn senang.
Balik je rumah, si ferd ni dengan excitednya terus makan biskut cokelat die. N then die pun jemput aku makan sekali. Aku pun acah-acah la die sikit, "hang ni main makan je, entah-entah Haram, ade tak tanda vegetarien kt situ?" Aku saja main2 sebab setakat biskut, takkan haram kut. Tapi aku tetap cek kotak die sebab takde tande vegetarian kat situ.
Tetibe nampak marshmallows, aku dah khuatir sikit. Cek-cek lagi tetibe terjumpe BEEF gelatine, memang aku suruh si ferd ni berhenti makan. Terus aku suruh die buang biskut die tu. Aduih, walopun die tidak menunjukkan muka terkejut, tapi biskut tu tetap sudah berada dalam badan die. Pelik, biskut macam tu pun boleh jadi haram kan?
Kenapa haram? Gelatin tu takde masalah jikalau ia diambil dari binatang yang disembelih. Tetapi sekiranya diambil dari binatang yg x disembelih, maka seluruh yang ade pada binatang tu di kira bangkai dan haram dimakan. Maka gelatin itu juga dikira haram. Jelas?
Jagalah makanan kita, InsyaAllah, kite mampu mengubahnya..
Salam
salam madat..
ReplyDeleteactually, takyah buang pun takpe biskut tu..
in fact, yang haram dimakan cume dagingnya..
susu, lemak, kulit dan semua yang lain adalah dihalalkan...
-rujukan kitab fiqh sunnah karangan as sayyid sabiq-