Sunday, 7 March 2010

Susahnya.. Matematik

Bismillah

Sejak aku ambik matematik di UK, aku jarang wat differentiation..
Integration pun menerima nasib yang sama.. Perkara pertama yang aku belajar ialah jenis-jenis nombor.. Dan paling penting kami pelajari ialah BUKTIKAN!!

Walaupun aku bakal menjadi guru, kami di sini dilatih untuk menjadi ahli Matematik..
Akibatnya, memang lah sangat susah.. terlampau banyak perkara yang tak masuk dalam akal ni..
Belajar kenapa 0+0 sama dengan kosong? 'a' divide by 'a' ialah 1?
Buktikan!!

Hari ni, aku agak stress.. Nak buat kerje rumah(assignment), tapi terlampau subjektif..
Tak tau nak jawap apa, padahal soalan 3 bijik je.. Ya Allah.. susahnya.

Perlu berusaha untuk belajar sesuatu!! Manusia Allah kurniakan akal
Jangan jadi macam beruk..

Betul ke beruk tu belajar camne nak gune laptop?

Sebelum aku sampai di UK, senior aku cakap orang UK sangat memandang tinggi orang yang ambik math ni.. Kononnye, math sangat susah.. diletakkan setaraf dengan medic..
Memang tidak boleh dinafikan fakta ni, kerana ahli matematik boleh meraih keuntungan berjuta-juta kalau kerja di sebuah syarikat..

Tak Percaya?
Tak tau la kenapa kt Malaysia bidang matematik ni kurang popular.
Kalau ada, mesti dikaitkan dengan pendidikan.. Apepun, memang susah..


Ya Allah.. Semoga aku berjaya..

No comments:

Post a Comment