Akhir-akhir ni, jari aku ligat menekan benda-benda seperti ini di ruang carian mudah.my.
1. Speaker
2. Speakers
3. speker(memang ada orang eja macam ni)
4. Amp
5. Amplifier
6. Power mixer
7. Pa
8. P.a
Gila. Hanya aku sahaja yang tahu kegilaannya. Gilanya bukan setiap hari, tetapi setiap jam dan setiap masa. Tidak mengira siang atau malam, pantang sahaja tangan aku memegang laptop atau ipad, benda-benda ini akan aku cari.
Selepas UPS, sudah ada beberapa program yang dirancang untuk dijalankan dibelakang surau. Antara yang pasti ialah:
1. Dikir Zikir 2.
2. Aktiviti sempena Lailatun Nisa
3. Majlis wida' ANC
Dan yang masih berlegar dalam kepala aku.
1. Malam untuk syria.
2. Santai bersama Ustaz Ghani, ala-ala tanweer TV9 (tentg muslim leadeship)
3. I love Ustaz (Nak buat macam imam muda, tapi kompem ustaz-ustaz sini tak mau)
Cuma postmortem tanpa hitam putih yang aku buat dr program2 belakang surau, bunyi Speaker satu itu belum cukup memuaskan gegendang telinga. Bukan kerana bunyinya tidak cukup kuat, cuma pelik bila bunyinya hanya bersumber dari satu "telinga", sedang pendengarnya pula berkembar dua di kepala.
Akibat dari pencarian ini, aku belajar sedikit demi sedikit mengenai sistem P.A. Benda pertama aku belajar ialah maksud watts pada amplifier dan speaker. Juga jenis-jenis sambungan yang diperlukan antara Amp dan speaker. Nampak remeh, tetapi ketidakserasian mampu menyebabkan sebuah "kebakaran".
Idaman aku, Behringer europower PMP2000. Menggabungkan amplifier dan mixer. So tak payah banyak-banyak soket power. Harga dia paling rendah pernah aku jumpa RM1600.
Ni dia Dynamax SRMXDX-MPX808U
Antara benda baru yang aku tak pernah tahu ialah maksud "ohm". Ingatkan tak penting, rupanya ini antara yang sangat-sangat penting. Maka, aku meneruskan pembacaan mengenai ohm dengan bahasa yang lebih mudah. Pencarian di mudah.my diteruskan, dan aku selalu kecewa. Sama ada kecewa kerana layanan yang tidak berbalas, harga yang mahal, juga kerana barang idaman sudah pun dipetik orang. Dan yang paling mendapat perhatian besar aku ialah Bajet. Mahu menghabiskan dua ribu ringgit dalam satu bulan pun sudah rasa membazir, inikan pula mahu melenyapkan 2000 itu dalam satu malam. Apatah lagi bukan untuk kegunaan diri sendiri.. Seram wooo...
Kemuncaknya malam tadi, apabila aku berkunjung ke pekan kecil kepala batas. Terjumpa portable PA dengan dua 12" speaker. Harga rm800 sahaja. Bunyi memang meletop telinga. Kalau digandingkan dengan portable PA 15" yang aku ada, memang dahsyat. Alhamdulillah, sekali lagi aku menahan diri. kot-kot ada hikmahnya. Sepanjang solat ishak, otak hilang khusyuk memikirkan pilihan terbaik. astaghfirullah al azim.
Malam yang sunyi. Sebaik sahaja selesai menghadam potato bowl, Allah jumpakan aku dengan BG Sound & Lighting Sdn Bhd punya FB. Geledah punya geledah, akhirnya aku terjumpa power mixer yang berkuasa tinggi dan punya banyak channel. Yang paling penting, harga dia memang berpatutan.
Inilah hasilnya:
Power mixer ezitech pm7350. Harga rm750 + 20 delivery cost.
Buatan CHINA, so janganlah bandingkan dengan yamaha eh. Cukuplah untuk orang amateur macam aku. Diorang bagi wayar speakon sekali.
Paling syoknya berurusan dengan kedai ni ialah penghantarannya. Pagi tadi bayar online, petang pukul 5.30 petang sudah berada dalam tangan aku. Padahal kedai kat KL. diorg hantaq guna bas.
Bajet untuk speaker itu, aku mengharap ada orang yang bermurah hati. Dapat sikit pun jadilah. Tidakpun, doakanlah rezeki aku bulan ni murah nanti. Yang pasti, aku perlu mendapatkannya sebelum gaji kedua masuk sbb dah banyak program yang akan bermula. Apa susah, Tuhan kan ada.
Ada orang yang melihatnya sebagai membazir. Mahu memikirkannya pun sudah mengundang pening di kepala. Baik relaks layan Gerua. Haha. Banyak orang muda yang rasa tiada perlu untuk memikirkan semua ini. Banyak lagi benda mewah yang boleh dimiliki dengan duit sebanyak itu. Boleh beli baju baru, kasut, tengok wayang, perfume mahal, belanja awek. Sedang aku, kasut hitam pun dah empat tahun tak bertukaq. Kedekut..
Entah kenapa, aku begitu suka orang-orang agama itu menggunakan barang-barang aku itu untuk agama. Ia perasaan yang sukar mahu digambarkan dengan kata-kata, dan sukar juga mahu dikongsikan dengan rakan-rakan. Projector dan portable PA aku yang sudah berbakti, seperti mengalirkan sesuatu apabila pemiliknya mati. Mahu rasa? Kenalah percaya dulu...
" Apabila hidup kita hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.Bermula & berakhir dengan umur kita.Tetapi jika hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidupnya panjang & mendalam. Bermula dari bermula manusia,berakhir dengan luputnya manusia dari muka bumi"(Syed Qutb)
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment