Sunday 31 January 2016

Alkisah Cinta Tiga Negeri... bhgian 1

Bismiilah..

Beberapa minggu lepas, si nawal bagi teka-teki...

"cikgu, saya ada teka-teki . Kenapa air laut masin?..."

Kesibukan saat mesej itu masuk, aku tidak berjaya membalas pada masanya.

Oleh kerana kategorinya adalah teka-teki, aku yakin si Nawal ni bukannya nak jawapan saintifik. Entah macam mana tiba-tiba aku terjumpa manusia yang menulis kembali teka-teki ini di media sosial. Jawapannya euwwww....

Ni jawapannya:

"Sebab yang manis-manis semua ada pada awak..." Kahkahkah...

Okeh, silalah bahan Nawal eh. Tetiba dia jiwang.

Dan ini pula kisah "jiwang" yang dijanjikan. Cuma rasanya takleh lawan studentku si pemalu kot. 3 Bahagian awal agak perlahan. Cuma pesanan penaja, toksahlah percaya sangat eh..



ALKISAH CINTA TIGA NEGERI. 


Umur 20an, aku dan mereka sudah terlalu awal belajar berdikari di bumi asing. Pulang ke Malaysia, kami beramai-ramai berpedagogi di maktab perguruan. Dilema pelajar tahun akhir ketika di UK dilupakan sebentar. Topik "Baitul Muslim" yang sering menjadi buah mulut ketika di tamrin-tamrin, menjadi sepi buat seketika.

Di kampus tersebut, kami kembali menjadi pelajar tahun pertama.

Menjadi budak sekolah balik


"weyh korang, jom pegi tengok sekolah nak tak?" budak monarch kehitam-hitaman itu bersuara.

Kami berenam, tercampak ke selatan negeri untuk belajar bertatih-tatih. Mudah dan jimat, kami sebulat suara bersetuju untuk duduk bersama-sama. Dengan bantuan seorang junior, enam sahabat itu beroleh sebuah rumah sewa di kawasan kampung, berhampiran bulatan yang memisahkan tiga negeri.

Bujang-bujang itu tidak punya masalah untuk duduk di kampung. Walau mereka punya sijil berharga dari luar negara, kampung-kampung seperti itu masih sebati dengan jiwa mereka. Ada yang kampung pada wajah, ada yang kampung pada hati, ada juga yang kampungnya memang tersemat dalam peribadi.

Taman perumahan kecil itu dikelilingi bendang, sesuai dengan jolokan negerinya, Jelapang Padi. Walaupun namanya Bandar Baharu, tiada bandar yang kelihatan baru untuk kami membeli segala kelengkapan rumah. Dengan pilihan yang tidak ada, kami ber"shopping" di negeri jiran yang jaraknya 180saat dari rumah. Menariknya, negeri jiran itu bukan Pulau Pinang, tetapi negeri si deme dan kome, PERAK.

Selesai melabur untuk tiga bulan, kami bergerak menuju ke sekolah masing-masing. 5 minit dari Parit Buntar, kereta yang dipandu akhirnya selamat sampai ke sekolah-sekolah praktikum untuk bahagian selatan Negeri. Azri yang menjadi salah seorang drebar berjenaka dengan sebuah keluhan:

"pergh, dahsyat kita ni. Hari-hari pergi sekolah kena lalu tiga negeri..."

Entah suara siapa yang beriman membalas...

"itulah yang dipanggil pengorbanan seorang guru..."

Booooo..

Azri dan pojan, kedua-duanya beroleh sekolah kluster. Aiman dan Kamal pula seperti bersuka-ria di sekolah yang bangunannya masih baru didirikan. Lokasinya pula bersebelahan MRSM. Manakala aku dan cuan ditempatkan di sekolah paling jauh, yang majoriti penduduknya berlatarbelakangkan nelayan dan buruh kampung. Turut menemani kami ialah Shak dan Hanun, dua anak dara yang juga mengajar matapelajaran yang sama, matematik.


