Friday, 19 March 2010

Yang pergi tidak akan kembali lagi



Bismillah.
Hari ni kita cerita pasal binatang la ye.
Sebulan yang lalu, Setiap malam, kalau aq pergi dapur mesti akan ade bende macam lalu kt bawah dapur tu. Time mula2 datang rumah ni takde plak bende-bende macam ni terjadi. Aku tersedar bile ade kawan aku datang dari warwick n then tengok roti kat bilik aku berlubang kt tepi.

Lama-kelamaan barulah jelas rupe-rupenye binatang tu tikus. Oleh kerana setiap malam makhluk ni bertindak, maka kami pun bercadang beli perangkap tikus. Yang bagusnya perangkap ni ialah ia tidak memerlukan apa2 umpan.

Aku pernah baca blog kawan aku yang cuba umpan macam2 jenis di Malaysia. Sampai la sekali tu die letak rokok sebagai umpan. Tp umpan tu tak berjaya, jd die try plak letak duit. Yang tak syoknya, duit tu lenyap keesokan harinya. Tikus mata duitan?

Setelah kematian seekor tikus, maka kami terus menjalankan operasi kami. Dan sabtu lepas. seekor lagi tikus kembali ke rahmatullah.

Budak bawah umur xleh tengok gambar ni!!

Sekarang, rumah ni sudah lama tidak menerima kelibat tikus-tikus liar. Walaupun tikus tu comel, tp kami terpaksa juga bertindak. Tikus tu memg kecik pun. Sebelum ni yg mati pun kecik gak.

Tikus ni tak pernah pikir die akan mati waktu tu.
Kita juga seperti mereka. Tidak pernah tahu bile kita akan mati. Paling sukar ialah apabila kita cuba meyakini bahawa esok kita berkemungkinan untuk mati. Adakah kita bersedia untuk mati?

Tingkatkanlah amalan kita semua.
Memasuki syurga bukan satu pilihan tetapi satu kemestian..

No comments:

Post a Comment