Sunday, 14 March 2010

Tamrin Rijal 2010...

Bismillah

Semalam, Izwan ajak aku n syahir pergi satu program di nottingham. Aku yang tak tahu program apa, ikut jela sebab bunyi macam ala2 islamik gak. Maka, kami bercadang nak bertolak dari leicester pukul 8 pagi sepatutnya. Namun begitu, Brother Firdaus rahim(IluvIslam) dan hazwan menziarahi kami di leicester malam sebelum kami bertolak. Oleh kerana diorang tak jumpe Izwan lagi malam tu, maka aku pun bawak diorang pergi rumah Izwan pagi tu.

Lepas habis bersembang, (biasala kawan baik yg lama x jumpe), maka firdaus rahim hantar kami ke train station kul 9.30 macam tu. Sampai di Nottingham, kami menuju ke tempat untuk berkumpul. Tengok2 sekali diorang tgh main bola. Aku yang datang dgn seluar bukan sukan dan kasut yang boleh mematahkan kaki orang, dengan serta merta merasa pasrah. Alhamdulillah, ade seorang brother bagi pinjam kasut sukan die. Bleh la aku main.

Tamrin Rijal bermaksud "latihan pemuda" bertujuan merapatkan ukhwah sesama muslim. Alhamdulillah, memang banyak orang baru yg aku kenal dan jadi rapat dalam masa x sampai satu hari. Lepas habis bersukan, kami menunaikan solat zuhur dan aktiviti diteruskan dgn pertandingan kuiz yg diketuai saudara atiq.


Kenal x atiq ni. Pelajar yg berlakon iklan stabilo 2003.
Antara pelajar cemerlang zaman tu.


Selepas itu, kami berehat sebentar untuk memberi peluang kpd para jemaah yg ingin menunaikan solat asar.

Lepas itu, acara yg paling aku minati iaitu acara berBBQ. Perghh.. memang banyak betul makanannya. Sementara tunggu nak hidupkan api, kami bersiar-siar disekitar kolam di University of Nottingham.

Abang amir bersama anak2nye

Izwan yang sedang melayan kerenah anak abg amir
Tula yop, teman suruh kawin awal-awal, kan dah ridu nak dapat anak.


Lawa x swan ni? tengok depan mata lagi cantik


Setelah beberapa seketika, tetibe datang seorang penguatkuasa ke arah tempat bbq kami. N then die bagitahu yg dekat sini tak boleh wat bbq. Abang amir macam argue balik sebab dah beberapa kali wat kt situ, tak pernah pun ade masalah. Dan mempersoalkan tentang kewujudan peraturan yg melarang kami berBBQ kt situ. Lepas beberapa seketika, kami pun beredar ke rumah abang amir utk berBBQ kt situ pulak. Abg Amir malas nak lawan dgn org tu.

Di rumah abang amir, memg sangat kenyang perut aku ni. Makanan nye sangat banyak.. Nasi goreng, kambing panggang, peha ayam panggang, daging burger, sosej, dan akhir sekali diorg panggang kepak ayam. Tapi takde orang nak layan dah kepak ayam tu pasal dah kenyang.
Betul tak tipu, memang sangat kenyang.

Lepas makan, kami solat maghrib bersama-sama dan diikuti beberapa sesi tazkirah dan penyampaian hadiah.. Apepun, memang best. Jemputlah lagi ye...


Dalam bekas tu, makanan lebih yg org x makan2.
Tengok apai tu, siap main2 je makanan tu.



Aku yang dah tak lalu nak jalan kaki, mintk tolong khairul hantarkan kami ke trainstation. Dalam kul 9.30malam dah sampai leicester. Hari yang sangat memenatkan.

Sekian

No comments:

Post a Comment