Petang hari pertama, enam sahabat itu membuat keputusan gila bersama-sama. Tiga negeri itu seperti tidak mampu untuk dilalui setiap hari. Saat mencari-cari rumah baru dikawasan Transkrian, mereka beroleh rezeki baru. Berkat berkawan dengan orang-orang Soleh, kumpulan kecil itu ditemukan dengan sebuah rumah kecil dua tingkat di taman Ilmu. Lebih dekat dan murah, tidak lama untuk mereka berkeputusan mengubah arah. Petang pada hari yang sama, kami berpindah ke Taman Ilmu.

Keesokan paginya, jejaka-jejaka itu memulakan tugas sebagai guru pelatih. Sebagi satu-satunya pasangan yang tidak punya pengangkutan, kami terpaksa meminta ehsan sahabat serumah. Aiman yang soleh kemudian berbesar hati meminjamkan kereta kancilnya untuk aku dan cuan.

Kami berdua diberi kelas yang sama untuk subjek Matematik Tambahan. Bergilir-gilir dengan topik yang berbeza. Manakala untuk subjek matematik moden, aku beroleh kelas kelima daripada tujuh, manakala cuan diuji dengan kelas ketujuh. Bagi mencukupkan bilangan jam, aku turut dipaksa mengajar subjek ICT untuk pelajar tingkatan dua.

Beberapa minggu awal di sungai Acheh, diri  mencari-cari "hikmah" dan kebaikan berpraktikum di hujung negeri itu.  Selain air tebu yang menenangkan hati, aku tidak pasti apa lagi yang mampu meringankan kesabaran dan kepayahan mengajar kelas kelima itu. Kelas itu pelajar cinanya tidak fasih berbahasa melayu. Manakala yang melayunya, tidak lansung punya sebab untuk mereka belajar. Hampir separuh daripada mereka sudah terikat dengan kerja di luar. Tidak kisahlah sama ada di pasar malam, di kedai runcit ataupun  membantu perniagaan keluarga. Duit sedikit itu memotivasikan mereka untuk tidak mahu belajar.

Kepala yang sudah terlalu pening mahu memikat mereka, kadangkala terubat juga dengan  mendengar kisah lucu mereka. Dan keseronokan bila melihat mereka faham perkara-kara kecil, hanya guru-guru sahaja yang tahu perasaan "berjaya"nya.

Suatu hari, sedang aku bermalas-malasan melayan kerenah kelas kelima itu, lalu seorang guru wanita yang perwatakannya cukup misteri. Berjalan memandang lantai, jarang benar aku melihat wajahnya.

"Ustazah ke tu?..." aku bertanya kepada seorang pelajar.

"takdelah cikgu. Tu cikgu Sakinah. Ajar sejarah. Dia cikgu ganti..."


"Erk... Ajar sejarah??"

Aku tidak mampu membayangkan bagaimana guru seperti itu mampu mengajar subjek sejarah. Subjek yang panjang ceritanya, diajar oleh orang yang tidak banyak berbicara. Entah siapa mahu menjadi pendengarnya...

Setiap kali berjalan ke kelas kelima, aku selalu terserempak dengan "ustazah bersejarah" itu. Melihat dirinya yang tekun menulis tanpa dipedulikan anak murid, kadangkala perasaan lucu bercampur kasihan bermain dalam hati aku.

Dirinya yang kelihatan misteri, aku dan cuan selalu terasa ingin tahu.

"Sakinah itu sebaya dengan kita la...."

Bersambung...

Wednesday 27 January 2016

Bajet untuk telinga.

Bismillah.

Akhir-akhir ni, jari aku ligat menekan benda-benda seperti ini di ruang carian mudah.my.

1. Speaker
2. Speakers
3. speker(memang ada orang eja macam ni)
4. Amp
5. Amplifier
6. Power mixer
7. Pa
8. P.a

Gila. Hanya aku sahaja yang tahu kegilaannya. Gilanya bukan setiap hari, tetapi setiap jam dan setiap masa. Tidak mengira siang atau malam, pantang sahaja tangan aku memegang laptop atau ipad, benda-benda ini akan aku cari.

Selepas UPS, sudah ada beberapa program yang dirancang untuk dijalankan dibelakang surau. Antara yang pasti ialah:

1. Dikir Zikir 2.
2. Aktiviti sempena Lailatun Nisa
3. Majlis wida' ANC

Dan yang masih berlegar dalam kepala aku.

1. Malam untuk syria.
2. Santai bersama Ustaz Ghani, ala-ala tanweer TV9 (tentg muslim leadeship)
3. I love Ustaz (Nak buat macam imam muda, tapi kompem ustaz-ustaz sini tak mau)

Cuma postmortem tanpa hitam putih yang aku buat dr program2 belakang surau, bunyi Speaker satu itu belum cukup memuaskan gegendang telinga. Bukan kerana bunyinya tidak cukup kuat, cuma pelik bila bunyinya hanya bersumber dari satu "telinga", sedang pendengarnya pula berkembar dua di kepala.

Akibat dari pencarian ini, aku belajar sedikit demi sedikit mengenai sistem P.A. Benda pertama aku belajar ialah maksud watts pada amplifier dan speaker. Juga jenis-jenis sambungan yang diperlukan antara Amp dan speaker. Nampak remeh, tetapi ketidakserasian mampu menyebabkan sebuah "kebakaran".


Idaman aku, Behringer europower PMP2000. Menggabungkan amplifier dan mixer. So tak payah banyak-banyak soket power. Harga dia paling rendah pernah aku jumpa RM1600.

Hasil dari Talaqqi di alam maya, aku kemudiannya berkunjung ke Jalan Benggali Butterworth, sebuah syurga kecil bagi peminat2 audio system. Tawaran set lengkap yang sangat-sangat berpatutan, juga pilihan yang pelbagai, aku menahan diri daripada terburu-buru. Yang mencuri perhatian aku ialah power mixer dynamax yang berharga RM1500. Juga speaker kayu 400w berharga rm700. Di sebuah kedai, seorang uncle(cina) bermurah hati berkongsi ilmu dengan aku yang seperti budak tadika. Orang-orang kedai yang juga berkongsi resepi, aku pulang kembali ke kolej untuk terus belajar dan bersabar.


Ni dia Dynamax SRMXDX-MPX808U


Antara benda baru yang aku tak pernah tahu ialah maksud "ohm". Ingatkan tak penting, rupanya ini antara yang sangat-sangat penting. Maka, aku meneruskan pembacaan mengenai ohm dengan bahasa yang lebih mudah. Pencarian di mudah.my diteruskan, dan aku selalu kecewa. Sama ada kecewa kerana layanan yang tidak berbalas, harga yang mahal, juga kerana barang idaman sudah pun dipetik orang. Dan yang paling mendapat perhatian besar aku ialah Bajet. Mahu menghabiskan dua ribu ringgit dalam satu bulan pun sudah rasa membazir, inikan pula mahu melenyapkan 2000 itu dalam satu malam. Apatah lagi bukan untuk kegunaan diri sendiri.. Seram wooo...

Kemuncaknya malam tadi, apabila aku berkunjung ke pekan kecil kepala batas. Terjumpa portable PA dengan dua 12" speaker. Harga rm800 sahaja. Bunyi memang meletop telinga. Kalau digandingkan dengan portable PA 15" yang aku ada, memang dahsyat. Alhamdulillah, sekali lagi aku menahan diri. kot-kot ada hikmahnya. Sepanjang solat ishak, otak hilang khusyuk memikirkan pilihan terbaik. astaghfirullah al azim.

Malam yang sunyi. Sebaik sahaja selesai menghadam potato bowl, Allah jumpakan aku dengan BG Sound & Lighting Sdn Bhd punya FB. Geledah punya geledah, akhirnya aku terjumpa power mixer yang berkuasa tinggi dan punya banyak channel. Yang paling penting, harga dia memang berpatutan. 

Inilah hasilnya:

 
Power mixer ezitech pm7350. Harga rm750 + 20 delivery cost.
 
Buatan CHINA, so janganlah bandingkan dengan yamaha eh. Cukuplah untuk orang amateur macam aku. Diorang bagi wayar speakon sekali.


Paling syoknya berurusan dengan kedai ni ialah penghantarannya. Pagi tadi bayar online, petang pukul 5.30 petang sudah berada dalam tangan aku. Padahal kedai kat KL. diorg hantaq guna bas.

Rasanya bulan ni memang kena ikat perut sungguh. Walaupun bajet masih positif, aku masih perlu mencari speaker 12 inch atau 15 inch yang mungkin memakan kos sekitar rm700-rm1000. Mahu berhutang dengan manusia. Sangatlah menakutkan. Nak pinjam duit ayah sendiri pun malu. Kalau apa-apa yang dahulukan duit ayah aku(sbb xde online banking), memang berusaha bayar terus bila jumpa. Duit simpanan tak boleh usik, itu disiplin yg perlu dijaga rapi.

Bajet untuk speaker itu, aku mengharap ada orang yang bermurah hati. Dapat sikit pun jadilah. Tidakpun, doakanlah rezeki aku bulan ni murah nanti. Yang pasti, aku perlu mendapatkannya sebelum gaji kedua masuk sbb dah banyak program yang akan bermula. Apa susah, Tuhan kan ada.

Ada orang yang melihatnya sebagai membazir. Mahu memikirkannya pun sudah mengundang pening di kepala. Baik relaks layan Gerua. Haha.  Banyak orang muda yang rasa tiada perlu untuk memikirkan semua ini. Banyak lagi benda mewah yang boleh dimiliki dengan duit sebanyak itu. Boleh beli baju baru, kasut, tengok wayang, perfume mahal, belanja awek. Sedang aku, kasut hitam pun dah empat tahun tak bertukaq. Kedekut..

Entah kenapa, aku begitu suka orang-orang agama itu menggunakan barang-barang aku itu untuk agama. Ia perasaan yang sukar mahu digambarkan dengan kata-kata, dan sukar juga mahu dikongsikan dengan rakan-rakan. Projector dan portable PA aku yang sudah berbakti, seperti mengalirkan sesuatu apabila pemiliknya mati. Mahu rasa? Kenalah percaya dulu...

" Apabila hidup kita hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.Bermula & berakhir dengan umur kita.Tetapi jika hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidupnya panjang & mendalam.  Bermula dari bermula manusia,berakhir dengan luputnya manusia dari muka bumi"(Syed Qutb)



Sekian dari Syuib0809. 

Friday 22 January 2016

Kader Binasa

Bismillah.

Banjir besar yang menimpa kapal, aku semakin berhati-hati merekruit awak-awak yang mahu menaiki kapal. Ciri-ciri yang tidaklah begitu banyak diperketatkan, cuma aku suka mengolah ia dalam bahasa yang anak-anak whassap kini lebih mudah untuk memahaminya. Cuma anak-anak itu sudah mula menunjuk-nunjuk kehebatan, mendahulu emosi berbanding akal. Sifat-sifat muda mereka itu sebenarnya biasa. Cuma kelak ia akan membinasa.

Jaga Amal Islami.

Mahu menjadi penolong-penolong agama Allah, maka perintah-perintah Allah itu perkara wajip yang mereka perlu jaga.

Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda; Sesungguhnya Allah berfirman, sesiapa yang memusuhi wali-Ku, ku mengisytihan perang terhadapnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatan-nya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya.

Mana mungkin orang tidak menjaga solat, mahu dikader menjadi tentera Allah.

Mana mungkin yang selambanya berkata "ala, yang penting solat, jemaah tak berjemaah tu cerita lain..." mahu dimasukkan dalam jemaah ini. 

Menyaksikan begitu banyak mereka-mereka yang begitu semangat dalam berorganisai, namun tidak menjaga amal islami. Subuh yang kadangkala gajah sendiri sudah keluar mencari rezeki. Quran yang tidak bersentuh berminggu-minggu. Makruh-makruh yang diambil ringan dalam kehidupan harian, hingga akhirnya mereka kelihatan kuat  dalam memimpin, tetapi terlampau lemah untuk beristiqamah.

Kerana itu teguran Umar itu teguran yang menggerunkan

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu. Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu, supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.


Usah banyak beralasan.

"Jom pegi tamrin?"

"ala, aku banyak assignment la..."

"Malam ni tolong bentang tikar kat belakang surau boleh?"

"Malam ni dah janji nak makan malam dengan roommate la..."

Manusia yang beralasan untuk kerja dengan Tuhan, mana mungkin molek menjadi ahli kapal. Kisah tabuk yang menyaksikan begitu banyak manusia yang beralasan, tiada satu pun yang mengundang layanan dari Rasulullah. Kerana yang beralasan-alasan itu sudah terlampau jelas sifat munafiknya. Sedangkan kaab bin malik pula memilih untuk menceritakan hal sebenar, hingga kemudian mendapat layanan "istimewa" dari Allah dan Rasulnya.

Kerana itu, carilah sahabat-sahabat yang mudah diajak, dan mengulangi dialog-dialog orang beriman kepada ajakan nabi-nabi mereka:


“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As Shaff: 14)


Rendah diri/tawaduk..

Tertebuknya Kapal Hijau ini, kerana banyaknya orang-orang sombong yang berbangga dengan ilmu sedikit yang mereka ada. Lebih dahsyat, ada yang memandang rendah sahabat-sahabat, serta mudah tidak berpuas hati dengan keputusan pimpinan. Merasa idea/pandangan diri sntiasa betul hingga memperbodohkan manusia lain. Orang-orang sebegini tidak patut dijemput bersama dalam jemaah.


Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong". Kemudian seseorang itu berkata : "Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus". Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain". - hadis riwayat Muslim.

Sahabat-sahabat yang keluar kapal, banyaknya kerana bersebab "tidak puas hati". Mereka ini insan-insan baik yang jarang benar aku lihat kejahatannya. Cuma sifat tidak puas hati mereka membuahkan begitu banyak sangkaan-sangkaan jahat. Hingga mereka dilabel jahat oleh orang-orang yang tidak jahat. Tatkala keluar dari kapal kerana dilabel jahat, hujah-hujah baik mereka dulu tiba-tiba bertukar menjadi jahat. Kembalilah sahabat, tinggalkan sangkaan-sangkaan jahat, kerana kalian insan baik yang perlu berlatih bersangka baik. Jadikanlah sangkaan-sangkaan baik itu ubat-ubat pahala buat kalian. Bukankah kalian orang beriman?

Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.
.........

Tiga ciri ini aku bekalkan kepada anak-anak yang pernah dipimpin dan sedang dipimpin. Cuma yang pernah dipimpin itu, sudah mula bersuka ria menjadi pemimpin. Suka ria itu mengundang bisikan kata dari penghuni neraka. Hingga diri mereka mula suka didengar kata dari mendengar kata. Degil itu mudanya memang biasa, tuanya akan kelihatan binasa. Tunduklah. Hormat pada manusia yang kelihatan tiada apa-apa dihadapan kamu.

Gurauan dan jenaka yang aku bekalkan dalam pertemuan, agar hati mereka gembira dari sebarang dukacita dan kepenatan. Namun tiada sangka, penyakit hati itu semakin melekat pada mereka. Diri yang terhegeh-hegeh menyibuk urusan mereka, kelihatan begitu murah pada pandangan mata. Mahu merajuk terasa bodoh. Mahu menjauh, akal ligat memikir seribu satu program untuk mereka belajar. .

Bersabarlah sebentar, cutilah daripada mengambil berat perihal mereka.

Aku rasa aku "datang bulan". Hehe

Minggu depan bermulanya penulisan "Alkisah Cinta Tiga Negeri". Ada 7 bahagian. Tiga bahagian aku dah siap tulis. Cuma nak tambah-tambah sikit. 4 lagi rangka dah ada, tinggal nak tulis waktu cuti dua minggu lagi.

Sekian dari Syuib0809











Tuesday 12 January 2016

Kisah Rawak

Bismillah.

Imej Awkward Guru

Sempena kemasukan murid-murid tahun satu ke sekolah, macam-macam "isu" yang dibincangkan di media sosial. Dari isu cikgu perempuan yang makin cantik, hinggalah isu murid-murid kena duduk atas lantai, ia menjadi lambang bahawa masyarakat kita sudah terlampau banyak berubah. Entah kebijakan atau kebodohan yang bertambah dalam masyarakat, masing-masing punya "stand" yang tiada siapa mampu bersetuju 100 peratus.

Teringat guru dulu-dulu..

"jangan asyik main game je keje..."

"udah-udahlah tengok drama siang malam..."

"sibuk je budak-budak sekarang ni dengan enset. Sampai jalan pun tak tengok kiri kanan..."

Dialog-dialog ni mungkin ungkapan-ungkapan biasa guru-guru dulu. Tpi entah apa yang awkwardnya, aku melihat ia sudah menjadi trend guru-guru kini. Teruja melihat guru-guru yang sudah tiada lagi mengira umur, disibukkan dengan telefon pintar 24 jam. Imej guru yang berjalan, kemudian tersenyum dengan phone di tangan. Ada yang jari jemarinya laju menekan skrin sampai anak murid di depan pun x perasan. Ia Imej yang sangat awkward. Anak-anak muda dulu mungkin kelihatan biasa-biasa, tetapi guru-guru yang semakin tua berimej sebegitu, ia seperti membinasa.

Cerita Kedai Kopi.

Baru-baru ni, keluar statement dari orang atasan..

"saya tengok unit maths ni macam tak berapa campur dengan orang. Buat hal masing-masing je..."

"macam Izuan tu..."

Hmmm... Nama aku tiba-tiba naik. Ingatkan tak kacau orang, orang tak kacau kita. Sekali senyap-senyap macam tu pun orang bising. Pandangan masyarakat kepada kakitangan awam yang selalu "mengopi", aku selalu cuba menjauhinya. "kelainan" itu bukan sesuatu yang mudah diterima. Ada yang melihatnya sebgai sifat malu, banyak juga yang melihatnya sebagai sifat sombong. Sedang aku punya pendirian, yang sukar benar untuk aku berganjak daripadanya.

Orang-orang lama itu, sekali-sekala pernah juga aku mengiringi mereka. Di meja kopi itu, kurang idea yang mereka bicarakan. Yang lazimnya, perbualan itu mencari salah-salah manusia. Bicara tentang buruk orang itu menjadi biasa, bicara idea pula dicepat-cepatkan sahaja. Dan paling akal aku tidak boleh terima, boleh pulak mereka senyum mesra dengan orang yang baru sahaja mereka umpat sebentar tadi. Dahsyat giler manusia yang bermuka-muka.

Kezaliman-kezaliman itu suka aku elakkan, walaupun ia sudah menjadi kebiasaan kepada manusia-manusia yang setiap hari bercerita mengenai syurga dan neraka.

Syurga Dunia.

Menerima kunjungan seorang sahabat. Kerisauan melihat dirinya yang sudah mula bermain-main dengan duit. Nasihat yang mahu diberikan, aku sematkan sahaja di dalam hati dengan mulut yang terkunci. Bagi aku, pengalaman adalah guru terbaik. Maka apa yang bakal terjadi lebih berkesan PnPnya berbanding sekadar huraian nasihat dari seorang sahabat.

“Aku tidak berapa takut akan kemiskinan dan kelaparan menimpa kamu; tetapi aku khuatir dunia dan nikmat-nikmatnya akan berkembang ke atas kamu dan kamu terpengaruh dengannya sepertimana orang-orang sebelum kamu yang telah terpengaruh lalu kamu pun dimusnahkan sepertimana mereka telah dimusnahkan”.

Juga mendengar kisah sahabat-sahabat yang mahu sambung belajar, aku pula masih belum punya nafsu untuk itu. Setiap kali kedengkian kepada sahabat-sahabat itu hadir, aku selalu bertanya kembali kepada diri

"kenapa mahu sambung belajar?" yang kemudian berakhir dengan tiada jawapan ke syurga.

Semalam juga menerima kunjungan mengejut dari Shah yang pulang bercuti dari pengajian PHDnya di Manchester. Rezeki melimpah yang Allah berikan padanya, aku jarang merasa cemburu dengan dirinya. Orang-orang baik sebegitu, patut beroleh syurga di Akhirat, dan mencicip sedikit syurga di dunia.

Wishlist..

Tahun 2016, aku sangat banyak bermain dengan mudah.my. Ikutkan nafsu, semua benda aku nak beli. Alasan untuk setiap pembelian, sentiasa ada. Hikmah tiada akaun bank online, maka aku banyak terpelihara dari setiap pembeliaan yang tidak urgent. Mengikat diri dengan disiplin mengurus kewangan, memang sangat-sangat sukar.

Ni benda yang sedang menunggu giliran untuk dirembat:

1) projector screen utk surau. RM420
2) Darbuka(utk team nasyid/qasidah) RM350 ~ 430
3) komik mutiara Naga ep1-43. RM215
4) Teclast X80h. RM500
5) complete PA system.(kegunaan blkg surau)RM3400
6) Tanah 2000kp. RM50000

Banyak menyimpan untuk barang yang terakhir tu. Sebab kalo nak pikiaq pasal barang untuk surau/anc, memang pokailah gamaknya. Teringin gak nak beli peti sejuk dan TV untuk surau AnNur tu, tapi susah nak plan sebab orang lain tak mau pikiaq sekali. Yang skrin projektor tu, aku dah berjaya mendapatkannya dengan harga murah. Sempena kunjungan family weekend lepas, mak ayah aku berbesar hati mahu menaja. Rezeki dari Allah, aku berjaya mendapatkan skrin berukuran 7x7 kaki dengan harga bawah RM400, termasuk kos penghantaran. Dan tak sampai 2 hari dah sampai.

Kemurahan hati penjual tu, maka aku promotekan sedikit. Banyak saiz, bermula dari 5 kaki.. Ni nombornya 0146403245(adi) Aku ambik yang jenis tripod. Senang nak bawak mana-mana. Ada jenis elektrik dan manual gak kalau berminat.

Dan kalau ada sapa-sapa nak sponsor barang2 dalam wishlist tu, sangatlah dialu-lukan. Hehe.

Oren.

Lama tak cerita pasal oren. Terkejut melihat dengan selambanya mereka membuka aib dan rahsia jemaah. Sembang-sembang mereka yang memperlekeh dan mem"bodoh"kan arahan, juga prinsip jemaah, aku secara jujurnya terguris. Dan entah macam mana hati aku berdoa tanpa suara "Ya Allah, bukalah aib-aib mereka..."

: “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan enuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”


Bila seorang rakan bertanya, "tak terkejut ke tengok si folan masuk oren?"

Aku bukan tidak terkejut, cuma kejutan itu kurang-kurang sahaja. Melihat kumpulan Dr Fairuz, Jpah, Amir Hasyim, dan membezakan mereka dengan kumpulan Dr Tazli, akmal dan Lili, ia sudah cukup memandu jangkaan. Komitmen dan kerajinan yang serupa, mereka punya sifat dan peribadi yang berbeza. Mahu melihat beza, bercakap-cakaplah dengan mereka.

Dan aku penggemar hati Dr Fairuz.

Okeh, aku demam..

Sekian dari Syuib0809


Tuesday 5 January 2016

Maaf cikgu

Bismillah.

Karangan budak-budak..

Assalamualaikum cikgu..
Saya nak minta maaf sangat-sangat..
Petang tadi saya tercalarkan kereta cikgu...

Maaf cikgu..
Saya betul-betul tak sengaja.
Waktu nak parking "basikal" saya.
Bahagian belakang dia terkena kereta cikgu.
Sebab itu, habis calar kereta cikgu

Pagi tadi cikgu..
Saya tak bawa basikal saya.
Tapi Sebab nak beli nasi putih
Saya sanggup patah balik rumah ambil basikal.
Siapa sangka, kerana nasi itu, habis calar kereta merah cikgu

Kalau cikgu nak tau,
Saya takut sangat nak bagitau cikgu
Syaitan kata kat saya "ala, bukan cikgu tau pun..."
Saya tengok sekeliling, memang takde siapa yg nampak dan ambil tau

Tapi cikgu
Mak selalu pesan...
Kalau buat salah, kena cepat mintak maaf
Kalau tak, penat nak cari orang tu dekat akhirat.
Sebab tu saya harap cikgu dapat maafkan saya

Dulu cikgu kata
Takde salah yang jadi betul dengan hanya meminta maaf
Tetapi yang sudi memaafkan, itulah yang paling mulia hatinya..
Kerana tu, tolonglah maafkan saya cikgu

Maaf cikgu.
Hati saya tak tenang sangat 
Walaupun lepas saya minta maaf.
Saya takut Calar-calar kereta cikgu
Jadi sebab tercalar pula hati cikgu.

Saya janji cikgu
Saya takkan buat lagi.
Saya janji, akan lebih berhati-hati..
Maafkan saya dunia akhirat cikgu.
Maafkan saya cikgu wawa.

Sekian dari Syuib0809