Imej Awkward Guru
Sempena kemasukan murid-murid tahun satu ke sekolah, macam-macam "isu" yang dibincangkan di media sosial. Dari isu cikgu perempuan yang makin cantik, hinggalah isu murid-murid kena duduk atas lantai, ia menjadi lambang bahawa masyarakat kita sudah terlampau banyak berubah. Entah kebijakan atau kebodohan yang bertambah dalam masyarakat, masing-masing punya "stand" yang tiada siapa mampu bersetuju 100 peratus.
Teringat guru dulu-dulu..
"jangan asyik main game je keje..."
"udah-udahlah tengok drama siang malam..."
"sibuk je budak-budak sekarang ni dengan enset. Sampai jalan pun tak tengok kiri kanan..."
Dialog-dialog ni mungkin ungkapan-ungkapan biasa guru-guru dulu. Tpi entah apa yang awkwardnya, aku melihat ia sudah menjadi trend guru-guru kini. Teruja melihat guru-guru yang sudah tiada lagi mengira umur, disibukkan dengan telefon pintar 24 jam. Imej guru yang berjalan, kemudian tersenyum dengan phone di tangan. Ada yang jari jemarinya laju menekan skrin sampai anak murid di depan pun x perasan. Ia Imej yang sangat awkward. Anak-anak muda dulu mungkin kelihatan biasa-biasa, tetapi guru-guru yang semakin tua berimej sebegitu, ia seperti membinasa.
Cerita Kedai Kopi.
Baru-baru ni, keluar statement dari orang atasan..
"saya tengok unit maths ni macam tak berapa campur dengan orang. Buat hal masing-masing je..."
"macam Izuan tu..."
Hmmm... Nama aku tiba-tiba naik. Ingatkan tak kacau orang, orang tak kacau kita. Sekali senyap-senyap macam tu pun orang bising. Pandangan masyarakat kepada kakitangan awam yang selalu "mengopi", aku selalu cuba menjauhinya. "kelainan" itu bukan sesuatu yang mudah diterima. Ada yang melihatnya sebgai sifat malu, banyak juga yang melihatnya sebagai sifat sombong. Sedang aku punya pendirian, yang sukar benar untuk aku berganjak daripadanya.
Orang-orang lama itu, sekali-sekala pernah juga aku mengiringi mereka. Di meja kopi itu, kurang idea yang mereka bicarakan. Yang lazimnya, perbualan itu mencari salah-salah manusia. Bicara tentang buruk orang itu menjadi biasa, bicara idea pula dicepat-cepatkan sahaja. Dan paling akal aku tidak boleh terima, boleh pulak mereka senyum mesra dengan orang yang baru sahaja mereka umpat sebentar tadi. Dahsyat giler manusia yang bermuka-muka.
Kezaliman-kezaliman itu suka aku elakkan, walaupun ia sudah menjadi kebiasaan kepada manusia-manusia yang setiap hari bercerita mengenai syurga dan neraka.
Syurga Dunia.
Menerima kunjungan seorang sahabat. Kerisauan melihat dirinya yang sudah mula bermain-main dengan duit. Nasihat yang mahu diberikan, aku sematkan sahaja di dalam hati dengan mulut yang terkunci. Bagi aku, pengalaman adalah guru terbaik. Maka apa yang bakal terjadi lebih berkesan PnPnya berbanding sekadar huraian nasihat dari seorang sahabat.
“Aku tidak berapa takut akan kemiskinan dan kelaparan menimpa kamu; tetapi aku khuatir dunia dan nikmat-nikmatnya akan berkembang ke atas kamu dan kamu terpengaruh dengannya sepertimana orang-orang sebelum kamu yang telah terpengaruh lalu kamu pun dimusnahkan sepertimana mereka telah dimusnahkan”.
Juga mendengar kisah sahabat-sahabat yang mahu sambung belajar, aku pula masih belum punya nafsu untuk itu. Setiap kali kedengkian kepada sahabat-sahabat itu hadir, aku selalu bertanya kembali kepada diri
"kenapa mahu sambung belajar?" yang kemudian berakhir dengan tiada jawapan ke syurga.
Semalam juga menerima kunjungan mengejut dari Shah yang pulang bercuti dari pengajian PHDnya di Manchester. Rezeki melimpah yang Allah berikan padanya, aku jarang merasa cemburu dengan dirinya. Orang-orang baik sebegitu, patut beroleh syurga di Akhirat, dan mencicip sedikit syurga di dunia.
Wishlist..
Tahun 2016, aku sangat banyak bermain dengan mudah.my. Ikutkan nafsu, semua benda aku nak beli. Alasan untuk setiap pembelian, sentiasa ada. Hikmah tiada akaun bank online, maka aku banyak terpelihara dari setiap pembeliaan yang tidak urgent. Mengikat diri dengan disiplin mengurus kewangan, memang sangat-sangat sukar.
Ni benda yang sedang menunggu giliran untuk dirembat:
1) projector screen utk surau. RM420
2) Darbuka(utk team nasyid/qasidah) RM350 ~ 430
3) komik mutiara Naga ep1-43. RM215
4) Teclast X80h. RM500
5) complete PA system.(kegunaan blkg surau)RM3400
6) Tanah 2000kp. RM50000
Banyak menyimpan untuk barang yang terakhir tu. Sebab kalo nak pikiaq pasal barang untuk surau/anc, memang pokailah gamaknya. Teringin gak nak beli peti sejuk dan TV untuk surau AnNur tu, tapi susah nak plan sebab orang lain tak mau pikiaq sekali. Yang skrin projektor tu, aku dah berjaya mendapatkannya dengan harga murah. Sempena kunjungan family weekend lepas, mak ayah aku berbesar hati mahu menaja. Rezeki dari Allah, aku berjaya mendapatkan skrin berukuran 7x7 kaki dengan harga bawah RM400, termasuk kos penghantaran. Dan tak sampai 2 hari dah sampai.
Kemurahan hati penjual tu, maka aku promotekan sedikit. Banyak saiz, bermula dari 5 kaki.. Ni nombornya 0146403245(adi) Aku ambik yang jenis tripod. Senang nak bawak mana-mana. Ada jenis elektrik dan manual gak kalau berminat.
Dan kalau ada sapa-sapa nak sponsor barang2 dalam wishlist tu, sangatlah dialu-lukan. Hehe.
Oren.
Lama tak cerita pasal oren. Terkejut melihat dengan selambanya mereka membuka aib dan rahsia jemaah. Sembang-sembang mereka yang memperlekeh dan mem"bodoh"kan arahan, juga prinsip jemaah, aku secara jujurnya terguris. Dan entah macam mana hati aku berdoa tanpa suara "Ya Allah, bukalah aib-aib mereka..."
: “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan enuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”
Bila seorang rakan bertanya, "tak terkejut ke tengok si folan masuk oren?"
Aku bukan tidak terkejut, cuma kejutan itu kurang-kurang sahaja. Melihat kumpulan Dr Fairuz, Jpah, Amir Hasyim, dan membezakan mereka dengan kumpulan Dr Tazli, akmal dan Lili, ia sudah cukup memandu jangkaan. Komitmen dan kerajinan yang serupa, mereka punya sifat dan peribadi yang berbeza. Mahu melihat beza, bercakap-cakaplah dengan mereka.
Dan aku penggemar hati Dr Fairuz.
Okeh, aku demam..
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment