Minggu lepas, Muscom sudah pun menyusun tanzim yang baru. Pengalaman menjadi sebahagian daripada AJK Muscom aku rasekan satu peluang yang sangat hebat.. Walaupun hanya memegang tapuk pimpinan selama 1 tahun, terlampau banyak perkara yang aku pelajari mengenai pengurusan, hidup berorganisasi, Islam sendiri dan paling aku hargai adalah pengertian sebenar Ukhwah Islamiyah..
Dalam masa yang sangat singkat, pelbagai usaha telah dilakukan demi memastikan Islam tidak tenggelam di kolej kami.. Nama muscom sendiri bagi aku sudah cukup istimewa, tidak diletakkan nama Badan Dakwah yang barang kali "menggerunkan".. Pendekatan muscom aku kira sangat halus dan lembut dalam berdakwah kepada para pelajar.. Setiap aktiviti tidak dirancang hanya untuk "kaki surau" tetapi diusahakan sebaik mungkin agar golongan yang dikatakan "sosial" juga tidak segan untuk bersama-sama menghadiri aktiviti MUSCOM.
Paling aku suka, pendekatan MUSCOM sangat sempoi, tidak ekstrem dan sememangnya dilatih untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Alhamdulillah, memang terlampau banyak yang aku pelajari dalam MUSCOM..
MUSCOM 0607
Ade nampak macam badan dakwah ke diorang ni?
Aku dah jumpe diorg, dan diorg memg sgt mantap ilmu agama.. sempoi kan
Ade nampak macam badan dakwah ke diorang ni?
Aku dah jumpe diorg, dan diorg memg sgt mantap ilmu agama.. sempoi kan
Memang terlampau banyak cabaran untuk membawa orang kepada Islam.. Dan diri ini sudah cukup hina sebenarnya, rasa sangat tidak layak untuk mengajak orang. Tapi tanggungjawap yang telah diberikan Rasulullah perlulah diteruskan.. Dan perlulah perbaiki diri dari masa ke semasa. Moga-moga kita beroleh syurga.
Kini MUSCOM telah menambah jumlah ajk nye menjadi seramai 28 orang. Jumlah yang aku rasakan agak ramai. Macam mana la diorang ni nak wat meeting agaknye? huhu..
Apepun, selamat bekerja..
Semoga dipermudahkan urusan..
Sentiasa la tabah dalam menghadapi segala mehnah..
Salam
No comments:
Post a Comment