Thursday 5 October 2023

ALC 2023 : MERBOK

 Bismillah


Melabuhkan tirai...


ALC kali ni diuruskan oleh Alumni sepenuhnya. Kejayaan besar kerana mereka berjaya melaksanakan dengan baik. Hanya tersangkut dibahagian paperwork. Terlampau lambat proses kelulusannya. Nasib baik lulus.


Secara keseluruhan, ALC kali ini diuruskan oleh G18. Manakala G19 byk pada urusan teknikal. Dibantu adik2 G21 untuk urusan dapur. Dan ALC23 menyaksikan kehilangan besar G15-G17. Yang turun boleh dikira dengan jari.


Dan kelak, G18 juga akan menerima nasib yg sama. Bila masing2 sudahpun mula bertatih masuk ke alam pekerjaan.


Dari sudut modul. Banyak kekeliruan slot antara pusat Islam dan alumni. Akibatnya alumni kurang hadir dengan back up modul. Dan aku perhati, agak kurang fasi lelaki yang "kelakar" untuk handle modul. Memang makin pupus musliminnya.






Tapi kekuatan nampak jelas pada kehadiran anisso yang membawa semangat dakwah/tarbiyah dari luar negara. Yang susah nak dpt pada keluaran uni tempatan sebab byk disibukkan dengan siasah. Masih nampak kelemahan masing2 yang tidak berminat bina hubungaan dengan adik2 ANC untuk perkaderan. Sayang.


Tetibe tak larat dah nak menulis. Jom gambo je le





Pertemuan.

Tidak perlu lama

Hanya perlu ada

Jangan khuatir harta

Kerana yang perlu dikorbankan

Hanyalah masa...



Terima kasih

Buat yang sudi datang

Dan yang diuji untuk tiada lagi